Bab 22

Romance Completed 35078

Hani Putri pandang ke kiri dan kanan. Adakalanya dia memandang depan dan belakang. Tubuhnya berasa seram sejuk. Anggota badan sudah dibasahi dengan peluh. Dia mengigil ketakutan seperti ada bayang mengikutinya dari belakang. Dia bergegas ke tempat perhentian bas tapi kakinya kaku tak bergerak. Secara langsung air matanya memgalir deras. Dia tidak boleh bernafas secara tiba tiba. Hani Putri mencari nafas seketika tetapi dia merasakan nafasnya pendek. Dia jatuh terduduk pegang dada. Nafasnya turun naik. Dia tidak endahkan orang yang sedang lalu lalang. Ada yang melihatnya hairan tapi tiada yang datang menolong. Air mata kian mengalir deras seolah tak nak berhenti. Dia terbayangkan maut datang menjemput di jalanan ini.

Dari jauh Fikri Aidil melihat seseorang yang sedang pegang dada sambil menangis. Dia rasa sakit hati melihat itu. Orang yang lalu lalang tanpa menghiraukan orang yang disekeliling. Sebagai manusia yang ada sifat empati, dia melangkah deras ke arah wanita itu. Fikri Aidil tergamam sebentar. Wanita yang dilihat dari jauh itu adalah Hani Putri.

"Hani..calm down tenangkan diri. Tarik nafas perlahan lahan." Fikri Aidil cuba tenangkan Hani Putri. Pada masa yang sama jari mendial nombor telefon ambulan.

Hani Putri mengeleng kepala ke kiri dan kanan. Dia tidak boleh menarik nafas. Oksigen seakan berhenti. Dia cemas.

"Hani pandang aku." Fikri Aidil memberi arahan lembut. Hani Putri bersusah payah melihat Fikri Aidil dengan nafas tersekat. Air mata masih mengalir deras.

"Its okey. Tak ada apa apa. Cuba tarik nafas perlahan. Kosongkan fikiran. Ok tarik nafas perlahan dan hembus secara perlahan." Fikri Aidil mengajar cara bernafas dengan betul dan dia melakukan untuk tunjuk kepada Hani Putri.

Mendengar arahan lelaki dihadapannya membuatkan dia mencuba untuk bertenang. Hani Putri menarik nafas perlahan lahan walaupun susah. Rasa sesak di dada. Dia cuba mengikut yang ditunjukkan oleh Fikri Aidil. Tarik nafas perlahan dan hembuskan secara perlahan.

"Sa..ya.. ra...s..a ma...c..am na..k ma..ti." Hani Putri berkata dalam keadaan tersekat. 

"Hani semuanya okey. Tak ada pun yang berlaku. Jangan takut. Aku ada kat sini. Kau akan okey." Pujuk Fikri Aidil.

*****

Panic attack

2 patah perkataan itu yang diterangkan oleh doktor kepadanya. Panic attack merupakan satu perasaan yang mana seseorang merasa risau memikirkan sesuatu yang akan terjadi terhadap diri sendiri dan mungkin terdapat faktor lain. Apabila kerisauan semakin melampau ia akan menyebabkan  serangan berlaku secara tiba tiba. Serangan panik  boleh berlaku secara automatik dengan jantung berdegup laju, kepala  berasa pening, nafas semakin pendek dan rasa akan pengsan.

Betul tekaan dia selama ini yang Hani Putri ada serangan panik tetapi dia tidak mengakui. Mungkin dia tidak tahu yang dia mengalami sindrom serangan panik atau dia mahu sorokkan dari Fikri Aidil. Fikri Aidil teringat kejadian di mana dia menjumpai Hani Putri yang terbaring di bangku perhentian bas, mungkin juga serangan itu sedang berlaku padanya. Hatinya jatuh kasihan pada Hani Putri. Patutlah sebelum ni Hani Putri seakan lambat apabila berada bersamanya mungkin sifatnya yang agak kasar terhadap gadis itu.

*****

"Kenapa encik tak biarkan saya mati je?" Soal Hani Putri perlahan. Wajah menunduk pandang jari jemari yang terketar. Malu dia apabila Fikri Aidil sudah melihat kelemahan dirinya. Mungkin selepas ini Fikri Aidil boleh mempermainkan dirinya. Air mata menitis.

"Hani Putri." Panggil Fikri Aidil lembut.

"Kenapa encik tak biarkan saya mati je." Suara Hani Putri perlahan dan terketar.

"Kau kawan aku Hani. Aku tak akan biarkan macam tu. Walaupun kau bukan kawan aku sekalipun. Sebagai manusia, aku kena selamat." Berhati hati Fikri Aidil menuturkan kata. Risau guriskan hati gadis ini.

"Encik nak sedapkan hati saya je."

"Sumpah Hani. Walaupun kau bukan aku kena sekalipun. Aku tetap lakukan." Ujar Fikri Aidil sambil tangan mengangkat sumpah. Meminta Hani Putri mempercayainya.

Lega Fikri Aidil melihat Hani Putri yang kini memandangnya dengan pandangan sedih. Sekurangnya Hani Putri tidak lagi menunduk. Fikri Aidil melemparkan senyuman manis. Hani Putri pula mencebik cebik mulutnya menahan tangisan.

"Ha sudah. Aku dah lah tak pandai nak pujuk orang ni." Ngomel Fikri Aidil dalam hati.

Akhirnya, meletus juga tangisan Hani Putri dengan mulut tercebik. Fikri Aidil gelabah dengan situasi ini dimana dia seharusnya memujuk Hani Putri.

"Ha..ni.. Janganlah macam ni. Jangan menangis okey. Sekarang semuanya dah selamat." Fikri Aidil cuba memujuk. Dia mendekati Hani Putri lalu mengeluarkan coklat cadbury kecik dari poket seluar jean. Dia mengoyakkan plastik cadbury dan menghulurkan pada Hani Putri.

"Cadbury ni boleh tenangkan hati kau." Ujar Fikri Aidil mengenyitkan mata.

Hani Putri masih tersedu sedan dalam tangisan. Dikesat air mata dengan kedua dua tangannya.

"Ha sedapkan cadbury ni. Dulu aku minta kau kedekut. Disebabkan aku nak tahu rasa apa. Aku beli juga. Rasa sedap jugaklah. Patutlah kau kedekut dengan aku." Fikri Aidil berseloroh. Dia ketawa kecil.

"Apa kau ni. Makan pun comot." Bebel Fikri Aidil. Disuakan tisu pada Hani Putri. Belum sempat Hani Putri ambil, Fikri Aidil terlebih dahulu mengesat kotoran pada tepi bibir Hani Putri.

Hani Putri berasakan jantungnya terhenti dengan tindakan lelaki ini. Dia mengesat kotoran pada tepi bibirnya dengan selamba. Dari rasa terhenti, hatinya tiba tiba berdebar laju. Dia rasa mahu menangis lagi, serangan panik akan berlaku lagi ke.

"Kau dah kenapa?"

"Jangan dekat dengan saya. Saya rasa sesak nafas lagi."

Fikri Aidil menjauhi Hani Putri. Bimbang jika serangan panik berlaku lagi.

"Okey buat macam aku ajar. Tarik nafas perlahan dan hembus perlahan. Kosongkan fikiran. Tenang. Okey duduk secara tegak." Fikri Aidil mengajar cara teknik yang betul. Dia juga melakukan perkara yang sama seperti seorang jurulatih.

Hani Putri mula duduk secara tegak. Dia menarik nafas dan menghembus. Dia rasa tenang dengan melakukan teknik ini.

Fikri Aidil memicit kepala. Dia menjaga orang sakit  tapi kesihatan sendiri terbiar. Dia terbaring lemah di sofa. Air liur ditelan, terasa perit. Demam akan datang menyerang.

*****

Rita usaha memujuk Hani Putri untuk berjumpa pakar tapi tidak berjaya. Sikap Hani Putri yang keras kepala membuatkan dia buntu. Bukan dia tidak tahu semenjak Hani Putri pergi ke rumah anak yatim tempat dia dibesarkan makin menjadi serangan panik. Hampir setiap hari dia melihat Hani Putri termenung dan menitis air mata. Bila ditanya dia berpura pura ceria. Risau hati Rita melihat kawan baik seorangnya. Sekarang yang merunsing fikirannya lagi adalah Hani Putri berbaik dengan Fikri Aidil. Fikri Aidil itu suami orang. Kalau ditegur dia takut Hani Putri diserang panik lagi.  Pening dia memikirkan keadaan Hani Putri. Sebenarnya, Hani Putri ada kedua-dua penyakit iaitu panic attack dan axienty. Dulu dia ada dapatkan rawatan ke pakar semasa berada dizaman sekolah. Mungkin trigger Hani Putri datang lagi. Sebab itulah, dia tidak mampu kawal emosi dan perasaan.

"Aku okey. Kau jangan risau. Aku tahu macam mana nak handle." Ujaran itu sering keluar dari mulut Hani Putri apabila diajak untuk berjumpa pakar. Tahu atasi? Rita hanya diam tidak bercakap apa. Dia tahu Hani Putri tidak dapat atasi serangan. Kalau dia dapat atasi masalah itu sudah tentu dia tidak pengsan atau diserang sewaktu balik kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience