BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
Terjawab sudah semua persolan aku 'Apa yang Iman buat dengan semua duit yang telah dia pinjam dari aku'.
RM3600 satu jumlah yang besar,semua duit tu Iman gunakan untuk membayar tunggakan sewa bulanan rumah perlindungan KASIH WALID.
RUMAH PERLINDUNGAN KASIH WALID adalah sebuah rumah teres dua tingkat corner lot,yang mana penghuninya adalah golongan anak anak yang hidupnya sebatang kara tanpa ibu,tanpa ayah,tanpa keluarga.Dan ada juga diantara mereka ini adalah golongan anak anak yatim sama seperti Nurul Iman.
Baik betul hati kau Iman! Sanggup berhutang sebab nak tolong orang.Tapi itu lah 'Lembu punya susu,Sapi dapat nama.' Nurul Iman yang tolong bayarkan tapi Wan Fariz Adlan yang dapat nama.
Selangkah ja kaki aku masuk ke rumah Kasih Walid,aku disambut oleh anak anak yang usianya antara 4 ke 12 tahun.Riuh rendah suara diaorang bercakap sambil berebut rebut nak bersalaman dengan aku.Dah macam artis pula aku rasa masa ni.Sebagai lelaki budiman dan macho aku layankan ja.Salam diaorang aku sambut sambil aku ukir senyuman manis,tapi bola mata aku ni lebih kerap nak memandang Fatihah.
Subhanallah cantiknya Fatihah,seiras,sebiji wajah Sofia Adriana!.Redup bola matanya,hidung tinggi,kulit putih,bibir merah bak delima.Sikapnya pula sopan santun dan lemah lembut pergerakkannya.Penampilannya pula memikat hati aku bertudung dan berbaju kurung moden rona ungu lembut.
"Ini baru ada style,tahu cara dress up.Tak macam Iman"
Bisik hati aku sambil bola mata aku bergerak pula ke arah Iman yang sibuk melayan karenah anak anak kecil bermain.
"Selekeh! mana mana pun pergi itu ja pakaian kau! kemeja besar,seluar jeans,tudung sarung.Tak tahu cara dress up yang betul.Aku bawa kau shopping,baju macam tu juga yang kau nak beli,huh!"
Keluh hati aku sambil aku alihkan padangan kearah Fatihah semula biar tenang hati ni.
Tapi tu lah,bab kecantikan dan penampilan Fatihah semuanya dah sempurna dari atas sampai bawah,cuma ada satu benda ja yang buat aku lemah.Bila Fatihah buka mulut! cara dia bercakap sebiji macam mulut Nurul Iman,Murai! tak berhenti,tak ada brek,satu aku tanya berpatah patah dia jawab.Aduhhh sabar je lah,nasib baik suara Fatihah sama dengan Sofia tak jemu aku nak mendengarnya.
"Terima kasih ya Allah kerana temukan aku dengan Fatihah."
Detik hati ini sambil bola mata aku terus perhatikan Bidadari Dunia kehulu kehilir menghidangkan minuman dan makanan diatas meja.
"Cik Fariz jemput minum,makan! maaflah ini je menu yang kami sediakan."
Kata walid kepada aku.Walid ni adalah pemilik Rumah Kasih Walid.
Seketika aku tenung makanan yang dah tersusun atas meja.Bihun goreng,kuih muih dan buah buahan.Memang lah makanan ni semua tak kena dengan tekak aku,tapi sebagai tetamu aku kenalah jaga hati diaorang.
"Eh tak apa,ni pun dah cukup.Alhamdulillah."
Jawab aku dengan berhemah sambil aku angkat piring dan cawan air panas untuk minum.
"Jemput minum semua."
"Aa aa minum minum."
Balas mereka serentak yang duduk semeja dengan aku iaitu Ustaz Fahmi,Walid,Ummi Ella dan Fatihah.Iman pula dah hilang entah kemana lepas dia kenalkan aku pada diaorang ni.Nak tak nak terpaksalah aku sorang sorang layan diaorang ni berborak.Tapi tak apa aku okey je.Aku dah biasa berbual dengan golongan ustaz dan ustazah macam diaorang ni sebab aku dulu pun kerap ikut mama pergi melawat tempat tempat macam ni.Lagipun Fatihah ada depan mata aku bertambah semangatlah aku nak berborak.
"Cik Fariz dah alang alang kita berjumpa ni saya mewakili mereka semua nak ucapkan terima kasih banyak banyak kerana dah tolong bayarkan tunggakan sewa rumah KASIH WALID dan terima kasih banyak banyak kerana selalu beri sumbangan untuk barangan dapur rumah ni.Alhamdulillah,bantuan Cik Fariz dah banyak mengurangkan beban kami...
Terkedu aku seketika,nasib baik dah habis minum.Kalau tak boleh tersembur minuman ni,terkejut! dengar kata kata walid.
Aku tolong bayarkan sewa rumah ni? aku bagi sumbangan untuk diaorang? Tapi Bila? aku pun baru tahu kewujudan rumah perlindungan ni hari ni.
"Ha ah,betul tu Cik Fariz.Terima kasih banyak banyak.Sebenarnya Iman tak bagi kami cakap perkara ni dengan Cik Fariz.Tapi tu lah ada alang alang kita berjumpa,rasanya tak salah untuk kami ucapkan terima kasih secara berdepan."
Fatihah pula mencelah,ton suaranya seakan berbisik sambil bola matanya meliar tengok sekeliling.
"Errr..sama sama."
Tu ja jawapan aku pada Fatihah.Otak aku blurr sekejap tak tahu nak cakap apa dah.Entah apa lah yang Iman dah temberang dengan dia orang ni pasal aku.
"Eh Iman,apasal kau tipu dia orang.Kau cakap aku yang tolong dia orang itu ini.Kau tahu tak terkulat kulat aku nak menjawab tau.Dah aku tak tahu apa apa."
Masuk ja dalam kereta.Sedas aku bebelkan Iman pandai pandai petik nama aku.Kalau ye pun bagitahu lah dulu,tahu lah aku nak menjawab.Malu aku depan Fatihah tak tentu arah nak menjawab.
"Oohh jadi Cik Fariz dah tahu lah.Ishh dia orang ni memang tak boleh simpan rahsia lah.Saya dah pesan jangan cakap apa apa...
"Rahsia? Rahsia apa? sejak bila kau berahsia dengan aku hah?"
"Alaa Cik Fariz janganlah marah.Duit yang saya pinjam dengan Cik Fariz tu saya tolong setelkan sewa rumah Kasih Walid.Dah beberapa bulan tertunggak.Saya terpaksa bagitahu Cik Fariz yang bagi sebab kalau walid tahu duit saya,walid tak nak ambil.Walid memang macam tu,susah nak ambil duit dari kita orang...
Duit dari kita orang!Siapa?
"Saya,ustaz Fahmi dan Fatihah"
Jawab Iman sambil memandang aku dan lepas tu Iman mula ceritakan semuanya pada aku.Selama ini Iman bersama dua lagi sahabat baiknya Ustaz Fahmi dan Fatihah bekerja keras untuk mencari duit lebih.Dan hasilnya diaorang selalu sumbangkan pada walid untuk mengekalkan rumah Kasih Walid yang hampir lumpuh kerana kurangnya bantuan dari pihak luar.
KAGUM dan respect itu ja yang aku mampu katakan dengan sikap Iman.Sanggup habiskan duit sendiri dan berhutang untuk melakukan pekara baik iaitu Menderma.Ya,cara Iman memang salah,berhutang untuk tolong orang lain! Iman juga salah sebab tak beterus terang dengan aku! Aku kan suami,aku berhak tahu.
Tapi Tak apalah,aku redha,aku maafkan Iman,oleh kerana Iman guna duit tu kearah kebaikkan aku halalkan je.Tapi dengan satu syarat la!.
Syaratnya....
Aku nak kenal Fatihah,aku nak tahu siapa Fatihah.Nama penuh,umur,siapa mak ayah Fatihah.Kalau boleh aku nak nombor handphone Fatihah.
Dengan jujurnya aku berterus terang pada Iman.Hati dan perasaan aku ni dah membuak buak nak kenal siapa Fatihah.Aku dah tak sabar nak jumpa dan bercakap dengan Fatihah secara peribadi.
"Ohh.. Boleh jer.Sekarang Cik Fariz nak tahu apa dulu."
Jawab Iman bersahaja.Duduknya berhadapan aku sambil jari jemarinya mula mencedok maggi cup yang masih berasap.
"Aku nak tahu nama penuh Tihah."
Sepintas lalu Iman tengok aku.
"Nama penuh Tihah! Siti Fatihah Naurahtul Akma binti Muhammad Hamdi Arsyad."
"Gulp! panjangnya nama!"
Iman tersengeh sambil angkat bahu.
"Umur? nama mak ayah dia?kerja apa? berapa beradik?"
Bertubi tubi soalan keluar dari mulut aku.
"Jappp.. satu satu lah Cik Fariz ni."
Jawab Iman sambil menelan makanan.
"Umur Tihah 25 tahun sebulan,tua sikit dari saya.Nama mak Tihah Nurin,binti saya tak tahu.Ayah Tihah Muhammad Hamdi Arsyad atau Ustaz Hamdi.Tapi Mak ayah Tihah dah tak ada,dia orang meninggal,terlibat kemalangan jalan raya masa bulan Ramadhan.Masa tu umur Tihah 23 tahun."
"Ohh.. Tihah anak tunggal ke."
"Tak,Tihah ada sorang adik lelaki dan sorang abang tiri.Adik Tihah namanya Zarul,tapi dah meninggal kena jangkitan COVID.Abang tiri Tihah pula saya tak tahu namanya,dan saya tak nak ambil tahu pun,
tentang Jantan tak guna tu,manusia bertopeng syaiton! kejam,jahat!...
Tiba tiba riak muka Iman berubah merah menahan marah.Bola mata Iman tajam merenung meja kosong.Hairan aku!
"Kau kenapa Iman,tiba tiba je naik angin.Apa yang kau marah sangat dengan abang tiri Tihah."
Iman toleh tengok aku sambil geleng kepala.Riak muka Iman jelas menggelabah.
"Tak,tak ada apa apa lah! Eh,Cik Fariz nak tahu apa lagi tentang Tihah.Nak nombor telefon kan."
Laju je Iman tukar topik.Ni yang aku tak puas hati.Cerita tak habis lagi.Tapi tak apa,bab tu aku tak nak tahu sangat pun.Yang aku nak tahu sekarang ni Bab Fatihah je.Bab tu pasti aku akan tahu lepas ni.Lepas aku dah kenal siapa Fatihah.Sekarang ni aku mesti dapatkan nombor telefon Fatihah dari Iman.
"Ya,aku nak nombor handphone Tihah."
"Boleh,tapi saya kena lah tanya Tihah dulu.Tak boleh terus bagi kat Cik Fariz.Nanti Tihah marah."
Pulak! nak minta izin dulu.Aduhh buang masa lah! Tapi privasi orang aku kenalah hormat.Aku angguk tanda setuju. "Baiklah! Tapi kau jangan lupa pula."
"Insya Allah tak lupa lah! Tapi kan,kenapa Cik Fariz sibuk nak ambil tahu pasal Tihah.Tadi masa kat rumah walid,saya tengok Cik Fariz asyik tengok tengok Tihah je.Cik Fariz suka Tihah ke?"
Selamba ja Iman tanya aku macam tu.Pelik! dia ni tak ada rasa cemburu ke.Relaks je sambil hirup kuah manggi,muka aku pun tak pandang.Jap aku nak uji,apa riaksi Iman kalau aku cakap aku suka Tihah.
"Ye,aku suka Tihah.Aku nak kenal dengan Tihah! Aku suka sangat tengok Tihah.Tihah cantik,lemah lembut,sopan santun.Tihah tu ada ciri ciri wanita yang aku suka.Bukan macam kau tak ada langsung ciri ciri wanita yang aku suka."
Jujur aku berkata.Soal hati perasaan Iman aku tak peduli.Aku saja nak tengok riaksi Iman,apa lah bendul ni nak jawab??
Tapi...
Iman diam ja,sepintas lalu Iman tengok aku lepas ambil air minum.Riak wajah Iman pun tenang ja."Pelik! dia ni memang manusia tak ada perasaan ke.Melambung aku puji Fatihah,takkan perempuan bendul ni tak ada rasa apa apa kut.Haissh ni yang aku tak puas hati."Bisik hati aku sambil aku perhatikan Iman.Entah kenapa hati aku nak sangat tahu perasaan Iman pada aku.
"Hah,kenapa diam! kau cemburu?"
Ishh mulut aku ni spontan tanya soalan macam tu.
Iman menoleh.
"Cemburu! Saya cemburu!" balas Iman sambil
halakan telunjuk pada diri sendiri.
Sambil tongkat dagu dan ukir senyum sinis,Iman jawab lagi.
"Kenapa saya nak cemburu pula.Saya bukannya ada hati pun dengan Cik Fariz! Saya suka Ustaz Fahmi.Dah la hensem,baik,alim,hormat orang tua,suka kanak kanak.Dialah lelaki idaman saya! Hmmm tapi tu lah,saya ni isteri orang.Boleh suka je lah.Nak berjumpa,nak berbual memang tak boleh la,berdosa! Lain lah Cik Fariz,lelaki boleh kawin 4,untung kan.Tapi saya rasa Tihah mesti tak nak bermadu."
Terlopong mulut aku dengar jawapan jujur dari mulut Iman.Kata kata akhir tu aku tak kisah sangat.Tapi kata kata yang mula tu,terkejut aku dengar.
"Kurang ajar betul! selamba je Iman puji lelaki lain depan suami sendiri.Sakit pula hati ni! Siap mengaku yang dia suka dengan Ustaz Fahmi lagi.Patutlah kat rumah Kasih Walid sampai ternganga mulut tu dengar tazkirah Ustaz Fahmi.Rupanya bukan nak dengar tazkirah tapi lebih pada nak ushar muka Ustaz."
Seketika aku bercakap sendirian di dalam bilik,bola mata aku tepat merenung kipas siling yang berputar laju.
"Haish,kenapalah aku rasa tercabar pula dengan kata kata Iman.Sakitnya hati aku,Isshh tak kan aku cemburu kut! tak tak! aku tak ada perasaan lah pada Iman.Suka hati dialah nak suka siapa
pun! Aku tak suka Iman,aku suka Fatihah.Ya,aku mesti dapatkan Fatihah.Habis tu Iman macam mana? cerai je lah! Cerai? Tapi...
"Arrggghhh...kenapa dengan aku ni,Serabutttt...
Aku picit picit kepala yang tiba tiba berdenyut sakit.
Entahlah! aku pun tak faham dengan apa yang aku rasa sekarang.Berperang dengan kata hati.Aku suka Fatihah,aku nak kenal Fatihah,aku nak jalinkan hubungan serius dengan Fatihah.Aku nak Fatihah jadi pengganti Sofia Adriana,tapi dalam masa yang sama aku rasa tercabar bila Iman cakap....
"Saya bukannya ada hati pun pada Cik Fariz! Jadi saya tak kisah pun kalau Cik Fariz nak suka atau nak kawin dengan Fatihah.Saya okey je."
"Kau tak ada perasaan kat aku! Habis tu! selama ini kau sedap sedap dengan aku atas katil tu,apa maknanya??."
"Itu Tanggungjawab! tanggungjawab saya sebagai isteri.Selagi saya bergelar isteri Cik Fariz,saya akan akan tunaikan tanggungjawab saya tanpa alasan.Supaya kat sana nanti saya tak disoal."
Inilah jawapan terakhir Nurul Iman sebelum dia bangun pergi dapur tinggalkan aku di meja makan.Dan aku pula dengan rasa tak puas hati terus bangun melangkah kaki masuk bilik.Rebahkan tubuh atas katil dan sampai sekarang aku masih terbaring,terus merenung kipas siling yang berputar laju.
Share this novel
mmm x sabar nak tggu pegakhiran fariz n iman ni..
Elok la iman kau mintk cerai dh jantan tu x cinta kan kau