bab 58

Romance Series 235030

"Ishh.. Susahnya nak buka zip baju ni.Entah baju apalah yang mama pilih ni.Dah la kain kembang kembang,meleret atas lantai.Habis satu lantai aku sapu."

Aku merungut bebal sorang sorang didalam bilik.Dah berkali aku cuba tarik zip dibelakang gaun pengantin ni,tapi masih belum berjaya.Dihujung jari aku ni dah rasa pedih.Kuku aku pula habis rosak.

"Kenapa sayang,tak boleh buka lagi zip tu."

Tiba tiba suara garau Fariz menyapa aku.Pantas aku angkat kepala tengok Fariz.Berdirinya dibelakang aku.

"Eh,abang.Dah sudah mandi ke? cepatnya."

"Ye ke! Abang rasa lama juga abang dalam tandas tu.Hurmm.. Eh sayang,sini abang tolong buka zip tu.Dari tadi lagi tak boleh boleh."

"Eh,takpa takpa bang saya boleh buat sendiri lah.Sikit je lagi ni."

Ujar aku,masih nak jual mahal.Belagak tak nak Fariz tolong.

"Hurmm.. Sini lah abang tolong.Pusing belakang!"

Fariz berkeras nak juga tolong.Bahu aku dia cengkam,supaya aku duduk diam diam mengadap cermin.

Suami nak tolong kan,nak tak nak aku akur je lah.Berdiri tegak depan cermin perhatikan Fariz dibelakang aku.

"Alahai..Lepas mandi pun hensem lah suami aku ni.Mata kuyu,hidung tinggi,kulit muka tu licin mengalahkan aku.Badan pun mantain sado.Pandai betul Fariz ni jaga penampilan diri.Dari dulu sampai sekarang tak berubah." Detik hati aku,sambil aku terus merenung raut muka Fariz didalam cermin tanpa dia sedar.

"Patutlah susah nak tarik zip ni sayang.Ada butang lah."

"Ohh ye ke.Patutlah dari tadi saya tarik tak jalan jalan zip tu."

"Hurm..Okey dah siap! Nak abang tolong bukakan semua ka."

"Err.. tak payah tak payah.Saya boleh buka sendiri.Terima kasih ya."

Suami dah tolong,kena lah ucap terima kasih.Lepas tu laju je kaki aku nak melangkah.

"Ehh sayang.. jap jap!"

Tapi belum sempat aku nak cabut lari tiba tiba lengan aku ditarik.Siapa yang tarik? Fariz lah.Dia tarik lengan aku sekali dengan tubuh aku terperangkap dalam dakapannya.

"Err.. abang.Abang nak apa ni?"

Soalan bodoh aku tanya Fariz.Terang lagi bersuluh kot,muka galak yang dia tayangkan kat aku.

"Abang nak upahlah.Kan abang dah tolong sayang."

Upah?

"Upah apa?"

Hah,sekali lagi soalan bodoh keluar dari mulut aku.

"Abang nak Ciuman dari sayang."

"Hah cium?" Ni yang aku malas nak terima pertolongan Wan Fariz Adlan.Asal tolong je mesti nak upah.

"Sayang! cepatlah!"

"Hah,jap.Abang tunduklah sikit.Saya tak sampai."

"Muaahh" Nak cium kan aku pun bagilah.

"Okey dah.Sekarang abang lepaskan saya.Saya nak pergi tandas ni."

"Tak boleh." Ringkas Fariz jawab.Makin kuat pula dia rangkul pinggang aku.

Tak boleh? Aduh.. Nak apa lagi? Aku nak terkencing ni Fariz oi!

"Abang.. lepaslah.Kan dah cium."

"Ye dah.Tapi abang tak nak ciuman kat pipi.Abang nak cium kat bibir."

Aduh.. Nak cium kat bibir pula."Ye lah.Ye lah.Tunduk lah."

Satu.. dua.. tiga.. Satu ciuman aku melekat di bibir Fariz.

"Okey dah.Sekarang lepas ya.Saya nak pergi mandi."

"No! tak boleh!"

"Lah.. kenapa tak boleh pula.Abang ni janganlah main main.Saya nak mandi! saya rimas lah.Badan ni melekit sangat."

Aku dah bersuara bebal.

"Okey okey.abang janji abang lepas sayang.Tapi dengan satu syarat."

Syarat? Aku dah tayang muka terkejut.

"Syarat apa pula ni bang.Takkan perkahwinan kali ni abang nak tetapkan syarat lagi."

"Ehh tak sayang.Ni bukan syarat perkahwinan.Ni syarat kalau sayang nak abang lepaskan sayang pergi mandi."

"Ohh.. Syarat apa? Cepatlah,saya dah tak tahan ni nak buang air."

"Okey okey.Syaratnya.Sayang kena janji dengan abang,malam ni tidur dengan abang."

"Apa? Abang.. Kan tadi dah janji."

"Ye,tapi..

"Tapi apa lagi abang.Abang jangan lah mungkir janji."

"Tak sayang.Abang bukan nak mungkir janji.Tapi abang.. abang tak tahanlah sayang.Sayang pula cantik sangat.Bergetar tau rusuk abang ni."

Aduh.. Tak tahan pula.Masak aku! Nak bagi alasan apa nih.

"Alah.. abang.Abang sabar la kejap.Malam ni je.Lagipun kita kan dah kawin.Tak kan lari lah gunung dikejar.Sabar ye abang.Kesian Farah.Farah tu tak biasa tidur berjauhan dengan saya.Nanti tengah malam dia bangun nangis cari saya.Kesian Tihah kena pujuk."

"Sayang.. sayang jangan lah risau.Abang yakin Tihah mesti boleh handle.Please sayang.. Abang rindu lah sayang."

Dia merayu pula tayang muka seposen.Tapi aku tetap berkeras tolak kemahuannya.

"Abang.. malam ni je."

"Sayang ni kan degil lah.Hurmm sayang! sayang nak teman Farah tidur je kan."

"Hurrmm ya." aku mengangguk.

"Haa.. kalau macam tu,apa kata kita buat sekarang.Kita selesaikan dulu malam pertama kita.Lepas tu sayang pergi lah temankan Farah tidur."

Krik.. krik.. krik.. Seketika aku terdiam dengar plan Fariz.Dasar lelaki.Kalau dia kata nak,nak la.. Mati aku!

"Sayang.. Sayang!"

"Hah,ye abang."

"Kita buat sekarang ya."

"Sekarang ni?"

"Ya sekarang! Jom!"

"Eh,eh Abangggg...

Tok.. Tok.. Tok.. "Tihah,Tihah.Kau ada kat dalam tak.Buka la pintu ni."

"Ishh mana Tihah ni." Detik hati aku sambil
aku gigit jari menunggu Fatihah buka pintu.

Tak lama kemudian daun pintu bilik dibuka.Fatihah menjengah sambil gosok mata.

"Hah,Iman.Kau nak apa ni malam malam datang bilik aku."

"Eer.. sorry! Adik buat apa?"

"Adik dah tidur dah."

"Lah,awalnya."

"Letih sangat lah tu.Lepas mandi,minum susu dia terus tidur."

"Adik ada tanya aku tak."

"Tanya la juga.Tapi aku cakap kat dia malam ni kau kena teman Fariz tidur.Dia okey je."

"Oh.. Dia tak nangis eh."

"Tak lah.Dia okey je! Tak yang kau ni apahal datang bilik aku.Kalau setakat nak tanya semua ni,call je lah."

"Aku,aku.. aku nak tidur sini boleh tak."

Spontan aku suarakan hasrat aku.Fatihah apa lagi,berkerut muka tenung aku.

"Tidur sini! Mana boleh."

"Alah boleh lah..

"Tak boleh!"

"Boleh lah!"

"Tak boleh,tak boleh,tak boleh."

Fatihah berkeras tolak permintaan aku.

"Alaah boleh lah.Aku tak kira.Aku nak masuk."

"Oi..oi.. aduh sakitlah."

Ni lah perangai aku,bila dah gelabah,takut,cemas,keras kepala.Semua benda aku tak peduli.Selamba ja aku tolak tubuh Fatihah dan kelam kabut melangkah masuk.

Dah selamat aku masuk dalam bilik Fatihah,aku terus pergi dekat Farah.Rambut Farah aku usap dan pipinya aku cium.

"Kau ni kenapa Iman.Kau okey tak ni?"

"Aku okey lah.Saja nak tengok adik." jawab aku sambil pusing badan mengadap Fatihah.

"Hurmm aku tak percayalah.Aku tengok kau ni takut semacam ja.Kenapa? Fariz nak rogol kau ke."

"Ehh tak lah! Kau ni merepeklah."

"Habis tu? kenapa? Nah air.Jom duduk kat sana."

Kata Fatihah sambil hulurkan aku sebiji mug.Lalu kami berdua berjalan bersama keruang tamu.

Aku labuhkan duduk di sofa dan aku hirup air milo panas yang Fatihah bancuh.Sedap,tapi rasa sedap tu tak mampu nak tenangkan jiwa aku ni.

Helah aku menjadi.Aku berjaya selamatkan diri dari santapan makan malam Fariz.

Lepas Fariz cakap 'dia nak sekarang'.Fariz terus angkat tubuh aku yang masih berbungkus dengan gaun pengantin,dan baringkan atasa katil.

Lepas tu dia berdiri melutut atas katil depan aku dan lucutkan tuala yang dia pakai lalu dibaling ke lantai.

"Gulp!" aku telan air liur.Terbuntang mata aku tengok ular tedung dah panggung kepala.

"Err.. a.. abang.Sa.. saya nak mandi jap."

"Jap lagi lah mandi sayang."

"Ta.. ta tapi badan saya melekitlah.Bau masam ni."

"Tak pa sayang abang tak kisah.Abang suka bau badan sayang."

Ini lah lelaki,bila nafsu dah menguasai diri.Jangan haraplah aku boleh terlepas.Tapi tak boleh,aku tak nak lagi.

"Abang.. Abang.. kejap lah.Saya nak pergi tandas ni,nak buang air."

Aku bertegas sambil aku tolak lembut dada Fariz yang dah mula bersentuhan dengan dada aku.Bibirnya pula tak lepas silih berganti menikmati bibir dan leher aku sambil jari jemarinya berusaha menanggalkan gaun pengantin aku.

"Tak sayang tak.Sayang bukan nak buang air.Sayang dah mula terangsang lah tu."

Fariz bersuara sambil merenung muka aku.

Dia tak percaya aku nak terkencing! Aku tahu lah aku ni dah lama tak diransang.Tapi aku tahu lah air apa yang nak terkeluar ni.

Aku balas renungan Fariz dan tangan aku pula masih menolak dada Fariz.

"Tak abang.Saya betul betul nak buang air.Saya dah tak tahan ni.Abang lepaslah."

Dengar ja aku cakap macam tu,Fariz terus rebahkan tubuhnya atas katil.Mungkin raut muka aku yang berkerut ni buat dia percaya.

"Okey lah.Sayang pergi lah mandi dulu.Lepas mandi sayang pakai tuala je,tak payah bersiap ya.Cepat sikit sayang.Abang tunggu ni."

Kata Fariz,tubuhnya terbujur atas katil sambil perhatikan aku.'Ular tedung' tu,tak reti reti nak tutup ke? Seram pula aku tengok,asyik panggung kepala je.

Aku,aku pula hanya mengangguk,mengiyakan saja kata kata Fariz.Tapi dalam otak aku ni dah fikir macam macam helah nak larikan diri dari Fariz.

Entahlah...

Aku tak suka Fariz sentuh aku.Aku tak terangsang pun dengan ciuman Fariz.Apa yang aku rasa,sakit hati.

Ya aku akui,raut muka Fariz dan tubuh badannya cukup sempurna.Sepatutnya aku juga bernafsu untuk raikan malam pertama kami.Tapi aku sendiri tak faham dengan perasaan ni.Setiap kali Fariz sentuh aku,ada suara kecil akan menerjah gegendang telinga aku.

"Kau perempuan sundal!"

"Kau perempuan murahan!"

"Aku jijik lah,kau ambil semua barang barang kau jangan tinggal satu pun,aku jijik nak pegang."

"Abang berhenti!"

Tiba tiba aku menjerit disaat Fariz ghairah merangsang leher dan dada aku.Nafas aku juga dah turun naik.

"Kenapa sayang.Sayang sakit ke?"

Fariz terkejut.Raut mukanya berubah cemas.Dengan dahi yang bertaut hairan Fariz tenung aku.

Aku pula hanya diam membatu perhatikan raut muka Fariz.Dan tanpa sedar air mata aku meleleh.

"Sayang..kenapa ni?kenapa menangis?sayang sakit ke? abang minta maaf kalau abang berkasar.."

Bertalu talu soalan Fariz tanya aku.Kini tubuhnya sudah beralih duduk disebelah aku.

Aku juga bangun dan duduk memeluk lutut.Tubuh aku masih bertuala paras dada.Pertanyaan Fariz aku tak jawab.

"Sayang.. kenapa diam ni.Okey,kalau sayang tak nak takpa abang tak paksa.Tapi tolong lah bagitahu abang,kenapa sayang menangis.Sayang teringat Farah ke?"

Fariz tak berhenti bersuara memujuk aku sambil tangannya memeluk bahu aku.Lantas aku merenung tajam muka Fariz yang sangat dekat.

"Angkat tangan abang!" tegas aku bersuara.

"Sayang kenapa ni?"

"Angkat tangan abang!Jangan kotorkan tangan abang dan diri abang sentuh saya.Saya ni perempuan sundal,perempuan murahan,Saya ni jijik.Kotor! Abang dah lupa! abang pernah cakap kat saya dulu.Jadi! abang jangan sesekali sentuh saya lagi."

Aku tak tahu,tiba tiba aku naik angin.Spontan semua kata kata ni aku lontarkan pada Fariz dengan ton suara yang tinggi.Aku terus bingkas bangun dari katil lalu melangkah menuju kearah beg pakaian aku.

"Sayang...

Fariz panggil aku,dia juga bingkas bangun dari katil,tuala dilantai dia capai dan balut dipinggangnya.

"Sayang... Sayang masih marahkan abang ya.Sayang masih tak bolehkan lupakan semua tu.Abang minta maaf sayang.Abang minta maaf."

Sayu suara Fariz merayu aku,bahu aku Fariz tarik mengadap mukanya.

"Sayang.. tolong maafkan abang.Abang bodoh masa tu.Abang dah buat kesilapan besar.Tolong sayang maafkan abang."

"Abang lepaslah.. Saya nak pakai baju.saya nak pergi tidur dengan Farah.Farah lebih perlukan saya."

Tanpa menunggu lama aku terus beredar masuk tandas.Siap aku sarung kan sehelai tshirt tangan panjang dan seluar panjang cotton hitam aku terus keluar tandas.Tuala aku ambil untuk menutup kepala.

"Sayang.. sayang.. Janganlah pergi.Abang minta maaf sayang.Sayang tidur bilik kita.Abang janji abang takkan sentuh sayang."

"Tak boleh.Saya dah janji dengan Farah.Saya minta maaf abang,saya tak boleh tidur dengan abang malam ni.Assalammualaikum."

Terlopong mulut Fatihah dengar semua cerita aku.

Ya,aku ceritakan semuanya pada Fatihah.

"Ya Allah.. Astagfirullah hal Azimm.Iman,Iman..Apa kena dengan kau ni.Kau masih dendam lagi ke dengan Fariz tu.Eh tolong lah,korang dah kawin tau.Berdosa Iman kau tolak permintaan suami."

"Ye,ye.. aku tahu lah aku berdosa.Tapi aku tak mampu nak layan Fariz.Kata kata hinaan dia dulu tiba tiba je terngiang ngiang kat telinga aku ni.Hati aku sakit."

"Kata kata tu terngiang ngiang sebab kau tak ikhlas
maafkan Fariz.Kau masih berdendam dengan dia kan!"

"Aku tak dendam dengan dia lah.Entah lah Tihah.Aku sendiri tak faham dengan apa yang dah jadi.Aku ikhlas terima Fariz.Aku dah lupakan semua kisah silam kami.Aku pun nak mulakan hidup baru,tapi..

"Tapi kau tak boleh nak lupakan semuanya kan."

"Entah lah Tihah.Hati ni,sakit sangat."

Suara aku mula begetar.

"Hei dah dah,tak nak lah menangis.Aku faham apa yang kau lalui.Sini aku peluk."

Laju Fatihah mencelah pujuk aku sambil bahu aku dia peluk.Air mata aku ni dah berjurai turun.

"Aku faham Iman hati kau terluka,dan luka tu sangat dalam.Bila Fariz sentuh kau,ibarat dia sedang sentuh kesan luka tu.Tapi,sebagai isteri berdosa kalau kita tolak kemahuan suami walau apapun alasan.Kecuali datang bulan.Pada pendapat aku lah.Kau kena berterus terang dengan Fariz.Buat dia faham kenapa kau masih belum bersedia untuk semua ni.Aku yakin,Fariz akan faham.Dan dia mesti menyesal sangat dengan perbuatan dia pada kau."

Lembut tutur bicara Fatihah tenangkan jiwa raga aku.

Ya,aku tenang.Tenang sangat.

"Terima kasih Tihah.Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat.Kau je yang faham aku.Aku janji esok aku bagitahu Fariz.Tapi malam ni boleh tak aku nak tidur sini.Aku nak peluk anak aku."

Fatihah ukir senyum sambil kesat air mata aku.

"Hurrmm.. boleh.Dah jom tidur.Dah lewat ni."

Tanpa sedar lama juga aku berbual dengan Fatihah diruang tamu biliknya.Lega aku rasa dapat luahkan semuanya pada Fatihah.

Fariz? Entahlah aku tak tahu lah dia buat apa.

Mungkin tidur?

Mungkin menangis menyesal?

atau mungkin dirikan solat taubat kot.

Apapun yang dia buat terpulanglah.Malam ni aku nak tidur dengan Fatihah.

"Tihah."

"Hurmm" Panggilan aku Fatihah jawab tanpa suara.

"Terima kasih tau bagi aku tumpang bilik kau."

"Sama sama." Ringkas Fatihah jawab.

"Tihah."

"Hurrmm.. apa lagi Iman.Aku nak tidur lah."

Fatihah dah bebal.

"Err..Sory.Aku nak tanya kau ni."

"Esok je lah.Aku mengantuklah."

"Alah satu soalan je." Aku merayu pada Fatihah.Mata ni belum mengantuk.Macam ni lah perangai aku.

"Hah,soalan apa?" Fatihah pun menyahut,layankan je otak ting tong aku ni.Aku pun apa lagi mula lah bertanya.

"Err.. Aku hairan lah dengan kau.Kau ni cantik,muka cantik,body cantik.Budi bahasa cantik.Semuanya cantik.Tapi kan kenapa sampai sekarang kau tak nak kahwin lagi hah.Ramai je lelaki suka kau.Tapi semua kau tolak.Kenapa hah?" aku tanya Fatihah tanpa memandang mukanya.

"Sebab aku setia."

"Hah setia!"

Dengar je jawapan Fatihah.Laju aku bangun dan duduk mengadap Fatihah.

"Eh,kau dah ada boyfrend! tak cakap kat aku pun.Eh,Siapa? siapa? Bagitahulah kat aku."

Bila dah tahu kan,mulalah aku nak menyibuk.Tak sabar aku nak tahu siapa lah buah hati Fatihah.Tapi Fatihah,ini lah jawapannya.

"Adalah! biarlah rahsia.Dah tidur tidur,aku penat lah! nak rehat.Tadi temankan anak.Sekarang nak kena temankan maknya pula."

Aku tergelak kecil dengar bebelan Fatihah.Betul lah tu,tadi Fatihah kena pujuk Farah sekarang kena pujuk aku pula.Kesian Fatihah,dah la penat bercakap,sekarang kena tidur pula berhimpit antara aku dan Farah.Apapun aku sayang kau Fatihah.Sayang sangat!

Terima kasih kawan kawan selalu menanti bab baru.Sedar tak sedar berbaki dua bab ja lagi maka tamatlah kisah hidup Wan Fariz dan Nurul Iman.Bye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience