Bab 19

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

"Amboi sejak dah balik rumah ni langsung dah tak ingat mama ya.Call mama pun jarang jarang sekali,whatssap mama pun susah sangat nak balas.Nak datang rumah opah,lagi la susah kan! Jauh panggang dari api.Kenapa? dah tak ingat mama ke? dah lupa yang mama Riz ni masih hidup! Dah seronok sangat hidup tanpa keluarga atau Riz dah jatuh cinta dengan Iman sampai dah lupa mama.Riz jangan buat hal ya! Riz ingat janji Riz dengan mama.Mama tak nak Iman terus jadi menantu mama dan mama tak nak Iman mengandung anak Riz! mama tak nak...

"Mama... Dah la tu."

Aku terus mencelah hentikan bebelan Datin Faridah Ainun yang dari tadi tak henti henti bercakap.Kesian dekat orang sebelah meja kita orang ni terpaksa ubah tempat duduk,nak makan pun tak senang.Nyaring sangat suara mama kalah DJ radio,bising!

"Mama ni dari tadi membebel! dah macam Iman lah,membebel tak berhenti henti,kuat pula! malu lah orang tengok."

Laju mama toleh tengok aku. "Biarlah,baru puas hati mama ni.Kalau Riz tak buat perangai,mama tak bising bising macam ni."

Seketika aku tenung muka mama yang dah merah menahan marah,takut pula aku tengok jelingan tajam mama.Marah betul ni! tangan mama aku raih dan aku gengam erat.

"Riz minta maaf mama.Ye,Riz tahu Riz salah Riz jarang call mama,Riz jarang balas whatssap mama.Tapi Riz ingat mama dan Riz rindu sangat pada mama.Riz sibuk sekarang ni.Pagi pergi buat fisio,habis fisio terus pergi Galeri,malam baru balik.Kadang penat sangat,lepas mandi,solat terus tidur,handphone pun tak sempat tengok.Riz bukan tak nak balik rumah opah ma,tapi Riz tak kuat nak hadap muka diaorang tu.Riz takut hati Riz terluka lagi dengan sindiran dan maki hamun diaorang.Mama pun tahu kan papa,abang Izal,Opah sampai sekarang tak suka Riz.Soal Iman pula,mama jangan risau lah.Riz dengan Iman tak ada apa apa hubungan.Kami tidur pun bilik asing asing ma."

Lembut suara aku cuba pujuk hati mama yang tengah terluka dengan sikap aku.Satu persatu persoalan mama aku jawab supaya mama faham keadaan aku.Tapi bila mama sentuh bab Iman,aku dah mula menggelabah.Mama ni macam tahu tahu pula yang aku ni tengah berusaha keras nak dapatkan Nurul Iman.Tapi bukan hati Iman yang aku nak,aku nak tubuh montok si Murai tu ja,Geram!

Lepas aku cakap macam tu,riak muka mama kembali tenang siap senyum lagi.Huh lega!

"Hmmm..mama faham anak mama ni sibuk.Mama pun rindu Riz sebab tu la mama ajak Riz makan kat sini.Mama nak berbual dengan Riz.Soal Iman,mama bukan tak percayakan Riz,tapi mama tak percayakan Iman.Perempuan ni kalau kerana duit sanggup buat apa saja tau.Lebih lebih lagi perempuan macam Iman tu.Mama risau Iman gunakan Riz untuk dapatkan duit."

"Err... betul tu.Tapi mama jangan risau.Riz takkan terpedaya lah dengan Iman.Lagipun perempuan macam Iman tu bukan citarasa Riz lah.Tak nak lah Riz.Comot!"

Terkulat kulat pula aku nak menjawab.Terpaksalah aku bohong sunat pada mama nak tenangkan hati mama.Risau betul mama,takut aku jatuh cinta dengan Iman.Tapi entah kenapalah aku terasa dengan kata kata mama tu.

"Nampaknya aku yang makan cili ni sebab aku yang dah habiskan duit demi satu hubungan dengan Iman.Kalau lah mama tahu mati aku!"

Bisik hati aku mula resah sambil aku tenung mama yang asyik menikmati kopi panas.

Lepas kali kedua aku ditipu Iman hidup hidup! aku masih tak mengalah.Aku rasa malu juga dengan Iman.Ibarat ludah kelangit jatuh atas muka sendiri.
Dulu aku beriya tak nak Iman,konon kawin sebab nak Iman jaga aku sampai sembuh.Tapi sekarang bila aku hampir sembuh aku tukar plan. Ahh aku tak peduli semua tu,yang penting Iman mesti jadi hak aku sepenuhnya.. Menifesto aku pun dah berubah.Kalau dulu aku nak lepaskan Iman dalam keadaan suci tapi sekarang "Selagi Iman tak jadi hak aku,aku takkan lepaskan Iman.Aku akan gunakan Iman setimpal bayaran aku pada perempuan bendul tu." Jadi aku mulakan Misi baru.

"Iman!" lembut suara aku panggil Iman sebab masa ni aku dah mula berbaik dengan Iman.

"Ya Cik Fariz."

"Jom ikut aku!"

"Pergi mana?"

"Jalan jalan lepas tu Shopping."

"Jalan jalan lepas tu Shopping! Biar betul Cik Fariz ni.Tiba tiba ajak saya keluar jalan jalan.Ribut tak ada angin tak ada pagi pagi lagi ajak saya keluar.Cik Fariz ni sihat ke tak ni."

Aku diam sekejap sambil hirup susu panas.Ni yang aku malas nak buat baik dah kena sindir.

"Kau ni Iman,tak habis habis sindir aku! Salah ke aku nak ajak kau keluar jalan jalan.Dah la,berhenti la mop lantai tu pergi siap cepat."

Dengan penuh sopan santunnya aku arahkan Iman.

"Okey,baik bos! sekarang juga saya siap."

Jawab Iman siap tabik dekat aku.Tanpa berlengah Iman terus berhenti mop lantai dan berjalan ke dapur.

Aku,aku awal awal lagi dah siap.Sementara tunggu Iman aku habiskan sarapan sambil aku perhatikan Iman keluar bilik masuk tandas,lepas tu keluar tandas siap berpakaian lengkap."Cepat betul dia ni mandi,bersiap."bisik hati aku hairan.

Usai aku habis makan pagi dan Iman pun dah siap,macam biasalah kami jalan seiring turun bawah tunggu Amir.

Suka aku tengok riak muka ceria Iman.Senyum ja.Seronok lah tu dapat keluar jalan jalan.Tapi tu lah bab dress up out! terpaksalah aku tebalkan muka hadap manusia manusia yang ushar pelik kearah kami berdua.Sabar je lah demi sebuah Misi.

Jadi,pada hari tu seharian aku meluangkan masa bersama Iman keluar jalan jalan di bandar Kuala Lumpur.Iman happy sangat,merata rata tempat Iman selfie.Soalan! memang macam macam lah Iman tanya.

"Cik Fariz berapa tingkat ya bangunan ni?"

"Kau kira lah sendiri Iman."

"Cik Fariz berapa ya keluasan dalam KLCC ni saya dah penat nak berjalan"

"Penat!"

"Cik Fariz makanan kat sini halal tak?"

"Halal,kau duduk sini diam diam,jangan nak bangun pergi mana mana.Makanan biar aku je yang oder."

"Cik Fariz,macam mana ya diaorang boleh buat laut dalam bangunan ni.Atas darat pula tu."

"Entah lah, aku pun tak tahu."

"Cik Fariz dah jom balik! penat lah"

"Dah nak balik! jap ada satu tempat lagi kita nak pergi."

"Ada lagi! tapi saya dah penat.Cik Fariz tu,saya risau nanti kaki kejang pula.Saya tak nak mandikan Cik Fariz."

Amboi,sempat lagi menyindir aku.Jelingan tajam
aku tayangkan pada Iman yang duduk disebelah aku.

"Aku pun tak nak lah kau mandikan aku.Tak romantik,kasar!.Dah jom ikut aku."

Telapak tangan Iman aku raih dan aku gengam erat.Iman tercengang,riak wajahnya jelas terkejut dengan tindakkan aku.Ya,aku malu bila ada mata yang memandang tapi rasa malu dengan penampilan Iman aku buang jauh jauh demi MISI balas dendam!.

Selesai aku bawa Iman jalan jalan,aku bawa pula Iman beli belah barang barang keperluannya.

"Iman kau nak apa,kau ambil ja.Aku belanja."

Berkerut dahi Iman tengok aku "Ishh tak nak lah Cik Fariz,mahal mahal sangatlah harga pakaian kat sini,membazir ja."

"Tak apa ambil ja.Aku bayar."

"Tak nak lah.Kalau Cik Fariz nak belanja saya kita pergi kedai lain yang murah murah sikit."

"Nurul Iman! dekat KL ni ada ke kedai pakaian yang murah murah."

"Ada! jom ikut saya"

Laju Iman tarik tangan aku keluar dari kedai berjenama tu.Lepas tu aku layankan ja mana Iman nak pergi.

"Kau biar betul Iman.Kau beli pakaian kat kedai tepi jalan ni."

"Aa aa.. Kualiti okey ja harga pun murah."

"Suka hati kau lah Iman.Asalkan kau bahagia."

Aku geleng kepala tengok telatah Iman pilih pakaian.Sehelai baju dia ambil dia tengok harga lepas tu letak balik.Lepas tu ambil baju lain tengok harga lepas tu letak balik.Kalau macam ni bilanya kau nak beli... Iman,Iman kau ambil je lah aku yang nak bayar.

Ini lah perangai Iman yang baru aku tahu.Jimat Cermat! Tapi tak apa aku suka.Sekurangnya Iman ni bukan sejenis manusia yang suka ambil kesempatan.

Selesai aku bawa Iman beli barang barang keperluannya,aku ajak Iman singgah makan jap.Tapi Iman menolak.Katanya nak balik masak sendiri.Iman,tekaknya memang sukar nak telan masakkan kedai.Kotor lah,entah halal ke tidak,banyak tikus lah,banyak lipas lah.Suka hati kau lah Iman.Aku okey ja mana mana pun boleh yang penting sedap.

"Iman,kau masak apa malam ni.Dari depan aku dah bau tau! macam sedap ja! tak sabar pula nak makan."

Iman toleh tengok aku sambil ukir senyum.

"Spagetti Aglio.Cik Fariz dah lapar ke.Saya dah masak.Kejap saya hidang."

Ujar Iman sambil matikan api dapur.

"Iman." lembut suara aku memanggil Iman.Tangan Iman aku raih untuk menghentikan langkah Iman.

Seketika Iman berdiri kaku merenung aku.

Aku juga membalas renungan Iman sambil aku
melangkah berdiri dibelakang Iman.Rambut Iman yang menutupi leher belakangnya aku selak dan alihkan ke depan.Aku tekapkan bibir aku ditepi leher Iman sambil pinggang ramping Iman aku rangkul kuat.

"Cik Fariz.Jangan lah macam ni! saya tak selesa lah."

Iman mula bersuara sambil tangannya menolak lembut lengan aku yang melekat dipinggannya.

Aku,aku tak menjawab.Bibir aku mula menikmati leher Iman dengan lembutnya kemudian bibir aku mula berpindah ke bahagian telinga Iman.

"Kau wangi sangat malam ni Iman,kau cantik.Aku nak kau Iman."

Kata kata pujian aku bisik ditelinga kanan Iman sambil aku terus meransang tubuh kecil Iman dengan menyentuh bahagian dada Iman.

"Cik Fariz tolong lah jangan buat macam ni! Saya tak nak lah."

Iman mula bertegas dengan aku kedua tangannya kuat menolak gengamman tangan aku.Tapi aku tak mampu nak lepaskan isi dada Iman.Lagi Iman menolak lagi kuat aku meramas.Aku tahu Iman tak nak dan aku juga sedar cara aku ni memaksa Iman,tapi aku betul betul dah tak kuat nak melawan nafsu sendiri.Rontaan Iman aku tak pedulikan.

"Cik Fariz,lepaslah!"

Kedebuk!

"Aduhhh."

Aku merintih sambil gosok perut.Terduduk aku dilantai tahan sakit.Iman pula apa lagi lari masuk bilik lah.

Sakit! senak perut aku disigung Iman.Tak guna! Misi aku gagal lagi.Entah apa lagi yang Iman nak.Aku dah layan dia baik baik.Aku ubah cara bercakap! Aku luangkan masa untuk dia.Macam macam aku beli untuk dia! Tak cukup lagi ke? Kenapa Iman masih nak hindar dari tanggungjawab sebagai isteri?

"Iman! buka pintu ni!"

"Tak nak!"

"Buka pintu ni sekarang! atau kau nak aku pecahkan! Imann buka cepat."

Kuat suara aku menjerit dimuka pintu bilik Iman.Had kesabaran aku dah hilang.Hati sakit,perut sakit! mana aku tak naik angin.

Keriukk.. Perlahan daun pintu bilik Iman buka.Dengan riak muka sayu Iman berdiri dimuka pintu sambil menggenggam erat kedua belah tangannya.

Nak raih simpati la tu ingat aku kesian!.. Kembang kempis hidung menahan marah sambil aku perhatikan Iman.Ikutkan hati aku ni,nak ja aku rogol Iman.Biar puas hati aku.Tak habis habis buat perangai.Tapi risau pula aku buatnya Iman ni ada taekwondo ke,silat ke,judo ke mati aku!

"Seronok tadi kau sigung perut aku! Seronok lah! puas hati buat orang sakit!"

Tegas suara aku marahkan Iman.Geram aku!

"Sa.. saya minta maaf Cik Fariz,sa.. saya tak se.. sengaja tadi,Saya terkejut! Cik Fariz saya minta maaf sa... saya tak boleh penuhi kemahuan Cik Fariz.Sa.. saya...

"Saya apa? banyak la kau punya alasan! sakit kau tahu tak.Ni,kenapa kau kata tak boleh nak layan aku.Aku ni suami tau! Hei Iman,apa lagi yang kau nak? Macam macam aku dah tolong kau.Kau nak pinjam duit aku bagi! Aku layan kau baik baik! Aku tak cakap kasar dengan kau! aku bawa kau keluar jalan jalan! aku beli itu ini untuk kau! tapi ini yang kau balas."

Tegas suara aku bebelkan Iman,bukan setakat bebel,semua benda aku ungkit.Biar Iman tu ingat sikit jasa jasa aku pada dia.Hari tu konon kalau nak dia aku kena bayar,Sekarang aku dah bagi macam macam masih liat nak layan aku.Stress aku macam ni.Tapi tu lah penat aku bebel,aku ungkit Iman tak rasa bersalah pun,muka marah di tayangkan.

"Ohh.. jadi selama ni Cik Fariz buat baik dengan saya,bawa saya pergi jalan sana sini,beli pakaian,kasut,beli itu beli ini sebab Cik Fariz nak saya layan Cik Fariz lah.Jadi selama ni Cik Fariz tak ihklas lah!"

Tegas betul suara Iman masa ni, Marah betul! sampai merah kulit muka Iman.Kalau macam ni aku tak boleh melawan.Tak selesai masalah! Hmmm... Apakata aku guna taktik baru.Mana tahu menjadi." bisik hati aku merancang sesuatu.

Aku diam kejap tenangkan diri,ambil nafas dan lepas.Aku melangkah lebih dekat dengan Iman.
Redup mata aku tenung Iman.Kedua belah tangan Iman aku raih.Iman tersentak membalas renungan mata aku.

"Iman aku minta maaf,aku ikhlas! aku ikhlas nak berbaik dengan kau.Aku buat semua tu sebagai tanda terima kasih,kau dah jaga aku selama ni dan aku puas hati.Jasa kau aku tak mampu nak balas.Aku cuma nak buat kau happy.Aku minta maaf sebab aku paksa kau! Aku sentuh kau! Aku cuma terlalu rindukan arwah Sofia sebab tu aku tak boleh kawal nafsu diri aku.Tak apa lah Iman,aku tak marah kau.Aku redha,kau pergi lah masuk tidur."

Lembut suara aku melontarkan kata kata dusta pada Iman.Kedua belah tangan Iman aku lepaskan sambil aku pusingkan tubuh,konon nak balik bilik aku.Tapi baru selangkah aku menapak.

"Cik Fariz...

Lembut suara Iman panggil aku,langkah aku terhenti bila lembut tangan Iman melekat ditelapak tangan aku.

Aku,aku tak toleh belakang tapi aku ukir senyuman nakal bila aku terasa tubuh Iman memeluk erat belakang aku."Perempuan tetap perempuan! pantang kena ayat,lemah! Semudah ni rupanya nak pikat gadis yang bernama Nurul Iman!" bisik hati aku sambil aku pusing tubuh membalas pelukkan Iman.Akhirnya dendam terbalas.Kini kau milik aku Iman...

"Riz!"

"Hei Riz"

"Hah, ya mama!" Astagfirullah jauhnya aku berkhayal sampai tak perasan mama panggil.

"Lah.. berkhayal pula dia.Panjang lebar mama bercerita tak dengar la tu."

"Eh,dengar,dengar lah mama."

"Apa yang Riz dengar?"

Soal mama dengan rasa tak puas hati sampai bulat mata.

"Tadi mama cakap Opah tak sihat kan."

"Ya betul! lepas tu."

"Aa..aaa"

Terkulat kulat pula aku nak menjawab.Sebab aku dengar yang tu ja.Yang lain aku dah tak dengar sebab aku kat alam lain.

"Hmmm dah agak dah"

Aku tersenyum kelat pada mama "Sory ma,mama cakap apa tadi."

"Mama cakap Riz dah makin sihat sekarang ni.Berjalan pun dah elok,tak perlu tongkat lagi kan.Fisio pun dah tak buat kan."

"Aa aa mama fisio dah tak buat.Kaki pun Alhamdulillah dah tak sakit.Cuma kejang je kadang kadang masih terasa."

"Ohh kadang kadang je kan.Maknanya Riz dah sembuh sepenuhnya lah.Jadi, bila Riz nak ceraikan Iman."

CERAI?

Terkedu aku dengar pertanyaan mama.Tak tahu nak jawab apa.Aku memang nak ceraikan Iman,tapi bukan sekarang,aku baru ja dapat Iman.Baru nak merasa REAL MARRIAGE! Tak puas lagi kot...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience