BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
"Haish.. Nak taip apa ya! Salam,hai Tihah,buat apa tu? awak sihat ke?.. Issshh.. ayat ni macam budak sekolah la! Tak boleh,tak boleh padam lah.Hmmm.. nak taip apa ya???"
Termenung aku sekejap didepan ruang tamu.TV aku biarkan bersiaran,tapi aku tak tengok pun.Bola mata dan otak aku sibuk fikirkan ayat ayat jiwang untuk aku taip di skrin handphone.
"Salam Tihah,hai saya Fariz,bos Iman,boleh kita berkenalan... Hah ayat ni macam okey je.Tapi nak send ke tak ni..Aduh apahal lah jantung aku berdebar semacam je."
Beberapa perkataan aku dah taip diruangan pesananan whatssap tapi jari jemari aku tiba tiba pula menggigil dah macam orang parkinson,masih teragak agak nak sentuh butang send.
"Salam Tihah,saya Fariz bos Iman.Boleh kita berkenalan.Eeuu,teruknya ayat!"
"Iman!"
Sepantas kilat aku toleh belakang.
"Oi! kau baca whatssap aku! Teruk betul kau ni.Tak hormat privasi orang."
"Ops! sory terbaca."
Selamba Iman menjawab,kakinya mula melangkah kebahagian depan sofa lalu dia jatuhkan punggung duduk disofa bersebelahan aku.Remote TV atas meja Iman ambil lalu kedua belah kaki Iman silangkan sambil bola matanya memandang tepat skrin TV.
"Cik Fariz ni memang tak reti nak mengurat perempuan ke! Kalau macam tu lah ayat Cik Fariz hantar pada Tihah,Conform! Tihah takkan balas."
Kecil besar kecil besar ja aku tengok Iman.Geram!
"Ewah ewah,sedapnya mulut kau menyindir aku.Ya! Memang aku tak reti mengurat perempuan sebab selama ni perempuan yang selalu mengurat aku."
Sedas aku menjawab.Apa Iman ingat aku ni lelaki jenis ulat bulu.Tolong sikit,aku ni lelaki ada kelas lah.Tak berbual dengan sebarangan perempuan.
"Eleh! ye la tu,perasan! Ada ke perempuan yang nak kan lelaki muka sombong macam Cik Fariz ni.Nak senyum pun susah.24 jam muka tu serius ja!"
Amboi! cari pasal nampak!
"Oi Nurul Iman,aku ni serius bersebab tau! sebab aku taknak perempuan perempuan kejar aku,konon nak berkenalan lah lepas tu berkawan dan lepas mula lah nak menggatal,aku tak suka,aku rimas!"
"Uwek.. Eeuu nak muntah lah saya dengar.Entah perempuan mana lah yang kejar Cik Fariz.Saya rasa semua tu hanya khayalan Cik Fariz sebab saya tak pernah nampak pun ada perempuan yang nak mengurat Cik Fariz.Setahu saya Syahmi sorang ja yang tergilakan Cik Fariz.Itu pun lelaki berjiwa wanita."
Amboi! main kasar nampak,padunya ayat! siap gelakkan aku lagi,melampau! Ni yang aku panas! kecil ja aku tengok si Iman.Makin berani pula dia mengata aku ya.
"Kau ni apahal Iman.Saja nak cari pasal.Kau ingat kau tu elok sangat! Buah hati pun tak ada.Kawin pun sebab terpaksa.Hei Iman,kau saja kan nak sakitkan hati aku,sebab kau cemburu kan,ya la aku kan tak suka kau aku suka Tihah.Kau sakit hatilah."
Iman tenung aku sambil kerut dahi.Entah apa pula dia nak menjawab.
"Eee.. Tak ada masa lah saya nak cemburu kan Cik Fariz dengan Tihah.Kalau Cik Fariz nak tahu,sikit pun saya tak sakit hati.Saya tak kisah pun Cik Fariz nak suka atau gilakan Tihah.Saya okey ja.Saya sokong! Yang penting Cik Fariz tak mungkir janji.Tapi tu lah Cik Fariz ni beriya cakap tak suka saya,betul ke! sebab bila Cik Fariz nak tuu.. saya juga yang Cik Fariz cari.Lelaki! kalau bab cinta setia hujung nyawa tapi kalau bab nafsu kelaut.Dah lah,tidur lagi bagus! nak layan TV,tak ada cerita romantik.Nak layan suami pula,suami sibuk nak berbalas whatssap dengan perempuan lain.Tidur jelah! Tepi sikit saya nak lalu."
"Aduh,Oi sakitlah.Ruang punyalah besar depan aku juga kau nak lalu."
"Ops sorry! Tak nampak."jawab Iman bersahaja sambil terus mengatur langkah.
"Alasan! saja la tu nak balas dendam.Sengaja pijak kaki aku,Tak puas hati.Jelous taknak mengaku.Aduh sakitnyaa."
Sambil gosok ibu jari kaki yang sakit aku membebel sorang sorang,.Bola mata aku pula tak lekang perhatikan isi punggug Iman yang berayun mengikut langkah kaki Iman berjalan menuju ke bilik.
Panjang lebar pula si bendul ni menjawab.Kata kata yang keluar dari mulut Iman macam pisau potong daging,tajam!.Tapi kata kata yang las tu aku suka,mendalam betul maksudnya.
"Hah! Baru aku teringat malam ni malam Jumaat.Malam sunat untuk bunuh Syaiton.Patutlah seksi sangat pakaian Iman malam ni.Nak goda aku lah tu.Haish apasal aku tak perasan tadi." Detik hati aku,bibir aku ni dah mula ukir senyuman nakal.Otak aku lagi la nakal! fikirkan aksi hebat malam ni.
Bila otak dah fikir!Baby Boy apa lagi mula la meminta minta nak berkasih sayang.Al maklumlah dua minggu puasa.
Betul la tu cakap Iman.Lelaki,kalau bab Cinta setia,tapi kalau bab nafsu ludah sendiri pun sanggup jilat balik.Niat nak kirim whatssap pada Fatihah aku tangguhkan dulu sebab aku ada misi yang lagi penting malam ni.Imann tunggu aku...
"Allah hu akbar.,Ya Allah Cik Fariz ni.Terkejut saya."
Terkejut Iman,tiba tiba aku cempung tubuhnya dari arah belakang.Iman pula sepantas kilat rangkul leher aku dan bola matanya merenung sisi wajah aku.
"Hai.. tadi kata tak suka saya.Ni apahal tiba tiba Cik Fariz angkat saya,nak bawa pergi mana?"
Sempat lagi nak menyindir.Sudah gaharu cendana pula,dah tahu saja nak tanya.Mana lagi bilik lah.
"Tadi aku tak suka! tapi sekarang aku suka.Seksi sangat kau malam ni.Kenapa tak cakap awal awal malam ni malam Jumaat bolehlah aku buat persiapan.Tapi kan bila kau beli baju ni.Aku suka lah warna ni.Biru lembut warna kesukaan aku."
"Minggu lepas,masa kita keluar beli barang rumah.Kebetulan Cik Fariz pergi minum dengan Amir.Saya jalan jalan la sekejap dalam mall tu.Dah terjumpa saya beli lah.Tapi okey ke saya pakai macam ni.Malu lah!"
Tenang suara aku dan Iman berbual disusuli tawa manja.Iman masih berada di pengkuan aku,sementara aku pula labuhkan punggung duduk dibirai katil dan kami terus berbual sebelum beraksi diranjang.
"Okey sangat,aku suka.Tak payah malu lah,kita kan suami isteri.Kalau malu malu rugi.So malam ni aku nak ikat tangan kau yang nakal ni,aku nak nikmati kau puas puas,boleh."
Tanpa rasa segan silu aku suarakan kemahuan aku ditelinga Iman sambil aku pegang erat pergelangan tangan Iman.
Iman pula tak menolak tapi mengangguk dan ukir senyuman nakal.Riak wajah Iman jelas terangsang mendengar bisikan ayat ayat godaan dari bibir aku di cuping telinganya.
Inilah perangai aku dan Iman,bila NAFSU mula menguasai diri,semua perselisihan faham kami letak tepi.
Kami mungkin tak ada perasaan cinta antara satu sama lain,kami kerap berbalah,sindir menyindir tapi bab hubungan INTIM,kami lah Juara.Hubungan atas katil kami nikmati dengan berbagai cara tanpa ada rasa malu.Aku puaskan Iman,Iman puaskan aku.Aku suka dengan cara Iman layan aku dan Iman juga menikmati setiap sentuhan aku.Buktinya,setiap kali kami bersama resahan suara Iman akan memecahkan kesunyian ruangan bilik dan esoknya cadar bilik aku wajib kena tukar,basah!
Iman,Iman...
Inilah sebabnya perasaan aku berbelah bahagi untuk aku ceraikan Iman.Beberapa hari aku tak menikmati tubuh montok Iman,pasti aku akan ketagih.Aku mungkin tak cintakan Iman.Tapi aku perlukan Iman untuk melampiaskan nafsu jantan aku yang tak pernah jemu dengan layanan Iman.
"Iman kau dah tidur ke?"
"Belum"
Balas Iman lemah suaranya.Penat la tu dua pusingan game malam ni.
"Macam mana hari pertama kerja rumah opah.Okey ke? Opah buat perangai tak?"
Soal aku sambil aku perhatikan wajah Iman yang menempel didada bidang aku.Helaian rambut Iman yang menutup wajahnya aku alihkan ketepi.Sepintas lalu Iman angkat kepala tengok aku.
"Okey je.Opah macam biasa lah."Ringkas jawapan Iman.
"Mama,papa,abang Izal,Tasya layan kau kasar tak."
Aku masih bertanya lagi.Aku nak tahu sangat kelakuan diaoarang pada isteri aku.
"Tak kasar,Okey je.Dia orang semua....
Diaorang semua... Itulah kata kata terakhir dari mulut Iman.Lepas tu aku hanya dengar dengkuran kecil dari wanita yang terbaring lemah didada aku.
"Lah,tidur dah!Patut lah diam je.Senang betul kau tidur Iman.Asal letak kepala je pejam mata.Aku ni pula susah nak tidur,badan dah penat macam ni pun masih tak boleh nak pejam mata.Tak rasa mengantuk."
Keluh hati aku terus merenung raut muka Iman yang tenang menikmati tidurnya.Entah apalah yang Iman mimpi sesekali bibir mugilnya ukir senyum.
Aku agak lah Iman ni mesti mimpi dapat duit.Sebab cara senyuman Iman sama ketika aku hulurkan duit untuk disumbangkan kepada Rumah Perlindungan Kasih Walid.Senyum lebar sampai telinga,seronok bila aku cakap aku akan bayar sewa bulanan Rumah Kasih Walid.
Aku buat semua ni pun bersebab,aku nak tawan hati Fatihah dan tunaikan janji aku pada Iman.Iman cakap aku tak perlu ucapkan kata kata pujangga pada gadis yang bernama Fatihah,cukuplah sekadar jadi lelaki DERMAWAN dan cuba libatkan diri dengan kerja kerja amal.Conform! Fatihah akan tertarik dengan aku.
FATIHAH
Alhamdulillah saya sihat.Cik Fariz pula apa khabar.Oh ya,Cik Fariz.Terima kasih banyak banyak sebab sudi jadi penyumbang utama Rumah Kasih Walid.Semoga Allah limpahkan rezeki untuk Cik Fariz.Untung Iman dapat majikan yang baik hati macam Cik Fariz ni.
"Yes!.Akhirnya kau balas juga pesanan whattsap aku."
Pagi pagi lagi aku dah tersenyum lebar sorang sorang lepas baca pesanan whatssap dari Fatihah.Setelah beberapa kali aku hantar pesanan whatssap,inilah pertama kali Fatihah balas.
"Hai Cik Fariz,gembira betul pagi ni.Tihah dah balas whatssap ke."
Lantang suara Iman menegur aku dari arah dapur.Langkahnya laju menghampiri meja makan sambil membawa sepinggan nasi goreng dan segelas susu.
Aku toleh tengok Iman sambil mengangguk."Ya! dia dah balas.Tihah cakap terima kasih."
"Lah tu ja.Takkan cakap terima kasih je kot.Cik Fariz pula balas apa."
Soal Iman,tenang ja suaranya.
"Entah lah.Aku pun tak tahu nak tanya apa.Aku tak biasalah berbalas whatssap dengan perempuan."
"Hmm apa kata Cik Fariz bagitahu Tihah,bila bila ada masa Cik Fariz nak pergi melawat Rumah Kasih Walid.Nak ajar kanak kanak dekat situ melukis.Tihah mesti suka sebab Tihah pun minat melukis.Tapi tu lah Tihah ni tangan dia keras sikit.Kalau lukis rumah jadi sekolah,kalau lukis pantai jadi tasik,kalau lukis bukit bukau jadi padang pasir,rasanya kalau Tihah lukis muka Cik Fariz yang tak reti nak senyum ni mesti jadi...
Seketika Iman diam,bola matanya bergerak gerak merenung muka aku.
Buat muka macam ni,mesti nak menyindir aku.
"Jadi apa? Hah tu nak mengata aku lah tu.Saja nak cari pasal pagi pagi ni."
Sedas aku sound Iman.
Iman tergelak kecil "Alah Cik Fariz ni,jangan lah marah,cuba senyum sikit barulah hensem kalau Tihah tu lukis muka Cik Fariz."
Aku cuba tahan bibir aku ni dari ukir senyum,tapi tak boleh.Pandai betul si Iman ni tawan hati aku dengan gurauan spontan dia dan pandai betul Iman sembunyikan parasaannya pada aku.
Share this novel