bab 22

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

Dari tadi aku duduk bertapa dalam kereta perhatikan rumah agam opah.Rasanya dah 30 minit kot.

"Oi Riz,kau nak turun ke tak ni.Dah dekat setengah jam kita parking kat sini."

"Entah lah Amir,Aku takut lah.Kau tahu la mulut orang tua tu.Sekali dia sembur api,panas kot."

"Ishh tak kot.Opah tu nak bangun pun dah tak larat.Inikan pula nak marah pastu maki hamun kau.Tak kanlah."

"Ye la tu! orang tua tu badan mungkin tak sihat tapi mulut dia sihat walafiat.Dah la jom balik,malas lah aku nak melawat opah.Lain kali je lah."

"Eh,kau ni biar betul Riz.Kita dah sampai depan rumah opah kot.Takkan nak balik macam tu je.Sekurangnya jom lah masuk dulu,minum ke makan ke.Aku lapar ni."

"Kau lapar! hah jom ikut aku balik rumah makan tengah hari.Iman conform dah siap masak."

"Eh betul ke ni! kau ajak aku makan kat rumah kau?"

"Amboi kau,teruja! macam lah kau tu tak biasa.Dah la jom cepat."

"Cantik jom..."

Jawab Amir sambil angkat ibu jari.Amir,kalau bab makan tak pernah tolak.Laju ja tekan minyak kereta,macam peluru beredar dari rumah agam Wan Zaitun.

Aku dan Amir sebentar tadi baru balik dari hospital.Hari ni,hari akhir aku check up.Alhamdulillah Doktor Fikri merangkap sahabat baik aku cakap kaki aku dah sembuh sepenuhnya.

"Alhamdulillah,bersyukur aku pada Allah." Aku pun tak sangka,kaki aku boleh sembuh secepat ini.Kalau ikut jangkaan Fikri,setahun lebih atau dua tahun masa yang aku perlukan untuk sembuh.Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya.Tak sampai setahun aku dah boleh berjalan dan sembuh sepenuhnya.Aku happy sangat,lepas ni aku dah boleh ucapkan hai hai bye bye pada kerusi roda dan tongkat sakti yang tersimpan elok kat rumah aku.

Jadi lepas selesai semua urusan,aku ajak Amir singgah rumah opah.Niat hati nak melawat opah sambil sambil aku nak tunjuk sikit pada orang tua mulut puaka tu yang aku ni dah sembuh,dan sekarang opah pula menanggung kifarah sebab kaki opah tiba tiba ja sakit.Entah kenapa aku pun tak tahu.Apa yang aku tahu inilah KARMA! balasan tuhan untuk manusia yang kufur nikmat.

Tapi tu lah bila dah sampai depan pintu pagar rumah opah,berat pula kaki aku ni nak melangkah keluar.Serba salah,serba tak kena.Diluah mati mak,ditelan mati bapak.Eh,apa yang aku merepek ni... Alasan! yang sebenarnya aku tak bersedia lagi nak hadap manusia manusia lain yang ada dalam rumah tu.So aku ingat nak balik galeri.Tapi dah Si Amir ni macam kebulur je,aku ajak lah balik rumah makan tengah hari lagi Jimat.

"Sedapnya Iman kari ayam ni.Aku dah lama tau tak makan masakkan kampung ni.Eh,mana kau belajar hah.Nanti boleh lah kau share resepi ni kat Mariam."

"Boleh ja.Alah resepi ni pun aku google je lepas tu aku edit la sikit nak bagi lagi sedap.Tapi dalam masakan ni yang penting kebersihan dan kualiti bahan yang kita guna.Ayam tu kena cuci bersih,ubi kena guna yang segar.Bahan bahan lain pula jangan kedekut,rempah kena lebih,santan guna lah yang fresh,kerisik! kau kena pastikan yang masih baru lagi.Bukan yang dah nak dekat expired.Barulah kari ayam kau tip top! Hah sedap kan,makan lah.Tambah lagi nasi,kalau tak cukup nanti aku masak lagi."

Kalau dah namanya Nurul Iman jawapannya mestilah panjang lebar.Lepas tu masuk bakul angkat sendiri.Yang Amir pun terangguk angguk dengar sambil mulut tu tak berhenti mengunyah,masakkan Iman,memang kena lah dengan tekak dia.Rasanya ni dah kali ketiga Amir tambah.

"Kau ni biar betul Mir,kau makan untuk saka kau sekali ke."

Kata aku menyindir.Mana tidak nya,dah kali ketiga Amir tambah nasi lepas tu,nasi menimbun macam gunung.Amir ni kurus kering ja orangnya tapi kalau melantak nasi macam tak makan seminggu.

"Kau ni kan Riz,sampai hati mengata aku.Aku makan banyak macam ni bukan sebab lapar.Tapi kari ayam Iman ni,rasanya sebiji macam arwah mak aku masak,tu yang aku berselera sangat.Iman! bagi aku kari tu.Kau letak depan Riz pun dia bukannya nak makan.Anak melayu tekak mat salleh ni tak reti lah nak makan masakan melayu ni."

Amboii ayat kau Amir,dah la aku bagi makan free menyindir lagi.

"Dah,dah.. Iman,kau jangan bagi kari tu.Kau pergi simpan sekarang."

Mangkuk kari diatas meja aku ambil dan bagi pada Iman.Aku bukan kedekut.Tapi aku saja je nak menyakat Amir.Macam ni lah perangai aku dan Amir kalau mood baik.Riuh rendah bergurau senda.Itu belum tambah Fikri lagi,hero malaysia tu,nampak ja romantik,tapi kalau dah bersatu dengan kitaorang perangai kalah setan.

"Eh Iman,dah habis kemas meja.Kau siap ya.Hari ni kau ikut aku."

"Pergi mana?" soal Iman hairan.

"Adalah!"

Tu je jawapan aku.Lepas tu aku pergi depan lepak dengan Amir.

"Eh,kau tak tolong Iman ke." soal Amir sambil hirup kopi panas.

"Tolong apa."

"Tolong kemas lah."

"Apahal pula aku nak kena tolong.Tu semua kerja dia okey."

"Tahu lah,tapi apa salahnya suami isteri saling tolong menolong eratkan silaturrahim."

"Eh..Ehh..Ehh.. Yes,aku dengan Iman husband and wife! Tapi hubungan aku dengan Iman tak sama macam hubungan suami isteri lain okey! aku Bos Iman perkerja."

"Eleh ye la tu tak sama macam hubungan suami isteri lain.Bos dan pekerja! Habis tu LOVE BITE kat leher kau tu sapa buat,bukan pekerja kau yang buat atau kau buat sendiri."

"Shutttss.Oi perlahan lah sikit cakap tu."

Kelam kabut aku bangun duduk sebelah Amir.Bola mata aku ni dah meliar tengok arah bilik Iman.

"Kau ni perlahan lah sikit cakap tu!"

"Ni apahal pula menggelabah.Risau semacam ja.Kau ada perempuan lain ke."

"Issh kau ni! tak lah."

"Habis tu yang kau menggelabah takut Iman dengar apahal!"

Aku geleng kepala tenung Amir. "Aku bukan takut.Aku taknak lah Iman dengar.Nanti dia malu pula."

"Iman malu.Sejak bila? Tapi kan,ganas juga Iman ni.Besar kot dia gigit.Tak ada seni."

"Tak ada seni lah,sebab belajar dengan bini kau."

"Bini aku ajar,Kau biar betul Riz.Dekat aku pun dia tak pernah buat,tiber pula nak ajar Iman.Tapi apapun tahniah! sekarang ni sah lah Iman isteri kau.Aku harap kau jaga Iman baik baik,kalau boleh suruh lah Iman panggil kau abang ke,sayang ke,hubby ke kan lagi mesra.Kau pula panggil Iman anje ke,baby ke...

Berkerut dahi aku tenung Amir.Entah apa apalah yang dia merepek.

"Oi oi.. apa kau merepek ni.Aku dengan Iman tak ada apa apa lah."

Tercengag Amir tengok aku.

"Apa kau cakap! kau dengan Iman tak ada apa apa.Maksud kau,kau dengan Iman tak pernah bersama lah.Habis tu love bite tu,Iman tiba tiba naik hantu gigit leher kau,macam tu!"

Seketika aku diam alihkan pandangan menatap skrin TV.Kata kata Amir buat lidah aku kelu.Tak tahu nak jawab apa."Perlu ke aku tipu Amir,kononnya aku dengan Iman tak pernah tidur bersama.Conform la Amir tak percaya.Jelas kot tanda merah kat leher aku ni.Yang Iman ni pun,konon nak meniru aku tapi tak reti.Dah macam tapak kaki kucing tanda merah kat leher aku.Buat malu je." Bisik hati aku,bola mata aku masih merenung skrin TV.

"Oi,Apahal diam.Jawablah!"

"Cik Fariz saya dah siap.Jom!"

Huh selamat! Iman datang tepat pada masanya.Lega,tak perlu lah aku serabutkan otak fikir jawapan yang Amir sibuk nak tahu.

Sepanjang dalam kereta aku dan Amir diam seribu bahasa.Sesekali kami berpandangan.Jelas riak wajah Amir tak puas hati.Aku,aku buat bodoh je,suka hati kau lah Amir malas aku nak layan.Sibuk je nak tau hal rumah tangga aku.Tapi entah lah dengan Amir dan Fikri aku tak boleh share pasal Iman.Bila aku merungut atau mengata Iman diaorang dah pandang aku lain macam.Lepas tu mula la membebel pesan itu ini.Suruh aku hargai Iman lah,kenang jasa Iman la,jangan aniaya Iman lah yang aku paling geram bila diaorang macam tak setuju bila aku cakap bab cerai.

"Kau betul ke nak ceraikan Iman.Kesian Iman Riz.Aku tengok dia bahagia sangat dengan kau.Iman tu elok je jaga kau.Bersusah payah tau dia jaga kau.Hah,masa kau demam hari tu,tak berhenti henti Iman call aku tanya macam macam,risau,susah hati.Aku rasa Iman tu sayang kau lah.Sebab tu dia ambil berat.Macam ni lah Riz,pada pendapat aku lah.Apa kata kau bagi peluang untuk Iman ganti tempat Sofi.Kau buka pintu hati kau,Mungkin Iman adalah jodoh kau walaupun semuanya berlaku secara kebetulan."

Ni lah nasihat Fikri bila aku bersuara nak ceraikan Iman.Ini ke kawan,sepatutnya suport keputusan aku bukan serabutkan fikiran aku suruh aku terima Iman.Gila,ingat cinta tu boleh dipaksa.

Ya,aku akui Iman dah banyak bersusah payah jaga aku,Uruskan aku,dari aku berkerusi roda,lepas tu bertongkat sakti dan sekarang aku dah boleh jalan dengan sempurna.Aku juga ingat macam mana Iman jaga aku waktu aku demam teruk disebabkan kaki aku kejang.Tapi semua yang Iman buat tu dah memang tugas dia.Aku bayar kot! Perlu ke aku kenang dan hargai??

Hmmm mungkin juga ada perkara yang Iman buat aku kena hargai.Contohnya!

Iman penat sangat hari tu,seharian jaga aku sampai tertidur atas katil sebelah aku.Aku pula terjaga ja dari tidur terus mengamuk,marah,naik angin sebab Iman tidur ditempat Sofia.Selamba ja aku tolak Iman sampai jatuh katil.

"Aduhh... sakitnya,kenapa Cik Fariz tolak saya."

Soal Iman hairan sambil bangun dari lantai.

"Hei perempuan! Siapa suruh kau masuk bilik aku! berani kau tidur atas katil aku! Kau tahu tak ni tempat Sofia.Kau tak layak tau tidur sini.Sedar lah diri tu sikit.Perempuan kotor,perempuan....

Kuat suara aku tengking Iman.Masa ni Iman belum jadi milik aku.Aku marah Iman,aku hina Iman.Aku tuduh Iman sengaja nak goda aku.Aku panggil Iman perempuan murahan,perempuan kotor.Tapi jenis manusia tak ada perasaan macam Iman tak peduli pun kata kata aku.Iman terus berdiri didepan aku dan riak wajah dia tenang ja.

"Cik Fariz sabar,sabar dulu.Cik Fariz jangan lah macam ni.Ye,saya minta maaf sebab masuk bilik Cik Fariz tanpa kebenaran.Tapi,semalam Cik Fariz meracau,menjerit.Saya terpaksa masuk tengok keadaan Cik Fariz.Cik Fariz demam semalam,suhu badan Cik Fariz tinggi sangat,saya call Fikri,Fikri cakap Cik Fariz tak boleh makan ubat sebarangan,saya kena tunggu dan letakkan tuala basah kat dahi dan perut Cik Fariz sampai panas Cik Fariz turun.Lepas tu saya...

"Dah diam!"

Aku terus menengking Iman.Jelas Iman terkejut sampai terangkat bahu.

"Kau keluar sekarang.Aku tak nak dengar lagi apa apa alasan kau,KELUAR!!!"

Gila betul aku masa ni,marah tak tentu pasal.Terjerit jerit macam orang gila.Iman tak salah pun,niat dia baik nak jaga aku.Tapi aku ni yang lebih lebih! aku rasa seolah Iman sengaja nak buat baik dengan aku,nak goda aku,nak rampas aku dari Sofia.

Hati aku puas bila tengok Iman patuh arahan aku.Iman keluar dari bilik aku dan Iman langsung tak berani nak jejak walau selangkah.Iman hanya akan tunggu dan tengok aku hanya dimuka pintu bilik.

"Cik Fariz,keluar lah makan.Saya dah siap hidang atas meja."

"Jap aku keluar.Kau tunggu situ,jangan nak masuk bilik aku"

Tegas suara aku memberi amaran keras pada Iman.Tapi perangai aku ni menyusahkan diri aku sendiri.Aku penatlah nak turun naik katil lepas tu keluar masuk bilik,dah la kaki aku sakit.Tapi disebabkan ego,tak nak Iman masuk bilik,terpaksalah aku call Amir minta tolong datang rumah.Jadi beberapa hari juga lah Amir terpaksa ulang alik datang rumah aku,malam lepas Amir siap uruskan aku barulah dia balik.Iman pula setiap malam akan tidur dimuka pintu bilik aku.Iman,Iman jasa kau akan aku kenang.

Jadi untuk balas jasa Iman yang dah bersusah payah jaga aku dan sabar dengan sikap aku.Hari ni aku bawa Iman keluar jalan jalan pergi tempat yang dia suka.

"PANTAI.. Subhanallah,cantiknya.Terima kasih Cik Fariz,terima kasih sangat sangat bawa saya datang sini."

Gembira betul Iman,Teruja! senyum lebar sampai telinga.Iya lah dapat kejutan dari aku.

Walaupun aku tak bawa Iman pergi Sabah,tapi pantai Klebang kat Melaka ni pun dah cukup untuk hiburkan hati Nurul Iman.

"Cik Fariz,sini lah!"

Dari jauh Iman jerit panggil aku sambil lambai tangan.Kaki Iman pula dah terendam dalam air laut.Suka betul aku tengok Iman belari anak mengejar ombak.Tiba tiba hati aku sebak.

"Sofi,abang rindu Sofi.Terlalu rindu."

Detik hati aku.Air mata yang jatuh ke pipi cepat cepat aku kesat.Bila kenangan aku dan Sofia muncul di kotak fikiran,perasaan rindu dan sedih mula hadir.Telatah Iman bermain air laut sama seperti arwah Sofia Adriana,berlari kesana sini sambil ukir senyum memandang aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience