"Abang nak tahu tak?" Hani Putri tersengih tersengih sambil peluk tubuh Fikri Aidil. Kepala dilentok manja pada dada bidang Fikri Aidil.
"Apa dia?" Fikri Aidil soal kembali. Jari jemari mengusap rambut Hani Putri. Bibir mencari sasaran ubun ubun untuk cium. Bauan yang menenangkan hati.
Hani Putri gelak kecil. Malu pula nak bongkarkan rahsia tapi sampai bila? Kadang rasa bersalah juga bila ingatkan balik. Macam Fikri Aidil dibuat sebagai kambing hitam.
Perkataan kambing hitam yang berlegar dalam fikiran Hani Putri membuatkan dia mengekek. Sedar dengan kesilapan diri. Hani Putri menutup mulut rapat. Tak baik gelak kat suami.
"Why honey? Ada apa ketawa sorang sorang ni. Kena rasuk ke?" Dahi sudah mengerut melihat tingkah isterinya. Sekejap senyum, sekejap ketawa galak. Isteri aku ni kena rasuk ke apa? Seram pula tengok perangai Hani Putri.
"Sebenarnya...hihihi."
Dari baring atas katil, Fikri Aidil bingkas bangkit dan duduk bersila. Tubuh isterinya dihadapkan ke depan untuk memastikan Hani Putri dalam keadaan baik sahaja.
"Hani jangan buat abang risau sayang."
"Hani okeylah cuma bila nak cerita rasa kelakar pulak."
Fikri Aidil cubit geram pipi kanan Hani Putri. Nakal betul isterinya seorang ni. Kalau datang waktu blur, blur habis. Oh sayang saya. Isteriku honey.
"Abang bukan penyebab saya terkena axienty." Hani Putri berterus terang.
"Abang tahu."
"Hah abang tahu?"
Fikri Aidil tersenyum nakal. Dia tahu tentang itu tapi dibiarkan sahaja. Bukan dia tidak tahu, Hani Putri sengaja berpura pura terkena serangan kerana mahu mengelak darinya. Dia tahu semua tentang Hani Putri. Cuma dia mampu melihat dari jauh sahaja.
"No lah. Maksud saya masa kat rumah Pak Long dengan Mak Long tu." Hani Putri berdalih lain. Malu terbongkar lama rahsianya.
"Saya tak boleh pergi kenduri tahlil yang melibatkan kematian. Saya jadi gelisah tapi saya gagahkan juga sebab hormat Pak Long. Kesian abang, kena tuduh melulu." Ujar Hani Putri dengan rasa bersalah. Muka menunduk. Jari jemari sendiri bermain. Takut mengundang kemarahan suaminya.
"Ohhhhh yang itu ya. Tak ada hal lah sayang. Hal kecil je pun."
"Tapi pak long marah abang kan?Sorry tau." Ujar Hani Putri dengan mulut mencemik.
Aish. Comelnyalah Hani Putri ni. Tak manja pun comel. Bertambah manja lagi comel. Gerammm. Tentang hal malam itu, tidak pernah sekali pun dia rasa nak marah dengan Hani Putri. Dia faham dengan emosi Hani Putri yang tak berapa stabil.
"Marah marah sayang. Benda kecik pun nak marah Hani buat apa. Tak anak jantan lah." Bangga Fikri Aidil menutur kata dengan menjungkit kening.
"Hihihi. Boleh kena axienty tengok muka abang. Dada dup dap dup dap. Maklumlah duda hangat."
"Dah tu kenapa cakap pasal isteri?"
"Kadang bendul Hani datang masa tak betul."
Fikri Aidil ketawa besar. Bendul pun bendullah. Yang itu dia suka. Yang itu dia sayang. Sikap bendul Hani Putri membuatkan dia jatuh cinta.
*****
Menghitung hari nak masuk bulan ramadan tapi dalam keadaan norma baru iaitu PKPB. Fikri Aidil mula bekerja seperti biasa. Kalau dulu masa cuti PKP, setiap masa melekat macam belangkas.
Baru beberapa jam, terasa rindu. Nak keluar rumah memang tak lah! Fikri Aidil tak akan bagi dan Hani Putri sendiri dah jadi paranoid. Dulu masa mula mula Perdana Menteri mengumumkan melaksanakan PKP, Hani Putri jadi gelabah. Nyeri rasa dada. Nasib baik ada suami yang menenangkan hati. Sudahlah masa itu, dia diserang demam. Pelbagai benda bermain dalam fikiran. Sekarang dia dapat kawal perasaan dan emosi. Alhamdullilah.
Kemas rumah, masak dan lipat kain dah diselesaikan awal pagi. Tiada apa lagi yang perlu dibuat. Hani Putri rasa bosan. Nak tengok televisyen, waktu sekarang tak ada cerita yang best. Akhirnya, dia menyandarkan badan pada sofa empuk.
"Aduh sedapnya dapat menyandar." Gumam Hani Putri.
"Masa tengah sedap duduk ni lah. Baru teringat bilik kerja abang belum kemas lagi." Ngomel Hani Putri.
Aduh. Bersepahnya. Sejak bila pula suami aku ni jenis pemalas. Dah ada isteri kemain pemalas sangat ye. Dulu masa datang sini. Teratur kemas je.
Hani Putri mulakan tugas untuk mengemas bilik kerja Fikri Aidil. File file disusun kemas. Meja laptop dilap berkilat. Terdetik hati untuk mengemas kotak kotak yang ada ditepi penjuru. Nampak serabut.
Hani Putri terkelu. Potret gambar yang ada dalam kotak ni potret perkahwinan Fikri Aidil dan Aria. Tak sangka suaminya bawa gambar ni sampai ke sini. Setahunya ini kondo baru Fikri Aidil. Kondo lama bersama Aria sudah dijual. Otak memaksa untuk berfikir secara positif tapi dia tidak boleh. Setitis air mata mengalir.
"Sampai hati abang."
Tangan menyelongkar lagi hingga ke dasar kotak. Dikeluarkan sebuah album gambar. Diselak satu per satu. Kenangan bahagia Fikri aidil bersama Aria. Tersenyum manis semasa majlis resepsi. Allah peritnya jiwa. Air yang menitis perlahan mengalir deras membasahi pipi.
*****
Kerana kesibukan yang melampau di pejabat, Fikri Aidil tidak perasan dengan perubahan sikap Hani Putri. Baginya mungkin dia terlalu sibuk sampaikan kurang bersama dengan Hani Putri. Tapi satu benda yang Fikri Aidil tidak tahu adalah Hani Putri sendiri yang mengelakkan diri.
Hari ini, dia sedar akan perubahan sikap Hani Putri. Bangun pagi sahaja Hani Putri mengelak bertembung darinya. Pelbagai alasan yang dicipta. Pagi tadi waktu sahur, Hani Putri tidak mahu makan bersama. Apa yang terjadi sebenarnya Hani? Fikri Aidil bingung. Perempuan memang misteri.
"Hani mengelak dari abang?" Tanya Fikri Aidil bila bertembung dengan Hani Putri di ruang dapur.
Hani Putri mengeleng kepala. Senyuman dimaniskan terpaksa. Tangan ligat kacau gulai ayam di atas dapur. Sedaya upaya menutup rasa gusar. Dia tak nak nampak lemah.
"Abang nampak senyuman Hani tak ikhlas."
"Maaa naaa adaa."
Fikri Aidil senyum sahaja. Tidak membalas apa-apa. Dia tahu Hani Putri menipu. Gerak geri tubuh isterinya juga seperti tidak senang.
Selesai sahaja solat tarawih bersama. Fikri Aidil mencium dahi lama Hani Putri lama. Dia rindukan Hani Putri tapi kerana kesibukan dalam menguruskan kerja. Dia abaikan isteri di rumah. Rasa bersalah.
Seterusnya,Fikri Aidil cium kiri dan kanan berulang kali lalu dia jatuhkan Hani Putri ke dalam pelukan.
"Abang minta maaf abaikan sayang. Abang lupa yang sayang pun perlukan perhatian." Ujar Fikri Aidil.
Hani Putri diam tanpa kata. Dia biarkan Fikri Aidil mengelus lengan. Dia selesa. Terasa sayang Fikri Aidil mengalir buatnya.
"Abang minta maaf sayang." Ujar Fikri Aidil sekali lagi.
Menitis juga air mata Hani Putri. Dia tidak kisah jika Fikri Aidil tiada masa dengannya kerana sibuk kerja. Dia tahu hakikat itu tapi dia jadi kisah jika Fikri Aidil menaruh harapan pada Aria. Hati terasa sakit mencucuk. Dia nak Fikri Aidil seoarang sahaja tanpa berkongsi dengan siapa.
"Sayang maafkan abang?" Soal Fikri Aidil ditepi telinga Hani Putri.
Hani Putri sebamkan wajah pada dada Fikri Aidil. Dia memeluk erat tubuh Fikri Aidil seolah olah tak nak melepaskan. Akhirnya, air mata tumpah deras. Dia mengongoi dalam tangisan. Fikri Aidil mengusap perlahan lahan belakang tubuh isterinya. Pelukan erat itu dibalas. Memujuk Hani Putri.
"Abang sayangkan saya?" Soal Hani secara tiba tiba. Kepala dilentokkan pada dada Fikri Aidil. Jari jemari menguis tangan Suami.
"Abang tak tahu nak ungkapkan macam mana tapi abang sangat sayangkan Hani Putri. Terlalu sayang."
"Abang tak tipu?"
"Tak sayang."
Hani Putri diam. Dia tidak bercakap soal gambar atau kenangan itu. Kalau betul Fikri Aidil sayang dan cinta dia. Dia terima tapi jika Fikri Aidil menipu. Sebaliknya akan terjadi nanti. Ya dia nampak manja tapi bukan untuk jadi bodoh bila ditipu.
Sejak terjumpa gambar dalam bilik kerja Fikri Aidil. Hani Putri jadi paranoid. Setiap beberapa jam dia mula video call suaminya. Fikri Aidil pula hanya melayan tanpa jemu.
Hari ini, Hani Putri mengekori Fikri Aidil sampai ke tempat mesyuarat. Hati lega bila melihat hanya kenalan perniagaan bukan perempuan itu. Kaki yang melangkah balik tidak jadi. Dia berpaling ke belakang. Membuntang matanya melihat Aria.
"Bukan ke Aria sakit?"
Hani Putri memandang Aria dari jauh. Bekas isteri Fikri Aidil masih seperti dulu. Pakaian yang seksi dan moden. Tiada tanda orang sakit. Ya memanglah mereka bermesyuarat dalam jarak 1 Meter tapi dia tidak puas hati bila Aria bermain mata.
"Hani buat apa kat sini?bukan ke Fik cakap Hani takut keluar rumah?" Soal Haikal dari belakang. Hairan dengan tingkah laku Hani seperti pencuri.
Gulp. Alamak, Haikal sedar kehadiran dia. Peluh yang menitik, pantas di dap dap dengan lengan baju.
"Eh, en Haikal. Tadi Hani lupa salam dengan Fik. Itu datang ke mari. Rasa serba salah pulak." Tipu Hani Putri bersama sengihan.
"Oo. I see tapi macam mana Hani tahu ada meeting kat office Aria ni?"
Perasaan geram dikawal sebaik mungkin. Wajah tetap mengukir senyuman palsu. Lakonan harus diteruskan. Oh ini pejabat Aria. Perempuan yang tak malu tu.
"Aria bukan sakit ke dulu?" Soal Hani Putri.
Haikal tersenyum sinis. Mata memandang gelagat Aria. Sibuk meminta perhatian Fikri Aidil. Perempuan ni memang tak pernah berubah. Sama sahaja macam dulu. Dasar hipokrit. Mak dan anak sama sahaja. Suka cari perhatian.
"Kalau dah bau busuk tu tetap bau busuk mana nak pernah bau wangi."
Hani Putri mengerutkan dahi. Cuba mentafsir kata kata Haikal.
"Perempuan tu berlakon Hani."
Keruh wajah Hani Putri. Betul tekaan dia, Aria nak tarik perhatian suaminya. Patutlah Fikri Aidil berkeras tak nak melawat dia dulu. Sekarang tengoklah sibuk menempel dengan Fikri Aidil.
"Hani jangan risaulah. Fik tu pandang sebelah mata pun tak sudi." Ujar Haikal menyedapkan hati Hani Putri. Kalau Fikri Aidil buat hal sudah tentu dia manusia pertama yang akan melayangkan penumbuk maut. Ingat sikit apa perempuan tu dah buat! Jangan jadi jantan bodoh Fikri Aidil.
Hujung mata Hani Putri melihat Aria dibalik cermin putih. Dia nampak gadis itu ketawa manja. Siap pakej ketawa tutup mulut dengan jari lagi. Dasar palsu! Mata terjengkil bila dia melihat makin lama makin dekat Aria mahu duduk dengan Fikri Aidil. Gila! Nanti kena covid 19 la suami aku. Kerajaan suruh jauh 1 meter bukan tak ada meter langsung.
*****
"Abang meeting kat mana dengan siapa tadi?" Tanya Hani Putri seusai selesai makan berbuka.
Fikri Aidil membalas pandangan Hani Putri. Dia tahu yang Hani Putri ada datang ke pejabat Aria. Itu pun Haikal yang sampaikan.
"Dengan client." Ujar Fikri Aidil ringkas.
"Siapa client tu?"
"Hani. Please jangan paranoid sangat. Abang tahu, Hani ikut abang sampai ke pejabat Aria. Please Hani just rakan bisnes tak ada apa pun."
"Mula rakan bisnes lepastu rakan sekongsi kasih sayang." Perli Hani Putri.
"Hani jangan paranoid sangat boleh tak." Suara Fikri Aidil tinggi sedikit. Rimas dengan sikap cemburu Hani Putri tiba tiba. Dia dengan Aria tiada hubungan melainkan sekadar hubungan perniagaan sahaja.
"Oh paranoid lah kan. Rimas? Sebab abang suka kan Aria tu ada dengan abang." Balas Hani Putri dengan amarah. Suara terketar-ketar. Sampai hati Fikri Aidil kata dia paranoid. Tidak jadi mengemas meja makan, Hani Putri terus mengangkat kaki. Hati yang sedih perlu dirawat dulu.
Tiada solat berjemaah bersama dan solat tarawih. Hani Putri terus tidur dalam keadaan hati yang sedih. Berharap Fikri Aidil memujuk tapi tidak berlaku. Fikri Aidil keras beku. Dia benci sikap beku Fikri Aidil.
*****
Leka Hani Putri mengupas bawang. Pada masa yang sama, fikiran melayang ke tempat lain. Gusar hati makin menjadi jadi macam dah tak boleh bendung.
Hani Putri mengaduh. Patutlah rasa gebu semacam, terpotong ibu jari tangan. Pisau yang dipegang dicampakkan ke dalam singki. Darah merah menitis sikit demi sikit. Rasa pedih.
"Allahu, Hani." Jerit Fikri Aidil dari belakang. Pantas membawa Hani Putri ke singki dan dibasuh jari yang luka terlebih dahulu. Tisu yang ada ditekapkan pada tempat luka.
"Jom pergi klinik."
"Tak nak." Rengek Hani Putri manja. Tubuh Fikri Aidil dipeluk kuat. Air mata mengalir deras.
"Shhh, sikit je ni sayang. Kita pergi klinik okey."
"Tak nakkk."
Fikri Aidil akur sahaja permintaan Hani Putri. Dia bawa isteri kesayangan ke sofa dan dia mahu first aid untuk cuci luka.
"Sikit je ni." Ujar Hani Putri.
"Sikit sikit pun keluar juga air mata kan."
"Mana ada." Dalam keadaan menafikan balasan Fikri Aidil. Jari kiri mengesat sisa air mata. Malu. Nampak macam dia manja sangat. Rajuknya belum hilang lagi.
Fikri Aidil tersenyum sinis. Walaupun baru 6 bulan bersama Hani Putri, dia sudah dapat baca perangai isterinya itu. Makin lama makin manja. Bukan tak nak pujuk Hani Putri tapi dia rasa masa sekarang tak sesuai.
Hani Putri duduk pada bar meja. Ralit mata memerhati gerak geri Fikri Aidil yang tangkas di dapur. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Lelaki itu tak nampak kekok berada di dapur. Semenjak Fikri Aidil bernikah dengan dirinya, hanya beberapa kali sahaja suaminya masuk ke dapur untuk memasak. Selebihnya dia melarang.
"Abang nampak seksi kat dapur?"
Hani Putri tergelak kecil. Angkat bakul sendiri pula dah. Tapi memang nampak seksi pun. Tak boleh nak tipu.
"Pandai pun senyum."
Bila Fikri Aidil kata begitu. Senyuman makin pudar. Rasa bersalah pada suami.
"Kenapa sayang? Abang tak suka macam ni."
Hani Putri menunduk. Air mata yang mahu mengalir ditahan sedaya upaya. Dia tidak mahu nampak lemah dimata suaminya.
"Abang masih sayang Aria?" Soal Hani Putri. Kalau boleh mulut ini mahu ditahan tapi dia tidak boleh. Makin simpan makin sakit. Dia tak nak terkena serangan lagi.
"Allahu sayang. Awak tak percayakan abang?" Soal Fikri Aidil. Senduk yang mahu mengoreng ikan diletakkan kembali. Tidak senang jika Hani Putri terusan buruk sangka terhadapnya.
"Tapi kenapa Aria pandang abang semacam dan kenapa abang tak bagitahu ada kerjasama dengan dia? Abang tahu dia tak sakit dulu tapi kenapa abang tak bagitahu Hani?Hani rasa macam Hani tertipu." Berjela Hani Putri menyoal.
Fikri Aidil menarik nafas dalam. Waktu situasi macam ini dia harus pandai menjelaskan pada Hani Putri.
"Abang minta maaf kalau abang tak bagitahu dengan Hani. Bukan niat abang tapi abang tak nak Hani buruk sangka macam sekarang."
"Kenapa Aria pandang macam tu?" Soal Hani garang. Bila ingat balik kejadian hari itu. Rasa cemburu dalam hati dah membara.
"Abang tak boleh halang mata orang sayang. Kalau Hani tak suka. Tak apa nanti abang hantar wakil je okey." Pujuk Fikri Aidil perlahan.
"Abang pakai mask lah. Haritu abang tak pakai mask. Bahaya tahu."
Alahai manja sungguh Hani Putri.
Fikri Aidil merengus kuat. Tengah malam boleh pula Aria buat video call. Macam orang tak ada akal je. Malas melayan perempuan tak sedar diri. Nombor telefon Aria diblok. Selesai masalah. Fikri Aidil pandang ke sisi, rambut Hani Putri dibelai perlahan. Ini kalau Hani Putri tahu, gamaknya perang dunia ke 3 lah.
*****
"Fik kenapa semalam tak angkat video call I?" Soal Aria dengan senyuman manis.
"You tak ada akal ke? Call orang tengah malam. Video call pula tu." Bidas Fikri Aidil sinis. Sakit mata melihat pemakaian Aria pada bulan ramadan.
"You takut wife ya?"
"Takut wife? I sibuk bergelek dengan dia. Maklumlah siang tak boleh melekat. Malam kenalah melekat macam belangkas." Ujar Fikri Aidil sinis.
Berubah air muka Aria. Mulut Fikri Aidil memang tak berlapik langsung. Dulu masa bersama dengan lelaki ini, percakapan dia sangat lembut. Sekarang boleh masuk dalam senarai mulut puaka.
"Ha apa lagi. Pergi sana. Kesian staff I kurang pahala sebab you."
*****
Fikri Aidil melayan sahaja karenah Hani Putri. Dari pagi sampai ke malam. Manja makin menjadi jadi. Tak pernah isterinya duduk atas riba. Selalunya, dia akan menarik isterinya. Itu pun Hani Putri dengan malu- malu lagi. Malam ini dengan kerelaan hati dia duduk di riba Fikri Aidil dengan kepala lentok ke bahu.
"Eee. Hensemnya abang."
"Baru tahu ke?" Soal Fikri Aidil dengan wajah berpura pura riak.
Geram dengan sikap angkat bakul sendiri si suami. Tangan terus mencubit pipi Fikri Aidil geram dan sebuah ciuman diberikan.
"Abang. Saya nak tanya sesuatu boleh?"
"Hmm apa dia sayang." Mulut Fikri Aidil menjalar pada wajah Hani Putri. Hani ketawa geli. Ditepis berkali kali tapi tangan dikunci rapi.
"Eee abang."
"Ya cakaplah sayang."
"Gambar dalam kotak kat meja pejabat tu."
"Abang tahu sayang. Sebab tu awak merajuk ya?"
Hani Putri mengerutkan dahi hairan. Oh baru dia teringat. Dia tak kemaskan balik kotak, dibiarkan sahaja bersepah.
"Bukan niat abang nak simpan tapi masa tu abang kalut nak pindah. Abang je semua. Boleh pula lupa ada gambar perempuan tu."
"Hani minta maaf sebab salah paham dengan abang." Ujar Hani Putri dengan keluh. Menyesal memikirkan yang tidak baik perihal suaminya. Sepatutnya dia menyiasat dulu bukan tuduh secara melulu.
*****
Semenjak sikap paranoid dia tempoh hari, Hani Putri sudah berani keluar rumah. Yang penting utamakan keselamatan. Pakai pelitup muka dan sentiasa bawa cecair pembasmi kuman. Seminggu berlalu, Hani Putri hanya berbuka seorang sahaja tapi hari ini dia mahu mahu berbuka bersama Fikri Aidil. Riang hati bila dapat membawa bekal lauk kegemaran suami. Pasti Fikri Aidil tersenyum lebar.
Senyum dimatikan mendadak. Riak wajah berubah.
"Eh isteri Fik ya?" Tegur Aria.
"Hmm." Acuh tak acuh Hani Putri melayan. Malas mahu menyakitkan hati. Kaki mengorak langkah ke depan.
"Wait. You tahu I siapa?"
"Tahu."
"So?"
"Kalau dah bekas tu bekaslah. Boleh dibuat cuci banyak kali. Tak kan nak letak baru pula." Spontan Hani Putri jawab. Hah ambik kau. Nak ganggu aku lagi kan.
Belum sempat Aria membalas kata. Ada suara menyakitkan hati berkumandang.
"Sini sayanggg. Jangan dilayan orang tak tentu pasal." Jerit Fikri Aidil dari dalam bilik pejabat.
*****
Jika dalam 2 tahun, Fikri Aidil hanya beraya dengan Pak Long dan Maklong tanpa ibu dan ayah. Sekarang hidup rasa lengkap. Kasih sayang yang ada diberikan sepenuhnya pada kekasih hati. Bahagia yang tidak dapat diungkapkan dengan kata kata.
"Selamat hari raya Aidilfitri abang. Maaf jika Hani ada lukakan hati abang. 0-0 ya kita."
Sebaik sahaja Hani mencium tangan Fikro Aidil, dia terus merangkul pinggang Hani Putri dan berikan kucupan pada dahi. Mengalir kasih sayang yang ada.
"Terima kasih sayang jadi isteri abang." Ucap Fikri Aidil.
Share this novel