BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
Tenangnya jiwa aku hari ni,rasa bahagia,gembira apabila dapat meluangkan masa bersama insan yang sangat aku rindui,Sofia Adriana atau Fatihah.
Senyuman manis dan gelak tawa tak lekang dari bibir mugil Fatihah melayan karenah anak anak dirumah Kasih Walid.Aku pula hanya perhatikan dari jauh Bidadari Dunia itu melakar lukisan bersama anak anak kecil yang perlukan kasih sayang dari seorang ibu.
"Aduhh.. penatnya melayan diaorang ni.Macam macam benda diaorang nak lukis.Tapi seronoklah tengok budak budak ni happy,Dah lama diaorang tak buat aktiviti macam ni."
Keluh Fatihah sambil tarik kerusi dan duduk berhadapan aku.Bola matanya masih memandang kearah kanak kanak yang sibuk melukis.
Aku ukir senyum dan bola mata aku masih lagi perhatikan raut wajah Fatihah dari jarak yang lebih dekat.
"Sofi!"
Sepantas kilat Tihah toleh tengok aku,dahinya berkerut hairan.
"Sofi? Siapa Sofi?"
"Eh! Tak tak.. Saya nak panggil awak lah.Tersasul!"
"Ohh.. Tersasul! Mesti Sofi tu nama girlfrend Cik Fariz kan.Rindu lah tu sampai tersilap sebut."
Aku tergelak kecil.
"Bukan nama girlfrend tapi nama isteri."
Dahi Fatihah berkerut lagi.Pasti dia terkejut dengan pengakuan jujur dari aku.
"Isteri? oh,jadi Cik Fariz dah kawin lah.Tapi kenapa tak bawa isteri Cik Fariz datang sekali.Kan lagi seronok."
Aku ukir senyuman tawar,entah kenapa hati aku sebak apabila nama Sofia aku sebut.Ya betul,Fatihah mirip Sofia,tapi dia bukan Sofia aku.Sofia Adriana cinta pertama aku.
"Cik Fariz,Cik Fariz okey ke ni.Kenapa nampak sedih je.Saya ada tanya soalan yang salah ke.Maaflah saya tak tahu."
"Tak,tak.Awak tak ada buat apa apa salah pun.Cuma saya teringatkan arwah isteri saya,Sofia"
"Ar.. arwah isteri? Innalillah hiwa innalillah...
Tersekat sekat suara Fatihah,terkedu! Riak wajahnya juga jelas rasa bersalah.
"Saya minta maaf banyak banyak cik Fariz.Saya dah tersalah cakap.Saya tak tahu,kenapa Cik Fariz tak bagitahu awal awal.Ya Allah,saya bersimpati sangat.Cik Fariz sabar ya.Saya tahu sakitnya kehilangan orang yang kita sayang.Saya faham apa yang Cik Fariz rasa sebab saya sendiri pun dah kehilangan orang yang saya sayang.Ayah,ibu dan adik saya,diaorang semua dah tak ada.Ayah,ibu meninggal terlibat kemalangan jalan raya.Adik saya pula meninggal kena jangkitan Covid.Tinggal lah saya sorang sorang.Lepas dia orang meninggal saya rasa down,hidup saya tak tentu arah.Tak tahu nak buat apa.Terpaksa berhenti belajar sebab tak mampu...
Sayu suara Fatihah meluahkan rasa hatinya menghadapi liku liku kehidupan.Aku tengok bola mata Fatihah dah mula berair dan lepas tu Fatihah mula menangis.
Aku dah gelabah.Bab ni aku lemah.Aku tak reti nak pujuk perempuan manangis.
"Aduh,nak buat apa ni!" Keluh hati aku.Muka aku ni dah berkerut tak tahu nak buat apa.Rancangan awal,aku yang nak ceritakan kisah hidup aku pada Fatihah untuk raih simpati,tapi sekarang dah terbalik.Fatihah yang bersedih dan aku pula yang kesiankan Fatihah.
"Sabar ya Tihah.Saya tahu awak kuat.Allah uji awak sebab Allah sayang.Allah tahu awak mampu."
Aku ukir senyum pada Fatihah memberikan kata kata semangat.
Tangisan Fatihah mula terhenti.Fatihah alihkan pandangannya pada aku.Seketika bola mata kami bertaut.
Dup dap Dup dap Dup dap...
Lajunya jantung aku berdegup,merenung sepasang anak mata Fatihah yang berwarna perang.
"Uncle,uncle..
Uncle? seketika aku rasa badan aku bergoyang,pantas aku alihkan pandangan.
"Ya adik!"
"Saya dah siap lukis.Cantik tak? Cuba uncle teka ni gambar siapa?"
Lukisan yang kanak kanak lelaki itu hulurkan aku ambil dan aku tenung.Sesekali aku toleh tengok Fatihah.Fatihah pula hanya angkat bahu dan ukir senyum.
Nampak macam gambar orang,tapi...
Puas aku tenung tapi aku tak tahu kanak kanak ni lukis siapa.Nak kata lelaki tapi macam perempuan sebab bertudung,nak kata perempuan tapi nampak macam lelaki sebab main bola sepak.Ahh serabut pula otak aku nak memikir,tanya je lah.
"Gambar siapa ni dik? Uncle tak tahu.Uncle mengalah."
Kanak kanak lelaki tu senyum sinis tengok aku lepas tu dia halakan telunjuk pada kertas yang ada ditangan aku.
"Ini Kakak Iman main bola."
Ringkas kanak kanak tu menjawab.Seketika aku dan kanak kanak tu tenung kertas yang berwarna tu.Kanak kanak lelaki tu senyum ja tapi aku blurr sekejap. "Kakak Iman main bola?" spontan aku ulang ayat tadi.
"Ya,ini kakak Iman,ini Adam.Kita sama sama main bola kat padang,Seronok.Kakak Iman kalah,Adam menang.Kakak Iman kasi Coklat sebab Adam menang."
Jawab Adam,petah sungguh dia bercakap.Al maklumlah anak didikan Iman.
"Adam lukis Kakak Iman main bola,wah pandainya.. Dah sekarang Adam pergi cuci tangan lepas tu boleh makan ya."
Fatihah mencelah.Bola matanya pula bergerak perhatikan Adam berjalan mengikut arahannya.
"Rindu nak main bola dengan kakak Iman lah tu sampai terbawa bawa dalam lukisan.Yang Iman ni pun satu,sibukkk je.Hari minggu macam ni pun kerja.Apa salahnya sekali sekala cuti datang melawat budak budak ni.Kesian diaorang rindu sangat dengan Iman.Hari ni kalau Iman ada lagi seronok,lagi lagi kalau dia tahu Cik Fariz nak ajar budak budak ni melukis.Iman memang suka lah.Iman pun pandai bab bab melukis.Setakat muka Cik Fariz sekejap ja Iman lukis."
"Iman pandai melukis?" aku tak tahu pun.
"Iya,betul! Iman pandai sangat melukis.Lukisan Iman cantik cantik.Cik Fariz tengok semua lukisan yang tergangtung didinding tu,itu semua Iman yang lukis.Cantik kan."
Seketika aku tergamam merenung frame lukisan yang tergantung didinding,sebuah pemandangan laut tenang dihiasi pokok pokok kelapa.Penggunaan ronanya pula sejuk mata memandang.Cantik dan sempurna,Iman memang berbakat.Tapi kenapa selama ini aku tak tahu Iman punya bakat besar dalam bidang lukisan.Patutlah selama ini Iman sibuk sangat nak ikut aku pergi Galeri.Rupanya dia juga pecinta lukisan.
"Kalau Cik Fariz nak tahu,dulu Iman pelukis jalanan.Dia akan lukis dan jualkan semua lukisan lukisan tu.Saya pun kenal Iman waktu jalan jalan kat KL.Saya tertarik dengan lukisan lukisan Iman.Saya pun minat melukis tapi tak lah berbakat macam Iman.Kalau Cik Fariz nak tahu Iman ni...
Ujar Fatihah lagi ceritakan pada aku tentang Nurul
Iman.
Aku,aku diam je pasang telinga dengar coloteh Fatihah.Mulut murainya tak berhenti bercerita tentang Iman.Banyak perkara yang aku tak pernah ambil tahu pun tentang Iman.Dan Iman sendiri tak pernah bagi tahu aku.Tapi aku agak terkejut bila tahu satu perkara tentang latar belakang Iman.
Nurul Iman adalah anak kepada pasangan suami isteri OKU.Ibu Iman buta sebelah mata dan ayah Iman pula bisu.Tapi Allah maha berkuasa lahirnya Nurul Iman kedunia sempurna sifat dan paras rupanya.Bakat yang diwarisi Iman juga adalah dari ayahnya,Abdullah seorang muallaf cina.Fariz,Fariz teruknya kau sampai tak tahu latar belakang Iman.Tapi bila difikirkan balik,perlu ke aku tahu semua ni.Aku bukannya nak tahu hal Iman,aku nak tahu hal Fatihah sebab aku dah jatuh hati dengan Fatihah.Dalam otak aku sekarang hanya ada Fatihah,Fatihah,Fatihah.
"Cik Fariz,saya nak tanya sikit boleh."
"Boleh,tanya lah Tihah."
"Iman kerja apa ya,sampai sekarang Iman tak nak bagitahu saya.Saya cuma nak tahu je.Sebab sekarang ni Iman sibuk sangat dan jarang jarang datang sini."
Aduh! ni soalan cepu emas.Apa aku nak jawab?
"Err....
Terkulat kulat aku nak menjawab.Aku ingat Fatihah tahu perkerjaan Iman.Apa aku nak cakap ni."Fikir Riz,Fikir apa yang aku nak cakap ni." Detik hati aku.
"Tihah!"
"Ya ummi."
"Dah nak masuk waktu asar ni,cepat suruh budak budak tu kemas,lepas tu bersiap untuk solat."
"Baik ummi."
"Huh! selamat." keluh hati aku.Nasib baik ummi datang tepat pada masanya.Kalau tak berpeluh juga aku nak memikir.Takkan lah aku nak berterus terang dengan Fatihah yang Iman isteri aku,gila! Conform Fatihah reject aku tanpa alasan.Hari ni aku lepas,nanti kalau Fatihah tanya lagi apa aku nak jawab.Ahh biarlah malas nak fikir.Yang penting Fatihah dan semua orang dekat Rumah Kasih Walid ni tak akan tahu status perkahwinan aku dan Iman sebab dari awal lagi aku dah beri amaran keras pada Iman.
"Iman aku akan ikut kau pergi tempat tu.Tapi dengan syarat,aku nak kau rahsiakan status perkahwinan kita.Jangan ada sesiapapun dekat rumah tu tahu tentang kita,Ingat! Aku nak kau beritahu diaorang aku bos kau! tapi kalau kau berani buka mulut bagitahu diaorang aku takkan...
"Alah Cik Fariz ni.Tak payah la nak ugut ugut saya.Dah macam gangster.Tak sesuai lah muka jambu macam Cik Fariz ni nak jadi gangster.Cukup lah sekali je cakap,saya faham lah.Ye,saya janji tak kan bocorkan rahsia kita."
Ini lah perangai Iman.Selamba menjawab.Tak sempat aku habis cakap dia dah mencelah,lepas tu menyindir aku.Sakit hati aku.
"Cik Fariz."
"Hah,ya Tihah"
Tersedar aku dari lamunan apabila lembut suara Fatihah memanggil aku.Perlahan aku angkat kepala memandang Fatihah.Berseri betul raut wajah Fatihah apabila mengenakan telekung putih.
"Jom kita solat asar sama sama.Walid dengan semua yang lain dah tunggu tu."
"Aa aa.Jom!"
Tersenyum aku sendiri sambil bangun dari sofa dan mengikut langkah Fatihah menuju ke ruang solat.
Selepas selesai solat berjemaah asar bersama semua isi rumah Kasih Walid aku luangkan masa sebentar berbual bual dengan walid,ummi dan ustaz Fahmi lelaki idaman Iman.
"Lelaki macam ni yang Iman suka! Aku lagi hensem.Dah la tak tahu berfesyen,orangnya muda lagi tapi pakaian tu dah macam pak cik pak cik.Hah elok sangatlah dengan Iman,dua kali lima.Tapi apahal si Ustaz ni dari tadi asyik curi curi pandang Tihah.Bukan dia suka Iman ke? Issh takkan lah dia ada hati dengan Tihah kut.Eleh,aku yakin kalau ustaz ni suka Tihah pun,mesti dia bertepuk sebelah tangan.Tihah takkan nak lah lelaki macam ni,tak moden.Lain lah Iman,lelaki macam ustaz ni selera dia."
Dia orang rancak berbual,tapi aku pula sibuk membebel dalam hati sambil aku perhatikan Ustaz Fahmi.Panas pula hati aku bila bola mata ustaz Fahmi kerap pula memandang Fatihah yang sedang sibuk bermain dengan anak anak dirumah kasih Walid. "Tak apa,setakat pandang aku okey je,aku sabar.Kalau kau nak lebih lebih tahu lah nasib kau Ustaz! Tak lama je lagi,aku ku jadikan Fatihah suri hidup aku.Masa tu kau gigit jari jelah wahai ustaz Fahmi." aku masih terus membebel,apa yang diaorang bualkan aku tak ambil tahu,apa yang aku tahu mata aku ni tiba tiba rasa berat.
"Cik Fariz!"
"Cik Fariz!"
"Cik Fariz!"
"Hah! ya ya saya."
"Allah hu akbar,penat sangat ya sampai tertidur.Dah bangun pergi cuci muka lepas tu ambil wuduk kita nak solat magrib."
Kata Walid sambil ukir senyum sinis.
Astagfirullah hal Azim.Macam mana lah aku boleh tertidur.Berkali kali walid panggil aku tak sedar.Sampailah walid tepuk bahu,baru lah kedua bola mata aku terbuka.Aduh malunya.Entah bilalah aku tertidur,celik je mata dah gelap,dah masuk waktu magrib pun.
Selesai sudah sekali lagi aku solat berjemaah bersama isi rumah Kasih Walid,dan dengan itu juga selesai sudah aku habiskan masa bersama Fatihah dan seluruh penghuni dirumah tu.
BAHAGIA dan GEMBIRA itulah perasaan yang aku rasakan sekarang.
"Amboi! senyum lebar ceria ja.Apa yang bahagia sangat tu."
Sepintas lalu aku tengok Amir yang sedang kusyuk memandu.
"Tak ada apa apa lah,saja senyum" tenang suara aku menjawab persoalan Amir.
"Iya lah tu tak ada apa apa.Seronok lah dapat luangkan masa dengan klone Sofia."
Aku senyum lagi.
"Mestilah seronok! kau tahu tak,aku rasa happy sangat dapat berbual dengan Fatihah.Suara Fatihah,senyum,gelak semuanya sama macam Sofi.Terubat rindu aku pada Sofi."
"Terubat rindu,seronok!.Eh Riz,kau tak rasa bersalah ke kat Iman.Kau seronok kat sini dengan klone Sofi,yang Iman kat rumah opah tu menderita siang malam kena buat kerja.Aku tak faham lah dengan kau ni.Elok Iman tu ulang alik,kau suruh dia tinggal kat sana terus apahal.Kau ni memang dah tak perlukan dia ke.Kalau kau rasa kau dah tak perlukan Iman,kau ceraikan dia.Biar dia bebas.Ni tak kau suruh dia kerja kat rumah opah,jaga opah.Lepas tu kau langsung tak ambil tahu.Kau tahu tak Iman kat sana dah macam orang suruhan macam macam kerja dia kena buat...
Sakit pula hati aku dengan perangai Amir.Aku tengah happy,tiba tiba dia membebel marahkan aku pasal Iman.Semua benda dia salahkan aku,ini yang aku tak puas hati.
"Eh Amir,yang kau nak naik angin marahkan aku apahal? Kau tak tahu apa apa pasal Iman,kau jangan nak tuduh tuduh.Aku tak suruh Iman tinggal kat sana,Aku tak paksa pun dia kerja kat situ.Iman sendiri yang nak.Kau tak kenal perempuan mata duitan tu,kalau bab duit apa saja dia sanggup."
Sedas aku menjawab dengan ton suara tinggi.Amir ingat dengan cerita dia tu aku nak kesiankan Iman.Memang tak lah,Sakit hati lagi adalah.Sibuk nak tinggal dekat rumah Opah,kononnya kesiankan orang tua mulut puaka tu.Lepas tu sibuk suruh aku balik sana melawat opah.Alasan,opah rindukan aku,opah selalu tanya tentang aku.Iman ingat aku percaya,aku kenal lah Wan Zaitun tu hati batu,mulut puaka.. Pantang betul aku kalau ada orang suka masuk campur urusan keluarga aku.
"Kau dengar sini Amir,kalau kau anggap aku kawan.Tolong jangan masuk campur urusan aku dengan Iman.Kau tak tahu apa apa pasal kita orang.Jadi lebih kau diam.Soal Iman,kau tak payah kesiankan dia.Itu semua pilihan dia.Biar dia hadap! Dan satu lagi,mulai esok kau tak payah ambil aku.Aku dah boleh drive sendiri."
Tegas suara aku lontarkan kata kata berbaur amaran pada Amir.Dengan rasa marah aku hempas kuat pintu kereta dan berlalu pergi.
Share this novel