16

Romance Completed 35078

Kaki kanan Hani Putri berpijak pada lantai dan dia terus memecut laju ke kereta. Hani Putri membiarkan badan yang basah kuyup. Dia pantas masuk ke dalam kereta. Tidak diendahkan badan yang basah lencun. Dadanya hebat berjalan laju.

*****

Hani Putri tersandar lesu. Tisu bertaburan di atas meja gara gara selesema. Dahi pula diletakkan dengan kain basah. Dia tidak bermaya untuk pergi ke kerja. 2 hari dia mendapat cuti rehat dari doktor. Mata terpejam rapat.

Lonceng diluar berbunyi 3 kali. Hani Putri mengeluh panjang. Siapa pula yang datang ke rumah tengahari buta.  Mustahil Rita menekan lonceng sedangkan dia ada kunci rumah sendiri. Punggungnya mengangkat malas. Di buka langsir untuk mengintai tetapi tiada orang. Makhluk mana pula yang mahu bermain siang hari.

"Cik cik cik." Panggil satu suara.

Hani Putri menjenguk lagi. Dia baru perasan ada individu yang bertubuh gempal dan pendek. Dia tersengih lucu. Badan lelaki terlindung dengan pintu pagar membuatkan dia tidak nampak.

"Encik tandatangan kat sini."

Sebaik sahaja dia memberi tandatangan, Hani Putri terus membuka kad kecil di sebalik bunga tulip.

Warna orange melambangkan semangat. Semoga awak sentiasa semangat

Hani Putri menelan air liur. Tekaknya rasa semakin kesat. Bunga tulip oren dipandang lama. Siapa pula yang memberi bunga tulip. Dia tiada kekasih hati mahupun kawan baik kecuali Rita. Dia menekan kepala kiri kuat. Berdenyut di kepala datang lagi.
Mustahil Rita yang berikan.

Suka x bunga yang aku bagi

Bulat mata Hani Putri membaca whatsapp. Lelaki itu memberinya bunga.

Jantungnya berdebar tiba. Misteri sungguh anak saudara bosnya ini. Baik secara tiba tiba.

Ke kau x sudi?

Whatsapp kali kedua menyusul. Hani Putri tidak membalas. Dia hanya membiarkan bluetick

Semoga cepat sembuh ya dari demam

Kali ketiga ini membuatkan dunia Hani Putri terasa haru. Dia mencampakkan telefon oppo pada meja. Kakinya sudah terlompat naik ke sofa. Dia duduk secara mencangkung di atas sofa. Dirinya terasa seram sejuk. Fikri Aidil tahu keadaan dirinya yang demam dan paling haru lagi Fikri Aidil tahu alamat rumahnya.

Aku minta maaf kalau buatkan kau demam. Oklah sebagai tanda maaf aku nak belanja kau makan. Kau cakap je nak pergi mana

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience