Dari jauh aku duduk termenung tongkat dagu perhatikan Fariz dan Farah lincah bermain air.Gelak tawa pula tak lekang dari bibir mereka berdua.Fariz dukung Farah dan letakkan bawah air hujan.Farah pula gelak mengekek.Kemudian Fariz turunkan Farah dan mereka main kejar kejar pula.Makin kuat la gelak Farah sampai aku pun tergelak sama tengok telatah dua beranak ni.
"Mama,mama.. Jom lah mandi.Seronok lah."
Dari jauh Farah menjerit sambil melambai tangan panggil aku.Aku pula tak jawab hanya geleng kepala tanda tak mahu.Ikutkan hati nak ja aku terjun dalam kolam tu main air dengan Farah.Al maklumlah aku ni kan sejenis manusia yang sukakan air.Tapi memandangkan aku datang bulan terpaksalah aku duduk dikerusi perhatikan diaorang ja.
"Mama,mama jom lah mandi."
Anak aku dah menapak naik dari kolam,berdirinya disebelah aku dan tangan aku ditariknya.Masih tak puas hati nak juga ajak aku mandi dengan dia.
"Maaf lah sayang,mama tak nak mandi.Mama sejuk.Adik pergilah mandi,mama tengok adik kat sini ya."
Aku cuba buat helah.Tapi Farah ni degil,masih berkeras tarik tangan aku.
"Mama,mama.Jom laahhh... Alah,tak best la macam
ni."
"Adik.. janganlah buat perangai macam ni.Mama tak nak lah.Mama sejuk."
Aku bertegas.
Farah apa lagi,merajuklah.Berpeluk tubuh,muncung bibir.Itulah gayanya anak Wan Fariz Adlan ni kalau merajuk.Tapi comel.
"Iman.Jom lah mandi.Kesian Farah,dari dalam kolam
lagi tunggu awak.Sekejap pun tak pa.Janji Farah puas hati."
Fariz dah mencelah ajak aku.Aku pun bingkas bangun berdiri rapat sebelah Fariz.
"Cik Fariz tolong lah pujuk Farah.Saya bukan saja saja taknak mandi.Tapi saya cuti.Tolong lah ya.Farah tu kadang keras kepala.Selagi saya tak setuju.Macam tu lah perangainya."
Aku berbisik pada Fariz.Nak tak nak aku cakap jujur je lah.Kalau bagi alasan lain nanti banyak pula soalan Fariz.Dan Fariz mendengarnya sambil mengangguk.
"Ooo.. Faham faham.Okey Okey,saya pujuk Farah."
"Sayang ayah,sini."
Fariz panggil Farah dan terus dukung tubuh montel anak kesayangan aku.
"Alah anak ayah ni merajuk ya.Takmau lah buat muka macam ni tak comel lah.Mama tak nak mandi kan adik jangan lah paksa.Kan mama cakap sejuk.Kesian mama,nanti mama tak sihat macam mana? Dah tak boleh ikut kita pergi jalan jalan."
Lemah lembut suara Fariz memujuk Farah sambil dia belai pipi gebu Farah.
Farah? dengar ja perkataan aku tak sihat terus cemas.Pantas ditenungnya muka aku dengan dahi yang berkerut.
"Mama,adik minta maaf.Mama jangan sakit ya! Mama tak payah mandi lah.Mama duduk je kat kerusi tengok adik.Adik minta maaf mama,mama,mama janganlah sakit...
Alahai sedih pula anak aku ni.Air mata tu laju je turun.
"Eh adik nangis!" Fariz dah gelabah.
"Alaa maaf lah sayang.Ayah tak marah adik.Ayah cuma cakap je.Adik jangan lah macam ni.Jangan lah nangis.Awak,pujuk lah Farah! Kesian dia..
Over betul Fariz ni risaukan adik.Pantas dia kesat air mata Farah yang makin berjurai.Aku? Aku pula hanya tahan gelak tengok telatah Fariz.Wan Nur Farah memang pandai buat drama.Hal kecil je,menangis bagai nak rak.Kelam kabut Fariz dibuatnya.Aku gelak besar dalam hati tengok Fariz kehulu kehilir dukung Farah. "Hah,pujuk lah anak kau tu.. hahaha"
Hampir setengah hari kami habiskan waktu didalam taman tema air.Usai tukar pakaian dan solat Fariz ajak aku dan Farah pergi makan petang disebuah restoran terkenal di pekan Langkawi.
"Adik nak makan apa? ayam goreng,nasi goreng pasta,aiskrim,fries.Cakap je ayah oderkan untuk adik."
Rajin betul Fariz layan si Farah,satu persatu diselaknya helaian buku menu dan tunjuk gambar makanan pada Farah.Manakala Farah dah tayang muka teruja bergerak gerak bola mata tu mengikut gerak jari telunjuk Fariz.
"Stop,stop.Adik nak yang ni."
Laju telunjuk Farah melekat pada salah satu gambar makanan.
"Spagetti?" Bertaut kening Fariz hairan pantas dia menoleh tengok aku.
"Iman,adik nak spaggetti lagi.Boleh ke? Tadi kan dah makan kat dalam taman tema."
Soal Fariz meragui kemahuan Farah.
Aku tengok Fariz dan tayang muka tenang je sebab itulah selera anak aku.Tak kira siang malam spagetti,spagetti,spagetti.
"Ya boleh." aku jawab bersahaja.
"Awak ni! biar betul? Tak kan nak bagi Farah makan spagetti lagi.Nanti sakit perut pula."
Fariz dah tayang muka resah.Satu keluhan aku lepaskan "Hurmmm."
"Cik Fariz,Farah,memang itulah makanan dia hari hari.Farah jarang makan nasi.Makanan lain? memang tak lah dia nak makan.Nasi pun Farah akan makan kalau kena paksa.Hah! sama lah macam Cik Fariz.Bukan ke Cik Fariz pun tak suka makan nasi.Tak sedap lah,kolestrol lah,tinggi gula lah.Ha sekarang ni perangai Cik Fariz tu dah turun ke Farah tau.Tapi Farah lagi dasyat sebab dari dalam perut lagi,dia dah suka spagetti.Saya lah yang jadi mangsanya,sepanjang mengandung benda alah ni lah saya kena telan.Entah apa yang sedap saya tak tahulah."
Sedas aku bebelkan Fariz siap menyindir lagi.Pelik! Aku pun tak tahu tiba tiba je mulut aku ni ringan pula nak bercakap hal dulu.
Fariz pula aku tengok kusyuk je dengar aku bebel lepas tu ukir senyum nipis.
"Wah.. biar betul?Ya Allah tak sangka kan Farah ni betul betul ikut perangai saya.Muka iras saya,comel sangat.Minat yang sama macam saya.Makanan pun ikut selera saya.Allah hu akbar! Ini betul betul anak ayah lah."
Amboi! Seronok betul Fariz,dipeluknya terus Si Farah yang dari tadi berkepit je dengan dia sambil tengok handphone.Sakit pula hati aku yang melihat ni.
"Dah,tak payah nak perasan.Farah anak saya.Anak awak dah lama tak ada.Kan awak dah suruh saya gugurkan dia.Awak dah lupa? malam tu awak..
"Iman,stop!"
Fariz mencelah,ton suaranya perlahan tetapi tegas.Bola matanya pula tajam tenung aku.
"Iman,apa awak cakap ni.Depan anak kot.Saya tahu awak masih tak boleh maafkan saya.Tapi tolonglah jangan ungkit hal ni lagi depan Farah.Dia masih budak untuk faham masalah kita.Dan lagi satu boleh tak awak jangan panggil saya Cik Fariz.Panggil je saya Fariz.Dah,awak duduk sini kejap saya nak pergi oder makanan.Sini kertas tu."
Dengan raut wajah monyok aku hulurkan kertas yang Fariz minta.
"Lah kosong.Kenapa tak tulis menu?"
"Kalau dah kosong tu maknanya saya tak nak makan lah."
"Tak nak makan lagi?"
Fariz kerut dahi tak puas hati dengan jawapan aku sambil geleng kepala.
"Iman,awak dari pagi tadi tau tak makan.Kat dalam water park tadi pun tak makan.Ni dah petang masih tak nak makan.Awak kenapa? Risau kedai ni kotor ya?"
"Tak lah,saya tak lapar."
"Tak lapar? Tipulah! Saya tahu awak lapar.Dalam kereta tadi saya nampak awak makan biskut."
Dia nampak aku makan biskut? "Cis,dia usha aku rupanya.Patutlah kejap kejap tengok cermin belakang." Detik hati aku merungut geram.
"Iman,awak makan ya."
"Tak nak,saya dah kenyang lah makan biskut."
Aku masih bekeras.
"Nurul Iman.. makan lah.Saya oder nasi goreng cina untuk awak ya.Special tau! Nasi goreng cina kurang masin,sebab masin tak elok untuk kesihatan.Sayur nak lebih,lebih dari nasi.Awak kan suka makan sayur.Lepas tu tambah telur mata.Telur tu nanti saya suruh diaorang basuh dulu.Okey tak macam tu? Hmm satu lagi,awak jangan risau kedai ni bersih.Saya dah pernah masuk dapur diaorang.Diaorang masak pakai glove.Dapur diaorang bebas cicak dan tikus."
Seketika aku terkedu.Bibir aku dah begetar tahan gelak.Tak sangka Fariz masih ingat kejadian malam tu.Malam aku bergaduh dengan tukang masak sebab terjah dapur diaorang.
"Puan Nurul Iman."
Tersentak bahu aku bila Fariz panggil.
"kenapa diam? berangan? Okey tak menu tu saya nak pergi oder."
"Ye boleh.Tapi saya nak nasi separuh je."
"Minum?"
"Aaa.. air Limau ais kurang manis.Masam nak lebih.Ais kurang ya."
"Itu ja?" soal Fariz lagi berdirinya bersebelahan aku.
"A..a itu je"
"Okey sayang.Apa saja untuk awak.Jap ya saya pergi oder."
Sayang? Selamba je Fariz panggil aku sayang,lepas tu terus berjalan ke arah kaunter.
Aku yang kat meja makan ni tiba tiba je muka rasa panas.Panas sebab tahan malu.Malu sebab ada mata yang memerhati.Mata yang memerhati tu adalah dua orang gadis muda pelanggan kedai ni.Duduknya bersebelahan meja kita orang.Atas bawah atas bawah diaorang tengok aku.Apahal? Jelous la tu lelaki hensem yang korang ushar dari tadi panggil aku 'sayang'.
Pukul 8 malam.Selesai sudah semua aktiviti kami.Kini tiba masanya Fariz hantar aku dan Farah pulang ke rumah.
Suasana sunyi didalam kereta.Aku tengok luar tingkap menikmati keindahan malam.Fariz tengok depan tumpukan pemanduannya mengadap jalan yang sesak.Farah pula tidur nyenyak kat kerusi belakang dibuai mimpi indah.
"Nyenyak betul Farah tidur sampai berdengkur.Penat lah tu!"
Tersentak bahu aku dengar suara garau Fariz,pantas aku menoleh.
"A.. aa,penat sangat lah tu.Selalunya jarang lah Farah berdengkur."
Aku juga mencelah menyahut perbualan Fariz.
"Oh ye ke! Kesiannya dia."
"Alah,tak payah kesian kesian.Farah ok lah,penat tapi seronok."
"Ye betul tu.Saya pun seronok sangat hari ni.Suka saya tengok Farah happy.Alhamdulillah,akhirnya Allah makbulkan juga doa saya nak jumpa Farah,nak jumpa awak.Saya bersyukur sangat Iman.Dah lama saya menanti saat saat macam ni.Dan hari ni Allah izinkan semuanya terjadi.Iman,terima kasih banyak banyak ye izinkan saya jumpa Farah,dan terima kasih sebab awak sudi luangkan masa bersama saya dan Farah.Saya happy sangat."
"Sama sama." Balas aku bersahaja. "Saya buat semua ni pun sebab Farah.Asalkan Farah happy saya bahagia."
"Hurmm.. Saya pun bahagia Iman,bahagia sangat."
Fariz ukir senyum,lama pula dia menoleh tengok aku.
"Cik Fariz,tengok depan,Bahaya lah."
Aku terus tegur.Kalau dibiarkan nanti tak pasal pasal kita orang kena check in hospital.
Fariz alihkan pandangan semula kearah depan.Seketika kami diam.Tapi sesekali Fariz masih menoleh tengok aku lepas tu ukir senyum.
"Cik Fariz ni kenapa tengok saya macam tu,ada apa apa ke kat muka saya."
"Tak ada apalah.Saja nak tengok muka comot awak tu.Rindu..
Ek eleh,cari pasal nampak cakap aku comot.Jelingan maut aku lemparkan pada Fariz.
"Err.. jangan lah marah.Saya bergurau je.Awak cantik lah,cantik sangat.Saya kagum dengan perubahan awak sekarang.Nampak ayu,sopan santun.Walaupun awak pakai pakaian muslimah macam ni awak still nampak moden.Cantik sangat,saya suka.Cuma awak sekarang ni kenapa garang sangat hah."
Aku garang?
"Ye ke? Tak kot!"
"Ye,awak garang.Baru je tadi awak jeling saya.Takut tau.Renungan mata awak tu macam singa.Aummm"
Cis! dia cakap aku macam singa pula? Saja la tu nak mengusik aku,nak bergurau.Ingat aku suka,menyampah ada lah.
"Cik Fariz.Saya rasa kalau tak ada perkara penting nak di cakap lebih Cik Fariz diam tumpukan perhatian kat depan tu.Saya tak suka lah nak berbual hal yang merepek ni."
Hah,puas hati aku.Eeii,entah kenapa lah tiba tiba aku rasa menyampah nak dengar suara Fariz.Kata kata caci makinya pada aku dulu mula terngiang ngiang di halwa telinga tapi dalam masa yang sama Fariz bersuara lagi.Keretanya pula sudah terpakir dibahu jalan.
"Iman,saya minta maaf kalau awak tak suka dengan cara saya ni.Saya cuma nak bergurau dengan awak,saya nak berkawan dengan awak macam dulu.Saya rindu awak Iman,rindu sangat.Saya sayang awak.Saya sayang Farah.Kalau boleh saya nak kita hidup bersama dan besarkan Farah sama sama."
Suara Fariz mula bergetar redup matanya yang berkaca terus merenung aku.Jari jemari aku juga mula digenggam.
Aku,aku hanya terpaku menatap Fariz dan biar je tangan aku dalam genggamannya.Halwa telinga aku pula kusyuk dengar luahan hati lelaki ini.
"Iman,Sejujurnya saya kagum dengan awak Iman.Awak wanita hebat,kuat.Awak besarkan anak kita dengan sempurna.Cukup semuanya.Saya ni lemah! saya bodoh! Saya malu dengan diri saya.Saya dah buat kesilapan besar dalam hidup ni sebab dah biarkan awak pergi.Iman tolonglah maafkan saya.Tolong lah beri satu lagi peluang untuk saya.Saya nak tebus tanggungjawab saya pada Farah,pada awak yang dah saya abaikan.Iman,Kawin dengan saya,kita mulakan hidup baru.Awak jadi isteri saya bukan sebagai isteri sementara.Tapi isteri untuk selama selamanya....
Hai sahabat! dah habis baca kan.Jom lah komen sikit sepatah dua kata sebagai tanda korang suka cerita ni... hehe.Agak agak korang Iman sudi tak terima lamaran Fariz...Hurrmmm komen ya.Komen banyak saya on bab baru..hehe
Share this novel