Bab 6

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

Hari ini merupakan hari kedua aku dijaga oleh dua orang Manusia PELIK! Iman dan Syahmi.

Seperti biasa diaorang ni awal awal lagi akan datang ketuk pintu bilik aku sambil diaorang borak kosong.

"Uishh hensem la kau hari ni Mi,baju kotak kotak,seluar jeans! ni baru lelaki."

"Eh ya ka! Habis tu sebelum ni aku tak macam lelaki lah!"

Aku dengar tinggi suara Syahmi tanya Iman.Tak puas hati la tu."Kau layan lah Iman tu Syahmi,kau tunggu lah dia nak menjawab."bisik hati aku sambil tergelak kecil.

"Sebelum ni? tak! kau tak macam lelaki.Macam perempuan pun tak.Aku tengok kau dah macam PON... DAN! Eh Mi,kau tu pakar urut saraf tau.Mana sesuai pakai pakaian macam tu.Hah macam semalam,kau pakai baju kuning dengan seluar hijau! Eeee...Aku tengok kau dah macam pokok bunga matahari! dengan rambut panjang belah tepi! Tu bingkai cermin mata kau tu! tukar lah warna lain.Ni warna merah.Tak sesuai lah...

"Oi! kau ni kan mulut tuu... eeeeeii aku cubit juga mulut kau ni.Mengata aku,macam lah kau tu elok sangat!Suka hati aku lah nak pakai macam mana pun,yang penting kemas.Kau tu yang kena ubah penampilan.Setiap hari baju kotak kotak,lepas tu baju kau tu dah macam kelambu.Seluar jeans! pakai Caps! Hei Iman! kau tu perempuan tau,pakai lah pakaian yang menampakkan kewanitaan kau tu.Ni tak,dah la jalan tu macam gangster."

"Eleeehh.. Okey apa aku pakai macam ni.Yang penting tutup aurat!."

"Banyak lah kau punya tutup aurat.Tu! tengkok kau yang terdedah tu,bukan aurat!"

"Alahh.. Sikit ja pun"

"Oi perempuan! sikit pun tetap aurat lah!"

"Hahaha." Tergelak besar aku dengar dua orang ni bertekak.Yang Si Iman ni sedap mulut dia ja mengata Syahmi.Murai ni dasar manusia jujur lah.Depan depan dia mengutuk si Sotong kepit tu..Mahunya kawan tak angin! hahaha.Sakit perut aku tahan gelak.Risau pula kalau dua orang ni tahu aku tengah curi curi dengar perbualan diaorang.

"Eh! mana Cik Fariz ni.Dah lama kita kat depan pintu ni.Dia ni tidur lagi ka."

Aku dengar Iman dah mula merungut.Jap gi mula la tu nak mengata aku.Aku saja,masih tak nak keluar bilik.Walhal hari ni awal ja aku mandi dan siap.Terhibur pula hati aku dengar Murai dengan Sotong ni berceloteh.

"Eh Mi! kau ketuk la pintu panggil Cik Fariz.Aku risau lah! mana lah tahu kot kot lepas buat Fisioterapi dengan kau semalam dia koma lagi!"

"Amboi kauu.. kau saja kan.Saja nak cari pasal dengan aku.Apahal pula cik Fariz tu nak koma lagi.Aku urut kaki bukan kepala dia.Kalau dia koma pun sebab makan masakkan kau.Konon tahu masak itu ini! Semalam masak sup ayam pun fill.Orang masak sup guna perencah sup yang kau guna rempah kurma apahal."

"Ehhh itu bukan salah aku.Tini yang salah! aku dah tanya dia 'Tini! kamu yakin ini rempah sup. Tini tu pun jawab 'Iya kok aku yakin kok.. kok kok kok.. Las las rempah kurma yang dia bagi aku."

"Habis tu kau tak rasa dulu ka,main hidang ja bagi cik Fariz tu makan.Nasib baik aku yang rasa dulu tau! kalau tak,hari ni kau dah tak datang kerja..

"Apahal pula?"

"Iya lah! conform Puan Ainun pecat kau! Masak pun tak reti."

"Elehh macam lah dia bagus sangat! Urut konon.Kau ingat aku tak tahu,kau tu urut Cik Fariz sambil ambil kesempatan kan.Pegang sana pegang sini.Aku tahu lah kau tu gatal! gatal nak lebih lebih dengan Cik Fariz kan!"

"Oi,Iman! eeeee... Mulut kau ni kan! macam peluru.Dah! Stop. Menyampah aku kawan dengan kau.. Benciiii..."

Macam tu lah perangai Iman dan Syahmi.Kejap baik kejap gaduh.Kau salahkan aku,aku salahkan kau.Kau mengata aku,aku mengata kau.Dua dua tak nak kalah.Yang jadi mangsanya aku lah..Hahaha..Ceria sungguh hidup diaorang.Cemburu pula aku.Diaorang ni hidup macam tak ada masalah.

Ya,Aku akui.Hidup aku kini mula ceria dengan kehadiran diaorang berdua ni walaupun otak diaorang ni kadang kadang Ting Tong.Syahmi cara Syahmi,Iman cara Iman.Syahmi juga suka berbual tapi dia bercakap atas dasar kerja berbeza dengan Iman.Iman pula terlebih bercakap dan apa yang dia cakap tu tak ada kena mengena pun dengan kehidupan aku.Kadang aku stress juga.Bila aku stress aku tinggikan suara dan marah dia.Tapi manusia tak faham bahasa macam Murai ni sia sia ja kau marah.Bazir air liur! dia tetap macam
tu Mulut Murai cakap banyak.

Begitu lah hari demi hari,minggu demi minggu dan tanpa sedar hampir dua bulan aku bersama diaorang manusia pelik Iman dan Syahmi.

Dan sekarang ni asbab dia orang juga lah aku dah boleh rasa sedikit perubahan pada kaki aku.Kaki aku dah boleh rasa sentuhan jari jemari Syahmi.Aku juga dah mulakan step kedua Fisioterapi.Alhamdulillah kini aku semakin selesa dengan diaorang dan perubahan sikap aku mama dah mula perasan.

"Riz.. kenapa ni senyum sorang sorang.Apa yang bahagia sangat tu."

lemah lembut suara mama sapa aku yang tengah duduk termenung diluar perkarangan rumah.Mama peluk bahu aku.

"Eh mama, duduklah.Tak ada apalah Ma.Riz cuma teringat perangai Iman dengan Syahmi tadi.Diaorang tu asyik bergaduh ja."

Hahaha."Ya la kan! mama pun kadang penat nak melayan perangai diaorang.Lebih lebih lagi Iman tu.Allah hu akbar.. kalau dia dah bercakap macam kereta tak ada brek."

Serentak aku dengan mama gelak besar,lepas tu aku dan mama mulalah borak pasal diaorang.Mama cakap Iman tu budak baik.Dia anak yatim piatu.Mama aku kenal dia masa dekat hospital.Mama cakap Iman selalu ambil berat hal aku.Kadang kadang dia bacakan surah Yassin untuk aku.Terkilan pula aku dengar.Kenapalah baru sekarang mama bagitahu aku pasal Iman.Tiba tiba pula aku rasa bersalah sebab selalu bersangka buruk dengan Iman.

Lama juga aku dan mama borak pasal Iman dan Syahmi sampai tak sedar papa dah sampai rumah.

"Papa" Lembut aku tegur papa sambil aku hulurkan salam.

Tapi... papa tak sambut salam aku. Muka aku pun papa tak pandang.Papa terus naik atas tanpa pedulikan aku dan mama.

Mama apa lagi terus mendengus geram "Astagfirullah hal azim.. Apa hal dengan papa kamu ni."

Riak wajah mama dah berubah marah bila papa terus naik atas macam tu ja.Aku tahu mama mesti tak puas hati.

"Mama" aku cuba raih tangan mama bila mama dah bangun berdiri.

Tapi mama tak pedulikan aku,mama terus berjalan mengekori papa naik ke tingkat atas.

Tak lama kemudian aku dengar suara mama dan papa mula bertengkar.

"Apa masalah you Ainun! I baru balik,you dah bising bising macam ni.I rimaslah."

"Masalahnya sekarang you tu! you dah melampau kan."

"I melampau! why?"

Sakit betul hati aku tatkala aku mendengar pertengkaran mama dan papa dan punca pertengkaran mereka sebab aku,Sebab AKU!... Kesian mama,kerana aku mama kena hadap semua ni.Aku rasa seolah aku dah rampas kebahagiaan mama dan papa sebelum ni.Aku kesat air mata aku yang hampir jatuh kepipi aku.Papa dan mama masih bertengkar lagi.

"Kenapa dengan you ni! tak habis habis nak buat perangai.Riz tu anak kita! Sampai hati you buat dia macam tu.Dah hampir dua bulan dia kat rumah ni,I tengok you langsung tak pedulikan dia.You buat dia macam tak wujud.Riz tu cuma nak berbaik dengan you.Tak boleh ka you maafkan Riz! bagi dia peluang.Hidup Riz tu dah cukup sengsara! Riz tu kehilangan isteri dan anak.Kesiankan lah dia."

"Ahhh.. I tak peduli lah semua tu! Memang patut pun budak perempuan tu mati.Memang patut pun keturunan jijik macam tu tak lahir dalam keluarga kita! Sebab tu Allah ambil nyawa diaorang berdua."

"Astagfirullah hal Azim.. You! Kenapa dengan you ni? tergamak you cakap macam tu pada cucu you sendiri.. I betul betul tak kenal you.You dah berubah"

"I berubah sebab anak kesayangan you tu.Dia malukan I,Dia hampir rosakkan bisnes I and lepas tu ada hati nak berbaik dengan I.Tak semudah tu I nak lupakan semua salah dia."

Jelas aku dengar luahan hati papa "Allah hu akbar" sakitnya hati aku bagai disiat siat.Air mata aku dah tak mampu aku bendung.Aku biarkan saja air mata mengalir membasahi pipi.Aku dah tak mampu duduk ditepi tangga mendengar kata kata kesat yang papa lemparkan pada arwah Sofia dan anak aku.Apalah dosa diaorang sampai macam tu sekali papa bencikan Sofia dan keturunan aku.

Aku undurkan kerusi roda aku.Aku nak masuk bilik.Hati aku dah tak kuat untuk aku terus dengar pertengkaran mama dan papa.Dalam keadaan hati yang pedih aku terus gerakkan kerusi roda dan tanpa sengaja aku terlanggar opah yang entah bila berdiri di belakang aku.Aku dengar suara opah jerit.

"Aduhhh... Sakitnya!"

Pantas aku toleh tengok opah.Tubuh opah dah terduduk atas lantai.

"Ya Allah Opah! maaf maaf! Riz tak perasan.Opah okey tak.Sakit tak?"

Dalam kedaan wajah aku dibasahi air mata aku cuba untuk tolong opah.

"Hoi! kau ni buta ka! aku yang besar macam ni pun kau tak nampak.!"

Tegas suara opah marahkan aku.Tapi aku tak pedulikan aku tetap cuba berusaha nak angkat tubuh opah yang masih terduduk di atas lantai walaupun tubuh aku sendiri aku tak mampu nak angkat.Tapi pertolongan aku opah tolak kasar.

"Ishh.. Tak payah kau nak tolong aku.Aku boleh la bangun sendiri.Diri kau sendiri pun kau tak mampu nak tolong.Ada hati nak angkat aku." kata opah lagi dengan riak sombong.Pegangan tangan aku opah tepis.

Aku hanya diam kaku.Kata kata opah aku tak jawab.Wajah opah pun aku tak tengok.Tapi aku tahu opah tengah tenung wajah aku.Tubuh opah pula dah semakin dekat dengan aku.

"Hah! puas lah hati kau kan.Kenapa sedih? Sepatutnya kau seronok lah,disebabkan kau mama dengan papa kau tu bergaduh.Bukan itu yang kau nak.Ni lagi satu disebabkan kau juga Abang kau dengan Tasya tu tak nak balik sini.Dah lah Tasya tu mengandung! aku ni risau dia sorang sorang kat rumah tu."

Suara opah makin lantang bebelkan aku.Semua benda dia salahkan aku.Opah salahkan aku sebab abang Faizal tak nak balik sini.Aku tahu abang Faizal sengaja buat macam tu supaya aku dipersalahkan.Tak cukup dengan tuduhan tu Opah hina aku pula.Opah cakap aku ni pembawa malang! Disebabkan aku tak nak kawin dengan Tasya,ayah Tasya hampir tamatkan contract urusan perniagaan dengan papa.Mujur ada abang Faizal mahu menggantikan tempat aku dan perniagaan papa selamat.Sebab tu lah papa marah sangat dengan aku sampai sanggup pulaukan aku.

Aku duduk meratapi nasib diri aku didalam bilik.Aku lepaskan semua rasa sakit hati dengan membiarkan air mata jantan aku mengalir tanpa henti seperti sungai tiada arus.Hati aku mula meridui Sofia.Kenangan indah antara aku dan Sofia mula bermain di kotak fikiran aku.Aku keluarkan handphone dan aku buka foto galery.Satu persatu gambar Sofia aku tenung.

"Sayang... Abang rindu sayang.Terlalu rindu.Abang tak kuat sayang.Abang rasa macam dah tak nak hidup lagi.Papa,opah benci abang.Ya Allah.. kenapalah kau tak ambil nyawa aku.Aku dah tak sanggup nak hadap semua ni.Allahh hu akbar.."

Aku hamburkan tangisan aku sepuasnya puasnya.Namun walau air mata darah sekali pun yang mengalir aku tetap tak boleh melawan takdir Allah.Percaturan hidup ini aku harus tempuhi.Mabunuh Diri bukan lah cara terbaik untuk bebas dari semua penderitaan ini.Cuma aku kesal dengan sikap manusia,betapa rapuhnya hati manusia disebabkan masalah dunia aku dibenci! dibenci keluarga sendiri.

"Mama! Riz rasa Riz dah tak mampu nak bertahan lagi.Riz nak keluar dari rumah ni.Riz tak sanggup tengok mama dan papa bertengkar disebabkan Riz.Maafkan Riz mama."keluh hati aku.

Ya! aku perlu keluar dari sini.Aku nak balik rumah aku dan Sofia.Aku nak bina kerjaya aku sendiri.Tapi aku perlukan seseorang untuk tinggal dengan aku dan jaga aku sampai aku sembuh.

Malam tu aku berkurung dalam bilik.Aku tak keluar makan malam dan mama pun tak hantar makan malam untuk aku.Aku tahu mama pun mesti merajuk dan tak keluar bililk sama macam aku.Tak apa aku tak kisah pun aku dah terbiasa macam ni.

Malam tu juga aku tak tidur sebab otak aku aktif berfikir siapakah manusia yang boleh jaga aku dan tinggal serumah dengan aku.Hmmmmm siapa ya??

"Amir! tapi Amir dah ada keluarga dah ada anak! Tak kan dia nak tinggal dengan aku.Mustahil."

"Fikri? Fikri dia tu doktor.Tak kan sempatlah dia nak tolong aku itu ini.Boleh mati kebulur aku dalam rumah tu."

"Syahmi!.. Isshh tak sanggup lah aku nak tinggal dengan sotong tu.Meremang bulu roma aku!"

"Hmmmm.. Siapa ya??"

"Haaaa Iman.. Ya,Iman! Tapi dia perempuan,mana boleh kami tinggal serumah.Tapi kalau aku kawin dengan dia dah tentu lah boleh tinggal serumah.Lagipun aku memang perlukan dia untuk bantu aku dan aku perlukan Syahmi untuk terus rawat aku.Ya! Iman.Tapi aku boleh ka nak hadap mulut Murai dia tu dan lagi satu,mahu ka Iman tu jadi isteri semetara aku???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience