bab 34

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI
kerana Dia... Aku mengenali Dia...

Demam Iman dah sembuh sepenuhnya.Selama dua hari aku stay kat apartment aku temankan Iman.Masuk hari ketiga aku dah kena balik.Al maklum lah MEM besar rumah agam asyik call aku je tanya aku kat mana? kenapa tak balik? siap bagi amaran keras lagi.

"Riz jangan nak buat hal ya.Nak berbaik dengan Iman.Mama tak setuju! Ingat! kali ini kalau Riz ingkar cakap mama,buat perkara yang mama tak berkenan.Mama yang akan keluar dari rumah ni."

Pulak! aku tepuk dahi.Mama ni suka guna kuasa Vito sebagai seorang ibu ugut anak anak.

"Mama tak yah risau lah.Riz tak akan ingkar cakap mama.Riz tak pergi mana mana pun.Riz balik rumah Riz,Iman tak sihat.So Riz stay la kat sana,jaga Iman."

"Apa?"

Mama dah terbuntang biji mata,siap cekak pinggang,terkejut! dengar pengakuan jujur anaknya,Fariz.

"Riz balik sana? Dua hari ni Riz duduk serumah dengan Iman lah! Riz jangan cakap dengan mama yang Riz dah rujuk.Riz jangan cari pasal dengan mama ya!"

Sekilas pandang aku tengok muka garang mama.Lepas tu aku labuhkan duduk disofa.Datin Faridah Ainun dah mula nak buat drama.Nak mengamuk.

"Tak lah.Tak rujuk pun"

Jawab aku dengan nada bersahaja disulami rasa kecewa dihati.

YA, aku kecewa! kecewa sangat sangat! Misi aku gagal.Iman tak sudi terima aku.Godaan aku tak menjadi.Entahlah? mungkin sebab Iman tak sihat kot.Asyik nak muntah je bila aku dekat dengan dia.Tahu lah tak ada perasaan kat aku,tahu lah tak suka aku.Tapi jangan lah hina dan sindir aku cakap aku busuk.Walhal satu badan kot aku sembur minyak wangi semata mata nak tarik perhatian Iman.Mendalam betul cara sindiran Iman.Nampak sangat Iman keras hati nak terima aku.

Tak apa aku tetap sabar,masih ada 12 hari lagi! aku tak akan berputus asa.

"Riz"

lembut suara mama panggil aku.Lega la tu aku tak rujuk dengan Iman.Raut muka marah mama pun dah berubah tenang.Mama datang dekat aku dan duduk menempel tepi aku siap senyum senyum lagi.Senyuman mama tu macam ada makna je.

"Riz,tengok ni."

Mama hulurkan handphone mama pada aku,dan aku pun ambil.

"Siapa ni mama?"

soal aku hairan selepas menatap gambar seorang gadis bertudung di skrin hanphone mama.

"DANIA"

Jawab mama ringkas.

"Dania? Siapa Dania"

"Ishh Riz ni! tak kan tak kenal kot? tak kan dah lupa?"

Soal mama pula,berkerut dahi hairan.

"Ye ma.Riz tak ingat pun siapa perempuan ni dan apa kena mengena dengan Riz."

"Riz ni kan! umur baru 27 tahun.Tapi ingatan tu macam orang tua.Ni Dania lah,kawan Riz masa kat sekolah menegah dulu.Tak kan dah lupa.Korang kan pernah bercinta dulu masa zaman sekolah."

Dania? kawan aku? Aku bercinta dengan Dania? Sel sel otak aku mula berhubung.Sedaya upaya cuba ingat balik siapa Dania.Al maklumlah aku dulu PLAY BOY kat sekolah.Perempuan keliling pinggang.Kalau bercinta tu memang tak setia lah.Selalu tukar tukar perempuan.

"Dania,Dania,Dania." detik hati aku menyebut nama Dania sambil otak aku mengingati kembali zaman sekolah menengah dulu.

"Ohh..Dania! Dayahtul Dania anak Dato Hamdi."

"Ha.. betul tu.Ingat pun."

Mama sahut.Gembira betul mama aku dah ingat siapa Dania.

"So why?"

Aku soal mama.Ya lah tiba tiba ja tayang gambar Dania kat aku.Jangan cakap nak kawinkan aku dengan Dania dah la.Conform! jawapannya TIDAK!

"Apa pendapat Riz tentang Dania?"

Tanya pendapat aku pula.Dah makin pelik soalan mama ni.

"Mama nak Riz bagi pendapat apa tentang Dania."

Soal aku lagi sambil hulurkan semula handphone mama.

"Pendapat Riz tengtang Dania.Cantik tak dia,masa sekolah dulu macam mana perangainya."

Ujar mama.

Mama ni rabun ke apa.Dah terang lagi bersuluh Dania tu cantik,masih nak tanya.Tapi cara mama soal aku ni pelik.Aku dah boleh agak mama ni mesti cuba nak jodohkan aku dengan anak kacukan Melayu Arab ni.Tahu la bapa dia orang Arab,keturunan orang agama.Tapi perangai anak mama tak tahu lagi.

"Dania cantik ma,cantik sangat."

Aku layankan je persoalan mama.Dah betul Dania tu cantik,puji je lah.Tapi Iman aku lagi cantik extra comel.

"Ya betul." laju mama mencelah.

"Tapi kan ma,kat sekolah dulu perangai dia... Allah hu akbar macam pelesit."

"Macam pelesit? apa tu?"

Soal mama,berkerut dahi hairan lagi.

Aku tergelak kecil.

"Mama tak tahu pelesit tu apa?"

Soal aku pula saja nak menyakat mama.Mama pula geleng kepala.

"Kalau mama nak tahu,Pelesit tu nama salah seekor syaiton yang suka mengganggu hidup manusia.Pantang tengok orang senang sikit.Dia tak puas hati,dia akan terus ganggu hidup orang tu."

Mama kerut dahi lagi jeling aku.Tapi kali ni bukan sebab hairan,tapi marah.

"Amboiii.. Riz nak cakap Dania tu perangai macam syaitan lah.Sedap mulut je kan mengata orang.Kalau perangai dia macam pelesit pun,itu dulu.Sekarang Dania dah berubah.Baik je mama tengok dia.Lemah lembut,sopan santun.Hormat orang tua.Rajin,pandai,ada pelajaran.Dah lah cantik,pandai bergaya,bertudung lagi."

Melambung lambug mama puji Dania.Aku buat dengar tak dengar ja.Aku ambil remote TV tekan butang on.

"Riz."

"Ye ma."

"Tutup lah TV tu sekejap mama ada benda nak bincangkan ni."

"Ala ma.. malam nanti lah.Penat lah.Mama tengok ni,bukan ke ni cerita korea yang mama suka tu.Episod ni kan yang dia jumpa semula dengan kekasih hati dia yang hilang tu."

"Aa aa ye lah.Baru mula ke ni."

Mama dah teruja.Huh selamat aku!

"Ye baru mula,mama nah ambil remote ni.Mama tengok lah ya.Riz nak naik atas,nak mandi.Jap gi nak keluar jumpa client."

Mama mengangguk sambil ambil remote ditangan aku.Mulut tu dah ternganga.Bola mata dah tak pandang ke mana.Melekat kat skrin TV.Inilah perangai mama aku.Mama dengan cerita Korea memang tak dapat dipisahkan.

Peluang yang ada aku tak lepaskan.Mama sibuk layan cerita korea,aku pula sibuk bersiap nak keluar jumpa Iman.Aku dah janji dengan Iman hari ni kita orang nak keluar jalan jalan ambil angin ditepi tasik.

"Iman kau nak naik buaian tak."

"Buaian! nak nak.Jom lah."

Serentak aku dan Iman berjalan kearah taman permainan yang lengang tanpa kelibat kanak kanak.Hari biasa kan,memang tak ramai lah manusia nak melepak kat sini.Lain lah kalau hari minggu,manusia dah macam semut.

"Duduk lah."

Aku arahkan Iman.

Iman apa lagi laju lah labuhkan duduk atas buaian dan aku pula tolong ayunkan.

Sambil sambil tu kitaorang berbuallah.

"Iman,kenapa kau suka datang tasik ni.Belambak je tempat menarik kat KL ni.Tasik ni juga yang kau pilih.Kau tak bosan ke."

Aku soal Iman sambil aku tolak lembut belakang Iman.

"Sebab suka lah.Saya lebih suka tempat tempat macam ni.Tenang je.Tapi lagi seronok kalau ada ramai orang."

Berkerut dahi aku.Pelik dengar jawapan Iman.Suka sebab tenang,tapi lagi seronok kalau ramai orang.Kalau ramai orang mestilah bising.Kan dah tak tenang.

"Kenapa kau suka kalau ramai orang.Bukan kah lagi seronok lengang macam ni.Tak bising,tak berebut."

Sekilas pandang Iman toleh belakang tengok aku.Tubuh Iman masih berayun perlahan.

"Saya suka perhatikan keluarga yang berkelah kat sini.Tumpang bahagia.Seronok tengok ibu ayah layan anak anak diaorang bermain,makan,bergurau.Luangkan masa untuk anak anak.Bahagia je hidup diaorang.Lepas tu saya boleh tengok pasangan pasangan muda bercinta,romantik habis.Tapi,saya lagi suka tengok pasangan warga emas berjalan berpegangan tangan.Suka sangat.Saya harap suatu hari nanti saya juga macam tu."

Aku tersenyum dengar suara serak basah Iman bercerita.Sekarang baru aku faham kenapa Iman suka sangat datang sini.Aku tahu Iman teringin nak hidup bekeluarga,teringin nak rasa kasih sayang dari seorang ayah dan ibu.Teringin merasa fasa hidup bercinta.

Cinta,kasih dan sayang aku mampu berikan.Tapi kasih sayang ibu dan ayah aku sendiri tak pasti.Seketika aku terfikir,kalau lah aku teruskan perkahwinan ni dengan Iman.Apalah nasib Iman? adakah nasib Iman akan sama seperti arwah Sofia Adriana dulu? adakah Iman akan dihina dikeji? Dipinggir? dipersalahkan?... Aku tak nak semua perkara tu jadi pada Iman.Aku nak Iman hidup bahagia.Tapi...

"Cik Fariz,jom kita duduk sana."

Ajak Iman sambil telunjuknya dihalakan ke arah kerusi batu tepi tasik.Lengan aku Iman raih.

Aku yang masih mengelamun fikirkan nasib Iman hanya mengikut langkah Iman.

"Cik Fariz,saya nak tanya sikit boleh"

"Boleh.. banyak pun boleh.Tapi sebelum tu.Boleh tak kau jangan panggil aku Cik Fariz."

Berkerut dahi Iman jeling aku.

"Kalau tak panggil Cik Fariz nak panggil apa."

"Abang"

jawab aku bersahaja.

"Abang? Eee tak nak lah." berkerut muka Iman.

"Kenapa?"

"Tak biasa lah."

"Tak apa,biasakan lah.Mulai hari ni kau panggil aku abang.Aku panggil kau sayang.Kan lagi romantik."

Ujar aku lagi.

"Eeuu tak nak lah... geli! Macam selalu je lah.Cik Fariz dan Iman.Bos dan majikan."

Aku terdiam,tersentak dengan kata kata akhir Iman.Bos dan Majikan?

"Iman.Kau masih anggap aku bos kau ke?"

"Ya!" Iman mengangguk lepas tu gelak.

"Cik Fariz ni.Tiba tiba serius,senyum lah sikit.Kalau Cik Fariz nak tahu.Ya,sampai sekarang saya masih hormat Cik Fariz sebagai bos saya.Saya tak boleh buang rasa tu sebab saya dah banyak terhutang budi dengan Cik Fariz.Cik Fariz dah banyak tolong saya.Terima kasih banyak banyak.Cik Fariz dah tolong bayarkan hutang saya,beri saya tempat tinggal,makan minum saya semua terjaga.Cik Fariz bawa saya jalan jalan,belikan saya macam macam,halalkan duit yang saya pinjam.Bayarkan sewa rumah kasih walid.. banyak sangat jasa baik Cik Fariz kat saya.Tak mampu saya nak balas."

Aku ukir senyum manis menatap Iman.Sedih pula bila aku kenang sikap aku dulu terhadap Iman.Betul aku buat semua tu,tapi aku tak ikhlas.Paling aku rasa menyesal,aku biarkan Iman tidur dibilik kecil hanya beralaskan toto dan sebiji bantal.Almari pakaian pun tak ada.Kesian Iman.Hidup tersiksa dengan aku.

Aku tatap sayu wajah ceria Iman.Bibirnya tak lekang ukir senyuaman manis dan aku mula bersuara.

"Tak perlu balas pun.Semua tu tanggungjawab aku sebagai suami.Kau pun dah banyak tolong aku...

Kini giliran aku pula meluahkan semua isi hati aku pada Iman.Berterima kasih pada Iman dan memohon maaf pada Iman atas semua perbuatan aku padanya.

Tenang Iman mendengarnya,memaafkan semua kesalahan aku tanpa ada rasa dendam.Baik hati kau Iman."Aku janji! jika kau beri aku sekali lagi peluang untuk jadi suami kau.Aku akan jaga kau seperti permaisuri Iman,aku janji."detik hati aku,merenung Iman menyuap spagetti bolognese kemulut.

Tanpa sedar masa berlalu dengan pantas,separuh masa kami habiskan di tasik.Makan,minum semua kat situ.Ye lah makanan Iman bawa bekal.Solat pula ada surau disediakan.

BAHAGIAnya aku rasa,tak puas rasa hati ni walaupun seharian aku dan Iman luangkan masa bersama.Kalau boleh,hari hari aku nak bersama Iman.Tapi Iman tak nak,aku gagal lagi tawan hati Iman.

"Iman.. kita dah sampai."

Lembut suara aku panggil Iman sambil aku tanggalkan seatbelt.

Tapi Iman tak sahut pun.

"Lah tidur rupanya.Patutlah dari tadi diam je."

Aku ukir senyum nipis perhatikan Iman aku tidur lena.Entah apa lah yang dia mimpi tersenyum sorang sorang.

Aku dekatkan lagi muka aku dengan Iman dan merenung bibir mugil Iman.

Aku kebam bibir,terigin rasanya nak menikmati seulas bibir merah mugil Iman.

Aku cuba beranikan diri dekatkan lagi bibir aku dibibir Iman.Tapi belum sempat bibir Iman aku gumam,bola mata Iman dah terbuka luas.

PAP! dada aku Iman tolak kuat.

"Tepi.."

Sepantas kilat Iman tanggalkan seatbelt dan buka pintu turun dari kereta.

"Uwekkk Uweekkk..

Tiba tiba Iman muntah.Aku apa lagi laju lah buka pintu kereta,turun berlari anak kearah Iman.

Belakang Iman aku gosok.

"Dah okey ke."

Aku soal Iman bila Iman dah habis muntah.Dalam otak aku ni dah fikir macam macam.Teruk sangat ke bau mulut aku sampai Iman termuntah.Aku dah kunyah gula gula berangin tadi.Aku tekupkan telapak tangan dan bau nafas sendiri.

"Okey je.Bau segar."detik hati aku sambil perhatikan Iman kesat mulut.

"Maaf Cik Fariz.Saya pening tadi,itu yang meloya.Err.. Cik Fariz lain kali boleh tak jangan buat macam tu.Kita dah tak boleh buat semua tu,salah."

"Kita boleh Iman.Aku nak rujuk."

Iman tenung muka aku.Sayu raut muka Iman.

"Saya minta maaf Cik Fariz.Saya tak nak rujuk.Saya tak nak teruskan perkahwinan ni.Cik Fariz balik lah.Balik pada keluarga Cik Fariz.Sekali lagi saya minta maaf.Saya naik atas dulu ya."

Tenang suara Iman melontarkan kata katanya.Tapi sakit hati aku yang mendengarnya.Iman nekad tak nak rujuk.Iman nekad tak nak hidup bersama aku.Iman terus pergi tinggalkan aku yang masih berdiri kaku ditepi kereta.

Share this novel

Mawar_Merah
2024-03-23 05:46:48 

Jadi macam mana.

Ida_farmiza
2024-03-23 05:28:47 

Alamak ..bukak2 dah jd lain dh np..tak sukaaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience