BERTEMU KEMBALI
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
"Apa? Kau nak aku pujuk Iman balik dengan kau semula."
Terjegil bola mata Fatihah menatap tajam diri aku.Marah betul Fatihah dengan aku sampai berkerut dahi.
"No way! aku takkan buat kerja bodoh tu.Hei Riz! aku ni sebenarnya dah tak sabarrrrr tunggu Iman habis Iddah.Aku nak bawa Iman lari jauh dari sini.Jauh dari manusia durjana macam kau ni! Aku akan pastikan kau takkan dapat jumpa kawan aku tu sampai bila bila."
Inilah riaksi Fatihah bila aku minta tolong dia pujuk Iman untuk kembali dengan aku.Teruk aku kena marah.Sejak Fatihah tahu kebenaran hubungan aku dan Iman macam ni lah cara Fatihah bercakap dengan aku.Dulu bukan main manja lagi panggilan saya,awak,abang,sayang.Tapi sekarang ni dah macam singa! aku,kau je.Harap muka je macam Sofia Adriana tapi perangai macam langit dengan bumi bezanya.Biadap!
Aku ajak Fatihah jumpa ni pun sebab aku dah tak tahu macam mana lagi cara untuk aku pujuk Iman.Aku cuba iktiar cara terakhir melalui Fatihah.Aku harap sangat Fatihah boleh tolong aku.Tapi nampak gayanya macam gagal je.Siap kena ugut lagi.
"Tihah! tolong lah! jangan buat macam tu.Saya tahu saya salah.Tapi sekarang saya dah berubah.Saya nak rujuk semula dengan Iman.Saya sayang Iman.Saya cintakan Iman."
"Apa? sayang? Cinta?"
Fatihah gelak sinis,atas bawah atas bawah dia ushar aku.
"Hei Riz,pergi mampus lah dengan kau punya sayang dan cinta kau tu.Sayang,cinta! kau tu sebenarnya tak layak pun dapat perempuan baik macam Iman.Kau tahu tak disebabkan kau aku ni,rasa bersalah sangat kat Iman.Aku malu! Aku rasa diri aku ni tak guna! rampas suami kawan baik sendiri! Iman tu dah korban kan macam macam untuk aku! Dia dah selamatkan hidup aku.Sanggup pinjam Ah long sebab nak selamatkan aku dari bapak ayam! Semuanya sebab jantan tak guna macam kau ni lah!.Abang tiri aku,yang aku dah anggap macam abang sendiri tergamak jual aku untuk duit! Kau dengan dia sama je! Sanggup gunakan perempuan untuk kepentingan diri sendiri.Banyak jasa Iman kat aku,tapi tengok lah apa yang aku balas.Aku tak dengar cakap dia.Aku putus tunang.Aku tuduh Iman dengki dengan aku.Aku tak dengar nasihat Iman."
Tiba tiba Fatihah berhenti bercakap.Jelingannya begitu tajam memandang aku sambil Fatihah angkat punggung dan berdiri tepat depan aku.
Aku pula dah tak mampu nak bersuara.Seketika otak aku terkejut mendengar pengakuan jujur Fatihah.Aku terus diam dan hanya perhatikan kemarahan Fatihah.
"Kau dengar sini Riz! Aku takkan biarkan Iman hidup dengan jantan tak guna macam kau ni.Kau gunakan aku untuk sakitkan hati Iman yang masa tu masih isteri kau.Lepas tu bila kau dah tak suka dia,kau ceraikan dia macam tu ja.Dan sekarang ni bila kau perlukan Iman,barulah kau sibuk nak rujuk balik.Suami jenis apa kau ni! kau tak ada otak ke nak fikir perasaan Iman."
Satu persatu tuduhan Fatihah aku terpaksa telan.Aku tak mampu bersuara pada Fatihah,alasan aku ceraikan Iman.Aku tahu Fatihah takkan percaya.Dia benci aku,dia marah aku.Marah dan benci Fatihah pada aku bukan lah kerana cemburu tetapi kerana Fatihah terlalu sayangkan sahabatnya Iman.Bagi Fatihah kebahagian Iman lebih penting dari dirinya.
Aku takut! takut fikirkan kata kata Fatihah tadi.
"Aku akan bawa Iman pergi jauh dari kau! dan aku akan pastikan kau tak akan bertemu dengan Iman lagi.Ini janji aku!"
"Ya Allah,apa yang patut aku buat!"
Aku merintih dalam hati,air mata mula jatuh.Aku cuba tenangkan diri duduk sendirian di tepi tasik setelah Fatihah pergi meninggalkan aku.Hanya berbaki 3 hari saja lagi! mampukah aku pujuk Iman?
"Aku buntu! aku dah tak tahu nak buat apa.Iman keras hati.Tak nak terima aku.Fatihah pula marah betul kat aku.Langsung tak nak tolong aku.Aku stress.Aku rasa macam nak mengalah je."
"Sabar Riz"
Lembut tangan Fikri menyentuh bahu.
"Apa kata kau bagi je peluang pada Iman.Dah itu pilihan dia.Biar je lah.Iman berhak buat keputusan sendiri.Iman pun nak hidup bebas,nak bahagia.Soal hati dan perasaan ni kita tak boleh paksa."
"Tapi Fik! aku sayang dia,aku cintakan dia."
"Ye kau sayang dia,kau cinta dia.Tapi Iman tak kan.Dia tak ada perasaan pada kau kan.Dah la,kau tak payah lah paksa Iman buat benda yang dia tak suka.Kau lepas je lah Iman.Kau balik semula dengan keluarga kau.Lagipun mama kau tak suka Iman kan! Aku pun tak suka cara mama kau layan Iman."
Tiba tiba aku rasa pelik dengan perangai Fikri.Fikri langsung tak menyokong aku.Sebaliknya dia desak aku lepaskan Iman.Aku syak ada sesuatu Fikri cuba rahsiakan dari aku.
"Fik,hari tu kau pergi apartment aku buat apa?"
Aku tanya Fikri bila aku teringat Iman ada bagitahu aku yang Fikri ada hantarkan ubat untuk Iman.
"Bila?"
Soal Fikri berkerut dahi hairan.
"Minggu lepas." jawab aku bersahaja.
Seketika Fikri diam sambil labuhkan duduk dikerusi batu tepi aku.Raut mukanya berkerut seperti fikirkan sesuatu.
"Ohh.. minggu lepas ya,ya.Aku pergi hantar ubat untuk Iman.Iman demam,kesian dia nak makan pun tak ada selera,aku tengok dia lemah sangat.Eh,Sory lah Riz,aku pergi rumah kau tak bagitahu dulu."
Tenang aku dengar jawapan Fikri.Aku cuba bersangka baik.
"It's okey! terima kasih la sebab dah tolong Iman.Tapi kau pergi sorang ke"
Soal aku lagi ingin tahu.
"Tak lah,aku pergi dengan Ina.Masa Iman call aku suara dia lemah sangat.Aku risau lah,so aku ajak lah Ina.Anything happen Ina ada,boleh lah tolong apa yang patut."
"Ohh.." aku mengangguk.Tapi dalam hati aku ni geram je.Kenapa Iman tak call aku,kenapa call Fikri? Hati aku mula mengesyaki sesuatu tentang Fikri dan Iman."Argghh..perasaan kau je tu.Fik kawan baik kau takkan lah dia sanggup tikam kau dari belakang.Iman! takkan lah dia curang.Iman baik! dia takkan buat lah kerja bodoh macam tu."Detik hati aku cuba memujuk hati.
"Oi bro! sorry lambat."
Tiba tiba suara garau Amir muncul dikala aku dan Fikri terdiam sekejap.
"Riz! apa cerita tadi kau jumpa dengan Tihah.Mahu tak dia tolong kau."
Soal Amir dengan nada teruja.Duduknya dah pun disebelah aku.
Satu keluhan kecil aku lepaskan sambil geleng kepala.
"Aduhh.. Apahal dia tak nak tolong!"
Balas Amir memicit kepalanya.
"Memang tak lah Tihah tu nak tolong Riz.Mestilah dia cemburu! Dia kan suka Riz."
Fikri mula mencelah.
"Ehh tak mungkin lah sebab cemburu.Aku rasa mungkin sebab dia masih marahkan kau Riz.Ye lah,Iman tu kawan baik dia.Mesti lah Tihah naik angin bila dah tahu semua kebanaran."
"Betul! ada kemungkinan juga.Tapi yang pastinya sebab cemburu! Dulu kau reject Tihah! Hah sekarang ni lah masanya Tihah tu nak balas dendam.Biar kau rasa sakitnya bila orang tak sudi."
Ujar Fikri bersahaja.
"Ishh kau ni Fik! kawan kita tengah sedih,tengah angau gila talak,jangan lah cakap macam tu.Kang nangis pula dia."
Balas Amir dengan nada sindiran.Tak guna punya kawan.Aku tengah sedih boleh pula diaorang gelak besar.
"Hahahahaha.." serentak Amir dan Fikri gelakan aku.
Aku,aku diam je dan terus bersabar mendengar sindiran dua orang sahabat aku.
"Tu lah,dulu perempuan tu ada depan mata,tak suka! selekeh! comot! Nak pandang pun menyampah.Nak sentuh lagi lah.Geli.. bukan selera.Hah sekarang apa dah jadi! meroyan kesana sini gila bayang.Gilakan perempuan tu."
"Aa aa betul tu Fik! Nak tak nak je kawan kita layan perempuan tu.Dia langsung tak hargai! Ikut sedap mulut dia je caci! Dia panggil perempuan tu bendul! Dia buat perempuan tu macam hamba abdi.Dia marah tak tentu pasal.Dia hantar perempuan tu kerja rumah Wan Zaitun,lepas tu dia biarkan perempuan jadi hamba kat sana pula.Sakit demam perempuan tu kat sana pun dia tak peduli.Yang dia tahu nak berseronok dengan perempuan lain."
Amboi! Makin melampau pula sindiran Amir.Mentang mentang lah aku diam suka hati diaorang ja nak bercakap.Kecil ja aku tengok muka Amir,sakit hati! aku dah tak mampu nak diam.Aku cuba mencelah.Tapi belum sempat aku buka mulut.
"Tapi kan Mir,bendul bendul perempuan tu pun.Dia lah yang susah payah jaga kawan kita ni siang dan malam.Berkorban masa,jiwa,raga untuk kawan kita.Susah payah usaha nak buat kawan kita ni bahagia.Yang kawan kita ni pula...
"Ehh! sudah lah! Cukup! cukup lah korang sindir aku!"
Lantang suara aku menghentikan kata kata sindiran Amir dan Fikri.Aku dah tak pedulikan orang yang lalu lalang kat situ.Aku terus bangun dari kerusi berdiri tegak depan Amir dan Fikri.Sakitnya hati aku bila diaorang mengungkit kisah dulu.
"Ye,aku tahu! aku salah! aku jahat! aku tak layan Iman dengan baik.Aku aniya Iman.Tapi tak layak ke untuk aku berubah.Tak ada peluang ke untuk aku sayang Iman.kenapa lelaki macam aku ni tak layak untuk Iman.Korang tak tahu apa yang hadap! aku kecewa dengan perangai korang.Aku tengah serabut,fikir kan macam mana cara untuk aku rujuk Iman.Tapi korang...
Seketika aku diam menatap raut muka dua orang sahabat aku.
"Dah la! tak apa lah kalau korang tak boleh tolong aku.Aku balik dulu! Thank,s sudi datang sini,jumpa aku."
Dengan perasaan yang begitu sedih,kecewa,marah aku melangkah kaki tinggalkan Amir dan Fikri di tasik.Aku memilih untuk balik ke rumah agam opah.Aku batalkan niat aku untuk jumpa Iman.
Aku rasa nak mengalah je.Aku dah tak nak merayu Iman.Mungkin betul juga cakap Fikri.Aku perlu biarkan Iman tentukan kehidupan dia sendiri.Biar Iman cari bahagia dia sendiri.Biar Iman hidup bebas.Sepanjang Iman dengan aku,kehidupannya hanya mengikut telunjuk jari aku.Tak bebas.Apa sahaja arahan aku Iman kena akur.Termasuklah hubungan atas katil.Aku gunakan kuasa vito suami minta hak aku,aku tak peduli pun Iman penat ke,sakit ke,suka atau tak.Yang aku tahu Iman mesti ikut cara aku,walaupun kemahuan aku tak terdaya Iman nak tunaikan dan terpaksa buat demi aku.
Mungkin disebabkan perangai kau yang pentingkan diri buat hati Iman dah tertutup untuk aku.Mungkin Iman dah serik nak menggalas tanggungjawab sebagai isteri aku.Hal keluarga aku mungkin cuma alasan Iman.Kalau Iman juga sayangkan aku,mesti dia sanggup hadap kemarahan mama.Tapi..
"Argghh.. aku dah penat nak fikir semua ni.Kalau dah itu yang kau nak Iman.Aku bebaskan kau.Aku ni tak layak untuk kau.Pergilah cari bahagia kau sendiri.Aku redha jika inilah pecaturan hidup aku yang Allah dah tentukan.Aku akan ikut semua nasihat kau.Aku akan jaga opah,aku akan jaga keluarga aku,aku akan taat cakap mama."
Airmata aku jatuh lagi.Sesak dada ni,sebak! bila aku terpaksa lepaskan Iman.Tapi apa yang aku mampu buat lagi.Semua usaha aku gagal.Apa yang aku dapat hinaan,sindiran dari manusia manusia yang sayangkan Iman.Aku harus kuat terima hakikat ini.
Hanya berbaki sehari saja lagi.Aku dan Iman akan sah bercerai.
Aku bangun duduk di birai katil sambil kesat air mata.Aku cuba lelapkan mata tapi tak boleh.Hati aku ni tiba tiba meronta ronta rindukan Iman,nak berjumpa dengan Iman.
"Ya! aku nak jumpa Iman.Aku nak cuba sekali lagi pujuk Iman.Ini usaha aku yang terakhir! kalau Iman tetap menolak aku terima,aku redha."
Detik hati aku lantas aku terus bangun tukar pakaian.Sehelai t.shirt lengan panjang rona biru dan seluar track suit aku sarungkan kebadan.Tanpa membuang masa aku terus turun bawah,handphone aku yang dari tadi aku cari,aku dah tak pedulikan.Sekarang ni aku nak balik rumah aku dan jumpa Iman.
"Riz! hei,nak pergi mana tu malam malam ni."
Tiba tiba suara lantang mama menghentikan langkah aku dimuka pintu utama.
Perlahan aku menoleh.
"Nak keluar jap ma.Jumpa Amir dengan Fikri."
Jawab aku terpaksa bohong sunat.
"Betul ke ni!" soal mama pula seoalah meragui aku,langkah mama dah semakin dekat dengan aku.
"Aa betul lah!" jawab aku bebal.
Mama ni tak habis habis nak konkong hidup aku.Mana aku pergi semuanya dia nak tahu.Aku ni bukan budak kecil lagi.Aku dah mula risau bila bola mata mama atas bawah menatap aku.
"Hmm.. pergilah.Ni handphone Riz.Mama terjumpa tadi kat celah kusyen."
Handphone aku! dah jumpa.Huh lega.Aku ukir senyum gembira sambil ambil handphone ditangan mama.
"Alhamdulillah dah jumpa.Dari lepas magrib tadi Riz cari ma.Thank you ma."
Ucap aku dengan nada ceria sambil aku tergopoh gapah sarung selipar.
"Tu lah lain kali letak lagi handphone tu merata rata.Mujur mama jumpa.Kalau orang lain yang jumpa macam mana.Apa Riz nak jawab kalau diaorang tanya pasal gambar Iman dekat skrin depan tu."
Aku terdiam,terkedu! Tak tahu nak jawab apa pada Datin Ainun yang berpeluk tubuh depan aku ni.Yang aku mampu buat,ukir senyum kelat dan garu kepala.
"Err mama.. Riz pergi dulu ya!.Thank you tau tolong simpan handphone Riz."
Soalan mama aku tak jawab,ucapan selamat aku bagi,lepas tu apa lagi.Laju lah aku buka langkah tinggalkan mama yang masih tercegat perhatikan aku dimuka pintu.
"Huh selamat! baik pula mood mama malam ni,tak bebelkan aku pun.Huh lega."
Detik hati aku melangkah kaki masuk dalam kereta.
Hon kereta aku bunyikan pada mama tanda aku dah nak bergerak.
Mama lambai tangan.Makin pelik! Tenang ja raut muka mama biarkan aku pergi tanpa menjawab persoalan dia tadi.
"Argghh malas la nak fikir.Sekarang ni aku nak pergi jumpa Iman.Nak mencuba nasib.Semoga Allah lembutkan hati Iman."
Selepas hampir 30 minit aku memandu,2 minit parking kereta,2 minit berjalan ke arah lif dan 3 minit naik lif,maka dengan ini hanya tinggal bebrapa saat saja lagi aku bakal sampai didepan muka pintu rumah.Tapi tiba tiba langkah aku terhenti.
"Eh,apasal pintu rumah aku terbuka.Kasut sapa tu? macam kasut lelaki? Aku silap rumah ke? Tapi pokok bunga tu pokok depan rumah aku.Betul lah ini rumah aku.Tapi,sapa pula yang datang jumpa Iman malam malam macam ni.Hah sudah! apa hal pula ni."
Seketika aku bermonolog sendirian sambil aku mengatur langkah semula berjalan laju kearah pintu rumah.
Sampai je depan pintu rumah...
"Astagfirullah hal Azim... Allah hu Akbar."
Itu ja yang mampu aku lafazkan.Lidah aku kelu.Bola mata aku terbuka luas.Lutut aku tiba tiba lemah dan aku hampir rebah.Terkejut! terkejut melihat isteri aku duduk berduaan dengan seorang lelaki yang sangat aku kenal.
Share this novel