bab 30

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

Hari ini sekali lagi aku kuatkan hati untuk pergi melawat kubur Sofia Adriana.Entah kenapa aku rindu sangat pada arwah isteri aku,pada anak aku.Aku dihantui perasaan bersalah.Aku lupa janji aku pada Sofia Adriana,yang aku takkan pernah lupakan dia.

"Maafkan abang sayang,abang jarang melawat sayang.Hari ini abang datang.Abang rindu sayang.Abang rindu anak kita.Abang minta maaf,abang dah khianati cinta kita.Hidup abang kini terumbang ambing sayang.Tak tahu hala tuju.Mungkin ini kifarah dosa yang abang dah buat.Abang terlalu turutkan hawa nafsu diri abang.Abang pemainkan soal agama,abang pemainkan perasaan orang,abang dah lukakan hati banyak orang."

Air mata aku yang jatuh kepipi aku kesat lagi.Sebak dan pedih rasa hati ini,aku menyesal atas semua perbuatan aku pada Nurul Iman,pada Fatihah.Dua orang wanita yang telah aku permainkan hati dan perasaan mereka.

Ya Allah adakah ini kifarah atas semua dosa aku??

Ya,KIFARAH...

Selepas kejadian malam tu,kejadian mama dengar semua perbualan aku dan Iman.Mama mengamuk besar.

"Riz,ikut mama!"

Tegas suara mama panggil aku,tapi bola mata mama menjeling kearah Iman.

Gulp! aku telan air liur,aku dah gelabah.Aku dah boleh agak apa yang akan berlaku.

Nak tak nak aku terpaksa bangun dari birai katil dan ikut mama keluar dari bilik.

Mama tarik tangan aku dan bawa ke bilik bacaan.

"Duduk!"

Arah mama.Daun pintu bilik mama tutup dan kunci.
Aku pula hanya akur cakap mama,labuhkan duduk disofa tanpa memandang mama.Aku rasa malu sangat nak tengok muka mama.Jelas mama dengar semua butir perkataan yang aku katakan pada Iman tadi walaupun ton suara aku rendah tapi tegas.

Mama juga labuhkan punggung duduk disofa sebelah aku.Aku perasan mama asyik tenung aku sambil kedua tangannya disilangkan.Mama tarik nafas panjang dan lepaskan,bersedia untuk sesi perbicaraan dengan aku.

"Nampaknya hubungan Riz dan Iman dah semakin serius! sampai sanggup datang sini semata mata nak jumpa Iman.Rindu nak bergurau senda! rindu nak eratkan hubungan suami isteri! Dah pernah tidur sekali ke?"

Selamba mama menyindir dan tanya aku soalan tu.

"Bukan sekali mama dah berkali kali pun." Ikutkan hati itulah jawapan jujur aku nak jawab.Tapi aku diam seribu bahasa jawab dalam hati je.Nak mampus kalau jawab betul betul.

"Kenapa diam? Tak tahu nak jawab apa.Dulu beriya cakap Iman tu selekeh,bukan selera Riz,perempuan comot.Hah,sekarang ni apa dah jadi! Ludah sendiri jilat balik.Sampai sanggup datang sini semata nak jumpa Iman.Huh,sakit betul hati ni! bila anak sendiri pentingkan orang dari keluarga sendiri.Mati mati mama ingat Riz datang sini sebab nak melawat opah.Rupanya!"

Atas bawah atas bawah mama tengok aku,marah betul sampai berkerut dahi.

"Nak jumpa Iman,Rindu nak berkasih sayang.Patutlah bila mama tanya bila nak lepaskan Iman,macam macam alasan.Kaki sakit lagi lah,kerap kejang lah,nak Iman jaga opah lah tapi semua tu alasan Riz je kan! Alasan Riz nak simpan Iman sebab nafsu!"

Tegas suara mama bebelkan aku.Mama mula mengungkit semua alasan aku.Sakit pula hati ni bila mama tuduh aku macam tu.Tapi aku tetap tak menjawab.Aku tunduk tengok lantai.Seketika mama juga diam.Penat lah tu cakap tak berhenti.

Mama masih merenung tajam susuk tubuh aku.Hembusan nafas mama juga masih turun naik menahan marah.Tak puas hati bila sepatah pun aku tak jawab.

Aku nak jawab apa? Aku sayang Iman! aku cinta Iman.Memang tak lah! Conform mama terkejut beruk.Perempuan macam tu aku suka.Kalau arwah Sofia dulu mungkin mama percaya,Bidadari dunia lah katakan.Lagi pun aku tak sanggup nak sakitkan hati mama lagi.Mama dah banyak tolong aku waktu aku susah dulu.Mama banyak habiskan duit untuk aku.Tak salah aku diam untuk jaga hati mama.Aku sendiri masih berteka teki dengan perasaan sendiri.Betul ke aku sayang Iman? betul ke aku dah jatuh cinta kat perempuan bendul tu? atau aku ni hanya perlukan Iman sebab nafsu je.Sayang,suka,cinta dan nafsu adalah perkara yang berbeza.

"Riz!"

Tersentak bahu aku,laju aku angkat kepala tengok muka garang mama.

"Ye,mama." aku sahut tapi takut.

"Apa sebenarnya yang dah berlaku ni! Riz masih nak buat perangai macam dulu! Cukup lah Riz,cukup sekali Riz hancurkan perasaan mama bila Riz kahwin dengan Sofia.Sakit hati ni,sakit sangat bila semua orang mengata,menyindir mama,papa,Abang Izal.Pedih tau bila orang pandang serong pada keluarga kita.Riz tolong jangan cakap dengan mama yang Riz dah suka Iman,sebab mama takkan restu! Mama takkan setuju kalau Riz nak teruskan perkahwinan Riz dengan Iman.Mama tak nak perempuan yang kita tak tahu asal usul keturunannya jadi menantu mama! mama tak nak!"

Sejarah lama berulang kembali.Mama mula bercakap soal keturunan.Ini lah Datin Faridah Ainun.Walaupun mama banyak membantu manusia manusia yang tidak tahu asal usul keturunan mereka.Tapi! mama takkan sesekali pernah setuju jika manusia manusia ni cuba masuk dalam keluarga kami.

KETURUNAN? apa yang ada pada keturunan? baik jahat seseorang manusia adalah pada diri sendiri untuk memilih.Macam Nurul Iman,isteri sementara aku.

NURUL IMAN! asal keturunannya dia sendiri pun tak tahu.Anak yatim piatu yang membesar di rumah Kasih Walid.Hidup Iman seperti LILIN yang membakar diri untuk menerangi hidup orang lain.Sebab itulah aku sayang Nurul Iman.Aku tersuka Nurul Iman setelah aku mengenali Fatihah.

FATIHAH pula,lahir dari keturunan orang baik baik,ayah ustaz ibu ustazah.Tapi hidup Fatihah bebas,bebas bergaul,bebas nak buat apa sahaja tanpa fikir dosa dan pahala.Aku tak tahu lah Fatihah memang macam tu perangainya atau dia berubah selepas ibubapanya meninggal dunia.Tapi,bukankah dia dari keturunan orang yang baik baik?

"Riz!"

Rendah ton suara mama panggil aku apabila aku masih kaku tak membalas bebelan mama.

"Tolong lah tunaikan janji Riz pada mama.Riz dah sembuh.Lepaskan Iman dan kembali pada keluarga kita.Papa pun dah maafkan Riz.Opah pun dah mula sayangkan Riz.Abang Izal dengan Tasha pula dah lupakan semuanya.Tolonglah Riz balik sini,kita semua mulakan hidup baru.Mama rindukan keluarga kita yang dulu."

"Tapi mama...

Aku cuba menjawab.

"Tolong lah Riz..

Mama terus mencelah,seolah tak nak dengar apa alasan aku.Mama gerakkan punggungnya duduk dekat dengan aku.Telapak tangan aku mama genggam.

"Mama merayu Riz,lepaskan Iman.Mama tahu Riz tak cintakan Iman kan.Tak apa mama maafkan,tapi Riz tolonglah balik sini,kita bina kehidupan baru.Riz tak nak ke kita hidup bahagia macam dulu.Riz tak kesiankan papa ke,sibuk dengan urusan syarikat sampai tak peduli kesihatan sendiri.Riz tak kesiankan abang Izal sibuk urusan kerja,tak sempat nak luangkan masa dengan anak isteri."

Seketika aku terdiam.Aku tak mampu nak tatap wajah sedih mama.

Ya! aku nak hidup bahagia bersama keluarga aku.

Ya! aku nak tolong papa uruskan syarikat.

Ya! aku nak balik sini jaga opah.

Ya! aku teringin sangat nak berbaik semula dengan Abang Faizal.

Tapi aku harus memilih antara keluarga aku atau Iman??.....

"Sayang,abang buntu sayang.abang buntu! Abang tak tahu betul ke tidak keputusan yang abang dah buat."

"Riz."

Bahu aku dicekak seseorang.

"Jom lah balik,dah lama kau kat sini.Tak baik meratap menangis macam ni."

Kata Fikri sambil labuhkan duduk mencangkung disebelah aku.

"Aa aa betul tu Riz.Jom lah balik,hari pun dah semakin gelap ni.Seram pula bulu roma aku lama lama kat kubur ni.Magrib magrib macam ni waktu diaorang lah nak keluar meronda."

Serentak aku dan Fikri dongak tengok Amir yang berdiri disisi Fikri.Kat tanah perkuburan kut,selamba dia cakap macam tu.

"Ishh kau ni Mir.Merepek lah! mulut tu celupar."

Sedas Fikri marahkan Amir,sebab bulu roma Fikri pun dah mula meremang.Amir pula dari tadi gosok pergelangan tangan.Aku,aku relaks je sambil geleng kepala perhatikan perangai dua orang sahabat aku ni bertekak.

"Dah,dah jom balik.Korang ni kan biadap! tengok tempat lah nak bertekak pun.Aku tengah sedih,korang boleh pula buat perangai penakut.Korang kena ingat,kita ni hidup sementara je kat bumi.Cepat atau lambat suatu hari nanti sini juga lah tempat kita."

Tersengeh sengeh Amir dan Fikri dengar tarbiah aku sambil kitaorang bangun dan berjalan meninggalkan kawasan perkuburan.

Dah alang alang dekat dengan masjid kita orang singgah lah solat Magrib.

Selesai solat magrib aku duduk sekejap diatas tikar sejadah.Amir dengan Fikri pula terus berpindah tempat cari tiang nak menyandar lepas tu tengok fone.Lantak korang lah,aku nak tenangkan fikiran jap,fikiran yang kusut memikirkan Nurul Iman.

"Ya Allah.. sulitnya percaturan hidup aku kali ni.Aku salah ya Allah.Aku dah permainkan sebuah perkahwinan.Aku permainkan hati dan perasaan dua wanita.Ampunkan semua dosa aku ya Allah.Aku terpaksa... Aku terpaksa..."

Keluh hati aku ini,air mata aku yang hampir jatuh cepat cepat aku kesat.Aku tak nak Amir dan Fikri nampak.Aku tak nak diaorang tahu kesedihan yang tengah aku hadap.Aku tak nak dia orang tahu aku tengah menderita rindukan Iman.

Ya,aku rindu,rindu,terlalu rindukan Iman.Tuhan saja yang tahu betapa aku rindu Si Murai tercabut ekor yang telah hadir dalam hidup aku.Aku rindukan suaranya..

"Cik Fariz makanan dah siap!"

"Cik Fariz jom solat!"

"Cik Fariz hari ni nak makan apa?"

"Alah Cik Fariz jangan lah marah."

"Cik Fariz hari ni saya masak spaggeti bolognese,Cik Fariz nak makan dulu ke,mandi dulu."

"Cik Fariz saya nak ikut,bosanlah duduk rumah."

"Saya minta maaf lah Cik Fariz.Niat saya nak bersedekah ja,nak eratkan siraturahim dengan jiran jiran kat sini."

"Cik Fariz ni gatal kan.. Saya suruh tutup mata,bukan buka mata.Dah la balik tak bagi salam,lepas tu jerit!."

Aku tergelak kecil bila suara nyaring Iman terngiang ngiang dicuping telinga aku.Saat indah bersama Iman bermain main di kotak fikiran aku.Aku rindu nak dengar bebelan Iman,aku rindu nak bergaduh dengan Iman,aku rindu nak berbual dengan Iman walaupun aku selalu tegas dengan Iman.Aku rindu masakan Iman,aku rindu nak bersama Iman.Aku rindu semuanya tentang Iman."Ya Allah,rindunya kat Iman,Rindu sangat."Detik hati aku dengan linangan air mata.

Sakit dan pedihnya hati ini,meronta jiwa raga aku kerana terlalu rindu Nurul Iman.Aku terpaksa! aku terpaksa lepaskan Iman demi mama,papa dan keluarga aku.Aku tak nak hancurkan hati mama lagi.Aku tak nak kehilangan keluarga aku lagi.Kerana itu aku terpaksa lepaskan Nurul Iman dengan talak satu.

Share this novel

Moca
2024-03-17 11:14:00 

x sbr nak tggu apa kesudahan riz dan iman?

Zainabzety
2024-03-16 20:18:12 

bila la iman nk pergi dr hidup kluarga tu..pergi jauh jauh iman padan muka si riz tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience