BERTEMU KEMBALI
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
"Dah la,tak payah susah hati.Aku dah call mama tadi.Mama tahu kau kat sini.Soal Opah,kau jangan risau,Tini ada.Mama cakap jap gi mama balik tengokkan opah.Sekarang ni,dah jom kita mandi! Eh tak,kau pergi mandi."
Lembut ton suara aku tenangkan Iman yang dari tadi duduk menongkat dagu kat sofa.Aku tahu Iman susah hati,risau fikirkan opah,fikirkan amukan mama.Sebab tu lah aku terpaksa bohong Iman cakap aku dah bagitau mama.Walhal awal
awal lagi mama dah call aku,tapi aku yang tak jawab,Takut!
"Iman,kau dengar tak apa yang aku cakap ni.Tak payah risau lah,Opah okey.Tini kan ada."
Sekali lagi aku bersuara bila Iman masih kaku kat situ tak menyahut.
Perlahan Iman menoleh arah aku.Riak muka Iman macam marah je.
"Tini tu apa yang dia tahu pasal Puan Zaitun! Tahu nak merungut je! Semua benda dia tak tahulah.Minta tolong mandikan Puan Zaitun merungut! Minta tolong urutkan kaki Puan Zaitun merungut! Minta tolong suapkan Puan Zaitun makan merungut! Merungut! bebal! itu je yang dia tahu.Puan Zaitun tak nak makan lah,Puan Zaitun berat lah,Puan Zaitun itu,ini ada je alasan dia! Kalau Cik Fariz harapkan perempuan indonesia tu jaga Puan Zaitun,memang saya tak harap lah!"
Iman dah mula membebel sambil sekilas pandang jeling jam didinding.Dahinya mula berkerut,satu keluhan kecil Iman lepaskan.Aku tahu bebelan Iman mesti tak habis lagi.
"Waktu sekarang ni,waktu opah mandi,makan tengah hari,makan ubat,mengurut! Entah Tini sempat masak ke tidak nak buat semua tu! Ya Allah.. serabut la otak saya kalau macam ni."
Aku diam dan perhatikan je Iman mengomel jari jemari dah mula picit dahi.Jelas raut muka Iman tak tenang fikirkan keadaan opah.
Iman toleh tengok aku lagi.
"Cik Fariz,tolong lah hantar saya balik.Saya perlu uruskan Puan Zaitun.Opah Cik Fariz tu tak sihat.Semua benda dia tak boleh buat sendiri.Saya risau sangat kalau apa apa terjadi kat Puan.Tolonglah Cik Fariz hantar saya balik."
Iman masih merayu aku,merayu nak balik ke rumah agam tu.Dari duduk,dia dah bangun berdiri tunggu di muka pintu.
Aku geleng kepala,rimas tengok perangai Iman.Dalam hati aku ni memang panas lah bila isteri sendiri lebih risaukan orang lain diri aku yang dah lama terabai.Tapi tak apa aku sabar,demi Iman aku.
"Iman,boleh tak kau bertenang.Kan aku dah cakap,Tini ada."
"Tapi saya tak percayakan Tini.Dia tak boleh uruskan Puan Zaitun! Tolong lah Cik Fariz.Saya merayu! Tolong hantar saya balik! Saya nak balik! nak balik!"
Aku tercengang dengar ton suara Iman meledak tinggi,marah betul! Kulit muka tu dah macam terlebih pakai blusher,merah!
Tapi aku tak paduli.Aku pun mula berkeras.
"Tak boleh,kau tak boleh balik.Kau isteri aku! aku tak izinkan kau balik sana."
Aku bangun menapak langkah menghampiri Iman yang masih berdiri di muka pintu.
"Iman,kau dengar sini! Mulai hari ini,saat ni,aku suami kau Wan Fariz Adlan tak izinkan kau bekerja dirumah Wan Zaitun! Aku nak kau duduk sini dengan aku.Tanggungjawab kau pada aku! bukan pada diaorang.Faham!"
"Apa? mana boleh macam ni! Habis tu,siapa yang nak jaga Puan Zaitun? Puan Zaitun perlukan saya.Cik Fariz! Tolong lah faham! Saya merayu sangat sangat.Kalau Cik Fariz bawak saya balik sini sebab nak kan hak Cik Fariz sebagai suami.Okey,tak pa! jom kita buat sekarang.Lepas tu hantar lah saya balik sana."
Lengan aku Iman tarik supaya mengikut langkahnya pergi bilik.Konon nak puaskan nafsu aku.Tapi aku kejapkan kaki tak bergerak ikut Iman.Sebaliknya aku tarik tubuh Iman bawa dalam pelukan aku.
Seketika Iman terkedu,terdiam.Tubuhnya kaku.
Aku dekatkan bibir dicuping telinga Iman.
"Bukan tubuh kau yang aku nak Iman.Aku cuma nak bersama kau macam dulu,aku nak mulakan hidup baru dengan kau.Tolong Iman bagi peluang untuk aku tebus semua salah aku kat kau.Aku akan jaga kau,aku akan layan kau selayaknya sebagai seorang isteri.Please Iman.Aku ikhlas sayang kau,cintakan kau..Aku tahu,kau tak ada perasaan kat aku,tapi tolong lah kita teruskan perkahwinan ni.Bagi aku peluang untuk buktikan cinta aku.Aku janji,aku tak akan berkasar lagi dengan kau."
"Cik Fariz..
Perlahan Iman tolak dada aku.
"Tolonglah.. jangan cakap hal ni sekarang.Saya kena balik uruskan opah."
"Kalau tak cakap sekarang,nak cakap bila.Boleh tak kau lupakan sekejap hal opah.Kita bincang hal kita."
Huh.. Iman mengeluh.Melangkah setapak bersandar didinding.
"Cik Fariz lepaskan saya,kawin dengan Tihah.Tihah tu dah sayang gila kat Cik Fariz.Tihah cintakan Cik Fariz.Tihah cantik,baik,Tihah ada semua ciri ciri wanita yang Cik Fariz mahu.Cik Fariz tahu tak apa yang Cik Fariz rasa sekarang bukan sayang atau cinta,tapi nafsu! Cik Fariz perlukan saya sebab nafsu.Saya cuma isteri sementara cik Fariz je! Cik Fariz ceraikan saya.Kawin dengan Tihah,balik lah pada keluarga Cik Fariz."
Sekali lagi aku tercengang bila Iman mula menyebut soal Fatihah dan hati aku sakit sangat dengan tuduhan Iman.'Apa yang aku rasa sekarang bukan cinta tapi Nafsu.' Pedih betul hati ni dengan sindiran Iman.
Aku cuba tenang,sabar,kawal perasaan amarah aku ni.Aku perlu berusaha tawan hati Iman.Aku perlu berterus terang dengan Iman soal Tihah.
Aku luahkan semuanya pada Iman.Kenapa aku suka Fatihah.Kenapa aku berbaik dengan Fatihah.Dan aku tak ada niat pun nak berkahwin dengan Fatihah.
"Ya,dulu aku suka Tihah,sebab muka Tihah seiras Sofia,tapi bila aku kenal Tihah,aku mula mengenali kau.Sikap kau,peribadi kau,minat kau buat hati aku mula suka kau,kau baik Iman.Aku ni yang buta,tak tahu nak hargai kau.Aku tak cintakan Tihah.Aku tak ada perasaan pun kat dia.Aku berbaik dengan Tihah sebab saja nak sakitkan hati kau.Aku nak buat kau cemburu.Aku rasa tercabar bila kau cakap kau tak ada perasaan pada aku."
"Apa?
Berkerut dahi Iman,terkejut!
"Astagfirullah.. Sampai hati Cik Fariz permainkan perasaan Tihah.Cik Fariz bawa Tihah keluar ke hulu ke hilir.Bagi dia macam macam,bagi dia harapan.Janji itu ini.Lepas tu Cik Fariz cakap,cik Fariz tak cintakan dia.Apa masalah Cik Fariz ni.Cik Fariz tahu tak disebabkan Cik Fariz,Tihah sanggup putuskan pertunangan dia dengan Ustaz Fahmi.Saya ni rasa bersalah sangat sebab sayalah punca semua ni.Dan sekarang ni Cik Fariz nak saya terima cinta Cik Fariz.Memang tak lah!"
Iman dah mula naik angin,ton suara dah makin tinggi.Bab kawan jangan dibuat main.Sebab kawan Iman terus tolak cinta aku.Tapi aku tak tahu langsung yang Fatihah dah bertunang dengan Ustaz Fahmi."Argghh lantak lah malas nak fikir,misi aku sekarang nak tawan hati Iman."Detik hati aku,tiba tiba aku dengar daun pintu dibuka.
"Eh,Iman..
"Iman! kau nak pergi mana tu."
"Balik rumah Puan Zaitun."
Jawab Iman kelam kabut menyarung selipar.
Aku apa lagi gelabah lah.Cepat cepat aku tutup pintu dan kunci.Nak tak nak terpaksalah aku ikut Iman.
"Iman,aku minta maaf."
"Minta maaf dengan Tihah bukan saya"
Jawab Iman sambil berjalan laju kearah Lif.
"Ye,aku janji! aku akan jumpa Tihah dan selesaikan semuanya.Aku akan berterus dengan Tihah tentang hubungan kita."
Tiba tiba Iman berhenti.Tunggu pintu lif terbuka.
"Tak perlu! Sebab kita dah nak becerai."
Ujar Iman sambil tekan butang lif.
"Cerai? Tak,saya takkan ceraikan awak Iman.Saya akan usaha untuk tawan hati awak."
Iman jeling tengok aku dan melangkah kaki masuk dalam lif.Aku juga ikut masuk dalam lif.
"Kau serius nak balik rumah opah"
"Ya!"
"Tak rasa berdosa ke tak taat cakap suami."
"Lagi berdosa kalau saya kat sini tak mampu nak layan suami.Nak tengok muka pun dah tak ingin.Sakit hati!"
Aku faham kata kata Iman.Malas aku nak menjawab.Aku diam sampai pintu lif terbuka.Serentak aku dan Iman keluar bersama.Aku raih tangan Iman.
"Jom,aku hantar kau balik."
Iman hanya diam dan akur,muka tu monyok je.Dah macam kerang busuk.Marah betul Iman kat aku.
Sepanjang dalam kereta kami diam je.Iman tengok luar tingkap dan aku pula teruskan memandu tengok depan.
Sampai ja kat depan perkarangan rumah agam Wan Zaitun mama dah tercegat cekak pinggang.
Gulp! aku telan air liur.Aku toleh tengok Iman,Iman juga toleh tengok aku lepas tu kami sama sama tengok mama.
Jantung aku ni dah berdegup laju.Iman pula kulit muka dah pucat lesi.Masing masing takut.
Dah sampai depan rumah kan nak tak nak kena lah keluar.
Serentak aku dan Iman melangkah turun,lepas tu apa lagi.Panjang lebar lah aku dengan Iman kena marah dengan Datin Faridah Ainun.Tak sempat nak mencelah nak menjawab.Paling teruk Iman lah yang kena marah.Macam macam mama tuduh Iman.Aku cuba nak pertahankan Iman tapi aku tak mampu nak buka mulut.Lagipun Iman yang nak sangat balik,hadap je lah amukan Puan Ainun.
Sejak dari hari tu,aku terpaksalah biarkan Iman kerja diriumah agam opah.Iman tetap degil tak nak balik tinggal dengan aku.Sayang sangat nak tinggalkan Wan Zaitun.Jadi aku buat keputusan untuk
tinggal kat situ.
Mama!
Mama memang lah tak puas hati,kita orang tinggal serumah tapi bilik asing asing.Aku tidur kat bilik aku tingkat 3,Iman tidur dengan opah kat tingkat bawah sekali.Bilik aku dulu.
Jadi sepanjang aku tinggal kat rumah agam tu aku selalu berusaha tawan hati Iman dan cuba lembutkan hati mama.Aku juga ikut je kemahuan dua orang wanita yang aku sayang.Diaorang nak aku rapat dengan opah dan berkerja disyarikat papa.Ya aku buat demi cinta hati dan syurga aku mama.
Tapi ada satu perkara yang aku tak suka sepanjang aku tinggal kat rumah agam tu.Bila aku tengok cara mama layan dan bercakap dengan Iman,kasar!
"Hei Iman! buat kerja tu boleh tak cepat sikit,lembab!"
"Iman! macam mana kau basuh baju aku ni.Habis berbulu.Kau tahu tak baju aku ni mahal."
"Iman,hari ni aku nak kau gunting semua daun daun pokok ni,lepas tu buang.Dah siap,kau basuh semua kereta ya."
"Hei Iman,macam mana kau jaga opah! kau tahu kan opah tak boleh makan pedas.Kang sakit perut orang tua tu sapa yang susah."
Aku sabar je dengar mama tengking Iman,marahkan Iman.Aku tak nak bertekak dengan mama.Aku taknak mama salahkan Iman.Aku cuba jadi anak yang baik.Tapi kesabaran aku hilang bila aku terdengar perbualan mama dan Iman didalam bilik opah.
"Kau ni sabar ye Iman.Kau turut je semua arahan aku.Hei Iman,kau ingat kau tunjuk baik macam ni aku nak terima kau jadi menantu aku.Kau jangan nak berangan lah.Aku tak kan pernah terima perempuan yang tak tahu asal usul keturunan macam kau ni.Entah dari mana datang lepas tu ada hati nak jadi menantu aku.Perempuan macam kau ni,hidup hanya tahu nak ambil kesempatan.Kau ingat aku tak tahu,selama ni kau goda anak aku kan.Eh,sakit la mata aku tengok Riz tu asyik menggatal je dengan kau.Aku pun tak tahu lah apa yang dia suka sangat dengan kau ni.Tapi takpa,aku nak tengok sampai bila kau boleh sabar,belagak baik depan anak aku.Sampai bila kau nak bertahan kerja kat sini."
Pedihnya hati aku masa ni tuhan saja yang tahu.Sampai hati mama cakap macam tu pada Iman.Tapi sepatah pun Iman tak jawab.Sama seperti arwah Sofia Adriana hanya diam kaku saat maruah dirinya direndahkan oleh mama dan opah.
Waktu ni aku hanya mampu bersabar.Berdiam diri diluar pintu bilik opah.Aku tak tahu apa yang patut aku buat.
Iman.. kau dah tidur."
Aku menyelinap masuk bilik opah setelah mama turun.Perlahan aku meyapa Iman.
Iman diam,aku tahu Iman tak tidur lagi.Iman sengaja tak nak bercakap dengan aku.Hatinya mesti sakit dengan kata kata mama tadi.
"Iman..
Aku labuhkan punggung dibirai katil.Pipi Iman aku usap lembut,pantas Iman tepis tangan aku dan bangun duduk.
"Cik Fariz nak apa lagi.Keluar lah! Jangan ganggu saya.Saya nak rehat.Saya penat! Tolong lah.Ni kalau Puan Ainun nampak,apa saya nak jawab.
Iman menangis! suaranya bergetar menjawab sapaan aku.
"Mama tak ada Iman.Mama dah keluar dengan papa.kau jangan risau.Iman aku datang ni sebab aku nak minta maaf bagi pihak mama.Iman,aku tak sanggup tau tengok kau macam ni.Jom lah kita pergi dari sini.Balik rumah kita.Kita mulakan hidup baru."
"Tak nak! saya tak nak balik rumah Cik Fariz! saya memang nak pergi dari sini.Tapi lepas Cik Fariz ceraikan saya."
"Cerai? aku takkan ceraikan kau! aku sayang kau Iman.Apa lagi yang perlu aku buat untuk buka pintu hati kau.Aku ikut semua kehendak kau.Kau nak aku balik sini tolong jaga opah,aku buat.Kau nak aku kerja dengan papa,aku buat! kau nak aku berbaik dengan abang Izal,aku buat.Aku dah tak berkasar dengan kau.Tapi kau masih nak bercerai.Apa yang kau nak lagi Iman."
"Saya tak nak apa apa.Saya cuma nak Cik Fariz lepaskan saya dan beri sepenuh perhatian pada keluarga Cik Fariz.Tak guna kita teruskan perkahwinan ni tanpa restu orang tua.Dan saya sendiri pun tak mampu cintakan Cik Fariz.Tolong lah tunaikan janji Cik Fariz! lepaskan saya!"
Aku terdiam dengar butir butir kata Iman.Aku lemah! Mama keras hati! Iman tawar hati!.. Tak ada gunanya lagi aku teruskan perkahwinan ni.
"Nurul Iman binti Abdullah.Aku ceraikan kau dengan talak satu.Mulai esok kau balik tinggal di apartment aku sehingga tamat Iddah."
Imbas kembali tamat.
Share this novel