Bab 5

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI.
kerana Dia.... Aku mengenali dia...

Dari tadi aku tenung ja menu sarapan pagi yang Si Murai ni hidangkan untuk aku."Bihun goreng? Telur mata? Karipap? Hah! apa jenis makanan kau bagi aku makan ni.Kemarin depan mama belagak sangat! kononnya kau tu pakar pemakanan.Kau tahu apa yang aku boleh makan dan tak boleh.Mati mati mama aku percayakan kau.Ni apa? makanan berminyak macam ni kau nak aku makan."keluh hati aku bebal.

"Iman! Iman.."kuat aku jerit panggil Si Murai.Tapi dia tak muncul pun.

"Mana dia ni,pekak ka!"rungut hati aku.Sekali lagi aku panggil nama dia,Tapi bayang dia pun aku tak nampak.

"Imannn..." aku jerit sekali lagi panggil nama dia.

"Iyaaaaa... I'am coming."

Dari jauh aku dah dengar suara dia jawab panggilan aku.

"Ya Cik Fariz.Can i help you?" Selamba dia jawab sambil dia tenung muka aku.

Nipis ja bukaan mata aku balas renungan mata Iman."Belagak,speaking konon! bahasa ingeris pun tak betul."Detik hati aku geram sambil aku perhatikan Si Murai berdiri depan aku."Selekeh! Dalam rumah pakai topi.Baju besar dari orang.Buta fashion ka dia ni."bebel hati aku lagi.

"Cik Farizzzz....

Tersentak bahu aku bila lima jari si Murai ni bermain main depan mata aku.

"Ada apa Cik Fariz panggil saya."

"Nih! apa makanan yang kau bagi aku ni."Tegas suara aku tanya Iman sambil aku halakan telunjuk pada makanan yang terhidang diatas meja.

"Lah ni Bihun goreng ni telur mata,ni karipap.. Takkan Cik Fariz tak kenal kot.." Selamba ja si Murai ni menjawab sambil dia pula halakan telunjuk pada makanan.Lepas tu dia tenung muka aku lagi.Dan lepas tu apa lagi,dia sambung lagi la bercakap.Si Murai! setakat sepuluh ke lima belas patah perkataan memang tak cukuplah..

"Nih semua masakan orang melayu tau! Bihun goreng dengan telur mata ni saya masak sendiri kat rumah tadi.Cik Fariz jangan risau,dapur rumah saya bersih.Tip top! Karipap ni ja saya beli.Kalau nak buat sendiri takut tak sempat pula.Tapi Cik Fariz jangan risau,Cik Fariz takkan keracunan makanan sebab saya kenal sangat dengan orang yang jual karipap ni! namanya Kak Melati.Kak Melati ni orang Indonesia tapi dia dah lama menetap kat Malaysia.Karipap dia Viral tau.Harga murah! dah la murah karipap besar,inti penuh tak macam sesetengah peniaga tu.Jual mahal tapi inti Oksigen...

Aku dah mula ketap gigi tahan geram.Enam patah perkataan ja aku tanya Si Murai ni.Tapi dia punya jawapan berpatah patah,Dia ni dah betul betul mencabar keimanan aku.

"Iman! Diam!" sekali lagi aku jerit pada Iman.Tajam aku tenung muka Iman.

Iman pun terus diam seribu bahasa sambil dia jatuhkan pandangan.Aku tahu Iman terkejut.Aku perasan bahu dia terangkat tadi.Tapi tahu pula dia diam bila aku tinggikan suara macam tu.Padan Muka!

Si Murai dah diam kini giliran aku pula nak bercakap.

"Aku tak makan makanan berminyak macam ni! Sekarang kau angkat semua makanan ni,Buang!" tegas suara aku arahkan Iman.

Lepas ja aku cakap macam tu aku tengok riak wajah Iman dah berubah.Dahi dia dah mula berkerut! Nih conform dia nak menjawab.

"Astagfirullah hal Azimmm... Sampai hati Cik Fariz suruh saya buang makanan ni.Ni semua rezeki tau! Allah tak suka kita buang buang makanan.Mebazir! Lagipun penat saya masak.Pukul 4 pagi saya dah bangun semata mata nak goreng bihun ni.Dah la mahal saya beli barang barang nak goreng bihun ni! udang saja dah harga dua puluh ringgit.Ayam lagi,sotong,sayur...

Dia mula lagi! Iman ni memang jenis manusia yang tak tahu takut ka.Aku tengah marah kot.Boleh pula dia bebelkan aku.Aku tarik nafas dalam dalam,aku kumpulkan kesabaran.Aku doa dalam hati. "Allah hu akbar... ya Allah kuatkan iman aku.Gandakan kesabaran aku berhadapan dengan manusia yang kau utus untuk jaga aku."Masa ni mata aku dah tak mampu nak tengok muka Iman.Aku takut aku hilang sabar,bihun ni aku baling kemuka dia.Tapi mungkin salah aku juga,Yang aku suruh dia pergi buang makanan tu buat apa.

"Iman"

Aku rendahkan ton suara.Aku cuba nak cakap baik baik.

"Okey lah,makanan ni kau tak payah buang.Kau bagilah pada Tini ka pada Syahmi ka sebab aku tak makan makanan berminyak macam ni pagi pagi.Sekarang kau pergi dapur kau buatkan aku roti bakar dua keping."

"Oohhh.. Kenapa Cik Fariz tak bagitau awal awal.Betul ni Cik Fariz tak nak? Tak nak rasa sikit pun! Sedap ni,ada udang,ada ayam,ada sotong.karipap ni! karipap Viral tau."

Dia menjawab lagi.Boleh pula dia gaul gaul bihun goreng tu dan tayangkan udang,isi ayam,sotong depan mata aku.Lepas tu piring karipap tu dia angkat dan tayangkan depan mata aku juga.Kononnya nak tarik selera aku.Dia ingat aku hadap sangat.Aku tak terliur pun sebab aku ni sejenis manusia yang tak suka makanan laut dan aku tak suka kuih muih tradisional ni.Tak kena dengan tekak aku.

Aku tenung ja perangai Si Murai ni.Berani betul ya dia main main dengan aku.Apa riak wajah aku ni tak cukup tegas lagi ka? Dia langsung tak heran dengan renungan tajam aku.

"Iman! Pergi dapur sekarang!"

aku tak cakap baik baik dah.Aku jerkah terus.Iman aku dah betul betul teruji.Lepas sedas aku jerkah dia.Tahu pula dia menggelabah.Nasib tak tertiarap piring karipap yang dia pegang tu kelantai.

"Ya.. ya.. Cik Fariz.Saya pergi dapur sekarang juga.Cik Fariz nak roti bakar kan! dua keping! Okey siap!"

Macam tu lah perangai Iman.Selamba ja dia menjawab.Piring bihun dan karipap dia angkat lepas tu laju ja dia berjalan kearah dapur.

Aku gelengkan kepala perhatikan gerak geri Si Iman ni.Terdetik juga hati aku kesiankan dia.Ya lah cara Iman berpakaian nampak macam orang susah.Kemeja dan jeans yang dia pakai tu warnanya dah luntur.Topi kat atas kepala dia tu,jelas ada kesan jahit.Tapi aku tahu topi tu berjenama dan original.Tak mungkin dia beli sendiri sebab harganya mahal.Aku rasa 'mungkin' ada seseorang yang bagi pada dia.Sebab tu lah dia pakai sampai sekarang.

"Cik Fariz!"

"Cik Fariz"

"Hah ya."Tersentak bahu bila ada suara halus yang memanggil.

Oh! Si Sotong rupanya. "Ya"jawab aku ringkas sambil aku toleh tengok Syahmi.

"Cik Fariz dah habis makan kan.Jom lah kita mulakan sesi Fisioterapi."

"Aa.. aa jap! saya nak habiskan susu dulu." jawab aku lalu aku habiskan segelas susu yang si Murai buatkan.

Pagi tu aku tak sarapan pun.Tunggu Si Murai tu buat roti bakar entah bila la nak siap.Aku minum susu ja lepas tu aku mulakan sesi pertama Fisioterapi dengan Syahmi.

Hmmm dengan si Sotong ni pula satu hal.Elok ja aku pakai seluar pendek dia suruh aku salin tukar pakai Pelekat.Senang nak mengurut katanya.Nak tak nak aku akur ja lah.Aku dah tukar pakai kain Pelekat dia suruh pula aku tanggalkan Boxer.Hah sudah! Apahal pula sampai nak tanggal Boxer ni.Aku tanya ja pada Syahmi dan jawapannya... Biarlah Rahsia!

Aku duduk bersandar pada katil bujang yang mama beli khas untuk sesi Fisioterapi aku,sambil tu aku perhatikan Syahmi mulakan urutannya.Masa ni aku dengan Syahmi berdua ja dalam bilik.

Syahmi mulakan urutan pada hujung jari jemari kaki aku.Tapi aku tak rasa apa apa pun bila sentuhan jari jemari Syahmi menyentuh telapak kaki aku.

"Cik Fariz ada rasa geli tak." soal Syahmi.

"Tak" jawab aku.

"Kalau kat sini."soal Syahmi lagi sambil dia cubit betis aku.

"Tak!"

"Hmmmm... Saya rasa mungkin Cik Fariz lama terbaring dan sel sel saraf banyak tak berfungsi.Tak apa,pelan pelan kita cuba iktiar ya.Permulaan ni sehari 3 kali saya akan buat urutan yang sama.Pagi,tengah hari lepas solat zohor dan petang lepas solat asar.Saya akan buat urutan ni sampai lah Cik Fariz dah boleh rasa sentuhan pada tapak kaki."

Teliti aku dengar penerangan yang Syahmi ceritakan.Dari cara dia terangkan pada aku tentang masalah yang sedang aku hadap aku mula yakin Syahmi ni boleh dipercayai,dan betul lah dia ni pakar urut saraf.Walaupun pakaian dia tu pelik sikit.Kemeja kuning corak bunga bunga dengan seluar cotton warna hijau.Dah macam orang nak pergi pantai.Tak apalah Syahmi asalkan kau BAHAGIA dengan cara kau.

Tapi yang aku risaukan si Iman ni.Aku macam tak percaya ja dengan dia.Boleh ka dia nak jaga aku.Hidangan makan pagi pun dah Fail!

Tok! Tok! Tok..

"Eh,siapa pula tu." Tanya Syahmi.Serentak mata kami berpandangan.

"Entahlah! awak pergi buka pintu sekejap."

Syahmi pun mengangguk.Tangan dia yang berlumuran dengan minyak dia lapkan dulu pada sehelai tuala kecil sambil dia bangunkan tubuhnya yang montel.

Aku duduk ja perhatikan Syahmi buka pintu bilik.Aku kan tak boleh berjalan.

"Hah! kau nak apa"

Tegas aku dengar suara Syahmi.

"Cik Fariz ada kat dalam ya."

Aku dengar pula suara Si Murai.Apalah yang dia nak.

"Aa aa.Tapi kau tak boleh masuk.Aku tengah urut Cik Fariz."

"Kenapa pula tak boleh masuk."

"Isshh kau ni tak payah sibuk lah.Aku kata tak boleh,tak boleh la.Kau nak apa?"

"Nih aku nak bagi roti bakar.Tadi Cik Fariz tak sempat makan."

"Kau ni agak agak lah nak bagi Cik Fariz makan pun.Aku tengah urut dia.Lepas urut ja lah."

"Tak boleh! Cik Fariz kena makan sekarang.Nanti perut dia masuk angin macam mana,lepas tu muntah muntah.Conform lah kena pergi hospital.Bila doktor periksa puncanya tak makan pagi.Tak pasal pasal aku dipersalahkan.Mesti lah Puan Ainun tu mengamuk! dia bagi aku kerja ni untuk aku jaga makan minum Cik Fariz tapi Cik Fariz sakit sebab aku.Lepas tu mesti Puan Ainun berhentikan aku.. Aku tak nak! Aku nak kerja...

"Heiii...Iman! apa kau merepek ni.Aduhhh... boleh gila aku dapat kawan macam kau ni!"

"Apahal Syahmi?" Aku terus tanya Syahmi bila sayup sayup aku dengar suara Si Murai dan Sotong ni borak.Yang aku heran apahal la Syahmi tu hentak hentak kaki dia.

Tapi Syahmi tak menjawab.Dia terus tutup pintu bilik.Sambil dia picit kepala dan berjalan kearah aku.Ditangannya pula ada sesuatu.

"Apa yang awak pegang tu?"aku tanya Syahmi yang sudah dekat dengan aku.

Syahmi labuhkan punggungnya dibirai katil hujung kaki aku lalu dia pun jawab. "Roti bakar,Iman bagi.Untuk Cik Fariz katanya."

Bekerut dahi aku tengok dua keping roti bakar dalam piring yang masih dipegang Syahmi.

"Buat apa dia bagi saya roti bakar ni."

"Entahlah! Iman cakap tadi Cik Fariz tak sempat nak makan sebab tu lah dia hantar kebilik."

"Ya betul! tadi saya ada suruh dia buatkan saya roti bakar.Itu tadi.Sekarang saya dah tak nak."

"Tu lah! tadi saya dah cakap dekat Iman.Cik Fariz tengah urut,nanti nanti lah makan.Tapi dia berkeras suruh saya ambil.Kalau saya tak ambil panjang lebar lah dia bebel! Aduhh sakit kepala saya.Stress! Hairan betul saya dengan Iman,kalau dia bercakap! tak berhenti macam keretapi.Dia tak penat ka."

Tergelak kecil aku dengar rungutan Syahmi.Aku faham apa yang dia tengah rasa.Kau yang sedar pun tak tahan dengar celoteh Iman.Bayangkan aku dulu waktu koma.Nak tak nak kena la hadap!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience