bab 11

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

Alhamdullah,selesai bab yang ketiga.Mama dah setuju dengan rancangan aku.Tak sabar aku nak keluar dari rumah agam ni.Aku nak mulakan hidup baru,aku dah rindu nak melukis,aku dah rindu bau bau warna air,aku dah rindu Galeri aku.

Awal awal pagi lagi aku dah hubungi Amir.Aku nak minta tolong Amir temankan aku bawa Iman pergi buat ujian darah,daftar kursus kawin,setelkan borang nikah kawin dan bawa Iman pergi beli cincin.

Awal pagi tu aku selesaikan dulu hal hal lain,dah selesai semuanya baru lah aku bawa Iman pergi ke kedai HABIB JEWELS.

Setibanya dekat kedai emas tu,aku tak keluar pun.Aku suruh Amir temankan Iman.

"Eh,Amir enjin kereta tak payah tutup.Aku tak keluar."

"Lah,habis tu siapa yang nak temankan Iman."

"Kau lah!"

"Aku? kau ni biar betul,buatnya isteri aku nampak,conform seminggu aku kena tidur luar.Tak sanggup,tak sanggup..yang kau ni tiba tiba tak nak keluar apahal?"

"Kaki aku sakit lah! alah,kau pergi je lah temankan Iman.Tak apa kalau isteri kau nampak biar aku ja jawab.Sekarang ni kau ambil kad ni,kau suruh ja Iman pilih mana mana cincin yang dia nak.Tapi,jangan mahal mahal pula! Aku dah banyak habis duit untuk dia."

"Ye lah,ye lah... Dia yang nak kawin,kita pula yang sibuk.. Kesana kesini,kalau bakal isteri kau tu cantik tak apa juga,ni dah macam...

Nak tak nak ja Amir akur permintaan aku sambil mulutnya tak berhenti membebel.Suka hati kau lah Amir,yang penting aku tak ikut.Muka aku ni dah cukup tebal bila ada manusia manusia usha pelik tengok Iman.Yang Iman ni pun satu,tak ada pakaian lain ke kau nak pakai.Baju kemeja besar,Seluar jeans,Cap buruk atas kepala,kasut sport.Aku dah bagitau semalam kita nak keluar.Mujur la aku pakai Facemask sebab nak tutup lebam dipipi aku ni,so tak ada la orang kenal.

"Ishh mana dia orang ni,lamanya! beli cincin ke buat cincin." bebel aku sendiri,dah setengah jam kot Iman dengan Amir dalam kedai tu tak muncul muncul lagi.Tak apa aku tenangkan diri layan handphone.

Minit jam terus begerak dari setengah jam ke satu jam.Aku dah tak boleh tahan menunggu.Pantas aku hubungi Amir.

"Woi! tak habis lagi ke pilih cincin.Lama betul!"tegas suara aku bebelkan Amir.

"Jap,dah beli! tengah bayar ni.Bakal isteri kau ni lah punya pasal.Dia orang taknak bagi dia masuk tadi! kalau dah pakai macam nak pergi bendang siapa nak layan."

Tergelak besar aku dengar rungutan Amir.Selamat aku tak ikut.Kalau tak,tebal lagi lah muka aku ni nak mengadap manusia manusia dalam kedai tu.

Selesai ja urusan terakhir,aku terus ajak Amir hantar Iman balik rumah Opah.Selagi belum sah Iman sebagai isteri aku dia masih perlu bekerja dengan Opah dan mama.Lepas tu aku minta Amir hantarkan aku ke apartment aku.Aku nak upah orang kemaskan rumah aku,al maklumlah lama sangat rumah tu dibiarkan kosong tanpa penghuni.

Daun pintu rumah aku buka.Aku gerakkan kerusi roda masuk kedalam rumah,baru sekejap aku didalam rumah sudah cukup buatkan air mata aku jatuh apabila bola mata aku memandang sekeliling rumah.Setiap sudut ruang rumah buatkan aku teringat pada Sofia Adriana.

Sungguh aku tak kuat lagi.Aku terus gerakkan kerusi roda dan keluar.

"Tolong bersihkan rumah ni ya.Letakkan bantal dan toto ni dalam bilik nombor dua.Semua frame gambar saya kamu turunkan dan simpan dalam bilik stor! nanti dah siap kemas kunci tinggalkan pada guard.Kamu whatssap saya bila dah habis kerja,saya akan tranfers duit upah kamu."

Kata aku kepada dua orang wanita warga asing yang berdiri didepan aku.Lalu aku terus ajak Amir hantar aku balik.

Setibanya dirumah aku rehat sebentar diruang tamu.

"Eh,cik Fariz dah balik.Cik Fariz nak minum.Cik Fariz nak makan.Eh jap! kenapa dengan pipi cik Fariz,cik Fariz bergaduh ke.Cik Fariz...

Bertalu talu soalan Iman tanya aku.Tapi sepatah pun aku tak jawab.Muka Iman pun aku tak pandang.Aku betul betul tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun lebih lebih lagi dengan Si Murai ni.Aku gerakkan kerusi roda tinggalkan ruang tamu dan juga Iman yang masih menanti jawapan aku.

Seminggu telah berlalu,semua urusan surat menyurat nikah aku dan Iman selesai dengan pantas.Hari ini dengan rasminya aku bakal bernikah dengan Nurul Iman Binti Abdullah di sebuah Pejabat Agama.

Seketika aku tenung Nurul Iman."Boleh tahan cantik juga Iman ni,pakai pakaian macam ni baju kurung,berseledang.Macam ni baru sepadan dengan nama.Tapi tu lah apasal kau pakai kasut sport! Iman,Iman kau ni buta fashion kan."bisik hati aku sambil aku ukir senyum nipis.

Aku tenung pula Amir yang dari tadi tengah bebelkan Iman.

"Woi Iman! kau ni boleh bertenang tak! duduk diam diam! kaki tu jangan goyang goyang.Apahal dari tadi menggelabah ja" soal Amir kuat suaranya.

"Aku takut!" jawab Iman,jelas suaranya cemas.

"Apa yang kau takut,yang nak lafaz nikah tu Fariz bukan kau.Kau tu tunggu angguk dan cakap setuju ja.Lepas tu sign dekat borang.Setel!"

"Ye ke,nanti kalau tok kadi tanya aku rukun iman ke,rukun islam ke,aku nak jawab apa."

"Jawab je lah! kau ni takkan soalan basic macam tu pun tak tahu,kita orang islam der kena tahu lah bab bab rukun rukun ni."

"Isshh aku bukan tak tahu,aku cuma tak ingat.Kau tahu lah dalam keadaan gelabah macam ni semua benda boleh lupa."

"Tenang lah Iman.Selalunya dia orang tak tanya apa apa pun pada pengantin perempuan.Tenang ya,nah minum air ni dulu."

Aku perhatikan ja Fikri.Lembut tutur bahasanya bercakap dengan Iman sambil hulurkan air pada Iman yang menggelabahnya dari tadi lagi.Berbeza dengan Amir kasar!.

Aku! aku macam ni ja.Muka ketat,senyuman aku mahal,aku serius bila berkomunikasi dengan Iman.Aku tak peduli pun Iman tu takut ke gelabah ke.Yang penting dia tak mungkir janji.

Aku tegas dengan Iman.Aku nak Iman hormat aku sebagai majikan.Aku tak nak dia anggap aku seperti KAWAN,sebab bila dah jadi kawan mungkin dia dah tak hormat aku.Aku nak Iman sentiasa patuh semua arahan aku,dan aku akan kekalkan hubungan Majikan dan Pekerja walaupun Iman dah sah sebagai isteri aku.Manusia mata duitan macam Iman ni,layaknya aku layan macam tu.Apa sahaja yang aku suruh dia buat mesti nak duit,duit,duit... Siap letak syarat kalau ada tugas lain selain dari perjanjian aku kena bayar dia.Dasar manusia tak tahu bersyukur! Dah bagi betis nak paha.

Setelah sekian lama termenung di ruang menuggu,kini tibalah giliran aku dan Iman bakal dinikahkan.

Aku tenang ja.Tapi Iman gelabahnya tak habis habis sampai berpeluh.

Geram pula aku tengok perangai perempuan ni.Gelabah macam dia pula yang nak akad nikah.Apa pun aku terus bertenang,maka bermulalah proses pernikahan aku.

"Wan Fariz Adlan Bin Wan Mansor,aku nikahkan dikau dengan Nurul Iman Binti Abdullah berwakil
walikan aku dengan mas kawin Rm200 ringgit tunai...

"Aku terima nikahnya Nurul Iman Binti Abdullah dengan mas kawin Rm200 ringgit tunai.."

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah."

Dengan sekali aku lafaz nikah bersaksikan Amir dan Fikri maka hari ini sah lah Nurul Iman sebagai 'Temporary Wife'aku.

Sebentuk cincin emas aku sarung ke jari manis Iman dan aku hulurkan salam.Lembut tangan Iman menyambut salam aku lantas belakang tangan aku Iman cium.Aku dapat rasakan ada air hangat menitis ditangan aku,aku tahu Iman menangis.Tunduknya juga lama.

"Iman,dah la tu.Bangun!" aku bisik dekat dengan telinga Iman.

Lepas ja aku bisik macam tu,Iman terus angkat kepala,bola matanya yang masih berair merenung aku.

"Terima kasih cik Fariz,terima kasih sebab dah tolong saya.Saya rasa tenang sangat! Saya janji,saya akan taat dan turut apa sahaja arahan Cik Fariz.Saya akan jadi isteri yang baik,saya akan tolong cik Fariz sampai cik Fariz sembuh.Saya akan...

Tercengang sekejap manusia manusia dekat situ tengok si Iman ni bercakap.Suara dia pula dah la nyaring.Pantas aku mencelah diamkan Iman.Kalau dibiarkan entah apa lagi lah dia nak cakap.Iman,Iman... Baru hari pertama bergelar isteri kau dah buat aku malu.Sabar je lah.

Selesai urusan pernikahan aku dan Iman.Aku tak lupa belanja dua orang sahabat aku untuk makan tengah hari bersama isteri sementara aku Iman.Aku memilih untuk makan di sebuah Restoran.

"Iman,awak nak makan apa? Nah ini menunya."

Tanya Fikri sambil menunjukkan buku menu kepada Iman.

Aku usha ja Iman dan Fikri berkongsi buku menu.Romantiknya Fikri layan Iman.Siap tolong bacakan satu per satu senarai menu.

"Err,tak tahu lah! Banyak sangat menunya.Doktor tolong oder boleh! Makanan apa pun tak apa,saya okey ja.Semuanya saya makan selagi halal.Ayam,daging,kambing,ikan,sotong,udang,ketam semuanya saya bedal.Tolak kayu dengan batu ja.Saya ni jenis tak memilih.Saya tak ada alergik dengan makanan,sesetengah orang tu kan,tak boleh makan makanan laut.Nanti gatal gatal satu badan.Tapi saya tak...

Hah! padan muka kau Fikri.Kau tanya lagi Iman tu.Kan dah mendapat jawapannya.

Tergelak kecil aku dengan Amir tengok muka blurr Fikri terpaksa layan Iman.Sesekali Fikri pandang kita orang,nak minta tolong lah tu.

Terpaksalah aku tolong diamkan mulut Si Murai ni.Kalau dibiarkan sampai ke malam lah kami kat Restoran ni.

Lepas kami semua pesan makanan,masing masing diam sekejap menatap skrin handphone.

Iman pula duduk bersahaja menongkat dagu.Bibirnya tertutup rapat.Bola matanya aktif bergerak melihat sekeliling perhiasan dalam restoran.Jelas riak wajah Iman teruja,mungkin ini pertama kali Iman jejakan kaki ke Restoran mahal macam ni.

"Hoi! dah tak sabar nak balik rumah! Dari tadi lagi asyik tenung ja." bisik Amir dekat dengan telinga aku.

"Merepek! Aku tak ada perasaan lah dekat dia."balas aku juga berbisik.

"Elehh.. tak ada perasaan! hei,Riz kita ni lelaki,perasaan lain,nafsu lain.Tutup ja lampu semua boleh jadi."

"Banyak lah kau punya jadi,apa yang nak jadi kalau aku kaku macam ni.Lagipun aku tak fikir lah semua tu.Aku kawin bukan tujuan tu.Tak sanggup lah aku khianati cinta Sofia."

"Riz,Sofia dah tak ada,tak ada istilah curang!"

"Shut up Amir,Aku tak nak cakap bab ni lagi.Antara aku dan Iman hanyalah Bos and stuff! Aku perlukan dia untuk jaga aku,bukan untuk layan aku kat atas katil.Dah,sekarang jom makan,aku dah lapar ni."

Perbualan aku dan Amir terhenti selepas selesai pelayan lelaki tu hidang makanan.

"Hah,Iman makanlah! yang kau tengok ja makanan tu apahal.Takkan nak suruh Abang Fariz tolong suapkan kot." kata Amir menyindir Iman.

"Kenapa Iman,awak tak makan ke makanan ni." Fikri pula mencelah dengan nada suara romantiknya.

Aku,aku makan buat tak tahu ja.Malas aku nak masuk campur."Tadi berlagak sangat semua benda kau telan sekarang kenapa tak nak makan 'Griled Beef Steaks' tu" bisik hati aku sambil senyum sinis tengok muka Iman terkulat kulat nak makan.

"Err.. makan,makan.Tapi saya nak guna tangan boleh.Saya tak pandai guna semua ni." jawab Iman,berkerut dahi tengok sudu,garpu dan pisau yang tersusun rapi diatas meja.

"Boleh,boleh,sini saya temankan awak pergi tandas."

"Tandas! tapi saya nak basuh tangan ja." jawab Iman,sekali lagi dahinya berkerut tenung Fikri.

"ye saya tahu.Dekat sini kalau nak basuh tangan kena pergi tandas.Jom lah saya temankan awak."

"Ooo..

Aku perhatikan perempuan lurus bendul ni bangun dari kerusi dan berjalan ikut Fikri.Semua benda dia tak tahu.Yang dia tahu duit ja.. Yang si Fikri pula,rajin betul dia melayan Iman.Baiklah sangat!

"Hei,Riz! kau saja kan nak kenakan Iman.Apasal kau oder Grill Beef Steaks tu untuk dia.Kau tahu kan dia tak pandai makan."tegas suara Amir tegur aku.

Sepintas lalu aku pandang Amir. "Biarlah,lagipun mana kau tahu Iman tak makan makanan tu,Sedap kot!"

"Sedap dekat lidah kau! tapi Iman tu mana pernah makan benda alah tak cukup masak macam tu."

"Hei,Amir kau diam boleh tak.Aku nak makan pun tak senang.Lantak dia lah nak makan ke taknak,kau sendiri dengar kan Iman cakap semua benda dia makan. So! apa masalah kau."

"Masalahnya kau tu,apa yang kau tak puas hati dengan Iman hah!"

"Kau diamlah Amir!"

Dengan rasa marah aku terus berhenti makan.Dan dari jauh aku tenung Iman berjalan seiring dengan Fikri menuju kearah meja makan.

Amir juga pantas mematikan suara dan meneruskan suapannya.

"Iman,duduk makan cepat! Kita dah nak gerak balik"

"Aa aa" jawab Iman sambil labuhkan duduknya.

"Dah nak balik,relaks la awal lagi.Aku cuti lah hari ni.Apa kata lepas makan ni kita bawa Iman pusing pusing KL lepas tu kita pergi tengok wayang ke! Aku pun dah lama tak layan movie."kata Fikri pula.

"Tak boleh,aku ada kerja!"

"Hah! aku pun.Aku dah janji dengan anak bini aku nak bawa diaorang keluar." Amir turut mencelah.Aku tahu Amir saja buat helah sebab masih tak puas hati dekat aku.

"Hmm... tak apa lah kalau macam tu.Eh,Iman makan lah.Dah basuh tangan kan."

Keluh Fikri sambil merenung Iman.Entah apa lah yang istimewa sangat pada Iman hari ni,beriya betul Fikri melayan Iman.Dari tadi sibuk suruh Iman makan.Takkan dah tersuka kot dengan Si Iman ni.Dulu bukan main kau lecehkan Iman.Konon aku ada masalah penglihatan.Sekarang dia yang buta dah tak nampak Iman tu isteri orang.

Seketika aku tenung muka Iman yang dah kemerahan bersusah payah nak jamah daging separuh masak tu."Sedap!" aku tanya Iman.

Pantas Iman toleh tengok aku.

"Sedap,tapi lagi sedap kalau isi dalam tu masak sepenuhnya.Saya tak pernah makan makanan macam ni.Saya tak boleh nak telan lah."

Jawab Iman dengan jujurnya.

"Kalau tak lalu tak payah makan,tinggalkan ja" kata Fikri.

"Aa aa lah Iman.Dah la,tak payah makan.Teruk sangat muka kau nak hadap benda alah tu!"

kata Amir pula.Berkerut muka Amir tengok Iman jamah daging separuh masak tu.Tapi aku...

"Dah,dah! makan cepat.Jangan nak bagi alasan.Korang jangan nak back up dia.Sedap kan! kalau sedap habiskan ya.Mahal kau tahu harga makanan tu! jangan nak membazir."

Tegas suara aku lontarkan pada Iman.Puas hati aku dapat kenakan Iman.Aku geram,belagak sangat tadi konon semua benda kau makan kau bedal.Hah sekarang makanlah!.

Amir dan Fikri dah tak berani nak menyampuk.Masing masing sibukkan diri dengan handphone.Sesekali tu dia orang perhatikan juga Iman tarik isi daging tu dan masukkan kedalam mulut lepas tu telan terus.

Bagus Iman ni tak membazir,berjaya juga dia habiskan Grill Beef steaks tu walaupun kulit muka dia merah menahan loya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience