Bab 1

Romance Completed 35078

"Kau pergi mana tadi ?"Tengking Fikri Aidil lantang . Dada berombak menahan rasa marah yang membuak. Ikutkan kata hati ingin sahaja melayangkan penampar pada wajah isterinya ini. Baru bernikah sebulan yang lalu tetapi isteri kesayangan sudah menunjukkan perangai belang.

"Kalau aku pergi mana pun.Bukan menyusahkan hidup kau." Bersahaja Aria membalas kata suaminya. Tiada perasaan bersalah. Dia membalas pandangan mata tajam Fikri Aidil. Senyuman sinis turut dilemparkan.Rasa menyampah hadir dalam hati.

"Kau isteri aku paham tak?"

"Kalau kau suami aku pun. Ada aku kisah ke?Aku nak hidup bebas bukan asyik ikut telunjuk kau."Ujar Aria dengan kasar. Jari telunjuk dituju pada Fikri Aidil. Meluat memandang wajah suami . Dia tidak suka dikonkong. Dia mahukan kebebasan mutlak . Dia tahu tentang dosa ingkar arahan suami. Dia hanya ingin memenuhi kehendak nafsu yang kian membuak seperti sebelum kahwin dahulu.

"Kau tu isteri aku Aria.Aku berhak tahu mana kau pergi." Fikri Aidil mengalah. Suara dikendurkan. Dia bosan dan letih dengan perangai Aria yang liar. Apa lagi yang Aria mahu?Duit. Beratusan ribu dihabiskan untuk Aria tetapi Aria masih tidak menghargainya sebagai suami.

"Aku nak bebaslah Fik. Bukan nak duduk dalam rumah ni. Aku nak kita macam dulu. Bebas. Ini aku terikat. Aku bosan." Bentak Aria. Matanya yang besar, dibesarkan lagi memandang Fikri Aidil tidak puas hati. Benci.

Aria tersenyum sinis melihat suami sementara duduk dibirai katil. Tangannya meramas rambut hingga kusut. Pening dengan sikap Aria. Ingatkan perkahwinan ini akan mengubahkan perangai Aria yang liar. Sebaliknya dia tersilap langkah. Aria terus memberontak.

Tanpa menunggu lama Aria terus pergi meninggalkan Fikri Aidil. Fikri Aidil yang geram dengan tindakan kurang ajar Aria terus tarik tangan Aria secara kasar. Dia menghempaskan badan Aria ke katil.

" Duduk rumah jangan keluar. Aku tak izinkan."

" Aku tak nak Fikri. Aku nak keluar." Jerit Aria. Dadanya turun naik. Marah dengan Fikri Aidil yang menghalang dia keluar.

"Jangan Ria. Duduk rumah."

"Ceraikan aku sekarangggg."

Tersentak Fikri Aidil. Tegarnya Aria meminta cerai. Dia sayangkan Aria. Terlalu cintakan Aria. Banyak pergorbanan yang dia lakukan untuk dapatkan Aria tapi ini balasan yang diterima. Kakinya terasa lemah. Dia terduduk dilantai. Permintaan yang pedihkan hati.

"Aria."

"Aku nak cerai." Tiada simpati. Mulut Aria masih tegar meluahkan perkataan cerai. Dia hanya ingin bebas dari perkahwinan ini. Malas mahu melayan Fikri Aidil. Kaki Aria terus melangkah laju untuk keluar.

Tiada perkataan yang dapat diungkapkan. Dia terkelu sendiri. Matanya terarah melihat gambar perkahwinan bersama Aria. Pantas tangan capai lalu dihempaskan ke lantai sekuat hati. Gambar jatuh berderai seperti hatinya. Hatinya terseksa dengan perangai Aria. Dugaan apakah yang harus dia hadapi. Mungkinkah ini balasan kerana melawan ayah dan ibu.

*****

1 tahun yang lalu

Suasana tegang di rumah Encik Ikram. Tiada sepatah kata. Hanya sepi menzahirkan rasa kecewa kepada anaknya. Suhana mengusap belakang encik Ilham agar marahnya beransur pulih. Dia sendiri tidak terkata dengan keputusan anaknya. Fikri Aidil tidak endahkan ibu dan ayah. Ini keputusan dia.

"Ayah, Fik cintakan Ria dan Fik tak akan kahwin dengan perempuan kampung tu.Dia bukan taste Fik".Ujar Fikri Aidil dengan nada bersahaja. Sakit hatinya apabila encik Ilham ingin menjodohkannya dengan perempuan kampung.

"Perempuan kampung kau kata. Sekurang-kurangnya dia sopan berpakaian tapi Aria tu macam perempuan simpanan." Jerkah encik Ilham. Encik Ilham berdiri. Mata mencerlung memandang tepat ke arah Fikri Aidil. Mata dijengkilkan melihat Fikri Aidil yang tidak mendengar kata. Entah mana silapnya anak bujang menjadi semakin liar dan sering melawan cakap. Tidak cukupkah didikan agama dan kasih sayang yang diberikan sejak kecil.

"Dah tu taste Fik. Baru sesuai nak berdamping dengan Fik tapi perempuan kampung tu bukan taste Fik ayah. Fik tak boleh."

"Jangan angkuh Fik." Encik Ilham memberi peringatan.Sakit hati mendengar ujaran sombong Fikri Aidil.

"Fik nak kahwin dengan Ria."

"Ayah tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau Fik.Apa yang kau pandang sangat dengan dia tu.Agama entah ke mana.Hidup bebas."

"Ria anak saudara ayah. Tapi ayah hina dia. Fikirlah sikit ayah."

"Tak bermakna dia anak saudara  ayah. Kami akan terima dia Fik." Celah puan Suhana setelah berdiam diri sejak tadi. Kecewa dengan anak yang tidak mendengar kata. Bukan dia tidak kenal dengan sikap liar Aria. Terlalu bebas seperti tiada agama. Walaupun mereka sekeluarga tetapi ibu bapa Aria tidak pernah sebulu dengan mak ayah Fikri Aidil. Keluarga mereka terlalu agungkan duniawi.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata ibunya. Fikri Aidil beredar segera. Encik Ilham hanya mampu mengelengkan kepala melihat kedegilan Fikri Aidil.

"Abang biarlah dia.Dia dah besar,biar dia buat keputusan sendiri.Baik buruk tahulah dia nanti."Pujuk puan Suzana sebaik melihat anak bujangnya beredar pergi.

*****

Kini

"Siapa jantan tu ?"Soal Fikri Aidil. Sakit hati melihat Aria dihantar oleh seorang lelaki.

"So?"

"Aku tanya siapa jantan tu? Kau pergi menyundal ke?" Keras soalan Fikri Aidil.

"Kalau aku menyundal pun.Kau peduli apa?" Aria melawan. Dipalingkan wajah ke tempat lain. Tidak ingin melihat suaminya.

Kesabaran Fikri Aidil hilang. Penampar dihadiahkan buat isteri tersayang. Badan Aria hampir tersungkur tetapi sempat berpaut pada sofa. Pipinya dipegang perlahan. Rasa perit. Senyuman sinis terukir.

"Apa nak jadi dengan kau ni Aria? Kau tu isteri aku. Hormatlah aku sikit Aria."

"Kau memang bodoh Fikri. Aku tak suka kan kau. Aku benci kau. Aku nak cerai kau faham tak." Jerit Aria sekuat hati. Ditolak dada bidang Fikri Aidil berkali- kali. Tidak betah tinggal dirumah ini. Hidupnya bagai terkurung. Dia tidak kisah jika diceraikan oleh Fikri Aidil. Dia sudah ada orang lain yang mampu memenuhi keinginan liar.

"Aku tak kan ceraikan kan kau Aria."

Aria mengamuk. Dia menolak kasar tubuh Fikri Aidil . Ditumbuk dada suaminya berkali. Tidak puas hati dengan keputusan Fikri Aidil yang tidak mahu menceraikannya. Fikri Aidil membiarkan saja.

"Cerai kan aku. Cerai kan aku. Cerai kan aku."

"Ria. Perkahwinan kita tak sampai setahun pun lagi." Ujar Fikri Aidil kecewa.

"Aku tak kira ceraikan akuuuu." Aria menjerit.

Beg tangan dipukul ke kepala Fikri Aidil. Sakit hati bila permintaan di tolak. Dia tidak cintakan lelaki ini. Dia mahu bersama dengan lelaki lain. Lelaki ini terlalu banyak larangan. Dia benci. Dia perlukan kebenaran. Jiwanya sedang memberontak.

Aria berusaha melepaskan pelukan dari Fikri Aidil. Cengkaman di tangan digoyang berkali - kali. Dia mahu keluar dari sini. Semakin kuat Aria meronta semakin kuat Fikri Aidil peluk.

" Aku sayangkan kau Ria. Aku cintakan kau sepenuh hati aku. Aku nak kau. Aku tak nak orang lain." Bisik Fikri Aidil lembut di telinga Aria.

Kudrat Aria tidak terlawan dengan Fikri Aidil. Akhirnya, dia membiarkan sahaja dalam pelukan Aidil Fikri. Bisikan mesra pada telinga tidak mampu mencairkan hatinya. Dia tahu esok hari dia ada lagi untuk lepas dari Fikri Aidil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience