bab 40

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI

Dah dua hari aku tak pergi kerja,anak kesayangan aku Farah tiba tiba demam lagi.Kesian.. bulan ni saja dah dua kali Farah demam.Kali pertama sebab Farah main air hujan dan kali ni pula sebab Farah dukung anak kucing ke hulu ke hilir.

Ini lah kesan sampingan yang terpaksa Farah tanggung kerana lahirnya kedunia sebagai bayi pramatang.Doktor cakap antibody Farah tak sama macam kanak kanak normal.Farah mudah dapat jangkitan kuman dan juga mudah demam jika terkena air hujan atau terkena sinaran matahari dalam tempoh lama.Farah juga alah dengan haiwan berbulu.

Tapi tu lah,budak budak kan mana boleh lari dari semua hal ni.Bermain adalah dunia mereka,tak kira hujan panas.Haiwan berbulu pula,berbuih mulut aku dah larang Farah jangan sentuh kucing,tapi Farah tetap degil pantang nampak kucing mesti nak dukung.Lepas tu apa lagi,hak choo.. hak choo lah.Akhirnya demam.

Alahai.. kesiannya anak mama ni."

Detik hati aku sambil mengusap dahi Farah.

"Lah panas lagi! tak boleh biar ni,kena letak tuala basah."

Detik hati aku lagi bila telapak tangan aku rasa suhu panas dahi Farah tinggi lagi.Bingkas aku terus bangun untuk ambil tuala kecil dan air.

Sehelai tuala kecil aku ambil dan basahkan lalu aku letakkan didahi Farah.

"Mama minta maaf sayang.Sebab mama adik terpaksa tanggung semua ni.Kalau lah dulu mama berusaha kawal perasaan mama,adik mesti tak jadi macam ni."

Aku berbisik sendirian,sebak tengok keadaan Farah terbaring lemah diatas katil.

Air mata aku jatuh lagi pantas aku kesat.Tiba tiba hati aku rasa sakit sangat.

Entah kenapa peristiwa malam tu tiba tiba menerjah kotak fikiran aku.

"Kau perempuan! Kalau sakit,apa hal tak call aku,kenapa nak kena minta tolong jantan lain.Sebab semua tu alasan kau je kan.Alasan nak berjumpa dengan jantan ni! Patutlah beriya sangat nak bercerai! tak nak rujuk! Dah ada jantan lain rupanya.Kawan aku pula tu.Iman.. Iman kau dah tak sabar nak tunggu esok,malam ni juga kau suruh dia datang nak menggatal!.Sini kau ikut aku! dah tak sabar sangat kan nak berkepit dengan jantan ni.. Ikot aku! cepat jalan."

"Sekarang ni,aku nak kau kemas semua pakaian dan barang barang kau! Jangan ada tertinggal satu pun sebab aku jijik nak sentuh.Hari ni kau dah tunjuk perangai sebenar kau.Perempuan lorong tetap perempuan lorong! Betul cakap mama selama ni.Kau perempuan penggoda! Kau goda aku,kau goda Izal! Aku ni yang buta masih nafikan,sebab aku sayang kau.Tapi kau! perempuan sundal! Cepat kemas semua barang kau! malam ni juga kau berambus dari rumah aku.Jangan tunjuk lagi muka kau kat aku! aku jijik!"

"Nah kau ambillah! kau nak sangatkan perempuan ni."

"Hah tunggu apa lagi.Blah la! Buah hati kau tu dah tak sabar nak menyundal."

Aku ketap gigi menahan sakit hati..

"Arrgghhhh... aku bukan perempuan sundal! aku bukan perempuan penggoda! aku tak curang! aku tak buat semua tu.Aku sayang kau Fariz! sampai hati kau tak percayakan aku.Kau hina aku,kau halau aku tanpa usul periksa...

Berjurai jurai air mata aku jatuh kepipi.Aku dah tak mampu nak tahan,aku hamburkan jeritan tangisan sepuasnya diruang tamu rumah.Hati aku sakit sangat bila kata kata Fariz 4 tahun lepas terngiang ngiang dicuping telinga aku.

Aku tak bersalah... tapi Fariz tuduh aku macam macam.Hina aku! halau aku.

Imbas kembali..

Malam tu malam terakhir aku bergelar isteri Fariz.Pada malam tu juga hati aku berubah untuk menerima cinta Fariz dan aku bersedia untuk rujuk semula.Aku dah tak kisah semua ugutan Puan Ainun.Aku sanggup hadap amukan dan apa saja caci maki Puan Ainun.Asalkan aku dapat bersama Fariz.Aku juga nekad untuk bagitahu Fariz tentang kandungan aku yang dah berusia 15 minggu walaupun Fariz mungkin terkejut.

Handphone diatas meja aku ambil lantas aku hubungi Fariz dan panggilan aku dijawab tanpa perlu menunggu lama.Tapi yang jawab panggilan aku bukanlah Fariz.

"Hah! kau nak apa ni call anak aku malam malam."

Tiba tiba aku dengar suara nyaring Puan Ainun.

"Allah hu akbar..Kenapa Puan Ainun yang angkat fone Cik Fariz.Cik Fariz pergi mana.Apa aku nak jawab ni." keluh hati aku.

Aku dah gelabah menggigil satu badan.Jantung aku juga dah berdegup kencang.Aku takut,takut sangat.Tapi aku tak boleh tamatkan pangilan macam tu ja.

"Pu.. pu.. puan Ai.. nun."

"Ya aku! kenapa? terkejut?"

"Tak,Cik Fariz ada?"

Aku cuba tenangkan diri bercakap dengan Puan Ainun.

"Tak ada,dia keluar dengan Dania."

DANIA?? aku terkejut.

"Siapa Dania?" aku terus tanya.Jantung aku ni dah berganda degupnya.

"Bakal menantu aku."

"Bakal menantu?"

"Ya,bakal menantu aku,bakal isteri Fariz.Yang kau ni pula? apahal call Fariz?"

Seketika aku terkedu.Lidah kelu tak boleh nak jawab pertanyaan Puan Ainun.Otak aku ni dah mula fikir macam macam tengtang Fariz.

"Cik Fariz dah ada perempuan lain.Dia cakap dia sayang aku,cinta aku.Takkan lah cepat betul dia jumpa peganti aku.Tak mungkin! Tapi salah aku juga,aku yang tak terima cinta dia,aku berkeras tak nak rujuk,mungkin dia kecewa.Tapi siapa Dania? Perlukah aku berterus terang dengan Puan Ainun soal anak ni?"

"Hallo! hallo!"

"Hallo Puan." panggilan Puan Ainun aku sahut setelah beberapa saat aku diam.Tapi aku masih teragak agak untuk berterus terang dengan Puan Ainun.

"Eh Iman! kau nak apa hah! Malam malam call anak aku.Kau jangan nak buat hal ya! Kau dah janji dengan aku yang kau yang nak pergi dari hidup Fariz demi kebahagian keluarga aku kan! Kau tak nak Fariz jadi anak derhaka kan! Tapi kalau kau berani nak mungkir janji,kau tahu lah nasib kau! nasib rumah walid kau!"

Tegas suara Puan Ainun mengugut aku.

Ya,memang itu janji aku selepas aku tahu isi hati Fariz.

Aku janji pada Puan Ainun,aku akan tinggalkan Fariz demi kebahagiaan Puan Ainun kerana aku nak balas budi Puan Ainun yang telah memberi sumbangan besar pada rumah kasih Walid.

Aku janji pada Puan Ainun akan tinggalkan Fariz sebab aku tak nak Fariz utamakan aku lebih dari Puan Ainun.Aku tak nak Fariz dibuang keluarga lagi.

Tapi disaat akhir perpisahan kami,aku jadi terlalu sayangkan Fariz.Aku juga mula fikirkan nasib anak aku dan aku nekad nak rujuk.Tetapi bila aku fikirkan amaran keras Puan Ainun aku terus tamatkan panggilan.Aku tak berani nak berterus terang dengan Puan Ainun.

Aku tahu Puan Ainun punya pengaruh besar untuk lenyapkan rumah kasih walid.Aku tahu hubungan kami mungkin tak kan direstui.Aku tak nak anak aku nanti dihina dicaci dan aku juga tak nak sekali lagi Fariz dibuang keluarga.

Aku duduk termenung di kusyen ruang tamu teratak kecilku.Air mata pun dah kering.Pandangan kosong aku lepaskan pada skrin TV tanpa siaran.Aku cuba tenangkan diri menahan sakit kepala yang tiba tiba menyerang.Otak aku dah tak mampu lagi imbas kembali kejadian 4 tahun lepas.Kejadian yang menyebabkan aku mengalami tekanan perasaan yang melampau sehingga tekanan darah aku naik mendadak dan disebabkan itulah aku terpaksa melahirkan Farah awal dari waktunya.

"Aduhh sakitnya kepala ni!" detik hati aku sambil
aku picit kepala yang semakin sakit.

"Assalammualaikum!"

Tersentak bahu aku dengar suara nyaring Fatihah beri salam.

"waalakummussalam."

Salam Fatihah aku jawab.Perlahan aku cuba bangun dan berjalan kearah daun pintu.

Kriukk...

Daun pintu rumah yang agak lusuh aku buka luas.Fatihah pula terus melangkah masuk sambil tayangkan muka monyok duduk dikusyen.

Bertaut kening aku perhatikan Fatihah.Hairan,perempuan yang bernama Fatihah ni selalu moodnya ceria ja.Ni muka tu dah macam kerang busuk,apahal??

Sebagai kawan yang baik aku pergi duduk sebelah Fatihah untuk bertanyakan asbab muka dia macam tu.Walhal,mood aku pun tak okey lagi ditambah pula sakit kepala yang melampau.

"Wahai Cik Fatihah,kenapa muka kau monyok macam ni? Adakah sebab costemer buat hal? Adakah sebab makanan kat cafe tak sedap? adakah kau penat sangat hari ni? adakah kau...

"Kau diam boleh tak."

Suara nyaring Fatihah terus mencelah.Pantas aku diam.

"Aku stress... gerammmmm! aku hairan! punya lah besar dunia ni,punya lah belambak negeri dalam malaysia ni! punya lah banyak resort kat malaysia ni! Kenapa? kenapa? kenapa? kenapa Resort kat Pulau Langkawi ni juga dia beli! aku benci lah nak kena hadap muka dia hari hari! Benci.. aku benci...

Pantas aku tekup mulut Fatihah.

"Kau slow sikit suara tu boleh tak.Adik tengah tidur!"

Fatihah tarik tangan aku.

"Sory,sory.. aku tak sengaja.Geram sangat.Eh,adik macam mana? dah kurang panas."

"Adik,macam tu lah keadaan dia,sekejap panas sekejap kurang sikit,sekejap panas balik.Aku dah letak tuala basah atas kepala dia.Lepas makan bubur nasi tadi,makan ubat terus tidur."

"Hmmm kesiannya.. kalau esok tak okey juga kita bawa dia pergi hospital lah."

Aku mengangguk. "Tu lah,aku pun ingat macam tu juga.Nih,yang kau ni tiba tiba balik rumah mengamuk apahal.Benci,benci,siapa yang kau benci."

Fatihah jeling aku.

"Kau ni aku baru nak cool! Tapi bila kau tanya je,tiba tiba hati aku ni panas."

Kata Fatihah sambil goyangkan tangan mengipas muka.

Betul punya panas ni,sampai merah kulit muka Fatihah.

"Kau cerita la kat aku,mana lah tahu aku boleh tolong sejukkan kan hati kau yang panas tu."

Fatihah jegilkan kedua bola matanya merenung aku.

"Kau nak sejukkan aku! Aku takut bila kau dah tahu hal ni nanti.Bukan kata kau nak sejukkan aku,tapi sekali dengan kau panas,silap silap kau boleh meletup terus."

"Err.. hal apa pula ni.Macam serius je? Apa kena mengena dengan aku?"

Soal aku berkerut muka.

Fatihah senyum sinis.Lepas tu apa lagi, Fatihah tarik nafas dan lepaskan maka bermula lah ceritanya asbab dan sebab dia naik angin balik rumah muka monyok.

"Macam tu lah ceritanya.Sakit betul hati aku ni.Dia buat aku ni macam tak kenal je.Berkepit dengan perempuan tu kesana kesini.Yang aku pula terpaksa ikut punggung diaorang melawat kawasan resort.Panas,panas hati aku.Ikutkan hati aku nak smackdown je jantan sial tu kat situ.Aku nak tumbuk tumbuk muka dia... Jantan tak guna!"

Terkejut! tercengang! terkedu sampai berpeluh aku dengar satu persatu cerita dari mulut murai si Fatihah ni.Tapi aku berpeluh bukan sebab panas,tapi sebab jantung aku ni berdegup kencang macam baru lepas pecut lari.

Lepas ja aku dengar semua cerita Fatihah,seharian tu aku jadi tak tentu arah.Otak aku asyik fikir,fikir,fikir...

"Ya Allah.. Apa aku nak buat ni.Tak kan nak berhenti kerja kot.Mana boleh! aku baru ja sign kontrak kerja 2 tahun.Aduhh.. apa aku nak buat ni.Yang dia ni pun,kenapa lah tiba tiba berminat nak usahakan resort ni!"

Aku bermonolog sendirian susah hati! sambil termenung sekejap didapur rebuskan spaggeti untuk Farah.

Share this novel

Stella
2024-05-15 12:09:36 

bukan mimpi iman..cepat la pergi tengok kat luar tu ..siapa yg datang..hehe

Zainabzety
2024-03-31 14:50:37 

mesti si fariz tu iman kau kena kuat kau jngn bg dia hina kau lg kau mesti lwn


NovelPlus Premium

The best ads free experience