BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... aku mengenali Dia...
Kecil ja aku perhatikan perempuan sebelah aku ni.Geram,sakit hati,sebal semua rasa ada.Ikutkan hati,nak ja aku tinggalkan dia tepi jalan.Biar dia balik jalan kaki,biar dia rasa sakitnya hati ini bila dipermainkan.
"Nyenyaknya tidur! Dah buat salah pandai pula nak berlakon.Hei Iman,kau bangun!.Kau tak yah lah nak temberang aku.Aku tahu kau tak tidur pun.Oi! bangunlah."
Tegas suara aku kejutkan Iman yang dari tadi tubuhnya kaku di sebelah aku.Bola matanya pula terpejam rapat.Kononnya tidur lah,tapi jari jemari tu menggigil dah kenapa? Takut?
Sekali lagi aku jeling pada Iman.
"Oi Iman! bangun lah! aku ada perhitungan dengan kau ni.Bangun cepat! kalau tak aku berhentikan kereta ni aku campak kau tepi jalan."
Tik tok.. Tik tok.. Tik tok.. Tik tok.. Aku perhatikan je Iman beberapa detik.Tapi...
Perempuan ni memang keras kepala,aku ugut macam tu pun dia masih buat tak tahu.Masih nak buat buat tidur.Ini dah melampau!
Aku tak cakap kosong,aku terus berhentikan kereta dibahu jalan.
"Oh! kau cabar aku ya.Kau tunggu jap! Dah buat salah kau buat helah pula.Kau tipu aku,konon Tihah suka bunga ros,konon Tihah tak nak keluar berdua dengan lelaki.Tapi kau yang plan semua tu kan! kau saja nak jumpa kawan kau,lepas tu kau kenakan aku.Kau tunggu.Malam ni kau balik jalan kaki!"
Dengan rasa marah yang membuak buak aku turun dari kereta dan berjalan keluar kearah tempat duduk Iman.
Daun pintu kereta aku buka.
"Iman bangun!"Kuat suara aku panggil Iman.Tapi Iman masih tak mahu buka mata,degil!
"Ohh.. degil ya! jap aku nak ajar kau."
Mulut aku ni tak berhenti membebel sambil aku tundukan badan tanggalkan seat belt yang terikat pada tubuh Iman.Sesekali bola mata aku jeling wajah Iman yang sangat dekat dengan muka aku.
Tiba tiba pergerakkan tangan dan pandangan aku terhenti serentak kerana bola mata aku tertarik untuk tatap raut wajah Iman,jaraknya sangat dekat hanya beberapa inci dari wajah aku sehingga aku dapat rasa hembusan nafas Iman.Hembusan nafas dari seorang pesalah.
Seketika aku ukir senyum,geli hati tengok raut muka Iman berkerut kerut menahan rasa takut.Mungkin cuba pasrahkan diri menerima apa sahaja tindakkan aku.Dan aku pun mula bertindak...
Hmm puas hati aku!
"Cik Fariz ni tak malu ke buat perangai macam tu kat tepi jalan.Kita ni kat Malaysia,orang melayu.Bercium mulut ditempat terbuka bukan adab kita tau.Isshh malu lah kalau orang tengok.Lagi satu Cik Fariz suka ke tiba tiba muka kita jadi bahan viral! lepas tu semua orang tengok.Mana mana pergi orang pandang,mengata,mengutuk..
Banyak cakap pula perempuan sebelah aku ni,tadi berlakon tidur,diam seribu bahasa.Aku panggil pun dia pekakkan telinga.Sekali aku cium bibir mugil dia,tahu pula menggelabah bangun.Sekarang ni dah tak reti pula duduk diam membebel ja.Bising! aku nak memandu pun tak senang.Nanti aku tinggalkan juga perempuan ni kat tepi jalan.
"Heh,kau diam boleh tak.Banyak pula cakap! Suka hati aku lah aku nak cium kau kat mana mana tempat pun.Tepi jalan ke,tepi tasik ke,tepi longkang ke bukannya berdosa pun.Kau tu isteri aku.Dan kalau muka kita ni jadi bahan Viral,pergi mana mana pun orang pandang mesti bersebab.kau nak tahu sebab apa."
"Sebab apa." soal Iman,raut mukanya masam ja.
"Sebab orang hairan,macam mana lah lelaki hensem macam aku ni boleh teringin nak cium perempuan bendul macam kau ni.Mesti diaorang fikir aku ni dah kena pukau dengan kau."
"Eeeuu..."berkerut muka Iman jeling aku sambil silangkan tangan.Buat muka macam tu mesti nak mengata aku.
"Cik Fariz ni memang suka angkat bakul masuk sendiri kan! Perasan! Kalau dah rasa hensem sangat kenapa masih tak berjaya nak mengurat Tihah,lepas tu perempuan bendul ni juga yang Cik Fariz cari bila berhajat.Saya ni sebab takut dosa je terpaksa layan Cik Fariz,kalau tak fikir dosa memang tak lah saya nak layan.Harap muka je hensem perangai kelaut..
Tercengang aku dengar jawapan Iman.
"Amboi! pedasnya bahasa kau,ini ke yang kau belajar dari orang tua mulut puaka tu selama kau jaga dia kat sana atau saka Wan Zaitun dah berpindah kebadan kau Iman.Aku ni suami,cakap tu beradap sikit.Apa yang kau tak puas hati dengan aku.Kau sakit hati sebab aku suka Tihah.Hei Iman! kau cemburu kan tapi saja tak nak mengaku."
"Cik Fariz ni kan,tak habis habis cakap saya cemburu,cemburu,cemburu.Berapa kali saya nak cakap.Saya tak ada hati pada Cik Fariz.Saya tak cemburu! sikit pun tak.Cuma saya terkilan dengan perangai Cik Fariz yang abaikan keluarga sendiri.Sibuk nak kejar perempuan,ajak keluar,pergi makan,pergi sana sini ada masa.Tapi nak luangkan masa untuk opah sendiri tak ada masa.Hal keluarga langsung tak nak ambil tahu.Kesian saya tengok Tuan Mansor hari hari balik lewat urus hal syarikat.Sepatutnya usia macam Tuan Mansor kena rehat je kat rumah,bukannya keluar pagi balik malam.Tuan Izal pula,pun sibuk.Syarikat mertua kena urus,nak tolong Tuan Mansor lagi.Sampai nak luangkan masa dengan anak,isteri pun tak sempat.Cik Fariz tak kesian ke dengan diaorang tu."
Panas je cuping telinga aku ni dengar suara nyaring perempuan bendul ni membebel.Sibuk ambil tahu hal keluarga aku.Sibuk kesian kesian kan diaorang.Dah lah hati aku ni sakit dengan pengakuan jujur dia. 'Tak ada hati kat aku,terpaksa layan aku.' Lepas tu berani pula sound aku.Bab ni aku pantang! Benci betul aku kalau ada manusia yang cuba bela manusia manusia yang dah buang aku macam sampah.Sekali lagi aku berhentikan kereta di bahu jalan.
"Diam Iman! diam!"
Kuat suara aku tengking Iman sampai terangkat kedua belah bahunya.Bola mata dan kulit muka aku dah berubah merah menahan rasa marah yang membuak buak.Penumbuk aku gengam.Sekali
lagi Iman bersuara aku tak tahu kemungkinan apa yang bakal terjadi.
"Aku rasa lebih baik kau tutup mulut kau.Kau baru je tinggal kat situ.Kau tak tahu apa apa pun pasal aku dengan diaorang.Jadi kau jangan nak masuk campur urusan keluarga aku.Faham!"
Tegas suara aku lontarkan kata kata amaran pada Iman.Aku harap Iman tak menjawab.Hati aku betul betul sakit.Nafas aku dah tak menentu tahan marah.Aku risau kalau aku tak boleh kawal diri.
"Ye betul! Saya tak tahu apa masalah antara Cik Fariz dengan diaorang,tapi tak kan lah sampai bila bila Cik Fariz nak berdendam macam ni.Dia orang tu semua darah daging Cik Fariz,Keluarga Cik Fariz.Tak salahkan Cik Fariz beralah dan cuba berbaik dengan semua orang dalam rumah tu.Cik Fariz kan anak,adik jadi Cik Fariz lah kena beralah...
Iman masih bersuara,masih nak pertahankan manusia keji dalam rumah tu.Tahap kesabaran aku dah hampir hilang..
"Diam Iman!" PAP!
Satu tamparan dari telapak tangan aku hinggap di pipi Iman.
Iman terdiam seribu bahasa,bola matanya tercengang melihat aku.Iman gosok pipinya.Aku tahu Iman sakit,ditepi bibir mugil Iman ada bercak darah.Tamparan aku agak kuat,tapi aku tak sengaja kerana terlalu marah.
Iman rebahkan tubuhnya dan bersandar.Egonya aku sebagai lelaki.Aku tak minta maaf pada Iman dan aku tak pedulikan luka kecil dipipi Iman.Aku hanya tenung muka Iman dengan perasaan marah.
Ya,aku marah,aku tahu aku salah,aku tampar pipi Iman.Tapi Iman sendiri yang cari pasal.Aku dah beri amaran,dia yang degil,masih nak menjawab!sibuk nak masuk campur urusan keluarga aku.Aku tak suka!!
Jauh disudut hati ni aku rasa bersalah pada Iman,aku sayang Iman.Tapi bila dia cuba bela manusia manusia dalam rumah Agam tu,aku jadi marah.
"Aku tak suka kau masuk campur ursusan keluarga aku.Iman,kau tak tahu sakitnya hati aku disaat,aku dipulau,disindir,dihina oleh darah daging sendiri dalam keadaan aku sakit.Diaorang tak pedulikan aku,diaorang buang aku,diaorang hina arwah Sofia,hati aku bagai disiat siat bila papa cakap anak aku tak layak lahir didunia ni.Apa salah anak aku! Allah hu akbar.. Hati aku sakit,terlalu sakit Iman."
Dengan air mata yang mula jatuh aku suarakan semuanya pada Iman.Biar Iman tahu kenapa aku tak mampu nak berbaik dengan diaorang.Tapi Iman..
Terus diam seribu bahasa.Tak berani nak bersuara,hanya duduk membatu dan tengok depan.
Rada sedikit kemarahan dan kesedihan,aku terus tekan pedal minyak dan hantar Iman balik rumah agam Wan Zaitun.Janji aku pada Iman untuk melawat opah terpaksa aku mungkiri.Aku tak ada mood nak bercakap dengan siapa siapa pun.Lagi lagi aku nak kena mengadap muka muka manusia dalam rumah agam tu.Memang tak lah.
Selepas kejadian malam tu,aku tak berhubung dengan Iman.Call dan whatssap Iman aku tak jawab.Bekalan makanan yang Iman selalu hantar pun aku tak ambil,aku bagi kat Amir.Aku malas nak fikir soal Iman.Hati aku sakit bila teringat kata kata Iman.Aku sibukkan diri aku dengan kerja kerja di galeri.Habis kerja aku akan luangkan masa dengan Fatihah.Aku ajak Fatihah keluar.
FATIHAH!
Perangainya tak sama langsung dengan apa yang Iman ceritakan pada aku.Kononnya anak ustaz,tak mahu keluar berdua dengan lelaki.Apa yang nak dilakukan semuanya mengikut syariat islam.Tapi itulah IMAN tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa.
"Riz,lepas ni kita pergi tengok wayang nak.Ada cerita baru lah."
Inilah Fatihah,Dulu panggil aku Cik Fariz sekarang dah panggil aku Riz atas permintaan dia sendiri.
"Boleh je.Tapi awak okey ke kita duduk berdua dalam panggung tu.Awak kan tak biasa."
"Eh,boleh lah.Kita nak tengok wayang kan bukannya buat wayang."
Balas Fatihah sambil tergelak kecil,gatal!.
"Tapi kan Riz sebelum tu boleh tak awak teman saya Shopping.Saya teringinlah nak beli handbag baru."
"Shopping lagi,baru je minggu lepas aku belikan kasut.Ni nak handbag pula.Kau ni manusia spesis Iman juga MATA DUITAN.Serupa tapi tak sama.Iman habiskan duit aku menderma tapi kau habiskan duit aku di shopping mall."
Keluh hati aku sambil aku perhatikan muka manja Fatihah yang menempel di lengan aku.
FATIHAH!
Wajah,senyum,tawa,suara semuanya sama seperti Sofia Adriana tapi perangai dan sikapnya berbeza,sangat berbeza.Tapi aku suka,aku layankan je apa yang Fatihah nak sebab misi aku nak sakitkan hati Iman.Fatihah,dia akan kongsi apa sahaja aktiviti aku dengan dia pada Iman.Siap hantar gambar kita orang berdua lagi.Bukan tu saja,Fatihah juga akan kongsikan semua gambar pakaian,jam,kasut,handbag berjenama yang aku belikan untuk dia pada whatssap Iman.
Padan muka kau Iman,sakit tak hati kau tengok suami sendiri berdating dengan kawan baik sendiri.Sakit kan!
"Kau kan tak suka aku.Tak ada hati pada aku,terpaksa layan aku.Kau lebih sibukkan hal keluarga aku.Al maklumlah diaorang kan kaya raya.Boleh bagi kau duit banyak.Layan kau baik baik.Tapi aku tak heran lah,sekarang aku ada kawan baik kau yang sudi layan aku.Tunggu aku setuju jer sanggup serahkan semuanya..Aku nak tanya kau lah,betul ke Tihah tu anak ustaz."
Tegas suara aku katakan pada Iman dalam talian handphone.Menggelabah Iman lepas dengar kata kata aku.
"Cik Fariz tolong lah jangan buat kerja gila.Jangan buat pekara terkutuk tu dengan Tihah.Kesiankanlah dia."
"Kesiankan dia? aku tak minta dia yang nak bagi.Kebetulan aku pun tengah kesunyian sekarang ni.Ada isteri tapi tak nak balik rumah.Seronok tinggal kat rumah besar.Seronok berkawan dengan orang orang kaya.Jadi terpaksalah aku..
"Cik Fariz tolong lah.Tolong jangan buat benda tak elok pada Tihah.Okey,esok saya balik sana."
Laju Iman mencelah.Risau ke cemburu sampai sanggup balik rumah aku.
"Boleh percaya ke cakap kau ni." soal aku seakan tak yakin dengan jawapan Iman.
"Sumpah! esok saya balik."
Dah sumpah! betul lah tu.
"Okey baik."
Ringkas aku balas,lepas tu aku terus tamatkan panggilan.
"Yes,plan aku menjadi.Esok bantal peluk aku nak balik.Ya Allah rindunya kat Iman."
Tersengeh aku sorang sorang atas katil sambil peluk bantal.Seronok! Iman nak balik,Al maklum dah lama sangat tak berjumpa dah lama tak berkasih sayang.Jadi aku terpaksa tipu Iman,tapi bab Tihah tu memang betul.Fatihah sendiri mengaku sanggup buat apa sahaja untuk aku sebab sayang.Tapi aku tak nak,benda HARAM.Jadi terpaksalah aku tipu sunat sebab nak dapatkan yang HALAL bantal peluk aku Nurul Iman.
Share this novel
buat2 ugut iman pulk apa la punya jntan dh la kau tmpar iman