"Shit,bangang punya betina.Berani dia mainkan aku".
Panas hati Fikri Aidil melihat gambar isterinya. Aria berpelukan dan berkucupan dengan lelaki lain di sebuah kelab malam. Hatinya bertambah panas apabila penyiasat upahan memberitahu Aria telah menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Inggeris itu sebelum mereka berkahwin lagi. Mundar-mandir Fikri Aidil di dalam bilik pejabat. Kepala digeleng seakan tak percaya dengan perbuatan isteri kesayangan.
Kali ini dia terasa tercabar dengan Aria. Aria melampau . Berkahwin dengan dia tetapi masih menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain. Lelaki yang lebih kaya darinya.
" Apa kau nak Ria?" Dipegang gambar perkahwinan. Diusap perlahan. Merintih hati dengan perbuatan isteri. Sebelum berkahwin lagi Fikri Aidil tatang Aria dengan kemewahan.
"Tak cukup ke kasih sayang yang aku bagi? Kemewahan ? Lebih segalanya aku bagi sayang." Fikri Aidil gengam kuat bingkai gambar. Sekali lagi dia campak gambar perkahwinan ke dinding. Pecah berderai. Kaca berterabur di atas lantai. Pasu bunga kaca turut di campak . Hati belum berasa puas. Dilempar pula fail yang ada di atas meja. Setelah berselerak semuanya. Dia meraup wajah kusut.
Setiausaha Fikri Aidil yang mendengar bunyi kaca jatuh itu tidak berani ke bilik majikannya itu. Fikri Aidil telah bagi amaran awal lagi. Dia hanya diam kaku. Hati mula terbit rasa risau. Dikuatkan semangat untuk melihat Fikri Aidil. Kaki melangkah terpaksa untuk menjenguk keadaan majikan.
"Erkk,encik okey?" Soal Atriah takut. Secara drastik Fikri Aidil melemparkan fail ke arah Atriah. Tepat terkena dimuka Atriah. Atriah tergamam. Rasa menyesal masuk ke bilik bos. Atriah takut melihat wajah Fikri Aidil yang menyinga.
"Bodoh punya perempuan.Kan aku kata jangan ganggu aku."Jerkah Fikri Aidil garang.Mata mencerlung memandang Atriah. Atriah menunduk. Tidak berani pandang Fikri Aidil.
"Maaf,saya risaukan encik".Mengigil badannya. Masih kaku di permukaan pintu dan tidak beredar.
"Kau tak payahlah nak risaukan aku.Isteri aku pun tak pernah risaukan aku."
Diambil fail dan dilemparkan sekali lagi ke arah Atriah. Atriah ketakukan terus melulu keluar. Mengalir air matanya. Selama bekerja disini inilah kali pertama dia diherdik. Diherdik sahaja dia tidak kisah tapi Fikri Aidil membalingkan fail.
" kenapa ni Atriah?" Rakan sepejabat menyoal simpati. Sebenarnya dia sudah tahu apa yang terjadi terhadap Atriah. Sengaja mahu bertanya.
"Tak ada apa-apa lah".Balas Atriah dalam keadaan menunduk. Tangan yang mengigil digengam kuat.
"Betul ni?"
"Betullah,dahlah baik pergi buat kerja. Nanti encik Fikri mengamuk."
*****
Fikri Aidil melihat Aria terbaring senang. Dia berdiri di birai katil.
Gambar disampul surat dikeluarkan secara kasar . Gambar dijatuhkan ke atas muka Aria. Tersentak Aria dengan tindakan Fikri Aidil.
"Baik kau cakap,sapa jantan ni?" Fikri Aidil masih bertanya dengan lembut. Tiada jawapan dari Aria. Diambil gambar yang ada dilemparkan sekali lagi ke muka Aria. Aria tergelak mengejek. Rahsia selama ini yang disimpan rapi terbongkar .
"Dia teman lelaki aku sebelum kau nikah dengan aku lagi."Ujar Aria bangga.
"Kau?" Ditundingkan jari tepat ke arah Aria. Geram dengan kata-kata Aria. Ditampar kedua-dua pipi Aria dan sekali lagi dipipi kanan.
Aria pegang pipi yang ditampar. Dia tersenyum mengejek. Sakit tapi puas. Sekurang-kurangnya Fikri Aidil tahu perihal dirinya. Tak perlu hipokrit lagi.
"Apa yang kurang ?Aku dah bagi kau kemewahan lebih dari bapak kau bagi. Sekarang kau tak pandai nak hargai aku."
"Apa yang tak kurang kau kata?Memang kau bagi aku kemewahan tapi aku sunyi .kau asyik kerja,kerja,kerja. Dari aku tunang dengan kau lagi dengan kau. Aku bosannn." Aria meninggikan suara. Puas hati dapat meluahkan yang terbuku dalam hati. Mata merah memandang Fikri Aidil. Fikri Aidil memberikan kemewahan melimpah ruah tetapi Aria tetap tidak berpuas hati dengan sikap Fikri Aidil yang terlalu sibuk. Malah masa untuk bersama tiada dan hanya pada waktu makan malam sahaja .Aria bosan hidup seperti ini. Dia juga perlukan kasih sayang. Dirinya terasa bagaikan boneka diperlukan untuk mengisi waktu bosan.
"kau jangan bagi alasan Aria.Aku kerja keras sebab nak bagi kau mewah.Kau ingat kalau aku tak kerja aku boleh bagi kau makan".Jerkah Fikri Aidil.Naluri kelakiannya tercabar dengan kata-kata isterinya.
"Ceraikan aku!!!"
"Aku takkan ceraikan kau."
"Cerai aku ".Aria masih tidak mahu mengalah.Ditolak tubuh Fikri Aidil yang sasa namun masih kekal disitu tidak berganjak.
"Fik sayang Ria".Sayu suara Fikri Aidil menutur kata-kata.Mengalah kali ini kerana untuk mendapatkan Aria kembali.Dia sayangkan Aria. Dia tidak boleh hidup tanpa Aria.
"Huh,kalau kau tak ada.Michelle ada untuk aku.Dia boleh bagi aku kekayaan dan kasih sayang tapi kau Setakat syarikat kau yang kecik tu.Jangan haraplah aku nak pandang."Tutur Aria dalam keadaan sinis.
Kedua-dua bahu Aria dipegang dengan penuh kasih sayang dan dikucup dahi Aria. Aria mengelak. Rimas dengan Fikri Aidil.
"Ria,jangan buat Fik macam ni.Fik janji lepas ni Fik akan selalu ada untuk Ria ya sayang.Jangan tinggalkan Fik".Rayu Fikri Aidil sayu. Fikri Aidil cuba untuk memeluk Aria tetapi Aria menolak tubuhnya dengan kuat. Dia hampir terjatuh ke lantai. Badan dan otak terasa lemah dengan tindakan isterinya. Matanya hanya mampu melihat kaki isterinya melangkah pergi. Akhirnya, dia kalah dengan jiwanya. Air mata lelaki tertumpah jua. Kejamnya kau wahai isteri setelah apa aku korbankan.
*****
Hidup Fikri Aidil tidak tenteram. Mulutnya menyedut kuat asap rokok. Dihembuskan secara kasar. Otaknya terus berfikir bagaimana cara untuk selamatkan perkahwinan ini. Puntung rokok yang tinggal suka dibuang. Diambil lagi sebatang rokok yang lain. Tangan mengambil Iphone dan jari menaip sesuatu.
Sayang kat mana?
Balik lah sayang kat rumah kita.
Bluetick yang diberikan oleh Aria. Jarinya pula masih kekal menaip.
Fik janji tak marah Ria lagi. Kita bincang baik2. Maafkan Fik sayang.
Fikri Aidil melihat screen I phone. Tiada balasan dari Aria. Dia melihat Aria online whatsapp.
Kalau sayang xnak balas tak pa. Tapi baliklah. Love you sayang
Fikri Aidil mengeluh. Berharap agar Aria merubah hati untuk menyelamatkan perkahwinan. Iphone diletakkan di atas meja. Dia menutup mata perlahan.
*****
"Mana Ria Fik? Tak ajak datang sekali?" Suhana menyoal.
"Err dia busy ibu."
"Busy apanya. Dia bukan kerja pun." keras suara encik Ilham berkata. Hati tua masih keras mahu menerima menantu perempuan itu. Menantu apa kalau tidak hormat dirinya. Bersalam pun tidak mahu apatah lagi jejakkan kaki ke rumah ini. Tidak sudi agaknya.
"Abang ni." Tegur Suhana lembut. Tidak mahu anak dan suami bertikam lidah kerana menantu. Encik Ilham membeku. Malas melayan anak degil ini. Dia tahu segalanya tentang Aria dan lelaki english itu. Sekarang pasti Aria sedang berseronok dengan jantan itu.
"Nanti ajak dia ke mari ya Fik. Dia belum datang lagi ke rumah ini."
"Tak payah Su. Anak menantu awak tu sibuk dengan jantan. Tak payah." Ujar encik Ilham lantang. Biarkan anak lelaki dia ini marah dengan kata lepasnya. Biarkan dia tahu yang isterinya itu seperti perempuan tiada maruah.
Fikri Aidil terdiam seribu bahasa. Dia tercengang. Bagaimana ayah boleh tahu?
Share this novel