bab 43

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI.

"Eh Tihah,terima kasih tau sebab sudi temankan aku kemas bilik Cik Fariz.Aku bukan apa,aku risau,dibuatnya tiba tiba dia muncul masa aku tengah kemas bilik,mati aku! Mana aku nak lari."

"Ishh kau ni,over! Tak payah lah nak berterima kasih bagai.Temankan kau je pun.Lagipun kita ni kan kawan.Kawan kena lah tolong kawan."

Ujar Fatihah tersenyum sambil peluk bahu aku.Aku pula tak boleh nak balas pelukan Fatihah.Iyalah kedua belah tangan aku ni melekat di handle troli yang besar gedabak ni.Aku hanya mampu tengok muka Fatihah dan ukir senyum manis.

"Betul tu! kita kan kawan.So kawan kena lah tolong kawan.Apa kata kau tolong tolak troly ni pula.Aku dah lenguh la."

"Apa? tolong tolak troly ni."

Fatihah tayang muka tak puas hati.

"Ishh ni yang aku tak suka ni,bagi betis nak paha pula.Menyampah!"

Aku tergelak tengok telatah Fatihah.Mulut ja bising tapi tangan jalan.Cleaning Troly berwarna kuning tu Fatihah tolak sekuat hati.

"Terima kasih.Aku sayang kau tau!"

"Sama sama kasih,aku pun sayang kau!"

Balas Fatihah pula.Seketika kami ketawa mesra.

"Eh Iman,aku nak tanya kau sikit!"

"Hmm.. apa dia? Tanya je lah." jawab aku sambil mengatur langkah bersama Fatihah menuju ke arah Cafe.

"Aku nak tanya kau! Apasal pula kau nak takut kalau Fariz tu tiba tiba tayang muka depan kau? Kau takut dia pukul kau ke? atau kau takut dia rogol kau? Almaklumlah berdua je kan dalam bilik tu! lelaki miang macam tu bukan boleh percaya pun.Eh,tapi kan kalau lah dia cuba nak sentuh kau,kau jerit lah kuat kuat biar satu resort ni dengar suara kau,biar semua orang tahu perangai sebenar jantan tak guna tu."

"Issh kau nih! merepek! Cik Fariz takkan buat macam tu lah kat aku.Aku kenal dia.Sepanjang aku hidup bersama Cik Fariz,Cik Fariz tak pernah paksa paksa aku."

"Habis tu apa yang kau takut sangat? Sampai nak lari kalau berhadapan dengan si Fariz tu."

"Aku bukan takut.Aku cuma tak bersedia lagi nak bersua muka dengan dia."

"Eleh..tak bersedia lagi! Hei Iman,kau buat tak tahu dah lah dengan Fariz tu.Anggap dia bos,kau staff.Kau buat je kerja kau,pedulikan dia.Kan aku dah cakap semalam kau kena hidup dengan cara kau,tak payah la nak menyusahkan diri menyamar bagai."

"Ya,ya...Aku tahu lah.Nanti kalau aku dah bersedia aku back to normal lah.Aku pun rimas lah pakai macam ni.Eh Tihah! diam,diam dia datang dia datang."

Tengah rancak Fatihah dan aku berbual tiba tiba Fariz muncul depan kami.Mulut aku ni auto diam.Berdiri di tepi cleaning trolly beri laluan pada Fariz berjalan bersama perempuan tu.Begitu juga Fatihah berdirinya disebelah aku.Tapi riak mukanya jelas tegang tengok kemesraan Fariz dengan perempuan berwajah persis Arab tu.

"Huh kau tengok tu,belagak nak mampus! Dia buat tak tahu je kat kita.Eeeee geramnya."

Fatihah dah bebal,bebelkan Fariz.Aku,aku tenang ja dan aku juga cuba tenangkan hati sahabat baik aku ni dengan mengajaknya masuk dalam cafe untuk makan tengah hari.Tapi dalam hati aku ni terdetik juga rasa cemburu,cemburu dengan layanan mesra Fariz pada perempuan tu.Iya lah Fariz tu kan cinta pertama aku merangkap bekas suami aku.Tak banyak,tapi sikit perasaan sayang dan cinta tu masih ada lagi.

Dah masuk dalam Cafe yang berhawa dingin tu aku dan Fatihah pergi lah ambil makanan tengah hari yang pihak resort sediakan untuk staf.Menu hari ni nasi putih,ayam masak merah,daging masak kicap dan sup sayur.Minuman pula boleh oder je air apa yang kita suka.Semuanya percuma!

"Tihah,kau kenal tak perempuan yang selalu bersama Cik Fariz tu.Apa hubungan diaorang hah,mesra je aku tengok."

Sambil makan tu kita orang berbual lah.Tanpa segan silu aku terus tanya Fatihah pasal perempuan yang selalu bersama Fariz tu.Tihah apa lagi,nipis ja alis mata dia tenung aku.

"Apasal kau nak tahu? Cemburu?"

Tegas suara Fatihah jawab pertanyaan aku.

"Tak lah! Saja aku nak tahu.Salah ke?"

"Tak salah,tapi pelik."

"Apa yang pelik?"

"Pelik lah tiba tiba nak ambil tahu soal jantan tu dah kenapa."

"Isshh kau nih! aku bukan nak ambil tahu hal Cik Fariz.Aku cuma nak tahu siapa perempuan tu.Nama apa,siapa dia kat sini,apa hubungan dia dengan Cik Fariz."

"Haaa.. kalau kau nak tahu nama dan siapa perempuan tu aku tak pelik sangat.Tapi yang aku pelik bila kau nak tahu apa hubungan dia dengan bekas suami kau.Itu aku pelik."

Ujar Fatihah sambil menatap tajam muka aku.Tak puas hati lah tu.Aku pun dah tersilap tanya soalan ni.Fatihah cukup pantang kalau aku cakap hal Fariz.Marah betul dia,aku tahu lah dulu Fatihah juga ada hati pada Fariz,cinta gila.Tapi lepas dia tahu Fariz suami aku,dia terus tarik diri.Fatihah sayang sangat kat aku,Fatihah sanggup korbankan apa saja untuk aku.Fatihah mengamuk besar bila dapat tahu apa yang Fariz buat pada aku.Sejak itulah Fatihah benci sangat pada Fariz.Fatihah lah orang yang bersusah payah jaga aku disaat aku lemah masa mengandungkan Farah.Fatihah bawa aku lari jauh dari bandar Kuala Lumpur dan kami hidup tenang disini.Terima kasih Fatihah,kau lah sahabat dunia dan akhirat aku.

"Betul kau nak tahu ni siapa perempuan yang selalu bersama Fariz."

Lama kami diam menikmati makanan tengah hari tiba tiba Fatihah bersuara bertanya pada aku.Aku pula hanya mengangguk.

"Perempuan tu namanya Dania.Umur aku tak tahu.Apa yang aku tahu dia bukan rakan kongsi Fariz,dia saja je ikut Fariz bercuti kat sini.Maybe minggu depan kot dia balik KL.Diaorang ni kawan baik.Serius ke tak aku tak tahu.Itu je lah maklumat yang aku dapat dari Kak Zia pasal dia orang."

Satu persatu suara tenang Fatihah menjawab persoalan aku tadi.

"DANIA?? aku macam pernah dengar nama tu!" Detik hati aku sambil gigit jari memikirkan sesuatu.

"Hah,ni yang aku malas nak bagitahu! Dah termenung.Oi Iman! dah dah la fikir pasal bekas laki kau tu.Apa kata sekarang ni kau fikirkan pasal lelaki tu pula.Lelaki yang tengah berjalan ke arah kita."

Tersentak aku dari lamunan."Lelaki? Siapa?"

"Chef Iqbal,merangkap imam muda surau kampung kita dan juga peminat setia kau dah pun munculkan diri."

"Apa? Iqbal?"

Berkerut dahi aku tengok Fatihah dah muncungkan bibir menunjuk arah belakang aku.

"Ya Iqbal.Lelaki macam ni lah layak jadi suami kau dan ayah kepada adik.Cukup pakej sebagai suami idaman wanita.Dah la hensem,beriman,baik,sopan santun,pandai memasak lagi.Cuma sikit je kekurangan diri dia,kurang tinggi je! tapi okey lah,kau pun bukannya tinggi sangat.Korang kalau bersanding bagai pinang dibelah dua."

Cis! Kurang asam punya kawan.Merepek tak sudah sudah.Suka suka hati nak jodohkan aku dengan Ketua Chef resort ni.Tak nak lah aku.

"Assalammualaikum"

"Waalaikummussalam."

Serentak aku dan Fatihah jawab salam yang diucap Iqbal.

Iqbal ukir senyum manis.Berdirinya ditepi meja.Bola matanya pula bergerak gerak menatap aku dan Fatihah.

"Hai Tihah,hai Iman.Dah makan ke?"

"Dah." jawab aku ringkas.Tapi Fatihah pula.

"Dah makan.Eh chef masakan hari ni sedap lah,sedap sangat sampai bertambah Iman makan."

Eh,aku pula yang kena."Bukan ke dia yang bangun dari kerusi tadi pergi tambah nasi.Tihah ni saja je nak kenakan aku.Kau saja nak bagi si Iqbal tu harapan kan.Kau tunggu! tunggu sampai Iqbal ni blah tahu lah nasib kau!" aku bebel dalam hati sambil aku perhatikan Fatihah rancak berborak memuji masakan Iqbal.Iqbal apa lagi tayang muka bangga lah.

"Eh,chef duduklah dulu.Berdiri lama lama nanti lenguh pula kaki tu."

Terbuntang mata aku tengok perangai Fatihah.Dia ajak Iqbal duduk sekali.Iqbal apa lagi pantang diajak lah,terus tarik kerusi labuhkan duduk betul betul depan aku.

"Tersengeh sengeh,tu biji mata tu dah tak tahu nak tengok arah lain ke.Kata ustaz! tapi takkan tak tahu hukum kalau tenung perempuan." Detik hati aku lagi bebelkan Iqbal pula.Bebel dalam hati je,tapi riak muka tenang aku tayangkan depan Iqbal.

"Iman sihat?"

Soal Iqbal.

Lah tanya aku sihat ke tak? Apa punya soalan ni! terang lagi bersuluh aku ni sihat walafiat.

"Sihat,Alhamdulillah."

Jawab aku tenang sambil ukir senyum nipis.Fatihah pula dari tadi tahan gelak perhatikan aku dan Iqbal.Suka la tu dah kenakan aku.Gelak lah gelak!

"Esok Iman nak makan apa,abang boleh tolong masakan.Abang bukannya apa,hari hari memasak kat dapur,kadang kadang tu sampai tak tahu nak masak apa.Kot kot lah Iman ada idea."

"Eh dia tanya aku pula nak makan apa.Nanti kalau aku cakap tak reti pula kau nak masak.Tapi Iqbal minta idea aku.Hah! ni la peluang untuk aku suruh dia upgrade menu kat Cafe ni.Hari hari menu yang sama je bosan lah costemer." Bisik hati aku terfikirkan idea menu baru di cafe resort ni.

"Betul ke abang nak idea saya?" soal aku lagi nakkan kepastian.

"Eh betul lah.Abang tak main main."

Iqbal dah bersemangat nak tahu siap keluarkan pen dan kertas.Fatihah pula hanya perhatikan je gelagat kita orang.Aku,aku apa lagi.Aku pun bersemangatlah nak cakap semua menu menu baru yang tengah belegar dalam kepala otak ni.

"Okey,kalau macam tu esok abang..

"Iman.. Iman...

Allah hu akbar,terjongket bahu aku terkejut.Belum sempat aku habis cakap tiba tiba nyaring nama aku dipanggil.Agaknya siapa lah gerangan perempuan yang menjerit jerit panggil nama aku tu.Serentak aku,Fatihah,Iqbal dan semua manusia yang ada dalam cafe tu memandang kearah Liana yang masih lagi berlari anak menuju kemeja aku.

Lah janda muda ni lagi!

"Iman!.. Huh! Tuan.. Fariz.. nak.. jumpak... hang!."

Tercungap cungap suara Liana sampaikan berita yang mengejutkan aku.

"Apa? Tuan Fariz nak jumpa aku?"

Hah sudah! aku dah gelabah.

"Ya,Tuan Fariz nak jumpak hang! la ni jugak."

"Ta.. Tapi.. tapi kenapa?"

Aku tanya Liana dengan suara yang tersekat sekat.Jantung ni pula dah berdegup laju.

"Tu aku tak tau.Apa yang aku tau mood Tuan Fariz tu tak elok.Tiba tiba ja dia naik angin."

Fariz naik angin.Hah,mati aku! apahal pula ni tiba tiba dia naik angin.Apa salah aku??

Share this novel

Bunga Bunga
2024-04-26 14:04:15 

Tahniah....cerita makin menarik. X sabar tggu update


NovelPlus Premium

The best ads free experience