BERTEMU KEMBAlLI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
Lepas habis buat Fisioterapi,aku terus suruh Amir hantar Iman balik rumah.Sepanjang perjalanan dalam kereta semua mulut terkunci rapat.
Amir macam faham ja aku tengah tak ada mood.Sepatah pun dia tak tegur aku.Iman pula duduk diam ja kat kerusi belakang sambil tengok luar tingkap,sesekali aku perasan Iman kesat air mata.
"Kau menangis ke Iman"
Aku tanya Iman tanpa toleh belakang.
"Tak,mata saya masuk habuk."
Iman jawab,tapi suara dia bergetar.
Amir pula sekali pintas tengok aku lepas tu tayang muka tak puas hati.
Aku,aku pun rasa bersalah juga.Tapi nak buat macam mana 'Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata minta maaf la' Tapi aku nak minta maaf dekat Iman,memang tak lah!
Itu ja aku tanya Iman lepas tu aku pun diam tengok luar.Aku tahu Iman sedih,mungkin terasa dengan kata kata aku tadi.Ya,salah aku.Kasar sangat ayat ayat yang aku cakap pada Iman tadi.Aku pun tak tahu semua ayat ayat tu spontan keluar dari mulut aku bila aku rasa marah.Tapi lantak kau lah Iman nak menangis ke nak meraung ke,aku tak ada masa nak memujuk.
Setibanya dikawasan parking aparment aku pusing belakang panggil Iman.
"Iman!"
Iman toleh tengok tengok aku.
"Turun lah dah sampai,kau pergi naik atas terus jangan nak menyimpang mana mana.Aku nak pergi galeri,nanti malam aku balik.Malam ni tak payah masak.Aku makan kat luar."
Pesan aku pada Iman sebelum dia melangkah keluar dari kereta.
Iman mengangguk."Ya.Baik Cik Fariz"
Itu ja jawapan Iman,kemudian Iman terus keluar kereta dan tutup pintu,muka aku pun dia tak tengok selamba ja dia berjalan kearah pintu lif.
"Apahal Iman tu,tiba tiba monyok je muka."
Soal Amir sepintas lalu tengok aku sambil dia tekan minyak kereta keluar dari kawasan parking.
"Entah! tiba tiba buat perangai."
Nak tak nak ja aku jawab.
"Iman buat perangai atau kau cari pasal."
"Ah,dia tu yang over! cakap sikit dah nak sentap."
"Kau cakap apa kat dia sampai dia menangis tadi.Setahu aku Iman ni susah nak menangis.Kalau kena marah pun dia tak akan nangis,kecuali dia betul betul sakit hati."
"Ya la tu susah nak menangis,mana kau tahu.Kau pun baru kenal dia!"
"Siapa cakap aku baru kenal Iman.Hei Riz,sejak hari pertama kau terbaring kat hospital tu sejak tu lah aku kenal Iman.Hari hari tau aku kena mengadap Iman sebelum nak masuk bilik jumpa kau,lepas tu panjang lebar dia bebelkan aku sebab tak uruskan kau.Iman tu ambil berat tau pasal kau.Pernah beberapa kali tu dia kena marah sebab selalu masuk bilik kau,tapi dia bodoh je.Dia curi curi masuk juga bilik kau.Kau apa tahu! Kalau tak kerana Iman tu hari hari jengah kau bercakap dengan kau aku rasa kau masih terbaring kat wad tu lagi.Sebab kesunyian.Nak harap keluarga kau,batang hidung pun tak nampak!"
Merah muka Amir bebelkan aku.Emosi betul.Tapi entah kenapa aku tak rasa kesian pun bila Amir bagitahu aku kerana Iman aku sedar.Apa yang aku rasa marah lagi adalah.Amir tak tahu azab yang aku kena hadap dengar Murai tu berkicau hari hari.Sakit telinga aku ni.Lagi sakit bila suara sumbang dia terjah gegendang telinga aku.
"Aa aa,memang betul pun sebab Iman aku sedar.Aku sedar sebab aku dah tahan tau dengar suara bising dia tu.Kalau diberi pilihan masa tu aku nak mati ja dengan Sofi.Aku tak perlu lagi nak hadap semua ni! kau ingat aku suka."
Seketika aku diam.Aku sebak,bola mata aku dah mula kumpul air.
Amir pula diam ja.Sesekali Amir toleh tengok aku.Aku faham,Amir tak suka cara aku layan Iman.Amir mungkin nak aku hargai Iman.Tapi aku tak mampu nak buat semua tu.
"Amir,aku tegas dengan Iman sebab aku tak nak bagi dia harapan.Aku tak nak dia suka aku.Aku tak nak dia cintakan aku.Aku tak nak mainkan perasaan dia.Aku tak pernah sentuh Iman Mir,walaupun aku tahu Iman tak kan menolak.Kau ingat senang aku nak hadap semua ni.Dihantui rasa rindu arwah Sofia.Dibenci keluarga sendiri.Aku takkan kawin lah dengan Iman kalau Opah,papa,abang boleh terima aku.Aku nak ja tinggal dalam rumah tu.Aku sayang diaorang Mir,aku rindu diaorang tapi diaorang...
Aku dah tak mampu nak meneruskan kata kata.Aku sebak! Air mata jantan aku mula jatuh cepat cepat aku kesat.
"Riz,sabar Riz.."
Lembut Amir tepuk belakang aku.
"Aku faham apa yang kau lalui.Aku minta maaf,aku tak ada niat nak..
"Tak apa Mir.Aku okey."
Aku terus mencelah sebelum Amir habiskan kata katanya.
Amir terus merenung aku dengan riak muka simpati apabila kereta Toyota Velfire mama sudah terpakir di kotak kuning.
"Mir,kau balik lah.Aku nak lepak galeri jap.Aku nak bersendiri.Nanti nak balik aku call kau ya."
Amir mengangguk. "Okey,apa apa roger ya."
Aku ukir senyum pada Amir sambil aku melangkah turun dari kereta dengan berhati hati.Pesan Syahmi aku ingat.Aku kena jaga diri.
"Eh Cik Fariz,kenapa tak bagi tahu nak datang."
Selangkah kaki aku melangkah masuk dalam galery laju Raihana tegur aku sambil berlari anak ke arah aku,daun pintu Raihana tarik.
Aku senyum ja tengok Raihana penyambut tetamu kat Galeri aku sambil aku terus melangkah masuk.Tapi Raihana masih tercegat dimuka pintu,separuh kepala dia jengah keluar.Cari Amir la tu.
"Err Cik Fariz sorang je ke? Amir tak datang sekali."
Dah agak mesti cari Amir.
"Amir tak ikut.Dia dah balik nak bawa isteri dan anak anak jalan jalan."
Saja aku cakap macam tu.Raihana ni dah lama syok dengan si Amir,bukan dia tak tahu Amir tu dah kawin tapi saja nak cari pasal.Konon sanggup jadi isteri nombor 2.Amir tu nafkah batin mungkin mampu tapi nafkah zahir.Malas aku nak cakap.Kadang nak beli susu,pampers anak pun pinjam duit aku.
Lepas aku cakap macam tu riak wajah Raihana masam.Cemburu!
"Ohh... ingat Amir datang sekali tadi,rindu dah lama tak jumpa dia."
"Rindu!"
"Cik Raihana oii.. Yang kau rindu tu suami orang tau.Kat Malaysia ni ramai lagi lelaki bujang.Tak payah la awak setia tunggu Amir tu.Conform dia tak akan kawin dengan awak.Dia tu takut bini."
Sedas aku nasihatkan Raihana.Harap dia ingat sampai bila bila.
"Huh.. Allah hu akbar! penatnya."
Satu keluhan kecil aku lepaskan sambil labuhkan punggung duduk disofa.Aku tenung seketika lukisan Sofia yang tergantung didinding bilik pejabat aku.Fikiran yang kosong aku cuba hadirkan kenangan bersama Sofia Adriana sewaktu kami sama sama melakar lukisan tu.
"Abang,cantikkan pemandangan pagi tepi pantai ni.Tenang sangat.Sofi suka pantai,bila dengar bunyi ombak pantai ni boleh hilang semua masalah.Abang,Sofi teringin nak pergi Sabah.Orang cakap pantai kat Sabah cantik.Air jernih,warna biru.Suatu hari Sofi nak pergi kat situ Sofi nak lukis pemandangan pantai tu bawak balik sini dan gantung dalam geleri kita."
Kata Sofia sambil merenung keindahan pantai dan dia lakarkan semuanya pada sehelai kain putih.
Aku ukir senyum tengok raut wajah Sofia Adriana,sesekali Sofia mengerutkan dahi apabila angin pantai meniup wajahnya.
"Sofi..." Laju Air mata aku mengalir.Kata kata Sofia masih terngiang ngiang ditelinga aku.
Itulah keinginan Sofia Adriana yang terakhir,tapi aku tak sempat nak tunaikan.Allah lebih sayangkan dia.Sungguh aku terkilan.
"Saya kan memang teringin sangat nak pergi Sabah.Orang cakap pantai dekat Sabah cantik.Saya suka pantai,tenang!.Kita jalan sama sama dekat tepi pantai sambil pegang tangan.Hmm romantiknya...
Seketika kata kata Iman pula terngiang ngiang ditelinga aku.
"Maafkan aku Iman.Aku tak sengaja sakit kan hati kau.Aku tahu kau pun ada Impian,ada keinginan tapi aku bukan lah lelaki yang akan penuhi Impian kau.Memenuhi Impian kau seolah aku khianati cinta Sofia.Aku takkan buat semua tu.Aku masih sayang Sofia."
Dalam bilik pejabat tu aku bermonolog sorang sorang,bermain tarik tali dengan perasaan sendiri.
Aku akui aku tertarik dengan Iman.Pernah juga hati aku terdetik untuk minta Iman layan aku sebagai suami,tapi hajat tu aku buang jauh jauh sebab aku tak cintakan Iman.Aku tak nak hubungan atas katil antara aku dan Iman hanyalah nafsu semata.
Aku juga selesa ja tinggal sebumbung dengan Iman walaupun sesekali perangai dia boleh buat aku naik hantu.Tapi aku enjoy dengan hidup aku sekarang.Hati aku dah tak sakit,jiwa aku tenang,sesekali tu serabut la juga kalau isteri sementara aku ni buat hal.Tapi Iman jaga aku dengan baik.Hari hari urutkan kaki aku,kejutkan aku bangun pagi,uruskan pakaian aku.Rumah aku pun bersih ja.Makan minum aku pun teratur.Cukup ja masa..
"Cik Fariz sarapan dah siap! Roti bakar telur goyang dengan Fresh Milk."
"Cik Fariz makanan dah siap.Hari ni saya masak Sup Daging Thailand Style...
"Cik Fariz,time for dinner... malam ni saya masak spagetti Cabonara dengan Salmon Chips."
Aku akui Iman memang pandai memasak.Aku cakap ja nak makan apa.Laju ja Iman tekan skrin handphone google resepi."Iman,Iman kau google rupanya aku ingat semua resepi tu memang dah ada dalam kepala kau.Tapi tak kisah lah resepi google ka,dari buku ka yang penting sedap dan kena dengan tekak aku."
Haish,cakap bab makanan tiba tiba terliur pula teringat Lagsana Daging yang Iman masak hari tu.Sedap gila,habis sebekas aku makan.
"Balik je lah.Boleh suruh Iman masak! Melepak sorang sorang pun boring juga.Sambil makan layan Movie dengan Iman lagi best!"
Aku bermonolog lagi sambil aku ambil handphone dari beg galas.Nama Amir aku dail.
"Hai,tiba tiba nak balik.Tadi cakap nak lepak sampai malam.Konon nak Ber.. Sen.. Di.. Ri... Mood dah okey ke Tuan Wan Fariz Adlan."
Sebaris ayat sindiran Amir lontarkan pada aku.Cis,aku baru nak letak punggung.
"Diam! jangan banyak cakap.Jalan cepat!"
Saja aku cakap tegas nak menyakat Amir.Amir pun melayan.
"Ya,baik Tuan! saya yang menurut perintah."
Jawab Amir sepintas lalu tengok muka aku lepas tu kita orang sama sama gelak.Aku dengan Amir mana boleh serius,al maklumlah sahabat merangkap Driver! bukan driver aku pun,driver mama.Aku tumpang je.Tapi tu lah nama ja Driver mama,masa kerja Amir banyak dihabiskan bawa aku ja ke hulu ke hilir.
Lepas kehulu ke hilir aku dengan Amir ronda ronda KL,akhirnya sampailah aku dirumah ku syurga ku.Niat tadi nak balik rumah,nak Iman masak,lepas tu layan Movie.Tapi bila dah jumpa Amir tambah Fikri sorang lagi lain pula ceritanya.Al maklum lah tiga sahabat ni kalau bersatu lupa jalan balik.
Sampai ja depan pintu rumah aku terus buka kunci pintu dan masuk.Aku tak nak lah tekan loceng nanti Iman terjaga pula sebab dah lewat malam,conform si Murai tu dah tidur.
Tapi selangkah ja kaki aku masuk rumah mata aku tertumpu pada sekujur tubuh terbaring atas sofa."Gulp" aku telan air liur,macam nak luruh jantung aku.Mata aku ni bukan setakat terjegil rasa macam nak terkeluar pun ada.Lutut aku pula dah menggeletar lain macam ja!
"Allah hu akbar! Imannn...
Las bab untuk hari ni ya.Bab seterusnya minggu depan.MM nak rehat jap..heeee sabar ya! cerita tak habis lagi.
Share this novel