bab 21

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

"Cik Farizzzz...

"Ye!"

"Boleh saya duduk"

Aku dongak tengok Iman sambil kerut dahi.

"Lah duduk lah,tiba tiba nak minta izin bagai,mental ke apa kau ni.Tepi lah sikit."

Sambil tayang muka tak puas hati Iman labuhkan punggung duduk disofa sebelah aku.Bebal la tu,manja suara dia panggil aku,tapi kasar aku jawab.
Ye lah.. Dah tiba tiba berdiri depan aku,aku nak tengok TV kot.

"Cik Farizz...

"Hmmm"

Panggilan Iman aku sahut tanpa suara.Muka Iman pun aku tak tengok.Malas aku nak layan,buat suara manja nak pinjam duit lagi la tu.

"Cik Fariz"

Iman panggil lagi,tapi ton suara dia berubah tinggi.Ishh kacau lah,aku nak TV pun tak senang.Dia ni kan.

"Kau nak apa Iman.Aku nak tengok TV lah.Kau kalau nak pinjam duit.Sorry ya!."

"Ishh Cik Fariz ni,tak lah.Tak kan lah saya nak pinjam duit lagi.Baru semalam kan saya pinjam.Kalau saya nak pinjam duit lagi,mungkin bulan depan kot."

"Apa?"

Macam kilat aku toleh tengok Iman.

"Bulan depan nak pinjam lagi! No no,jangan harap lah.Kau ingat aku ni ceti haram setiap bulan bagi kau pinjam duit.Lepas tu tak bayar pun.Patutlah kau kena ligan dengan Ah long.Rupanya macam ni perangai kau suka meminjam lepas tu tak reti bayar."

Sedas aku bebelkan Iman.Melampau! asal nampak muka aku je cakap pasal duit,asal nak duit ja cari aku.Ingat aku ni bank negara.Duit berkepuk kepuk.

"Alah Cik Fariz ni,dengan isteri sendiri pun berkira.Saya nak bayar lah duit Cik Fariz,saya tak nak nanti dekat akhirat saya terpaksa merangkak cari Cik Fariz.Ustaz cakap kalau kita berhutang,selagi orang tu tak halalkan kita takkan dapat masuk syurga.Ishh takutlah saya.Tapi tu lah,masalahnya sekarang ni saya tak kerja mana nak datangnya duit."

Ni lah Nurul Iman,cakap bab agama pandai tapi nak laksanakan hukum agama liat.Lepas tu ada ja alasan dia nak bela diri.Dah tahu tak ada kerja jangan lah berhutang.

Bab ni aku malas nak menjawab.Aku diam je.Tengok TV lagi bagus.

"Cik Fariz!"

Dia panggil lagi.

"Kau nak apa Iman,jangan cakap bab duit boleh tak serabut kepala aku."

"Tak lah,saya bukan nak cakap bab duit tapi saya nak bagi Cik Fariz hadiah.Cik Fariz lah,tadi asyik cakap bab duit sampai saya terlupa pula niat sebenar."

Eh,aku pula yang kena.Dia yang mula dulu,hutang lama tak bayar lagi dah sibuk nak tambah hutang baru.

Eh jap,Iman cakap nak bagi aku Hadiah! Aku toleh lagi tengok Iman.Cakap nak bagi hadiah tapi aku tak nampak pun Iman pegang apa apa.

"Mana hadiahnya,aku tak nampak pun."soal aku hairan.

"Ni"

Iman senyum lebar sambil tunjuk pinggangnya.

"Suprise!!"

Seketika aku terdiam jap."Gulp!" aku telan air liur.Hampir terjegil bola mata aku tengok riben merah yang terikat dekat pinggang Iman.

Iman hadiahkan Diri dia sendiri untuk aku.Wow,Suprise Gila!

Ya,aku terkejut,terkedu,terkesima dan teruja.Tapi semua perasaan tu aku simpan,aku relaks je.Control macho,tak nak lah tunjuk yang aku ni sangap sangat walaupun hakikat sebenar aku memang dah ketagih gila nak ratah tubuh montok perempuan bendul ni.Al maklumlah lama tak dapat.

"Kau biar betul Iman.Kau jangan nak kenakan aku.Aku tak suka kau main main hal hal macam ni."

"Lahh Cik Fariz ni,betul lah! saya tak main main lah.Kak Mariam cakap isteri tak perlu bagi hadiah mahal mahal untuk buat suami happy.Cukup hadiahkan diri sendiri dan layan suami baik baik! Biar dia puas.Conform dia ingat sampai bila bila.Jadi malam ni saya milik Cik Fariz.Cik Fariz cakap je nak saya buat apa,saya buat!."

Alahai perempuan bendul ni jujur lah sangat.Kalau ye pun Mariam tu yang cakap,tak payah lah kau bagitahu aku.Aku dah agak dah,Iman ni kalau cakap orang je dia dengar,kalau cakap aku banyak alasan.Apapun hadiah Iman malam ni special sangat,I like!.Aummm

Tapi aku sabar jap.Kawal diri kawal emosi,buat buat tengok TV.Walhal otak ni dah kelain.

"Cik Fariz."

"Cik Fariz"

"Ha ah,ya Iman."

"Cik Fariz ni mengelamun ya.Banyak kali saya panggil.Jom lah masuk bilik buka hadiah.Pinggang saya dah sakit ni,kuat sangat saya ikat riben ni tadi."

Rungut Iman.Sakit sangat lah tu sampai berkerut muka.Tu la yang kau ikat kejap kejap tu buat apa,lepas tu kau lilit macam nak ikat pocong.

Haishh satu keluhan kecil aku lepaskan sambil aku raih tangan Iman."Sini berdiri depan aku.Biar aku buka dulu riben tu."

Iman pula ushar pelik sambil kerut dahi.

"Err Cik Fariz,Takkan nak buka kat depan ni.Malu lah."

"Nak malu apa,aku nak buka riben tu.Lagipun kalau aku buka baju kau pun apa nak malu kita berdua je dalam rumah ni.Sini lah cepat! Nanti buatnya pinggang kau kejang melepas aku.Kau tu dah susah nak tunaikan tanggungjawab."

Iman tersengeh sambil bangun melangkah kaki berdiri depan aku.

Aku dongak tengok Iman sambil geleng kepala,jari jemari aku mula membuka ikatan riben dipinggang Iman.

"Kau ni ikat riben macam tak nak bagi aku buka pula.Kau ni ikhlas ke tak nak bagi aku hadiah."

"Ikhlas lah,ikhlas dari hati.Kalau Cik Fariz nak tahu Hadiah ni bukan untuk malam ni je tau.Tapi sampai bila bila jadi hak milik Cik Fariz."

"Kau ni betul ke.konon hak aku,nanti bila aku minta kau mengelat,macam macam alasan kau bagi.Apasal kau tiba tiba berubah baik ni.Atau kau ada plan nak minta aku halalkan hutang kau."

"Isshh tak lah.Saya ikhlas lah,tak ada niat apa pun.Saya kan isteri Cik Fariz.Saya takut kena laknat.Ustaz cakap berat tau dosa kalau isteri abaikan nafkah batin suami.Tak cium bau syurga.Tak nak lah duduk kat neraka tu lama lama."

Ustaz cakap! aku yang dah berkali cakap tapi kau tak dengar pun.Iman Iman cakap orang juga kau nak dengar.

"Hah dah siap."

Boleh tahan banyak juga Iman belit riben dipingangnya.Lenguh tangan aku nak buka.

"Huh lega,baru boleh bernafas semula."

Keluh Iman sambil labuhkan punggung duduk sebelah aku.

Aku toleh tengok Iman,tangan Iman aku raih dan gengam.

"Iman."

"Hmmm"

Panggilan aku Iman sahut sambil bergerak menempel dibawah ketiak aku.

"Terima kasih untuk semua kejutan hari ni.Aku happy sangat.Pertama kali tau aku sambut birthday ramai ramai macam tadi.Sebelum ni aku sambut birthday dengan Sofi je.."

Iman toleh tengok aku.Muka aku dan Iman sangat dekat.

"Sama sama.. lega saya Cik Fariz happy.Mula mula saya risau juga kalau Cik Fariz naik angin.Ya lah muka Cik Fariz tadi serius semacam je.Takut juga saya."

Jawab Iman tergelak kecil.Suka aku tengok Iman gelak.Comel! Aku ukir senyum.Bola mata aku tak lepas tengok Iman.

"Hmmm tapi aku hairan lah,bila masa kau plan semua ni,siap ajak mama lagi.Kau call mama ke atau kau suruh Amir."

"Mestilah saya sendiri yang call Puan Ainun.Amir awal awal lagi dah mengalah bila saya bagitahu nak ajak Puan Ainun.Amir cakap Puan Ainun conform tak setuju.Tapi saya tak mengalah,saya cuba call Puan Ainun.Hello Puan....

Maka dengan itu satu persatu Iman ceritakan pada aku cara dia berurusan dengan Datin Faridah Ainun.Hebat,itu saja yang aku mampu katakan.Aku kenal la mama,bukan senang kaki dia nak jejak tempat tempat awam macam tasik tu.Kotor katanya.Aku juga kagum dengan cara Iman aturkan majlis hari lahir untuk aku.Patutlah beriya pinjam duit,rupanya nak set up party Birthday untuk aku. "Terima kasih my Temporary Wife."

"Terima kasih juga untuk hadiah malam ni.Tapi aku harap kau tak mengharapkan balasan cinta dari aku,Iman.Apa yang berlaku antara kita semuanya nafsu semata.Aku akui kau cantik,baik.Tapi perempuan bendul,mata duitan macam kau tak layak kot untuk aku cinta.Cukup lah kau sebagai isteri untuk penuhi keinginan aku."

Bisik hati aku sambil aku mengusap raut wajah Iman yang berada dalam dakapan aku.Penat sangat la tu! Sampai tak sedar.Mana tak penat,dari ruang tamu sampai kedalam bilik aku kerjakan Iman.Kan aku dah cakap,Aku ni POWER.Setakat sekali aku tak puas lah.

Tapi untuk malam ni aku Puas! "aku betul betul puas! Hebat layanan kau malam ni.Entah mana lah kau belajar Iman.Tak sangka aku,bendul bendul kau ni tahu je cara layan lelaki.Kalau macam ni lah,terpaksalah aku tangguhkan dulu peceraian kita."

Seketika aku bermonolog lagi sambil aku tenung tanda tanda merah dileher dan dada Iman.Ikutkan hati aku rasa macam nak lagi tapi bila tengok Iman tidur mati,kesian la pula.Tidur jelah,takkan lari dah Merpati yang aku kejar ni.Tubuh Iman aku peluk erat,lalu kedua bola mata aku pejam rapat walaupun aku tak rasa mengantuk.Tapi tu lah,bila masa aku terlena entahlah sedar sedar matahari dah terpacak atas kepala.Kelam kabut aku bangun cari Iman.

"Iman,kenapa kau tak kejutkan aku tadi."

"Maaf Cik Fariz,saya pun terlewat bangun.Subuh pun tak sempat.Ni Cik Fariz tunggu jap ya saya baru nak siapkan sarapan.Kalau Cik Fariz lapar minum susu dulu ya"

"Kau tak masak lagi ke."

"Belum.Tapi sekejap je ni nak buat roti bakar."

"Kalau macam tu kau simpan balik semua barang barang ni.Kau pergi siap kita sarapan kat luar."

"Err.. Sarapan kat luar?"

"Aa aa.Cepat lah pergi siap."

"Tapi..

Inilah masalahnya Nurul Iman.Dengar ja aku cakap nak makan kat luar muka tu berkerut macam aku ajak pergi makan makanan haram.

"Iman,sekarang ni kau jangan risau,aku bawa kau makan dekat kedai makan yang paling bersih kat KL ni.Tapi kau jangan nak terjah masuk dapur diaorang pulak.Dah sekarang kau pergi siap.Atau kau nak aku yang siapkan kau.Kang benda lain pula kau sarapan."

"Err tak nak.Saya boleh siap sendiri."

Jawab Iman terkulat kulat.Sambil kerut muka Iman kemas dapur.

Aku,aku pun pergi mandi dan bersiap lah.Takkan nak tolong Iman kemas dapur.Memang tak lah aku kan bos!.

Aduh Iman ni,sampai bila lah kau nak macam ni,Geram betul aku.Nak tak nak aku juga terpaksa mengalah.Aku nak makan kat kedai,bukan kat taman ni.Huh!

"Cik Fariz makan lah."

"Tak nak,tak ada selera."

"Alah Cik Fariz ni,makanlah sikit.Penat tau saya masak makanan kesukaan Cik Fariz.Spagetti Bolognese.Maaf lah saya bukan belagak tak nak makan kat kedai,Saya cuma ada selera la nak makan makanan kat kedai ni.Saya trauma!"

"Trauma!"

"Ye,saya trauma.Saya bukan saja saja tak nak makan kat kedai.Kadang kadang saya pun teringin nak makan makanan kedai.Tapi bila saya teringat peristiwa tu,saya rasa nak muntah."

Aku tenung tengok Iman.Tiba tiba macam teringin pula nak tahu apalah peristiwa yang buat Iman trauma sampai tak nak makan kat kedai.

"Macam ni,dulu saya suka sangat makan dekat kedai.Masak pun saya tak tahu.Pagi,petang,siang,malam saya makan kat kedai je.Saya ni pula orang panggil Food Hunter lah,sebab pantang dengar makanan viral ja,saya dengan Tihah conform akan sampai."

"Tihah! Sapa tu?" soal aku hairan.Tiba tiba je Iman petik nama dia.

"Tihah kawan baik saya"

"Lelaki ke perempuan."

"Perempuan lah.Fatihah nama penuh dia,saya panggil dia Tihah."

"Ooo.. ok sambung cerita."

"Masa tu kita orang berdua pergi makan dekat satu kedai Viral kat KL.Waktu malam,saya oder Mee Kari,Tihah pula oder Mee Bandung.Kami duduk bahagian luar kedai.Gelap la sikit.Sampai je makanan,apalagi kami berdua terus lah bedal.Lapar kot lama menunggu.Tengah beselera saya makan Mee Kari tu tiba tiba saya rasa macam ada rasa pelik.Laju lah saya ludah atas tapak tangan dan lepas tu saya tengok betul betul apa benda lah yang saya gigit tadi... Terkejut saya terus muntah...

"Uwek.. Uwekk.. Uweekk...

"Iman kau apahal ni,tiba tiba muntah,kau lekat tulang ke,mee kari tu basi ke,ke pedas,atau kau tersedak."

Sambil tepuk belakang,Tihah tanya macam macam.Dah lah saya tengah muntah.Macam mana lah saya nak cakap.

Tapi tu lah Tihah kawan saya,jenis tak faham bahasa isyarat.Dia masih tanya lagi.Nak tak nak saya terpaksalah jawab.

"Ci.. ci.. Cicak.. Uwek...uwek..

"Hah,Cicak! kau biar betul.Isi ayam kot.Mana benda tu aku nak tengok."

Kuat betul suara Tihah tanya saya masa tu.Semua orang perhatikan kita orang.Tapi masa tu saya dah tak peduli orang,apa yang saya tahu saya nak muntah,saya muntahkan semuanya kat tepi meja tu juga.Yang si Fatihah tu pula boleh tak percaya.

"Tu hah ada atas meja dalam tisu,kau pergilah tengok sendiri."

Dah dia nak tahu sangat saya bagitahu lah.Lepas tu apa lagi Tihah pula yang muntah tak berhenti henti,duduk pula disebelah saya.Orang orang kat situ apa lagi sibuk la datang dekat kita orang soal macam macam.Tapi kita orang buat tak peduli,kita orang muntah sampai lembik.Lepas kejadian malam tu seminggu kita orang tak lalu makan.Asal nak makan je muntah.Dan sejak peristiwa tu lah saya dah tak makan kat mana mana kedai.Hari hari saya masak.Saya serik!

Berdekah dekah aku gelak dengar cerita Iman sampai berair mata,pecah perut.Patutlah dia tak nak makan dekat kedai,rupanya pernah makan Mee kari Cicak.Iman Iman... Lain kali nak makan tu periksa dulu,ni tak kau bedal je.Mungkin lah cicak tu masuk masa lepas tukang masak tu dah masak.Tak pasal pasal disebabkan cicak tu,kau boikot semua kedai.

Dalam diam Iman mula berubah menjadi isteri yang bertanggungjawab.Mungkin Iman mengharapkan cinta Fariz atau Iman juga sekadar melaksanakan tanggungjawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience