bab 53

Romance Series 235030

"Iman,Iman.Stop please!"

"Isshh.. lepaslah! Apa ni Cik Fariz? pegang pengang.Cik Fariz tolong hormat sikit saya.Jangan ingat Cik Fariz Tuan besar resort ni,Cik Fariz suka suka hati boleh sentuh saya."

"Okey,okey..Saya minta maaf.Saya tak sentuh awak.Tapi tolong lah stay sekejap Iman.Saya ada hal nak cakap dengan awak."

"Hal apa lagi? Kahwin? Cik Fariz tak faham bahasa ke.Kan saya dah cakap.Saya tak nak kawin dengan Cik Fariz.Tak nak!"

"Ye,ye saya faham.Saya terima jawapan awak tu.Tapi please jangan buat saya macam ni.Dah berapa hari awak cuba mengelak dari saya.Saya call awak tak jawab,saya whatssap awak tak balas.Saya datang jumpa Farah,awak tak keluar.Saya nak jumpa kat ofis awak tak datang.Saya tegur awak,awak buat tak tahu je.Saya tahu awak tak sudi jadi isteri saya,tapi sekurangnya sudi lah jadi kawan saya."

"Apa? Kawan?" aku tayang muka tercengang.

"Ye,kita kawan demi Farah.Saya janji dengan awak.Saya tak akan lagi cakap soal kawin."

Aku ukir senyum sinis,menyampah aku dengar permintaan Fariz.Nak berkawan demi Farah konon,alasan!.

"Cik Fariz,Saya rasa tak perlu kot kita nak berkawan bagai.Cukup lah hubungan kita ni sekadar bos dan staf.Saya lebih selesa macam ni.Soal Farah,Cik Fariz jangan risau.Saya tak akan halang kalau Cik Fariz nak jumpa atau nak bawa dia jalan jalan.Saya okey."

Permintaan Fariz aku tolak mentah mentah lepas tu aku terus pusing badan nak beredar dari kawasan taman resort.Tapi,tiba tiba langkah aku terhenti,sekali lagi lengan aku ditarik pantas aku menoleh.

"Cik Fariz,jangan buat perangai macam ni boleh tak! lepaslah!.Eh,malu lah kalau orang tengok."

Bola mata aku dah meliar tengok sekeliling sambil aku cuba gerakkan lengan aku yang dicengkam Fariz.Tapi Fariz buat perangai keras kepala,makin kuat dia cekak tangan aku sambil ukir senyum gatal.

"Tak,saya tak akan lepas.Selagi awak tak setuju berkawan dengan saya,saya tak akan lepaskan.Biarlah orang tengok,saya tak malu,biar semua orang tahu kita berdua sedang hangat bercinta."

Ewah,eloknya perangai,main paksa paksa pula tu.Ohh kau tak malu,tapi aku malu.Jap aku nak ajar orang yang tak tahu malu macam kau ni.Satu,dua,tiga..

"Arggggghhhh.... Argggghhhh... Arggghhh....

Hah padan muka Fariz,bergema satu resort tu dik jeritan suara aku yang kuat.Kelam kabut lah Fariz lepas tangan aku.Terbahak bahak aku gelak sambil berlari anak tinggalkan Fariz.Fariz? aku tak tahu lah dia kejar aku ke tak.Yang aku tahu sekarang ni dia mesti rasa marah,malu,geram,bebal.. Hah,lantak dia lah.Siapa suruh tarik lengan aku.Melampau!

"Huh penatnya! Dia tak kejar kot." Detik
hati aku sambil toleh belakang.

Langkah aku terhenti lepas susuk tubuh Fariz hilang dari pandangan.Kebetulan pula berdiri depan bilik cleaner,aku pun ambil keputusan masuk bilik tu untuk rehat jap.Penat kot walaupun berlari anak.

"Huhhh.." Satu keluhan besar aku lepaskan setelah punggung aku dah belabuh atas kerusi.Kepala yang mula terasa sakit ni aku picit picit perlahan.

Kusut betul fikiran aku sekarang ni sejak kemunculan bekas suami aku,Wan Fariz Adlan.Hidup aku huru hara.Waktu kerja pun tak teratur.Soal perasaan pula dah macam rojak bercampur baur dalam dalam diri aku.

Bahagia!

Cemburu!

Gembira!

Marah!

Benci!

Bebal!

Menyampah!

Simpati!
Dendam!

Serba salah!

Arghhhh.... Semuanya ada.Aku pun tak tahu perasaan apa yang septutnya wujud dan tersemat dalam hati ni.

Aku sayang Farah,aku bahagia sangat tengok Farah bahagia menikmati kasih sayang seorang ayah.Tapi dalam masa yang sama aku rasa cemburu setiap kali Farah lebihkan Fariz dari aku.

Aku gembira dengar coleteh dah gelak tawa Farah bersama Fariz.Tapi aku rasa cemburu adakalanya Farah tak pedulikan kata kata aku.

Aku suka bila Fariz belikan barang barang keperluan dan barang barang kemahuan yang aku tak mampu belikan untuk Farah.Tapi aku rasa cemburu bila Farah berlebihan memuji Fariz.

Aku suka keluar bersama Fariz luangkan masa dengan Farah.Tapi aku cemburu bila Farah asyik berkepit je dengan Fariz.Sampai makan pun nak Fariz suapkan.

Maka disebabkan perasaan itulah aku mula jauhkan diri dari Fariz.Aku sakit hati setiap kali tengok keakraban Fariz dan Farah.Jadi aku tarik diri,aku dah tak ikut mana diaorang pergi.Aku beri ruang untuk mereka berdua luangkan masa bersama.Lagipun aku dah muak nak dengar Fariz cakap soal kawin setiap kali kami berjumpa.Aku ingat Fariz dah putus asa lepas aku tolak lamaran dia malam tu.Tapi tak! Hari hari berikutnya dia masih berusaha pujuk aku untuk jadi isteri dia,siap bagi aku sejambak Ros Merah dan sebentuk cincin emas putih bertahktakan Berlian.Lepas tu Fariz cakap kat aku..

"Iman,please kawin dengan saya.Saya janji,saya akan jaga awak dengan Farah sebaik baiknya.Lepas kita kawin,awak dah tak payah kerja lagi.Awak duduk rumah je.Semua kerja rumah pun awak tak payah buat.Saya akan sediakan pembantu rumah untuk uruskan semuanya.Saya cuma nak awak duduk rumah luangkan masa untuk Farah dan saya.Soal duit pula awak jangan risau.Setiap bulan saya akan bagi awak duit belanja,berapa awak nak awak cakap je.Saya bagi."

Wow! manisnya janji janji Fariz taburkan pada aku masa tu.Dia ingat aku heran.Dia ingat aku hadap sangat dengan duit dia.Dia ingat aku nak setuju dengan menifesto yang dia ungkapkan tu.Memang tak lah!Ye betul,dulu aku memang perempuan mata duitan.Hidup dikelilingi hutang.Jadi tak heranlah Fariz tawarkan duit,dan aku setuju nak kawin dengan dia.Tapi aku kawin pun bukan sebab duit je.Sebab aku memang ikhlas cintakan dan sayang Fariz.Cuma dia tu yang tak tahu.

Dulu,sepanjang kitaorang kawin aku berusaha jadi isteri yang baik.Aku cuba tawan hati Fariz dengan masakkan aku.Aku curahkan sepenuh kasih sayang aku pada Fariz.Aku tak kisah Fariz anggap aku orang gaji.Yang penting aku dapat bersama Fariz.Sebab Fariz lah cinta hati aku.Sehinggalah suatu hari aku buat keputusan besar dalam hidup aku demi cinta.Aku dengan rela hati menyerahkan seluruh jiwa raga aku pada Fariz.Menyerahkan DARA pada suami yang aku cinta.Tapi Fariz buta.Dia tak nampak pun kasih sayang dan perngorbanan aku sebagai tanda cinta.Apa yang dia tahu 'aku ni perempuan mata duitan'.Apa yang aku buat semua sebab duit,duit,duit.Disebabkan itu Fariz layan aku macam pelacur.Membuang benihnya diluar rahim aku.Bagi aku duit lepas kami bersama.

"Iman,aku dah masukkan duit dalam acaunt kau Rm500 Kalau tak cukup,nak lagi.Kau kena lah layan aku.Kau jangan risau,duit tu bonus untuk kau.Duit nafkah kau cukup bulan aku bagi.Aku manusia yang pegang pada janji.Aku cakap aku bayar,aku akan bayar.Dah kau bangun pergi tidur bilik kau.Aku penat nak tidur."

Inilah kata kata Fariz selepas kali pertama aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.Bukan ucapan terima kasih,tapi ukangkapan yang berbisa diucap dengan riak wajah sombong.Ya,hati aku sakit,jiwa raga,tubuh badan aku juga sakit.Tapi aku masih mampu sabar dan ikut semua telunjuk Fariz masa tu.Mungkin masa tu aku juga buta.Buta kerana terlalu cintakan Fariz.Tapi...

"Aku bukan pelacur! aku seorang isteri yang menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.Kau tu yang buta! Kau tahu tak aku rasa terhina sangat dengan perbuatan kau tu.Bila aku tak nak layan kau macam macam kau kata aku.Nak lari dari tanggungjawab! Tak tahu hukum! Kau buat perangai,kau marah aku! Bila aku layan kau,kau bagi aku duit.Aku tak lemah dengan duit kau.Tapi aku buat sebab aku sayang kau.Aku lemah bila kau gunakan kuasa vito sebagai suami.Aku takut dosa,aku takut dilaknat."

Seketika aku bermonolog sendirian didalam bilik cleaning.Airmata mula mengalir.Suasana sunyi dalam bilik tu buatkan aku teringat kembali kesunyian hidup aku dulu.Semua kenangan pahit dan semua perbuatan keji Fariz terhadap aku mula berlegar legar dikotak fikiran.Sungguh aku tak mampu nak lupakan semuanya.

Sekarang ni Fariz memang dah berubah,Fariz dah menyesal.Berkali kali Fariz mohon maaf dari aku.Fariz berusaha keras untuk berbaik dengan aku.Tapi? Entah lah,semakin Fariz cuba nak berbaik dengan aku,semakin menebal aku rasa marah dan benci pada dia.

"Ya Allah.. apa yang patut aku buat?"

Hanya pasa Allah aku memohon.Hanya pada Allah aku meminta.Hanya Allah yang mampu lembutkan hati ini untuk memaafkan Fariz.

"Huhhh."

Aku mengeluh sejenak cuba tenangkan fikiran.Tiba tiba aku dengar daun pintu dibuka.Tapi aku tak menoleh,aku tahu ada pekerja lain yang mahu masuk.

"Iman..

Nama aku dipanggil seseorang.Aku macam kenal suara tu.Pantas aku menoleh.

"Cik Fariz?"

Kelam kabut aku berdiri,terkejut.Macam manalah mambang ni boleh masuk sini.

"Err..macam mana Cik Fariz boleh masuk sini."

Soal aku berkerut dahi,hairan.

"Saya kan bos!"

Selamba je Fariz jawab sambil perhatikan aku atas bawah.Eii seram!

"Cik Fariz nak apa ni? Berani Cik Fariz masuk sini kan.Cik Fariz keluar sekarang.Kalau tak saya jerit."

"Iman,tenang Iman.Tak payah lah jerit jerit.Saya bukannya nak apa apakan awak pun.Saya cuma nak bercakap dengan awak.Boleh tak awak tolong dengar dulu."

Ujar Fariz.Gerakkan mulut dan langkahnya sama sama bergerak.

"Berhenti! Cik Fariz berdiri dekat situ je dan cakap.Jangan datang dekat,Kalau tak saya jerit."

"Okey,okey.. relaks.Saya berhenti,saya duduk sini.Awak pun duduklah.Kita berbincang."

"Tak,saya tak nak duduk.Cik Fariz cakap cepat.Lepas tu keluar."

"Iman tenanglah.Duduk dulu."

"Tak nak! Jangan paksa boleh tak.Cik Fariz tu,cepatlah cakap lepas tu keluar dari sini."

"Ya,ya.Saya janji lepas je saya cakap.Saya keluar.Awak tu,duduk! Atau awak nak saya tarik awak duduk kat riba saya ni."

Eeii.. Gatalnya.Geram pula aku tengok si Fariz ni.Aku jerit juga nanti.

"Hah,kenapa diam.Nak jerit.Jeritlah! Biar semua orang dengar.Biar semua orang tahu saya masuk sini sebab dengar awak menjerit.Saya boleh cakap dekat diaorang,saya masuk sini sebab nak tolong awak."

Cis tak guna! Dia cabar aku.Tapi ada logiknya juga alasan yang Fariz cakap tu.Eeiii geramnyaaa... Benci,benci,benci...

Nak tak nak aku juga yang kena mengalah,terpaksa akur cakap Tuan Besar Resort Permai Indah.Tarik kerusi dan duduk,bersedia untuk dengar apa yang bakal Fariz cakapkan.Dalam hati ni tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku duduk berduaan dalam bilik ni dengan Fariz.Muka gatal macam ni bukan boleh percaya.Dibuatnya Si Fariz ni tiba tiba terkam dan nak rogol aku,mampus.Aku bukan mampu nak lawan tubuh sasa dia tu.Nak jerit tu memang lah boleh.Tapi bilik cleaning ni dikawasan belakang,kalis bunyi pula tu.Ada ke yang nak dengar kalau aku jerit.

Share this novel

ina @ sabariah
2024-05-30 13:31:51 

bila nk sambung....


NovelPlus Premium

The best ads free experience