bab 29

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia aku mengenali Dia...

IMAN
Salam Cik Fariz.Saya minta maaf sangat sangat.Hari ni saya tak boleh balik sana,Puan Zaitun tak sihat.

"Arrgggghh.. Alasan! Saja nak buat perangai!"

Handphone ditangan aku campak atas katil,geram! Pagi pagi lagi Iman dah cari pasal.Semalam berjanji,bersumpah nak balik sini,tiba tiba pagi ni hantar masage tak boleh balik.Alasan,opah tak sihat.

"Hei Iman,lantak la orang tua tu nak sakit ke,nak apa ke.Dah tak ada orang lain ke dalam rumah tu nak jaga dia.Kau sorang je bibik dalam rumah tu.Habis tu anak dia tak reti nak jaga mak sendiri."

Sedas aku bebelkan Iman dalam talian telefon.Aku betul betul tak puas hati.Aku ni dah macam orang ketagihan dadah kot.

"Tak boleh Cik Fariz,tak ada sapa kat rumah ni,semuanya dah keluar pergi kerja.Tinggal saya,Tini dan Tasya.Diaorang semua tu tak boleh harap.Tini semua benda tak tahu pasal Puan Zaitun.Tasya pula tak berapa sihat lagi."

"Apa? tak ada sapa? Habis tu papa dengan Izal pergi Ofis! Apa yang bengap sangat diaorang tu.Dah tahu orang tua tu sakit,duduklah rumah.Takkan lah tak boleh cuti.Mama pula pergi mana?"

Soal aku lagi.Tak faham betul aku dengan keluarga Wan Zaitun ni.Orang tua tu sakit,yang diaorang semua boleh pula keluar pergi kerja.

"Puan Ainun awal awal pagi lagi dah keluar.Katanya nak ke Johor.Atas urusan apa saya tak tahu lah.Yang Cik Fariz ni tak baik tau cakap papa dengan abang Cik Fariz macam tu.Dia orang pun tak tahu lagi opah sakit.Semalam Puan Zaitun okey je,pagi ni tiba tiba je Puan Zaitun muntah muntah dengan cirit birit.Habis kena cadar,lepas tu atas lantai pun penuh dengan muntah.Jadi pagi ni saya sibuk sangat.Nak cuci cadar,cuci bilik lagi sebab tu lah saya tak boleh balik sana.Saya minta maaf sangat sangat ya Cik Fariz.Esok pun tak tahu lagi."

Terdiam aku sekejap leka dengar suara serak basah Iman.Tenang je suara dia bercakap.Suara yang selalu menghiburkan hati aku dan suara tu juga ada kalanya menyakitkan hati aku.

"Cik Fariz! Hallo... Cik Fariz.. Hallooooo... Cik Farizzz!"

"Ya! Oi! aku dengar lah.Tak payah jerit."

"Ohh... ingat Cik Fariz tertidur tadi!"

Tengok tu sempat lagi menyindir.

"Kepala otak kau! Apahal pula aku nak tidur."

"Alah Cik Fariz ni,jangan lah marah.Saya bergurau je.Orang cakap bergurau dengan suami ni bagus.Boleh mengeratkan hubungan suami isteri."

"Ada je jawapan kau kan.Hah! Betul tu,bergurau ni bagus.Boleh eratkan hubungan suami isteri.So,kau tunggu! jap gi aku sampai.Aku nak bergurau senda dengan kau puas puas."

"Apa? Cik Fariz nak datang sini? Betul ni nak datang rumah opah?"

"Ya la,kenapa? ada masalah ke?"

"Eh,Tak ada masalah.boleh,boleh,datanglah.Puan Zaitun memang teringin sangat nak jumpa Cik Fariz.Mesti Puan Zaitun seronok dapat jumpa Cik Fariz."

"Ehh.. Ehh..Tolong sikit! aku nak pergi sana bukan nak jumpa orang tua tu,aku pergi sebab nak bergurau senda dengan kau.Nak eratkan hubungan suami isteri yang dah lama renggang."

"Apa? Err...Cik Fariz bergurau je kan! tak kan lah kita nak bergurau dekat rumah Puan Zaitun.Tak manis lah kalau ada orang nampak.Dia orang semua kan tak tahu pasal kita.Nanti dah jadi fitnah."

Iman dah menggelabah! Padan muka.Suka betul aku nak menyakat My Cute Wife Nurul Iman.

"Apasal pula diaorang nak nampak.Kat rumah banglo tiga tingkat tu ada banyak bilik.Kita bergurau lah dalam bilik.Lagi selamat,kedap bunyi.Kau nak gelak ke,menjerit ke semua boleh.Tak kan ada yang tahu dan nampak."

"Err.. Ta... ta.. Tapi.. Ishh Cik Fariz ni,merepeklah.Jangan lah nak buat gila kat sini.Mati saya kalau Puan Ainun nampak."

"Biarlah kalau Puan Ainun nampak.Apa masalahnya.Mama pun tahu kan kita ni suami isteri."

"Ya,ta.. ta.. Tapi."

"Dah tak payah nak tapi tapi.Aku nak siap nak pergi galeri.Petang jap gi aku sampai.Iman,nanti kau masakan aku spaggeti bolognese,aku nak makan.Hah,satu lagi! malam ni aku tidur sana.Kau jangan nak buat helah pula ya,jangan nak sibuk jaga opah ja.Aku ni suami,aku pun perlukan kau juga.Dah sebulan aku bagi kau rehat.Malam ni aku nak kau tidur dengan aku."

Tegas suara aku dengan jujurnya menyatakan hajat aku pada Iman.Biar dia menggelabah.Biar dia tak tentu arah bila tahu suami dia dah berhajat sangat.

"Apa.. Ti.. ti.. tidur dengan Cik Fariz kat rumah ni?? Aduuh..Cik Fariz jangan lah buat hal kat rumah ni.Takut saya kalau diaorang tahu hal kita."

Tersekat sekat suara Iman menjawab.Risau betul dia aku nak tidur sana.Tapi aku buat tak tahu je,aku diam dan ukir senyum sorang sorang,lepas tu tamatkan pangilan.Masa ni aku dah boleh bayangkan riaksi muka dan kelakuan Iman.Kulit muka merah,dahi berkerut sambil gigit jari dia akan berjalan ke hulu ke hilir berfikir.Iman.. Iman jangan kau sibuk berfikir,orang tua tu pula terabai.

Suami kalau dah sangap rindu nak bersama isteri lautan api pun sanggup redahi.Macam aku,sebab terlalu rindukan Iman sanggup letakkan ego kat tepi.Selesai ja urusan kerja di galeri aku terus gerak pergi rumah opah.

Dup dap dup dap dup dap.. Jantung aku dah berdebar laju bila kereta aku dah terpaking dalam perkarangan rumah agam Wan Zaitun.

Aku tarik nafas dalam dalam dan lepaskan.Daun pintu kereta aku buka dan melangkah turun.Sunyi je luar kawasan rumah opah.Aku tengok tempat parking,kereta papa dan abang Izal tak ada.

"Huh! lega.Dia orang tak balik lagi."

Bisik hati aku sambil aku terus melangkah kearah pintu masuk utama.Makin laju pula degup jantung aku ni.Entah apa lah yang aku risaukan.Tapi tak apa demi Iman,aku beranikan diri jejakan kaki dirumah agam Wan Zaitun.Rumah agam yang tak ingin pun aku masuk,tapi kerana Iman aku nekad.Aku nekad nak jumpa Iman dan berterus terang.

"Asslammualaikum."

Salam aku beri sambil aku jengah di muka pintu yang terbuka luas."Nak jemput penyamun masuk rumah ke,berani diaorang biar pintu terbuka." keluh hati aku sambil aku perhatikan mama melenggang berjalan kearah aku dengan seyum lebar.

"Walaikumussalam.. Riz! Ya Allah Riz balik sini.Betul ke ni! Mama tak mimpi.Anak mama... Ya Allah rindunya."

Tersenyum lebar mama memeluk erat tubuh aku.Gembira sangat ni,macam lah bertahun tahun tak jumpa aku.Rasanya tiap tiap minggu aku buat panggilan video.Mama,mama kuat berdrama,siap nangis lagi.

Sebagai anak yang baik aku layankan je perangai mama.Aku pun peluk mama erat erat.Lepas habis mama lepaskan rindu pada anak bongsunya ni.Baru lah mama jemput aku masuk.

"Hah duduk lah Riz,Riz dari mana ni."

Soal mama sambil labuhkan duduk disofa.

"Dari galeri.Saja la singgah nak melawat opah.Iman cakap Opah tak sihat."

Tiba tiba mama tenung muka aku.Lain macam pula cara pandangan mama tu.Duduknya pula berhadapan aku.

"Ohh sebab Iman bagitahu baru lah Riz datang.Yang selama ni mama bagitahu tak pula Riz nak datang ya.Hmmm.. power betul ayat Iman! dah berjaya melembutkan hati Wan Fariz Adlan yang keras ni.Jadi korang masih berhubung lah ye."

Aduh! apahal pula dengan mama ni.Aku salah cakap ke.Tiba tiba nada suara tu macam tak puas hati dengan Iman.Lagi aku tak faham soalan yang las tu.'Jadi korang masih berhubung lah ye'Pening! aku nak jawab apa.Entah apa lah yang Iman cakap dengan mama."Aduh apa aku nak jawab ni?" keluh hati aku,bibir aku ni masih tertutup rapat tak mejawab persoalan mama.

"Wan Fariz Adlan!"

"Hah! ye mama."

Tersentak bahu aku,terkejut dengar suara tegas mama.

"Mama tanya ni,Riz dengan Iman masih berhubung ke?"

"Ya.. tapi jarang jarang.Kadang Iman call,kadang Riz call Iman.Sekadar tanya khabar.Khabar mama,khabar opah."

Huh! berpeluh aku nak menjawab.

"Ohhh tanya khabar je.. Pelik! tanya khabar opah tapi call Iman.Tanya khabar mama pun call Iman.Kenapa? pernah ke Riz call mama,mama tak jawab."

"Aduh..Apa yang berlaku ni.Apasal dengan mama ni,tiber je buat perangai sindir sindir aku pula."

Barmacam macam persoalan menerjah kotak fikiran aku.Hairan aku dengan sikap mama.Aku agak mesti ada apa apa yang Iman bualkan dengan mama pasal hubungan kita orang.Tapi Iman tak pernah cakap apa apa pun dengan aku." Argghhh serabutt.."

"Eh,Cik Fariz dah sampai.Jap nak panggil Opah."

Hah sudah! Iman pula tiba tiba muncul cakap dah sampai,Mampus aku!

Mama jeling arah aku.

"Hai,Riz bagitahu Iman ke nak datang sini.Patutlah beriya Iman masak spagetti bolognese.Rupanya dah tahu ada orang nak datang.Lain macam pula hubungan korang ya! Hari tu cakap bila dah sembuh nak bercerai,ni sampai dah boleh berlari tapi tak lepaskan lagi perempuan tu.Nak tunggu bila,nak tunggu opah sembuh pula baru nak lafaz cerai."

Panas pula hati ni dengar mama membebel.Aku baru je jejak kaki dirumah agam ni,segelas air pun tak minum lagi.Mama dah sibuk cakap bab cerai."Sibuk nak aku bercerai.Dah bersedia ke nak jaga orang tua mulut puaka tu kalau Iman tak ada." bisik hati aku lagi sambil aku perhatikan muka masam mama.

"Farizz.. Farizz cucu aku."

Hah! panjang umur opah,baru ja sebut dah muncul.Selamat aku!

Dari jauh opah dah jerit panggil nama aku.Aku,aku perhatikan je langkah opah terhuyung hayang berjalan kearah aku sambil Iman pimpin.Malas lah aku nak terhegeh hegeh pergi kat dia.Dia yang sibuk nak jumpa aku,konon rindu sangat kat aku.

"Fariz.. Fariz cucu opah.Opah rindu sangat kat Fariz.Fariz pergi mana,lama tak jenguk opah.Fariz jom ikut opah.Opah ada belikan aiskrim untuk Fariz.Aiskrim coklat,Fariz suka kan."

Tercengang aku tengok kelakuan opah.Duduknya sebelah aku.Bahu aku opah peluk.Opah layan aku macam aku ni budak budak umur 6 tahun.Opah usap pipi aku,tarik hidung aku,cubit pipi aku.Bibir opah tak henti henti cakap rindu kat aku.Pipi aku dah berkali opah cium.Opah gengam erat tangan dan ajak aku pergi dapur makan aiskrim.

Hati aku tersentuh,bersimpati dengan nasib Opah.Opah mengalami masalah ingatan atau Alzeimer.

Aku sambut tangan opah dan aku cium.Bola mata aku dah mula menakung air jernih.Seketika aku aku toleh kearah mama dan Iman yang dari tadi perhatikan aku.Diaorang awal awal lagi dah kesat air mata.Aku tenung raut wajah opah yang sudah dimamah usia,dengan nada suara yang bergetar aku balas semua pertanyaan opah.

"Ye opah.Riz pun rindu opah.Rindu sangat.Riz nak aiskrim tapi Riz nak opah yang suapkan.Riz nak makan aiskrim coklat dengan roti yang selalu opah buatkan untuk Riz."

Opah pegang pipi aku.

"Boleh Wan Ariz..Jom! kita pergi dapur.Nanti opah suapkan ya.Ala kesiannya cucu opah ni nak makan aiskrim tapi mama tak bagi ya."

Laju air mata aku jatuh kepipi mendengar suara lembut opah memanggil aku Wan Ariz.Nama timangan aku.Aku rindukan panggilan tu dan aku suara tu,suara yang selalu aku dengar ketika aku masih kecil.Suara yang selalu mendodoikan aku,suara yang selalu memujuk aku,suara yan selalu becerita pada aku.Aku lah cucu kesayangan Wan Zaitun.Tapi kerana satu kesalahan besar yang aku dah buat.Sekelip mata opah berubah benci aku.Opah hina aku,opah pulau aku.

Kini semuanya sudah berubah.Opah dah tak ingat pun semua kesalahannya pada aku.Apa yang opah ingat akulah cucunya Wan Ariz yang berusia 6 tahun.Cucu yang dijaganya penuh kasih sayang,cucu yang selalu temankan opah tidur.

"Cik Fariz..Cik Fariz.."

Cepat kelopak mata aku terbuka apabila dengar suara Iman.

"Opah dah tidur tu.Cik Fariz balik lah bilik,tak apa biar saya temankan opah."

Perlahan suara Iman menyapa aku yang masih terbaring disebelah opah.Aku bangunkan tubuh berotot aku dan duduk dibirai katil.

Iman pula hanya berdiri perhatikan aku dari jarak yang dekat.

Aku angkat kepala menatap wajah Iman.

"Apasal pula kau nak tidur dengan opah.Kau lupa apa yang aku cakap siang tadi.Tujuan aku datang sini!.Kalau kau lupa tak apa aku boleh ingatkan.Aku datang sini sebab aku nak jumpa kau,nak bergurau senda dengan kau,nak eratkan hubungan suami isteri.Dan lagi satu malam ni aku nak kau tidur dengan aku."

Dengan penuh berhemah aku bercakap dengan Iman.Tapi aku hairan Iman tak menjawab,muka Iman pula langsung tak respon,bola matanya bulat memandang aku dan bergerak gerak tengok belakang je dah kenapa.

"Kau ni kenapa Iman buat muka macam tu.Nampak hantu ke?"

Tegas suara aku tanya Iman sambil aku pusingkan kepala memandang belakang.

Kini giliran aku pula buat terbuntang biji mata.Terkejut!

"Mampus aku! sejak bila mama ada dalam bilik ni.Macam mana aku boleh tak perasan."

Keluh hati aku,bola mata aku jegilkan pada Iman.Geram! kenapalah dia langsung tak potong cakap aku tadi.Sekurang aku tak sempat nak cakap sampai habis.

Mati aku malam ni.Confirm! Datin Ainun mengamuk.Dia dah cekak pinggang.Kulit muka pun dah bertukar merah.Nafas pun dah turun naik tu.Mendapat lah kau malam ni Fariz,tadi siang berani sangat,konon tak takut kalau Datin Faridah Ainun tahu.Sekarang jawablah!

Share this novel

ayuni
2024-03-16 09:36:47 

Bila nak update ni MM … x semangat nak buat kerja…?

Mawar_Merah
2024-03-15 23:28:42 

Belum update☺️

Moca
2024-03-15 23:00:14 

??


NovelPlus Premium

The best ads free experience