Bab 4

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali dia...

Aku perhatikan ja gadis bertopi depan aku ni.Tersengeh sengeh daripada tadi dah macam Badut Sarkas aku tengok.Yang si Sotong ni pula usha aku semacam ja lepas tu senyum senyum.Meremang bulu roma aku.

Tapi aku tak balas pun senyuman diaorang.Muka ketat aku tayangkan pada diaorang.Biar diaorang respect sikit dengan aku.

"Nama dan umur?" Soalan yang sama aku ajukan pada gadis bertopi depan aku ni.Suara aku? mestilah tegas.

"Nama saya Nurul Iman binti Abdullah.Nama mak saya Izawa Hidayah binti Abdul Rahim.Saya anak tunggal,mak dan ayah saya dah tak ada.Diaorang meninggal masa umur saya 5 tahun.Umur saya sekarang ni 23 tahun.Tarikh lahir saya 15 November tahun 2000.Tinggi saya 156,berat saya 54.Tapi tak tentu kadang berat saya 56 kadang 57 tak tentu! sebab saya ni tak tentu waktu makan.Tapi waktu malam saya tak makan.Saya ni pula....

Barkerut dahi aku perhatikan gadis bertopi depan aku ni bercakap.Tak berhenti macam keretapi.Aku perhatikan pula si Sotong kat sebelah gadis tu.Si Sotong tu pun sama macam aku.Berkerut muka dia tengok gadis yang duduk disebelah dia.Atas bawah atas bawah dia tenung gadis tu.Aku tak boleh biar dia bercakap,aku terus mencelah walaupun gadis tu masih bercakap.

"Ehhhh... Ehh.Dah dah... Aku tak tanya kau semua tu lah.Aku tanya nama dan umur kau ja.Yang lain aku tak nak tahu."

"Oohh.. Tapi cik tak tahu lagi saya tinggal kat mana,dulu saya kerja apa,apa kebolehan saya."

"Dah! aku tak nak tahu.. Eh,tapi dulu kau kerja kat mana."

Soalan ni aku kena tanya.Sebab suara dia sebiji macam Murai.Nama dia pula Iman.

"Haaa tu kan.Kan saya dah cakap cik kena tahu semua maklumat saya.Barulah cik.... apa nama...

"Fariz." jawab aku tegas.

"Haa cik Fariz..Jap! awak Cik Fariz! saya macam pernah tengok muka awak,awak dulu koma kan."

Berkerut dahi gadis bertopi tu tenung aku.Cara dia bercakap macam kenal aku ja.Aku pun hairan juga macam mana dia kenal aku.

"Awakkkk... Ya Allah, awak dah sembuh.Patutlah saya macam kenal awak,kenal Puan Ainun.Rupanya kita pernah jumpa sebelum ni.Eh,tapi awak tak kenal saya.Ya lah awak kan asyik tidur ja masa tu.Hmm seronoknya saya tengok awak dah sedar.Awak nampak dah berisi ya sekarang.Makin hensem.Hensem Boy! Tapi kan bila awak sembuh? bila awak keluar hospital? kenapa dengan kaki awak? awak...

Dia dah mula dah.Dia dah mula! ni kang kalau aku tak tekan butang stop panjang lebar pula dia nak bercerita.Yang Si Sotong sebelah dia tu dah berkerut teruk mukanya,lagi teruk dari muka aku mungkin hairan kot gadis sebelah dia ni tertelan speaker ka,bercakap tak berhenti.Tapi,memang sah! dia ni lah Si MURAI TERCABUT EKOR yang selalu mengganggu mimpi mimpi indah aku dulu.

"Hoi! kau diam boleh tak.Sakit lah telinga aku dengar suara kau! Dasar Mulut Murai memang tak tahu diam kan."

Kuat betul suara aku masa ni jerkah si Murai.Hati aku memang betul betul panas bila aku tahu dia si Murai tu.Si Murai tu apa lagi terus diam.perlahan dia sembunyikan muka dia.Dah macam kura kura masuk dalam cengkerang.Si sotong ni pula tengok aku macam nak terkeluar biji mata.Terkejut la tu.Aku ni jantan tau! bukan macam kau suara kepit.

"Rizzz.." nyaring suara mama panggil aku sambil mama berjalan ke arah kami bertiga di ruang tamu.

"Apa yang bising sangat tadi.Riz marah kat siapa. Tak baik tau layan tetamu macam tu.. Tini,hidangkan air tu.."

Aku terlupa pula dalam rumah ni ada mama.Mama kat dapur tadi.Kan aku dah kata mama ni dah la peramah lepas tu rajin pula.Sempat lagi dia kedapur buatkan air untuk dua orang manusia ni.

"Iman,Mimi jemput minum.Makan lah kek tu.Saya buat sendiri tau."

Lemah lembut ja cara mama layan diaorang.

"Riz,nah air." mama hulurkan segelas susu pada aku.

"Thank's mama." balas aku.

"Err terima kasih Puan." jawab Si Sotong.

"Terima kasih Puan.. Susah susah ja Puan ni buatkan air untuk kita orang.Jamu kek lagi.Tapi sedap lah air ni.Teh apa ya puan guna,lain betul rasanya.Saya tak pernah rasa air teh macam ni,Wangi! warna dia pun cantik ja.Lagi cantik Puan letak dalam set cawan ni.Ni vantage kan.Mesti mahal!.Satu set pula dengan piring kek ni.Puan....

"Aahhhhhh dia mula lagi!"Aku jerit kuat kuat dalam hati bila si Murai ni bercakap lagi.Aku ingat lepas kena marah dengan aku dia nak diam lah tapi...

"Ya Allah.. Sedapnya kek ni Puan.Lemak,manis semua terasa elok.Mesti Puan guna bahan bahan yang mahal mahal kan.Ya lah barang mahal ni berkualiti.Tapi saya bangga lah dengan Puan ni.Rajin."

"Ehhh.. Saya guna bahan bahan biasa ja.Mahal
sikit ja.Saya ni tak suka beli kek yang dah siap tu.Kita ada bakat buat lah sendiri,lagi puas hati."

"Ha ah,betul tu Puan.Masak sendiri ni lagi puas hati.kebersihan kita jaga.Bahan berkualiti.Kalau kita beli belum tentu sedap dah la mahal.Kita tak tahu bersih ka tidak dapur diaorang tu.Puan nak tahu tak,hari tu saya ada lah pergi satu kedai ni nak beli makanan.Bukan untuk saya,untuk kawan saya.saya tak makan makanan beli beli ni.Saya masak sendiri.Masa saya tengah cedok lauk tu....

Itulah perangai si Murai.Sempat lagi nak bergosip.Yang mama aku pun melayan.Si Sotong tu pun sampai ternganga dengar cerita dari si Murai ni.

Aku cuba kumpul kesabaran.Aku tenung ja muka Iman yang tak beriman pun.Nama dengan orang macam langit dengan bumi.Nama Nurul Iman,tapi tak bertudung,pakaian tu dah macam lelaki.Kemeja kotak,seluar jeans.Cara duduk tu tak macam perempuan.Yang si Sotong ni pula duduk kepit kepit elok ja.Aku rasa Si Murai dengan Si Sotong ni kena tukar jantina lah.Baru betul!.

Inilah percaturan hidup aku yang keempat.Aku kena hadap dengan dua orang manusia pelik.Si MURAI Iman dan Si SOTONG Syahmi.Bertabahlah wahai hati.Aku harap sangat aku cepat sembuh,cepat boleh berjalan sebab aku tak sanggup nak hidup dikelilingi manusia manusia pelik ni.

Aku memang tak puas hati dengan mama.Jadi lepas ja bayang dua orang manusia pelik tu hilang dari rumah agam opah,aku terus tanya mama.Sebolehnya aku memang tak nak diaorang tu jaga aku.

"Mama,mana mama kutip dua orang budak tu.Mama tak rasa ka diaorang tu pelik! boleh ka nak jaga Riz.Yang sorang lembik semacam,yang sorang lagi kalau dah bercakap tu kalah DJ radio.Riz takut Riz tak sembuh tapi gila."

"Isshhh Riz ni,merepek! apa yang pelik dengan diaorang tu,elok ja mama tengok.Syahmi dengan Iman tu Amir yang perkenalkan pada mama..

"Apa Amir?? Hah elok lah tu,mama percaya sangat lah dengan Amir tu."

"Mama tak lah percaya bulat bulat macam tu ja.Mama jumpa dulu dengan Syahmi dengan Iman.Mama dah interview diaorang.Syahmi tu ada sijil dan boleh dipercayai.Dah ada testimoni orang yang ada masalah macam Riz ni sembuh lepas buat rawatan dengan Syahmi.."

"Okey, Syahmi Riz terima.Iman pula! kenapa mama ambil dia untuk jaga Riz.Takkan dia yang akan uruskan Riz.Mama pun tahu kita orang tak boleh bersentuh."

"Haihh.. Itu mama tahu lah.Kerja Iman tu urus makan minum kamu sebab dia tahu jenis jenis makanan yang Riz boleh makan dan tak boleh.Yang akan tolong kamu nanti Syahmi lah."

Hah! Terkedu aku bila aku tahu tugas Iman.Si Murai tu nak urus makan minum aku? Dia tahu jenis makanan yang sesuai untuk aku atau tak? Amboi! dulu cleaner ja kat hospital.Sejak bila pula si Murai tu jadi pakar pemakanan.Tak,tak.. Aku tetap taknak dia.

"Mama,Riz rasa Iman tak payah kerja sini.Nak urus makan minum Riz,Tini kan ada."

"Tini! no,no,.Tak boleh,tak boleh..."jawab mama dengan jari telunjuk dia goyang. "Opah dah warning tau.Jangan ganggu maid dia.Segala urusan Riz mama kena upah maid lain untuk uruskan.So nanti kerja Iman tu termasuklah kemas bilik Riz.Cuci pakaian Riz.Apa saja Riz nak minta ja dengan dia.Okey Riz.Mama nak naik atas nak rehat jap.Riz pun pergi lah masuk bilik rehat.Oh ya! mulai esok diaorang dah mula kerja jadi Riz tolong beri kerjasama ya." kata mama sambil bangun dari sofa.

Aku tengok mama dan aku angguk ja.

Tak sangka aku dengan perangai Opah,sanggup dia buat mama macam ni disebabkan mama nak jaga aku.Aku tak tahu Opah buat semua tu sebab marah atau benci aku.Aku ni cucu dia kot takkan lah tak ada sikit pun rasa kesiankan aku.

Aku toleh tengok mama panjat anak tangga.Sayu hati aku "Maafkan Riz mama.Sebab Riz hubungan mama dengan Opah dan papa renggang.Riz janji Riz akan ikut semua cakap mama."

Ya,hubungan mama dengan opah dan papa mula renggang sejak kehadiran aku dalam rumah ni.Buktinya sekarang ni diaorang semua tak ada,Papa,Opah,Abang dan Tasya pergi bercuti dekat Turkey lepas tu diaorang nak pergi Dubai.Tergamak kan diaorang tinggal mama.Alasan tiket fligt dan penginapan dah booking.Bukan tu saja,aku perasan papa kurang mesra dengan mama.Balik kerja ja terus masuk bilik.Seharian mama tunggu papa,tapi papa tak tegur pun.Begitu juga dengan opah.Opah dah tak lagi ramah berbual dengan mama.Kesian mama.Aku nak cepat sembuh,aku nak keluar dari rumah ni.Aku nak balik rumah aku dan Sofia.Untuk cepat sembuh aku kena sabar,sabar berhadapan dengan Iman dan Syahmi.Mungkin diaorang asbab untuk aku kembali Normal.

Keesokan harinya....

Hari ni adalah hari pertama aku akan dijaga oleh dua orang manusia pelik yang Allah utuskan untuk jaga aku.

"Ya Allah,kuatkan iman aku,tingkatkan kesabaran aku untuk berhadapan dengan hamba yang telah kau utuskan untuk jaga aku.Ya Allah sembuhkan aku cepat.Aku nak sihat.Aku taknak menyusahkan mama lagi.Amin."

Aku tengok diri aku dalam cermin.Rambut aku yang menutup dahi aku selak,jelas kelihatan parut didahi aku akibat kemalangan hari tu.

Tok,Tok,Tok... Daun pintu bilik aku ada orang ketuk.

"Cik Fariz,Cik Fariz... Oooooooo cik Fariz."

"Hah,dia datang dah.Awalnya! baru pukul 7.30 pagi.Aku mandi pun belum lagi." aku bebel depan cermin bila aku dengar suara nyaring diluar pintu bilik.

Tok,Tok,Tok... Pintu bilik dia ketuk lagi.

"Cik Fariz,Cik Fariz... Cik Fariz hensem boy.. Buka lah pintu."

Aku dengar mengekek si Murai ni gelak.Apa yang gembira sangat aku pun tak tahulah.Aku duduk diam ja dalam bilik.Panggilan si Murai aku tak jawab.Tapi lepas tu aku dengar pula suara Si Sotong.

"Eeii kau ni.Suka hati ja kan panggil cik Fariz tu Hensem Boy.Tak malu..."

"Suka hati aku lah.Sibuk ja.Tapi kan cik Fariz tu hensem kan."

"Betul! yang tu aku setuju.Pertama kali aku tengok dia.Cair nyah hati aku.Untung aku dapat costermer macam dia."

"Eeeii gatal! Eh,tapi apahal cik Fariz tak buka pintu lagi.Tidur lagi ka.Puan Ainun cakap waktu macam
ni dia dah bangun.Ni semalam mesti dia tidur lambat sebab tengok bola.Orang lelaki macam ni lah perangai diaorang,kerana Bola sanggup bangun pukul 3,4 pagi.Kalau bab solat,subuh pun terlepas.Tak salah nak tengok bola,aku pun tengok bola juga tapi awal ja aku bangun.."

Aku tepuk dahi.Sakit betul hati aku dengar Murai ni bercakap "suka hati kau ja mengata aku.Kononnya cakap bisik bisik tapi kau tu berdiri depan pintu bilik aku"

Aku dah tak boleh sabar aku terus gerakkan kerusi roda dan aku buka daun pintu.

"Woi! korang nak apa hah." aku terus tinggikan suara pada diaorang.Diaorang apa lagi terkejutlah.

"Err.. Cik Fariz.Minta maaf ganggu.Saya nak bagitahu sesi Fisioterapi kita akan mula pukul 8 pagi." tersengeh sengeh Syahmi cakap dengan aku.

"Fisioterapi pukul 8 pagi kan.Sekarang dah 7.45 pagi masa untuk cik Fariz sarapan pagi.Cik Fariz nak makan kat mana,dalam bilik ka,ruang makan ka atau kat luar ja.Hmmm kat luar lah! Cahaya pagi ni bagus tau untuk kulit.Saya tengok kulit cik Fariz ni dah macam kusam sikit tak segar...

"Diam lah!" kuat aku hentikan kata kata si Murai ni.Geram,geram,geram.. Itulah aku tengah rasa sekarang.

"Errr... Tapi cik Fariz nak makan kat mana.Saya nak hidangkan makanan."

"Meja makan,dah sekarang aku nak mandi.Korang berdua tunggu aku dekat ruang tamu."

"Laa tak mandi lagi! Eh,Mimi pergi la masuk tolong mandikan Cik Fariz.Kau lupa Puan Ainun suruh kau tolong cik Fariz."

"Tak payah.Aku boleh mandi sendiri.Sekarang korang berdua pergi duduk dekat ruang tamu.Jangan nak duduk depan pintu bilik aku ni.Dah pergi."

Lepas cakap macam tu kat diaorang aku terus undurkan kerusi roda dan aku tutup pintu bilik.Aku tak tahulah diaorang masih tercegat dekat pintu bilik atau dah blah.Tapi aku tak dengar dah suara diaorang.

Satu keluhan kecil aku lepaskan sambil aku sandarkan tubuh aku pada belakang kerusi roda.Aku istigfar dalam hati."Astagfirullah hal azim...Ya Allah,mencabar betul percaturan hidup aku yang keempat ni.Semoga aku kuat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience