Bab 7

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

Kesian pula aku tengok Iman.Dari tadi kehulu kehilir tak berhenti henti.Kejap naik atas,kejap turun bawah.Kejap kat luar rumah siram pokok,basuh kereta.kejap dalam rumah kemas rumah,mop lantai,vacium.Lepas tu hilang,cari cari dah ada dekat dapur pula tengah tolong Tini memasak.Dah siap masak aku tengok dia naik atas pula lepas tu turun sambil bawa bakul pakaian kotor.Pakaian kotor tu bukan pakaian aku tapi pakaian opah.

"Iman! sini jap." aku panggil Iman bila dia berjalan lintas depan aku.

"Ya cik Fariz!"jawab Iman sambil termengah mengah dia berjalan ke arah aku,bakul pakaian kotor dia letakkan atas lantai.

Atas bawah,atas bawah aku perhatikan Iman."Kau buat apa ni?" Tegas suara aku tanya Iman yang dah berdiri tegak depan aku.

"Lah cik Fariz ni,Saya buat kerja lah... Nak cuci pakaian jap.Kenapa cik Fariz panggil saya.?"lemah suara Iman menjawab.

"Kau dah makan?"

"Belum!" ringkas pula jawapan Iman kali ni.

"Pukul berapa kau nak makan? Dah solat." Aku tanya lagi.

"Cuti! jap gi lah makan"

"Biar betul dia ni.Tu ja jawapan dia.Beberapa patah perkataan ja!" Bisik hati aku hairan,sambil aku tenung Iman.

"Cik Fariz.. Cik Fariz nak apa? nak makan ka? Minum ka? kalau tak ada apa apa saya nak sambung kerja." kata Iman.Kakinya dah selangkah mengundur kebelakang.

"Eh Iman jap! Kau,kalau tak mampu nak buat semua kerja kerja ni bagitahu lah mama.Hari hari aku tengok kau sibuk macam ni.Makan pun dah tak tentu masa.Lagipun semua ni bukan kerja kau kan."

"Ya! tapi Puan Zaitun kan tuan rumah ni juga.Jadi semua arahan dia saya kena ikut!..Hmmm tapi Cik Fariz jangan risau saya mampu lah buat semua kerja kerja ni.Cuma kalau Cik Fariz nak apa apa panggil ja saya ya.. okey lah Cik Fariz saya nak sambung kerja ni." Jawab Iman, lepas tu dia terus mengatur langkah.

Aku perhatikan ja langkah Iman beredar dari ruang tamu.

"Hmmh" aku mendengus geram "Opah ni dah melampau! Suka hati dia ja arah Iman buat itu ini.Hari tu beriya dia tak nak mama ganggu Tini! Tapi sekarang dia gunakan Iman boleh pula." Aku bebel sendirian sambil aku perhatikan Syahmi mengurut kaki aku.

"Alah,Cik Fariz nak salah kan Puan Zaitun pun tak boleh juga.Iman tu yang setuju nak buat semua tu.Cik Fariz ingat dia buat semua kerja kerja tu percuma!"

Berkerut dahi aku tenung muka Syahmi "Iman yang setuju! maksud awak Iman buat semua tu sebab opah bayar dia."

"Iya Cik Fariz! Iman tu mata duitan,apa sahaja yang boleh buat duit dia Kebas!.Depan Cik Fariz konon dia buat kerja tu semua sebab arahan,Tapi...

"Kau biar betul Syahmi! mana kau tahu ni!" Tegas suara mecelah tanya Syahmi.Terkejut juga aku bila dengar perangai Iman macam tu.

"Saya tahu sebab saya sendiri dengar dan nampak perbualan diaorang.Kalau Cik Fariz nak tahu Iman tu yang beriya tawarkan diri dia pada Puan Zaitun.Macam ni ceritanya...

"Masa tu Puan Zaitun tengah borak dengan Tuan Mansor.Puan Zaitun cakap nak tambah pembantu rumah sorang lagi,katanya Tini sorang tak sempat nak buat semuanya.Kebetulan Iman dengar,masa tu lah dia sendiri pergi mengaku dengan diaorang yang dia boleh buat semua kerja kerja rumah.Dia cakap dekat Tuan Mansor dengan Puan Zaitun dia nak cari duit lebih..Sebab kesiankan Iman Puan Zaitun dengan Tuan Mansor setuju! Tapi! Kalau Cik Fariz tengok cara Iman merayu dengan diaorang.. Hmmmmhh geram! macam lah Puan Ainun tu bayar dia ciput."

Terkedu aku dengar apa yang Syahmi ceritakan pada aku."Patutlah Iman langsung tak menolak apa sahaja arahan Opah sampai sanggup picit badan opah dari kepala sampai ke kaki.Siap rancak lagi diaorang berborak."Rungut hati aku.

"Iman.. Iman.. Kau tipu aku.Aku kesiankan kau tapi kau tipu aku hidup hidup.Tak pasal pasal aku dah bersangka buruk dengan opah.Hmmm tapi kalau betul lah dia mata duitan lagi mudah lah aku nak tawarkan kontrak untuk dia jadi isteri sementara aku." Bisik hati aku mula merancang sesuatu.

Petang tu aku hubungi Amir dan Fikri.Aku nak jumpa diaorang untuk aku usulkan rancangan aku.Lagi pun aku tak boleh terburu buru buat keputusan walaupun hati aku ni dah terburu buru nak keluar dari rumah agam Opah.Aku pun tak berapa kenal dengan Iman dan latar belakang dia pun aku tak tahu.Jadi aku perlu lah siasat dulu.Aku rasa Amir dengan Fikri mesti kenal rapat dengan Nurul Iman binti Abdullah.

"Nurul Iman binti Abdullah??" Abdullah? adakah Iman ni anak...

"Iman anak sah taraf lah.Bapa Iman mualaf chinese.Abdullah tu nama islamnya.Nama asal
bapa Iman aku tak tahu."

"Oohh.." lega hati aku dengar penjelasan Fikri.Aku tanya Fikri lagi "macam mana kau kenal Iman.Ya lah kau kan doktor.Iman tu budak cleaner ja."

"Iman ni walaupun budak cleaner tapi semua stuff hospital kenal dia termasuklah doktor doktor.Dia ni memang rajin,bab tolong orang nombor satu.Peramah pula tu."

"Aa aa itu aku tahu!"

"Eh Riz! yang kau ni dari tadi asyik tanya pasal Iman ja apahal? dia ada buat hal ka dekat rumah kau." tanya Amir.

"Aa aa la Riz." sahut Fikri sambil Fikri hirup Kopi Capacino dia yang dah suam tu.

Aku tenung muka Amir dan Fikri seketika mata kami bertiga barpandangan antara satu sama lain.Berat pula aku nak buka mulut untuk aku usulkan plan aku aku pada diaorang.Aku conform dua orang sahabat aku ni mesti buat muka terkejut.Aku bertenang sekejap sambil aku sedut Kopi Latte Hazelnut yang dah tak rasa manis dan lepas tu aku mula buka mulut.

"Aku.. Aku nak lamar Iman! Aku nak jadikan dia isteri aku."

"Apa? Huk.. huk.. huk.. Jap! kau nak kawin dengan Iman? Kau biar betul Riz.Apa dah pupus ka perempuan cantik kat muka bumi ni! Iman tu juga kau pilih.Kau tak ada taste ke!"

Ini lah riaksi Amir bila aku baru ja cakap aku nak kawin dengan Iman.Bukan setakat terkejut tapi sampai tersembur air Green Tea yang dia baru sedut.Dan ini pula riaksi Fikri.Bola mata Fikri macam nak tersembul tengok aku.

"Iman kau nak jadikan isteri! Aku rasa kau ada masalah penglihatan lah.. Aku bukan nak hina Iman tu.Tapi kau pun tahu kan dia tu macam mana.Dengan pakaiannya dengan perangainya.Tapi aku tak kisah aku okey,tapi kau tu sanggup ke hadap mulut Murai dia tu.Kau dah betul betul kenal ke Murai dekat rumah kau tu."

Dengar ja kata kata Fikri pantas aku tengok muka dia "Kau panggil dia Murai!"

"Aa aa.. Bukan aku.Tapi semua orang kat hospital tu panggil dia Murai.Murai Shopee!"

"Hah Murai Shopee! Kenapa kau gelar dia macam tu." Bekerut dahi aku tengok Fikri.

"Bukan aku yang gelar,tapi budak nurse yang panggil dia macam tu."

"Ya lah! Tapi kenapa korang gelar dia macam tu."aku tanya lagi.

"Eh Riz.Kau nak tahu kenapa? sini aku cerita." celah Amir seolah dia tahu siapa Nurul Iman.

MURAI SHOPPEE... "Iman digelar 'Murai Shoppee' sebab dia ni kaki berniaga! Berniaga pula tak kira tak kira masa tak kira benda.Kau cakap nak apa semua dia ada.Contoh! kau datang kerja lupa bawa charger.Kau pergi jumpa dia 'Iman charger ada?' dia akan jawab...

"Ada! kau nak charger apa? Iphone,Samsung,Vivo,Huawei,Real me,Red me.Semua ada! Kau nak cable charger yang berwarna ke atau tak! atau warna hitam! Putih pun ada.Kalau nak lagi mudah baik kau beli power bank.Power bank ni kau boleh guna terus.Kau boleh guna untuk lima kali cas.Power bank ni ada macam macam saiz,Kau nak yang mana tebal ka nipis? warna apa? hitam? biru?....

"Begitulah cara Murai Shoppe ni berniaga.Bila dia dah bercakap kau wajib tekan butang stop barulah dia berhenti."

Hahaha.. Teregelak aku dengar cerita Amir.Iman.. Iman kau ni mata duitan lah.Apa lah yang kau nak buat dengan duit banyak banyak tu.Walhal Iman ni anak yatim piatu.Lepas tu anak tunggal.

Lama juga lah aku,Fikri dan Amir bualkan pasal Iman.Dan sikit sebanyak aku dah tahu tentang diri Iman dan Aku rasa tak ada masalah kot untuk jadikan Iman isteri sementara aku sebab Iman tak ada keluarga,hidup dia sebatang kara.Cuma urusan perkahwinan tu aku kena tanya Iman sendiri.

Huh! Selesai satu bab bila Fikri dan Amir dah tahu tujuan dan alasan aku nak kawin dengan Iman.Dia orang setuju dan dia orang juga sudi nak tolong aku.
Terima kasih Amir,Fikri korang lah sahabat aku.Sahabat yang tahu tentang suka duka hidup aku.

Sekarang aku hanya perlu tanya dan berbincang dengan Iman.Kalau Iman setuju barulah aku akan berterus terang dengan mama.Opah? Papa? dia orang tak perlu tahu pun.Dia orang bukan suka aku.Dia orang dah tak peduli pun tentang hidup aku.Dia orang sekarang tengah happy, al maklum lah Opah bakal jadi Nenek,papa pula bakal jadi Atuk.Berbahagialah korang dengan cara korang dan aku akan tinggalkan rumah agam ni.

Habis ja perbincangan dengan dua orang sahabat aku Fikri dan Amir aku terus suruh Fikri hantar aku balik rumah.Masa dalam perjalanan kereta Fikri nak masuk kawasan perumahan rumah agam opah aku nampak Iman tengah berjalan kaki.Aku agak Iman mungkin nak balik,tapi kenapa dia jalan kaki ya?

"Oi! tu bukan bakal isteri kau ke? Nak pergi mana lewat lewat petang macam ni.Dah la kawasan ni sunyi" Tegur Amir sambil mencuit bahu aku.

"Entah!" jawab aku ringkas.Sekali pintas ja aku pandang Iman.

"Eh,Riz! kenapa aku nampak Iman tu macam lemah ja berjalan.Kejap kejap berhenti,kau perasaan tak Amir.Aku rasa macam ada someting la jadi kat dia.Kau tengok dari tadi dia asyik pegang perut ja."Celah Fikri pula sambil dia perlahankan kereta.

"Aa aah lah Fik.Eh, berhenti berhenti." balas Amir.Tiba tiba pula dia suruh si Fikri hentikan kereta.

"Ehh.. Tak payah lah! Biar lah dia.Dia tu berjalan kaki sebab nak jimat duit la tu.Kedekut! tak nak ambil grab nak balik rumah."jawab aku bersahaja.

"Ishh kau ni! agak agak lah nak biar.Dia tu perempuan bahaya kot time macam jalan sorang sorang.Tahu lah kau marahkan dia.Tapi kau kena ingat! hanya Iman penyelamat kau sekarang."

Betul juga kata Fikri."Hah! berhenti lah."

Lepas ja aku cakap macam tu terus Fikri berhenti dan undurkan kereta menghampiri Iman.Cermin kereta Fikri turunkan.

"Eh,Cik Fariz! ingatkan siapa tadi" sapa Iman sambil tundukkan kepala tengok aku.

"Oi Iman! kau nak pergi mana.Dah nak gelap ni." celah Amir yang duduk ditempat duduk belakang kereta.

"Amir,kau pun ada sekali! aku nak balik lah"

"Balik? jalan kaki? Motor kau mana."

"Err..." Entah kenapa lah terkulat kulat pula Iman nak menjawab.

"Eh Iman! muka kau tu kenapa.Lebam sana lebam sini.Tu bibir kau luka.Kau kena samun ke?" Tegas suara Amir tanya Iman dengan nada risau.

Aku pula apa lagi pantas la aku menoleh tengok Iman "Kau kena samun? Eh,sini kau masuk kereta.Kita orang hantar kau balik." aku terus pelawa Iman.

Dengar ja perlawaan aku laju lah si Iman buka pintu kereta dan masuk sampai tak sempat Amir nak ubah duduknya mujur lah Iman tak terduduk atas riba Amir.Kalau terduduk pun takkan bernafsunya Amir tu dengan Iman.Dengan muka comot,pakaian compang camping.Sapa yang ada selera!

"Kau apahal Iman? Cuba cerita kat kita orang,apa yang dah jadi dengan kau ni.Pipi lebam,bibir luka. Kau kena samun ke.?" Soal Amir.

"Aa aa lah Iman.Kalau kau kena samun,Jom kita orang bawa kau pergi buat report." Fikri pula mencelah.

Aku,aku diam ja.Biar dia orang ja siasat Si Iman ni.

"Err.. Aku.. Aku... Aku kena pukul."

"Hah! kena pukul.. Maknanya betul la kau kena samun." soal Amir,macam cemas ja.

"Ehh tak tak... Aku tak kena samun."

"Habis tu,apahal dengan kau ni?" soal Amir lagi.

"Yang kau tu pun,diam la kejap.Banyak pula tanya.Kau bagi la peluang dia nak cakap.Tak menyempat nyempat."

Aku terus mencelah bebelkan Amir.

"Err.. Okey okey."balas Amir sambil tersenyum kelat.

"Hah,Iman! sekarang kau cerita kat kita orang apa yang dah jadi dengan kau! sampai teruk macam ni."

Kata aku pada Iman tanpa kami berpandangan dan lepas tu dari kerusi belakang kereta aku dengar suara Iman tersekat sekat nak menjawab.

"Err.. Sa.. ya kena pukul tadi! Dan orang yag pukul saya tu.. Errrr.... A..Ah long!"

"Hah! AH LONG!!!" Serentak suara kami bertiga terkejut.

Hah sudah! apahal pula la dengan Iman ni.Sampai duit Ah Long kau pinjam.Kau tak kan tak tahu akibat kalau pinjam duit dengan geng Penghisap Darah tu..Iman.. Iman..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience