bab 33

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

"Huh! lega!"

Satu keluhan besar tanda puas aku lepaskan setelah selesai aku muntahkan benih benih ke lantai tandas.

"Kurang ajar Amir! kau saja kan nak kenakan aku."

Geram,bebal,rindu,teransang itulah perasaan yang sedang aku rasakan tadi sambil aku bersihkan tangan yang melekit dik sisa sisa muntah my Baby Boy.

Aku geram dan bebal dengan perangai Amir! Malam malam Jumaat ni,boleh pula dia kongsikan video 18sx di group whatssap kami bertiga,group Geng Lelaki Macho.Menangis lah Baby Boy aku! Al maklum lah lama tak dapat.

Bila dah buka video tu mesti nak tengok,bila dah tengok mula lah teransang,bila dah teransang mesti lah baby boy aku ni bangun.Bila dah bangun mula lah meminta minta.Bila dah baby boy aku meminta minta mulalah aku rindu Iman,bila dah rindu mesti lah nak jumpa,nak berkasih sayang.Tapi tak boleh dan bercerai kan.Bila tak boleh terpaksalah buat sendiri sambil otak aku berangan jauh teringatkan Iman.Maka terpaksalah aku buangkan semua benih benih kelantai.

Setelah selesai aku mandi hadas besar,sarung seluar tidur aku pun rebahkan tubuh atas katil.bersiap sedia untuk tidur.

"Huh! Leganya dapat baring.Hujan hujan macam ni kalau ada Iman kan seronok." detik hati aku.

Bantal dakap aku ambil dan aku peluk erat.Bola mata yang masih segar asyik merenung kipas siling yang berputar laju.

"Agaknya apa lah Iman tengah buat sekarang ni ya."

Sepintas lalu aku jeling jam didinding.

"Pukul 11,selalunya waktu ni si Murai tu mesti dah tidur.Tapi! kalau malam jumaat macam ni Murai tu takkan tidur lagi." aku senyum nakal bila otak dah flasback hubungan intim aku dan Iman dimalam sunat untuk bunuh setan.

"Agaknya Iman rasa tak apa yang aku rasa sekarang ni.Imann...Rindunya kat kau,rindu sangat.Kenapalah susah sangat kau nak buka pintu hati terima aku balik."

Seketika aku bermonolog sendirian.Bantal dakap aku peluk lagi erat.

Entah kenapalah sejak kebelakangan ni perasaan rindu pada Iman semakin hari semakin menebal.Semakin aku cuba lupakan Iman,semakin kuat rasa rindu tu hadir.Aku tak tahu,apa akan jadi pada diri aku lepas tempoh Iddah Iman habis.Iman pasti pergi tinggalkan aku.Aku tak tahu kemana arah tuju Iman.Cuma aku harap Iman tak pergi jauh dari aku dan masih sudi berkawan dengan aku.

"Iman,aku sayang kau.Aku cintakan kau.Kenapa kau tak nak terima cinta aku.Kemana kau nak pergi lepas ni Iman? Apa kau nak buat lepas ni?"

Berbagai persoalan mula menerjah kotak fikiran aku.Aku mula rasa takut,resah,gelisah bila fikirkan hanya berbaki 15 hari saja lagi aku dah Iman sah bercerai dan kami akan bawa haluan masing masing.Tak ada lagi peluang untuk rujuk.

RUJUK

Dah berkali aku suarakan pada Iman sepanjang tempoh Iddah.Tapi Iman tak nak,Keras Hati! Iman tetap dengan pendiriannya.Tapi aku tak pernah putus asa aku masih nak cuba walaupun berbaki 15 hari lagi tempoh Iddah akan tamat.

"Selagi ada peluang aku akan berusaha dapatkan Iman aku.Soal mama! Arrggghh malas aku nak fikir! Yang penting aku mesti rujuk semula dengan Iman.Tapi tu lah,aku dah ketandusan idea."

Aku dah cuba bawa Iman keluar jalan jalan.Berbelanja untuk Iman.Tapi gagal.

Aku dah cuba luangkan masa di rumah Kasih Walid walaupun terpaksa mengadap muka Fatihah.Tapi gagal.

Aku dah cuba bawa Iman ke pantai,dan kami sama sama lakarkan lukisan diatas sekeping kertas.Tapi gagal.

Aku gagal tawan hati Iman untuk terima aku semula.Alasan Iman tak nak rujuk,macam biasa lah sebab tak ada perasaan pada aku.Dan dia tak nak kerana dia hubungan aku dan keluarga renggang.Aku pula langsung tak fikir soal keluarga.Tapi aku tak abaikan diaorang.Hubungan aku dengan diaorang baik ja sebab diaorang tak tahu pun hubungan aku dengan Iman.Mama pula kadang kadang tu curiga juga kat aku.Tapi aku tak peduli,aku tetap nak dapatkan Iman aku balik.

Seketika aku duduk menongkat dagu diatas katil memikirkan idea baru untuk tawan hati Iman.

"Hah Amir! Yes,Amir."

Amir! Otak dia ni kadang kadang geliga juga.Tak salah aku cuba bertanya.Handphone disisi meja aku ambil dan nama Amir aku hubungi.

Esoknya.... MISI aku untuk rujuk dengan Iman.

Awal awal pagi lagi aku pergi ke aparment aku tanpa Iman tahu.Loceng rumah aku tekan.

Ting tong,Ting tong.

Dah beberapa saat tapi pintu rumah masih tak dibuka.Aku tekan lagi butang loceng.

Ting tong,Ting tong.

Aku tunggu sekejap.Cuba bersangka baik bila daun pintu masih tak dibuka.Mungkin Iman tengah mandi.

"Mana Iman! kenapa tak buka pintu.Ishh tak kan lah Iman dah blah tinggalkan aku.Tak tak tak..mana boleh tempoh Iddah kami tak habis lagi."

Otak aku dah mula fikir macam macam.Aku mula resah bila hampir 15 minit aku berdiri di luar muka pintu rumah aku yang masih tertutup rapat.

"Hah kunci."

Baru aku teringat aku ada selitkan kunci rumah kececemasan dalam pasu pokok.Cepat cepat aku ambil dan buka pintu rumah.

Perlahan aku tolak daun pintu sambil bola mata aku perhatikan sekeliling kawasan ruang tamu.

"Sunyi je,mana Iman? Iman.. Iman..

Nama Iman aku panggil sambil aku mengatur langkah ke bahagian dapur pula.

"Iman.. I... Ya Allah Iman!"

Aku terkejut! pantas aku belari ke arah Iman yang terbaring di lantai dapur.

"Iman,Iman"

Pipi Iman aku tepuk perlahan sambil namanya aku panggil.

Tapi Iman tak respon.Aku dah gelabah.Pantas aku ambil air dan percikkan pada muka Iman.

"Iman.. Iman..Bangun sayang..bangun."

Sekali lagi aku panggil Iman sambil aku pangku bahunya.

"Cik... Fa... Riz..."

Alhamdulillah,Iman dah buka mata walaupun suaranya agak lemah.

"Ye,ni aku Fariz!"

"Cik Fa... riz buat apa kat sini."

Pertanyaan Iman aku tak jawab lantas tubuh Iman aku angkat dan baringkan atas sofa panjang ruang tamu.Aku letakkan telapak tangan didahi Iman.

"Ya Allah.. panasnya! kau demam,kenapa tak bagitahu aku.Dah jom aku bawaa kau pergi klinik."

"Tak..nak.. Ada u.. bat kat da.. pur.To.. long ambil."

Tersekat sekat suara Iman menahan sakit.

"Ubat!"

"Ye ubat,semalam Fikri tolong hantarkan."

Fikri???

Menyirap darah aku,geram dengar pengakuan jujur Iman.Tapi aku sabar.Aku pergi dapur ambilkan air dan ubat untuk Iman.

Selesai Iman makan ubat aku baringkan tubuh Iman semula.Dan aku juga labuhkan duduk di sofa dekat dengan kepala Iman.

"Baring sini aku picit kepala kau."

Tegas suara aku bercakap dengan Iman.Hati tengah panas kan.

"Eh.. takpa,kepala saya dah okey sikit."

"Sini lah! jangan degil boleh tak."

Malas aku nak cakap banyak kali dengan perempuan ni,aku terus tarik dan rebahkan kepala Iman atas paha aku dan aku mulakan urutan sambil aku perhatikan sisi wajah Iman.

"Dah berapa hari demam?" aku tanya Iman bila keadaan Iman dah nampak okey sikit.

"3 hari termasuk hari ni."

"Kenapa tak bagitahu aku?"

"Tak nak menyusahkan Cik Fariz."

"Munyusahkan Fikri boleh pula!" ujar aku dengan nada sindiran.

Iman terdiam.

"Makan apa pagi tadi?"

Aku tanya lagi saja tukar topik.Tapi dalam hati aku ni geram je fikirkan perangai Fikri.Berani dia datang jumpa Iman aku tanpa pengetahuan aku.

"Roti" Ringkas Iman jawab.

"Dah mandi"

"Dah pagi tadi."

"Badan sakit tak."

"Sakit juga sikit sikit."

"Nak aku urutkan tak."

"Tak payah la,dah makan ubat urat tadi.Fikri cakap saya mungkin demam urat sebab baru baru ni saya angkat berat."

Cis,Fikri lagi! Haish menyirap darah aku setiap kali nama doktor tu Iman sebut.Aku nak sangat tahu macam mana Fikri tu boleh datang sini dan kenapa Iman hubungi dia.Mungkin sebab Fikri doktor kot! Aku cuba bersangka baik.Kesian pula kat Iman kalau aku tanya,mesti serba salah Iman nak menjawab.Yang Iman ni pula apa benda lah barang berat dia angkat.Aku terus tanya Iman.

Jawab Iman.

"Almari,katil,sofa ni.Saya kemas rumah,kalau tak ubah semua perabut ni,mana boleh cuci habuk yang tersembunyi."

Aku geleng kepala tengok Iman.Ni lah perangai Iman dasar perempuan ringan tulang.Terlebih rajin!

"Yang kau angkat semua tu buat apa? takkan lah mengemas rumah kena ubah semua barang barang tu.Kau tu perempuan tak boleh angkat benda benda berat.Tak elok untuk peranakkan,kalau mengandung boleh gugur kau tahu tak.Aku tahu lah kau rajin,tapi kesihatan diri kena lah jaga.Kau ni kan..

Aku terdiam jap.

"Lah tidur dah! atau dia saja nak main mainkan aku."

Aku cuit hidung Iman.Tapi Iman tak respon.

"Betul lah tu tidur.Penat sangat ke sampai mengeruh.Iman Iman...

Aku perhatikan setiap inci raut muka Iman yang masih terbaring diriba aku.Tenang je.Rambut Iman yang menutup sebahagian mukanya aku alihkan.Perlahan jari jemari aku mengusap pipi Iman.Tiba tiba pandangan aku terhenti pada bibir mugil Iman.Otak aku ni pula tiba tiba teringatkan idea gila Amir,cara untuk aku rujuk dengan Iman semula.

"Rujuk ni ada tiga cara.Pertama lafaz rujuk je.Kedua bersentuh dan lafaz rujuk.Ketiga bersetubuh tanpa lafaz.Kau cakap dengan aku,kau dah ajak Iman rujuk tapi dia taknak kan.Apa kata kau guna cara ketiga,kau goda Iman sampai dia cair,sampai dia rasa teringin nak bersama dengan kau.Bila korang dah bersama automatik lah korang dah rujuk.Yang penting korang buat atas suka sama suka.Jangan kau paksa Iman pula.Itu kes rogol namanya."

Inilah idea Muhammad Amir Nordin.Bernas kan!

Aku dah kebam bibir menahan geram perhatikan bibir mugil Iman,leher jinjang Iman,dada Iman yang berombak dan sedikit terdedah,sampai lah ke kaki Iman aku tenung.Ikutkan hawa nafsu jantan aku ni nak ja aku kerjakan puas puas perempuan yang terbaring diriba aku ni.Tapi..

"Sabar Riz,sabar... jangan buat kerja gila ni.Iman tak sihat! Masa ni lah kau nak buktikan kau sayang Iman.Sekarang kau bangun angkat Iman letak dalam bilik.Lepas tu kau pergi dapur masakkan apa apa untuk Iman.Tunjukkan kepakaran kau dalam bidang masakkan.Biar Iman rasa air tangan kau,biar Iman jatuh cinta dengan kebaikan kau.Cepat bangun!"

Seperti ada suara halus berbisik ditelinga aku.Aku tersedar dari khayalan.Lantas aku terus bangun dan lakukan apa yang terdetik dihati aku tadi.

Tubuh Iman aku angkat dan baringkan dalam bilik.Pantas aku kedapur untuk masakkan makanan tengahhari.

Nasi putih dan Sup ayam,siap aku hidangkan atas meja bersama jus oren dan potongan buah epal.

Daun pintu bilik aku tolak perlahan.

"Tidur lagi!"

Aku jeling tengok jam.

"Dah pukul 1.Tak boleh biar ni,kena kejut."

Aku duduk dibirai katil.

"Sayang.. bangun sayang"

Bahu Iman aku goyang lembut dan aku masih dibirai katil perhatikan Iman buka mata.

"Eh,Cik Fariz.Dah pukul berapa ni?"

Soal Iman sambil tolak tubuh bangun dan duduk.Nipis bukaan mata Iman merenung aku.

"Pukul 1.Bangun lah pergi mandi,lepas tu makan.Aku dah siap masak."

"Cik Fariz masak?"

Soal Iman berkerut dahi hairan.

"Ye,aku masak tadi.Kenapa tak percaya.Kau ingat kau sorang je pandai masak."

Iman ukir senyum nipis.

"Ye saya percaya."balas Iman,kakinya dah melangkah turun dari katil.

Aku pula dah berdiri tercegat depan Iman.

"Kau boleh bangun tak ni? Atau kau nak aku tolong mandikan."

Iman dongak tengok aku.

"Ishh Cik Fariz ni,merepek! berdosa."

"Tak berdosa kalau kau sudi rujuk semula.Boleh lah kita mandi sama sama."

Aku cuba mengumpan,mana lah tahu berhasil.Tapi umpan aku macam tak mengena je.Tiba tiba riak muka Iman berubah hambar dan Iman diam je tengok lantai.Aku apa lagi cepat cepat lah tukar topik.

"Ehh Iman,tak yah lah serius sangat.Aku bergurau je lah.Cepat pergi mandi.Aku tunggu kau kat luar."

Iman angkat kepala semula dan ukir senyum manis.

"Huh lega,tapi senyum tu comel! Ini yang aku geram." detik hati aku membalas senyuman Iman dan aku terus mengatur langkah keluar dari bilik.

Aku duduk termenung disofa ruang tamu menatap skrin TV tanpa siaran.

Bahagia,seronok,resah,takut,itulah perasaan yang aku rasa sekarang.

Aku bahagia dapat luangkan masa dengan Iman.Aku seronok tengok Iman sambut baik kedatangan aku,senyum je.Tak macam sebelum ni,hambar! nak tak nak je Iman layan aku bila aku datang nak melawat dia.Tapi dalam masa yang sama aku resah,takut jika satu hari nanti Iman akan pergi jauh dari hidup aku.Aku takut,takut kehilangan Iman.Aku tak nak kehilangan Iman.

"Cik Fariz."

Pantas aku kesat air mata dan toleh kearah Iman.Iman dah siap mandi,berseri betul muka Iman.Tetap cantik tanpa sebarang make up.

"Jom makan! lapar la."

Ceria suara Iman.Dah baik ke demam dia? Tadi teruk sangat! Iman.. Iman.. kau ni demam urat ke,demam rindu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience