BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
Malam ni malam ke 15 hari aku dan Iman begelar suami isteri.Tapi kenapa la lambat betul masa tu berlalu,kadang aku rasa dah tak kuat nak hadap perangai Iman.Siang malam aku diuji.
Lepas Iman habiskan hampir Rm600 duit aku beli barang rumah,malam tu Iman uji aku lagi dengan pakaian Menjolok Mata.
Masa tu aku pergi dapur nak minum air.Dari jauh aku dengar suara Iman rancak menyanyi.Dah lah suara macam katak panggil hujan,sabar je lah.Aku teruskan juga niat aku pergi dapur sambil aku layan ja suara sumbang Iman.
Tapi! sampai ja kat dapur,hampir terjegil bola mata aku tengok Iman dengan pakaian tidur seksi dia tayangkan pada aku.Singlet dan seluar pendek,warna merah pula tu.
"Allah hu akbar, Iman!" aku jerit panggil Iman.
Iman terkejut laju ja dia toleh belakang tengok aku.
"Hah! ya Cik Fariz! Cik Fariz ni terkejut saya.Lain kali bagi la salam dulu.Nasib baik saya tak baling sudip ni.Cik Fariz nak apa datang dapur.Kalau nak makan jap,sikit lagi ja dah nak siap Spagetti Bolognese yang cik Fariz nak tu.Ayam bakar dah siap.Sekor cukup tak?" soal Iman sambil tengok aku.
"Apa? Seekor? Kau gila ke apa! kita nak makan berdua ja.Spaggeti tu! berapa bungkus kau masak"
"Sebungkus!" jawab Iman bersahaja sambil dia ke hulu kehilir pergi sinki.
"Astagfirullah hal Azimmmmmm...
Aku beristigfar panjang lagi.Aku dah rasa macam nak menangis ja dengan perangai Iman.Dah la kau uji keimanan aku dengan paha dan dada putih gebu kau tu.Lepas tu kau uji pula kasabaran aku masak banyak banyak macam 4,5 orang nak makan.Allah hu akbar!.Geramnya aku... ikut hati,nak ja aku tampar punggung berulas dia.
"Iman! kau buka baju sekarang"
Berkerut dahi Iman tengok aku." Apa? buka baju?"
"Bukan,bukan,tukar baju! kau pergi tukar baju sekarang."
Yang aku ni pun,mulut ni time time ni lah nak tersasul! Dah la si Iman ni bendul,nanti dibukanya betul betul baju kat dapur ni tak pasal pasal bangun pula 'Baby Boy' aku ni.
"Lah Cik Fariz ni! nak pergi mana suruh saya tukar baju.Tadi kata nak makan."
"Tak pergi mana mana pun.Aku tak suka tengok kau pakai macam ni.Sakit mata!"
"Sakit mata! Pelik lah Cik Fariz ni.Ustaz cakap isteri kalau kat rumah kena pakai seksi sebab suami suka.Tapi cik Fariz tak suka pula.Nampaknya apa yang ustaz tu cakap tak betullah."
Jawab Iman sambil tenung muka aku.
Aku,aku pun tengok Iman,aku usha ja lurah dada Iman.Rezeki,halal kan! Tengok je pun.Lepas tu keraguan Iman aku jawab.
"Betul apa yang ustaz tu cakap.Tapi itu suami orang lain,Suami kau ni tak suka kau macam ni.Dah sekarang kau pergi masuk bilik tukar pakai pakaian yang menutup aurat.Aku nak kau pakai seluar panjang dengan Tshirt besar.Kalau boleh bahagian dada kau tu tak terdedah,bukan untuk hari ni ja tau tapi hari hari."
"Hari hari." kata Iman sambil matikan api dapur.
"Ya,setiap hari! malam dan siang.Dah pergi tukar sekarang! lepas tu hidang makanan.Cepat! aku dah lapar ni."
Tegas suara aku arahkan Iman.Iman pula nak tak nak akur ja cakap aku sambil buat muka.
"Ya lah..saya pergi tukar sekarang."
Jawab Iman sambil dia melangkah kaki tinggalkan ruang dapur.
"Huh! setel satu masalah.Lepas ni keimanan aku dah tak diuji."
Keluh hati aku sambil aku kesat peluh didahi.Peluh ni keluar sebab tadi aku berusaha kawal 'Baby Boy' aku dari terbangun.Ni semua perempuan tu punya pasal lah,entah Ceramah ustaz manalah yang dia dengar.Bab ni mahu pula dia ikut yang aku suruh dia pakai tudung banyak pula alasan.Iman Iman..
Jadi pada malam tu dan hari hari lain Iman dah tak pernah berpakaian seksi.Hari hari dia akan pakai seluar panjang dengan tshirt besar menutup dada.Bagus Iman ni taat cakap suami.
Dan lagi satu pada malam tu terpaksalah aku ganggu malam Jumaat Amir.Aku suruh dia datang rumah aku bawa isteri dan anak anak dia untuk tolong habiskan Spegetti dan Ayam bakar yang Iman masak.
Malam ke 15 ni aku tak keluar mana mana,aku nak lepak dekat rumah ja layan movie.Lagipun malam ni malam JUMAAT.Kalau aku ajak Amir keluar conform dia tak nak.Sibuk nak bunuh Syaiton dengan Maria.Kalau aku ajak Fikri pula mesti dia sibuk suruh aku bawa Si Iman ni sekali.Tak nak lah aku,tak pasal pasal aku dapat malu lagi.Cukup lah sekali dia malukan aku kat kedai makan hari tu.
Aku ingat lagi dan tak akan pernah lupa apabila ujian kesabaran aku diuji pada malam tu.Semuanya sebab Fikri lah beriya sangat suruh aku bawa Iman keluar makan sekali.Konon dia nak belanja,tapi dekat kedai makan tepi jalan je pun.
"Iman,awak nak makan apa,kat sini ada macam macam masakan melayu.Nasi goreng kampung,Nasi goreng Pataya,Nasi goreng ayam,Nasi goreng Tom yam,Nasi goreng cili padi.Ha,ni Nasi Goreng USA.Nasi goreng Udang,sotong,ayam.Tapi kalau awak tak nak makan nasi,mee,bihun,ko teaw pun ada..
Macam biasa la Fikri ni pantang jumpa Iman,dia akan layan Iman tu macam tuan Puteri.Siap tolong bacakan Menu.Macam lah Iman buta huruf.
"Hmmm.. Banyaknya menu,sedap sedap pula tu."
Jawab Iman.Bulat matanya tenung gambar makanan kat buku Menu tu.Sesekali Iman telan air liur.
"Kalau saya nak oder dua jenis makanan boleh tak"
Tanya Iman sambil tenung muka hensem Fikri.Iman ni kalau jumpa Fikri,muka hensem suami dia pun dia tak pandang dah.Geram aku! Tapi tak pa aku sabar,aku tak cemburu pun cuma geram."Apahal lah dia nak oder sampai dua jenis makanan.Macam lah aku tak bagi kau makan.Tak pa tak pa,kau oder lah.Kalau tak habis tahu lah nasib kau." bisik hati aku sambil aku ushar ja perangai dua orang manusia lurus bendul depan aku ni.
"Oi! kau tengok dua orang tu.Macam belangkas.Kau tak jelous ka."
Amir mencelah berbisik tepi telinga aku.Amir pun sama dari tadi dia usha Iman dengan Fikri ni berbual mesra.Dia tanya aku cemburu ke tak,memang tak lah!
"Buang masa aku nak jelous." selamba aku jawab.
Sekali pintas Amir tengok aku lepas tu kami sama sama perhati dan dengar perbualan Fikri dan Iman.
"Awak dah fikir nak makan apa.Biar saya yang oder."jawab Fikri dengan penuh berhemah.
"Hmm dah! saya nak makan Nasi goreng Kampung tapi tak nak ikan bilis,Nasi separuh,Sayur lebih kalau boleh biar sayur tu lebih dari nasi,sebab saya suka makan sayur.Kalau tak ada sayur rasa macam tak puas lah makan.Lagi satu saya nak makan Nasi Goreng Ikan masin,nasi separuh juga,sayur lebih,masin kurang.Saya tak suka makan makanan masin.Risau lah kena penyakit darah tinggi.Doktor pun tahu kan makanan masin masin ni tak elok untuk kesihatan.Oh ya,saya nak tambah telur mata kat atas nasi tu.Hah! lepas tu doktor cakap dekat dia orang telur tu basuh dulu ya...
Hah! tudia ambil kau Fikri! Nak sangat suruh Iman tu oder makanan sendiri.Kan dah mendapat.Berkerut dahi aku dan Amir dengar Iman riquest oder.Seketika mata kami berdua berpandangan tahan gelak.Fikri pula dah terhangguk anguk terpaksa layan si Iman bercakap.
Iman,Iman kau oder makanan ka atau kau review makanan panjang berjela macam tu.Aku rasa kalau pelayan tu yang datang ambil oder conform dia akan cakap macam ni dekat Iman."Saya rasa akak pergi ja lah masuk dapur tu dan masak sendiri.Lagi senang!"
Iman,kau ni memang manusia pelik lah.
Lepas ja pesan makanan aku,Fikri dan Amir borak borak lah tanpa pedulikan Iman.
Iman,dia buat bodoh ja bangun berjalan usha kawasan kedai tu sambil kerut dahi.Aku tahu Iman tak selesa makan kat luar,lagi lagi kedai tepi jalan macam ni.Tak bersih katanya.Tikus banyak.Belagak!
Tengah kita orang kusyuk berbual tiba tiba aku dengar suara orang bertekak.
"Akak,akak tak boleh masuk sini.Kawasan ni untuk stuff ja."
"Kenapa pula! saya cuma nak tengok dapur korang bersih tak.Tak kan tu pun tak boleh.Sebagai pelangggan saya ada hak tau!"
"Eh,Riz tu macam suara Iman." kata Amir riak wajah Amir dah berubah cemas.
"Ya ka! jap aku nak dengar."
Seketika aku pasang telinga.
"Tak boleh! akak jangan risau lah.Dapur kami bersih.Kalau dapur kami kotor dah lama kedai kami ni dah tutup."
"Iya la tu! Saya tak kira saya nak masuk juga,nak tengok!"
"Aa aa lah suara Iman.Hah sudah apa dia buat kat belakang tu.Fik,Mir korang pergi tengok kejap."
Aku dah gelabah,tapi aku tak boleh nak pergi tengok.Terpaksalah aku arahkan Fikri dan Amir.
Fikri dengan Amir apa lagi laju ja dia orang angkat punggung,angkat kaki.Yang aku kat sini terpaksalah tunggu macam tunggul kayu.Ni lah nasib manusia kurang upaya macam aku.
"Ishh mana dia orang ni! lama betul."
Aku bebel sorang sorang sambil aku angkat kepala tengok kawasan belakang kedai makan tu.Aku rasa macam dah lama dia orang kat belakang tu tapi tak
muncul muncul lagi.Entah masalah apa lah yang Iman dah buat.
Tak lama kemudian aku nampak Amir,Fikri dan Iman berjalan menuju kearah aku.Jantung aku ni mula berdebar bila tengok riak wajah Amir tegang.Riak wajah Iman pula monyok.Fikri pula relaks ja.Wajah wajah diaorang ni buat aku tak sabar nak tahu apa yang terjadi tadi.
"Hah Iman,apahal tadi? apa kau buat kat belakang tu!"
Aku terus tanya Iman bila tubuh dia dah dekat dengan aku.
Iman kebam bibir.Soalan aku dia tak jawab.
"Hah,jawab lah.Apahal diam! Tadi dekat belakang tu bukan main kau menjawab dengan tukang masak tu.Ni suami kau tanya jawablah"
Tegas nada suara Amir marahkan Iman.
Tapi Iman diam seribu bahasa.Tunduk tengok lantai ja.
"Apahal Amir?" aku tanya Amir.
"Dah jom balik.Nanti dalam kereta ja aku cerita dekat kau."
"Lah! apahal nak balik.Kita kan dah oder makanan."
"Dia orang dah batal oder kita.Dia orang suruh kita pergi makan tempat lain." jawab Fikri.
"Aa aa betul tu! Sebab dia ni punya pasal lah.Isshhh malu aku kau tahu tak."Rungut Amir bebal,tajam betul pandangan Amir tengok Iman.
"Alah,perkara kecil ja.Dia orang tu yang lebih lebih."Fikri pula mencelah.
"Ya la tu! ceroboh dapur orang.Lepas tu buat macam dapur sendiri.Siapa yang tak marah."
"Apa? Kau masuk dapur dia orang Iman.Kau ni biar betul"
Iman tersengeh sambil mengangguk"Ya,tapi saya cuma nak pastikan dapur diaorang bersih.Tak ada tikus,tak ada lipas.Lepas tu saya nak tahu dia orang pakai glove tak potong sayur,potong ayam,daging.Tak kan itu pun salah."
Aku tepuk dahi."Astagfirullah hal Azim.. Iman...Dah,dah jom balik."
Aku dah tak sanggup berlama kat kedai tu bila aku tahu kesalahan yang Iman buat.Muka aku ni mula panas tahan malu.Malu bila ada banyak mata manusia yang memandang kearah kami berempat lepas tu bisik bisik.Nampak sangat yang dia orang tengah mengumpat kita orang.
Sejak hari tu dan malam tu aku dah taknak bawa Iman makan kat luar,lagi lagi kedai makan tepi jalan.Tak sangka aku Iman ni nampak ja selekeh tapi pembersih sangat orangnya.Buktinya macam sekarang ni lah....
"Cik Fariz angkat kaki jap,saya nak mop bawah lantai ni..
"Cik Fariz angkat kaki jap,saya nak vacium...
"Cik Fariz duduk sofa sana,saya nak vacium atas sofa ni...
Masuk kali ni dah entah berapa kali Iman lalu lalang depan aku.Mop lantai lah,vacium lantai lah,lap almari lah,lap tv lah.Tak apa aku sabar,cakap Iman aku akur walaupun aku terpaksa bersusah payah nak angkat kaki.Tapi bila sekali lagi Iman lalu depan aku,aku dah hilang sabar...
"Iman! tepi lah aku nak tengok tv pun tak senang.Aku dah tak faham satu apa pun jalan cerita tu! Dah dah la kau kemas rumah,dah pukul 11 malam! Kau tak penat ke? Tak cukup bersih lagi ka rumah ni.. Dah la tu Imannnn..Kau pergi lah tidur.Esok lah kau sambung"
Allah hu akbar aku rasa macam seksa nafas dengan karenah Iman.Iman,Iman... boleh gila aku kalau macam ni.
Share this novel
fariz hilang sabar baru tahu iman…?