bab 60

Romance Series 235030

Hari ini merupakan hari bahagia aku dan Fariz.Berdirinya kami berdua di atas pelamin bertemakan Flora dan Fauna mengukir senyum manis kepada semua tetamu yang hadir.

"MasyaAllah.. cantiknya kau Iman.Aku macam tak percaya lah kawan baik aku cantik macam ni."

Inilah sahabat baik aku,Fatihah.Teruja betul dia melihat kecantikkan aku sampai berkerut muka.

"Errr.. ye ke?" ujar aku pula tayang muka malu malu kucing.

"Aa.. aa betul tu Iman.Awak cantik sangat hari ni.Patutlah Riz tak pandang perempuan lain dah.Dari tadi asyik berkepit je."

Ini pula kawan baik Fariz,Fikri atau Doktor Fikri.Lemah lembut suaranya memuji aku,tapi menyindir Fariz.Fariz apa lagi tayang muka tak puas hati lah.Cemburu lah tu.

"Oi,oi.. dah la tu tengok isteri orang.Buah hati kau kat sebelah tu tengok lah puas puas."

Hah tu kan,Fariz dah cemburu.Siap tutup muka aku lagi dari pandangan Fikri.

Buah hati Fikri? Siapa ya?Hurmm...

"Ha ah,betul tu Riz.Aku setuju dengan kau.Buah hati sendiri tak nak tenung lama lama.Tahulah Iman tu cantik.Tapi semua tu palsu je tau.Saya pun kalau make up tebal tebal lagi cantik dari Iman lah."

Hah,buah hati Fikri dah balas.Cemburu la tu Fikri asyik tenung muka aku je.Fatihah Fatihah.. Kau tak pakai make up pun dah memang cantik semula jadi.

Fatihah dan Fikri.Pasangan kekasih yang tengah hangat bercinta.Diorang ni kan 'Bagai Pinang dibelah Dua.'Sama cantik sama padan.

Akhirnya terjawab juga persoalan aku.Siapakah jejaka bertuah yang dah berjaya tawan hati Fatihah?Fikri rupanya.Terkejut gila aku dapat tahu tengtang hubungan diaorang.

Aku tahu pun secara kebetulan.Masa tu handphone Fatihah berdering.Aku pun tengoklah skrin hanphone "Wani? siapa Wani? Detik hati aku.Dah Kebetulan Fatihah tengah mandi,aku pun tolong la jawabkan.

"Hallo"

"Hallo sayang.Assalammualaikum."

"Sayang?Aik.. nama perempuan tapi suara lelaki?" Detik hati aku hairan.

"Err.. Waalaikumussalam.Sory.Saya bukan Tihah.Saya kawan dia."

"Oh! ye ke.Tihah ada tak?"

Dengar je suara aku,si pemanggil yang bernama 'WANI' tu macam cemas je.

"Tihah ada,dia mandi jap." aku pun jawab lah.

"Oh ye ke.Takpa lah kalau macam tu.Jap gi saya call lain."

"Eh jap jap.." belum sempat si pemanggil tu tamatkan panggilan aku terus mencelah.

"Ye,ada apa ye?" soalnya pula.

"Maaf,boleh saya tahu awak ni siapa.Sebab saya rasa,saya macam kenal lah suara awak."

Aku terus tanya si pemanggil tu.Siapakah gerangan dirinya.Sebab aku kenal sangat suara tu.Suara romantik doktor Fikri,mana boleh aku lupa.

"Err saya.. saya kawan Tihah." jawabnya terkulat kulat.

"Ye,saya tahu lah kawan.Tapi awak mesti ada nama kan."

"Oh Nama? Nama... Nama.. nama saya..

Aduh,lembab betul la Fikri nak jawab masa tu.Aku memang dah tak sabar dah nak tahu.Pantas aku terus mencelah.Cuba meneka.

"Awak Fikri kan? Doktor Fikri,betul tak?"

"Aaa.. a a..ye,ye saya doktor Fikri.Err..Awak siapa ya?"

"Saya! saya Iman lah.Takkan doktor tak kenal saya."

"Ohh.. Iman.Kenal kenal."

Orang dah cakap kenal kan.Lepas tu aku apa lagi,mula lah korek dalam dalam semua rahsia diaorang.

Haish.. pandai betul Fikri dan Fatihah ni berahsia.Dah hampir setahun diaorang berkawan,bercinta bagai nak rak.Tapi aku sebagai kawan baik Fatihah boleh pula tak tahu.Aku tak marah Fatihah walaupun aku gerammm sangat dengan perangai dia.Aku tak merajuk atau ambil hati pun.Sebab itu hak dia kan.Biarlah dia nak berahsia.Tapi tu lah 'Sepandai pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.'

Selepas aku tahu semuanya,aku kagum sangat dengan Fatihah masa ni.Jelas Fatihah betul betul sayangkan aku.Sanggup tangguhkan perkahwinan sendiri demi nak jaga aku dan Farah.Aku sayang kau Fatihah.

"Hah Tihah,sekarang ni aku dah kawin.Dah ada orang jaga pun.So,korang pula bila plan nak kawin."

soalan cepu emas aku tanya Fatihah.Masa ni tetamu semua dah balik.Jadi masa yang ada kami luangkan untuk berbual.Walid dengan ummi pun ada sekali.Manakala Mama,papa,Faizal dan Natasya tak join sekali sebab masing masing masih sibuk berbual dengan kawan kawan diaorang.Anak anak kami pula,bibik lah yang jaga.

"Hurmm.. Fik tolong jawab jap.Awak kan lelaki,awak lah yang kena plan semuanya."

Pertanyaan aku Fatihah tak jawab.Tapi dia pass pula kat Fikri.

"Eh,saya pula kena jawab."

"Ye lah.awak lah jawab."

"Alah awak jawablah."

"Awaklah!" Tegas Fatihah tayang muka garang.

Nak tak nak terpaksalah Fikri jawab.

"Okey,okey saya jawab.Korang dengar ya.Kalau ikutkan kata hati saya ni.Hari ni juga saya nak nikah dengan awak Tihah.Hari ni juga saya nak bersanding dengan awak.Hari ni juga saya nak bawa awak pergi honeymoon.Nak buat anak!.Saya ni dah makin berumur tau.Semua kawan kawan saya dah ada anak.Amir,dah 4 orang anak dia.Riz,dah ada sorang anak.Dan mungkin tahun depan akan bertambah lagi.Tinggal saya je tak ada anak lagi.Please sayang jom kita nikah."

Terbuntang biji mata kita orang dengar jawapan Fikri.Lepas tu suasana yang sunyi bertukar riuh rendah dengan gelak tawa semua orang.

Fikri,Fikri dalam diam diam,nakal juga orangnya.Tak malu ke walid dan ummi dengar.Hah Fatihah pula,padan muka kau nak sangat kan Fikri jawab.Kan dah mendapat.Kenapa diam? Merah muka tu tahan malu.

"So,tunggu apa lagi.Jom lah."

Jom lah? Serentak bola mata kami semua tengok Amir.Tiba tiba cakap jom siap tepuk meja lagi.Nak pergi mana entah.

"Wei,kau ni apahal.Jom nak pergi mana." soal Fariz.

"Lah,tadi Fik kata nak nikah.Jom lah pergi pejabat kadi.Malam ni juga korang nikah.Malam ni juga korang bersanding.Esok boleh lah kita pergi honeymoon buat anak sama sama dengan Fariz.Fariz belanja.Aku pun nak honeymoon juga.Nak tambah sorang lagi anak.Boleh sayang..

Mariam disebelahnya Amir jeling sambil angkat kening.Inilah Amir sahabat baik Fariz dan Fikri.Otak ting tong dia ada je idea nak kenakan orang.Tapi aku kagum dengan Amir.Walaupun otak ting tong,dialah sahabat yang selalu ada disisi Fariz.Dia jugalah insan yang banyak sedarkan Fariz untuk menghargai aku.Terima kasih Amir.

Aku ukir senyum sorang sorang duduk dihadapan cermin merenung diri sendiri.Terasa seperti mimpi.Semua yang aku inginkan dalam hidup ini telah pun aku miliki.

Cinta..

Lelaki idaman..

Keluarga..

anak..

Sahabat..

Cita cita..

Impian..

Semuanya Allah beri."Alhamdulillah,terima kasih ya Allah.Sungguh hebat percaturan hidup yang telah kau pinjamkan pada aku.Semoga rumahtangga yang aku bina kali ni kekal bahagia hingga akhir hayat.Amin,ya rabbal Alamin." Detik hati aku,memanjat doa pada yang maha esa.Duduknya aku masih didepan meja solek di bilik Fariz.

Aku masih merenung diri sendiri lagi.Muka aku dah kembali normal.Make up yang berharga ratus ratus tu aku dah tanggalkan semuanya.Aku dah solat,aku dah siap sarungkan baju tidur seksi untuk raikan malam pertama kami.Tubuh badan aku ni dah semerbak bau wangi.Hanya bersabar menunggu sang suami kemaskan diri.

"Sayang..

Fariz dah keluar dari tandas.Lembut suaranya menyapa aku.Aku pula tak menyahut.Sekadar ukir senyuman menggoda pada sang suami.

Sang suami pula dah tayang muka galak tengok aku berpakaian seksi terdedah atas dan bawah.Dah terliur lah tu.Aku tahu ular tedung kat dalam seluar tu mesti dah panggung kepala.

Fariz terus melangkah menghampiri aku.Lidahnya dah hilang kata kata.Bibir seksinya dia kebam menahan nafsu yang bergelora.

Tanpa membuang masa,Fariz terus angkat tubuh aku dan jatuhkan atas katil.Renungan matanya melemahkan jiwa raga aku yang tengah dahagakan belaian sang suami.

Aku.Aku juga tak kurang hebatnya.Leher Fariz aku rangkul.Bola mata kami mula bertaut.Merenung satu sama lain dengan rasa ghairah.

Nafas dadaku mula berombak,seperti air laut menghempas pasir apabila bibir Fariz mula menyentuh leher jinjangku.Aku mula resah,nafas sudah tidak tersusun,suara aku hampir keluar dan tiba tiba aku terdiam apabila bibir aku digumam.

Bibir seksi Fariz aku nikmati.Nikmatnya yang aku rasakan sekarang mampu buat aku lupa semua kedukaan lama.Aku juga hilang kata kata.Sehelai demi sehelai pakaian aku Fariz lucutkan.Tubuh aku mulai terasa panas.Kini aku nikmati pula sentuhan bibir Fariz dibahagian dada aku dan seterusnya.. ???

Dan seterusnya biarlah semua cerita itu menjadi rahsia kami.

"Sayang.. Bangun sayang.Jom solat subuh."

Sayup sayup aku dengar suara Fariz memanggil.Pantas aku pusing badan.Nipis bukaan mata aku menatap Fariz.

"Eh,abang.Abang dah bangun.Pukul berapa dah ni."

soal aku sambil angkat tubuh.Aku tarik selimut untuk tutup dada aku yang terdedah.

"Dah pukul 6.30 pagi sayang."

"Hah! dah pukul 6.30 pagi.Alah abang ni,kenapa tak kejutkan saya."

Aku merungut bebal.Kelam kabut aku bangun dari katil melangkah laju ke arah tandas.Tubuh aku tanpa seurat benang aku dah tak hiraukan.

Fariz apa lagi,terbuntang lah biji matanya tengok aku.

"Astagfirullah hal Azim sayang.. Batal lah wuduk abang kalau macam ni."

Rungut Fariz dengan nada gurauan.Aku hanya tergelak kecil terus mengatur langkah masuk tandas.

"Tak apa bang,nanti ambil wudhuk lain.Eh,abang tunggu saya jap.Saya nak solat sama sama."

"Ye sayang.Abang tunggu.Tapi cepatlah sikit mandi tu."

"Ye,ye,nak cepat lah ni! semuanya salah abang lah tak kejutkan saya.Kan dah lambat."

"Eh,salah abang pula.Sayang tu yang liat sangat nak bangun.Dah banyak kali abang kejut.Ingat bangun awal boleh lah mandi sama sama,tapi tengok sayang nyenyak sangat tidur tak sampai hatilah nak kacau."

"Penat lah abang.Mana tak tidur nyenyak.Abang lah lepas nak,nak lagi,lepas nak,nak lagi.Sampai sakit pinggang sayang.Macam dah tak ada hari esok."

Sedas aku bebelkan Fariz sambil aku buka air pancur hujan.

"Eh sayang ni,Salahkan abang pula.Nurul Iman oi, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi tau.Kalau sayang tak layan takkan jadi lah.Lagipun benda seronok mana cukup sekali.Nih,kalau boleh lepas solat subuh ni pun abang nak lagi."

"Nak lagi? Ishh abang ni! tak nak lah.Lepas solat subuh saya nak turun bawah.Saya nak masak nasi lemak untuk mama,bihun goreng untuk papa,spagetti cabonara untuk Farah."

"Hai,untuk diaorang je ke.Untuk abang takda? nak merajuklah."

"Ish abang ni! Untuk cik suami kesayangan sayang ni mesti lah ada.Menu Special! Lepas solat dah boleh makan dah."

"Wow! menu apa yang special tu sayang? Sayang ni buat abang tak sabarlah."

"Adalah.." jawab aku ringkas.

"Sayang ni main main pula.Bagitahu je lah."

"Abang ni sabar lah."

Hurmm..Meleret pula perbualan aku dengan Fariz.Dari hal atas katil semalam jadi topik perbualan kami hingga lah hal makanan.Lepas tu mulalah nak menggatal.Pengantin baru lah katakan,otak biru! Ini barulah REAL MARIAGE.Fariz sanggup berdiri lama diluar tandas.Dan aku pula didalam tandas.Kita orang masih lagi rancak berbual.Kalau macam ni lah,bilanya nak solat subuh Cik Fariz dan Nurul Iman oii..

Share this novel

ayuni
2024-08-31 10:37:52 

MM... bila nak update semua karya MM puas sy tunggu... cerita MM buat hari2 sy lebih ceria tau..,

aziqin
2024-06-18 17:12:01 

please next episod

Guest User
2024-06-15 11:52:48 

nk lg,.please


NovelPlus Premium

The best ads free experience