bab 59

Romance Series 235030

"Abang.. abang dah makan."

"Dah,sayang dah makan?"

"Dah.. Err.. Abang."

"Hurmm... Ye sayang."

Panggilan aku Fariz sahut.Tapi bola matanya lebih tertumpu pada skrin handphone.Duduknya pula bersila diatas katil.Dan aku masih berdiri menatap Fariz dengan perasaan serba salah.

"Sayang.. Kenapa ni? panggil abang,tapi diam pula."

"Abang sibuk tak?"

"Sikit sikit je.Nak setelkan kerja.Nanti malam kan kita dah nak bertolak ke KL.Kenapa sayang"

"Ohh..Takpa lah kalau macam tu.Abang siapkan kerja dulu.Nanti nantilah kita berbual."

Lepas aku cakap macam tu aku terus pusing badan mengatur langkah nak keluar dari bilik.Tapi tiba tiba lengan aku ditarik.

"Sayang kejap.Duduklah sini kita berbual." Kata Fariz.Handphone ditangan dia letakkan dimeja sisi katil.Tangan aku terus ditarik.

"Eh,tak apa bang.Abang setelkan kerja dulu.Lepas tu kita berbual."aku pula menolak baik ajakan Fariz.Tapi Fariz terus bekeras.

"Takpa sayang.Kerja tu jap lagi abang boleh buat.Sekarang ni abang nak luangkan masa dengan isteri abang ni.Duduk lah.Cakap apa yang sayang nak cakap."

Kata Fariz sambil ukir senyum manis.Alahai hensemnya.

Senyuman Fariz aku balas lalu aku labuhkan duduk dibirai katil berhadapan Fariz.Tangan Fariz yang masih melekat dengan tangan aku,aku gengam erat.

"Abang,Saya.. saya nak minta maaf.Pagi tadi saya tak temankan abang sarapan.Saya bukan merajuk dengan abang.Tapi saya tak larat nak bangun.Semalam tidur lewat."

"Takpa sayang abang faham,abang tak ambil
hati lah.Lagipun tadi Farah temankan abang.Tapi sayang tu,kenapa semalam tidur lewat? Tadi pagi bangun tak solat subuh?."

"Eh solat lah.Saya bangun solat lepas tu tidur balik.Tihah kejut ajak pergi sarapan,tapi saya tak nak ikut.Kepala ni berat sangat."

"Lah Kenapa? sayang sakit kepala ke?Ni sekarang,sakit lagi tak?"

"Tadi pagi je.Sekarang dah baik.Abang..

"Ye sayang,kenapa ni?Ada masalah ke?"

"Tak,takda masalah pun.Abang,Saya nak minta maaf sekali lagi...

"Lah minta maaf lagi.Hari ni hari raya ke sayang."

"Ishh.. abang ni,merepeklah.Hari raya pula."

"Habis tu dah asyik minta maaf je.Selalunya hari raya kan orang minta maaf."

Jawab Fariz dengan nada gurauan,bibirnya masih ukir senyum nipis.

"Abang ni,orang serius main main pula."

"Okey okey.. cakap lah."

"Abang..saya nak minta maaf,minta ampun pasal semalam.Saya salah,saya berdosa dengan abang.Saya tak sepatutnya berkelakuan macam tu.Saya takda niat pun nak sakitkan hati abang,tapi entahlah tiba tiba je semua tu jadi."

Jujur dan ihklas aku luahkan rasa hati ni.Aku tahu Fariz mungkin tak ambil hati atau terasa hati dengan perbuatan aku semalam.Sebab cara dia layan aku baik je.Tapi sebagai seorang isteri aku harus minta maaf.Aku nak jadi isteri solehah untuk Fariz.

Fariz ukir senyum,tenang riak mukanya selepas dengar luahan hati aku.Telapak tangannya pula dah melekat dekat pipi aku,ibu jari tangan dia gerakkan mengusap pipi aku dengan lembut.

"Tak apa sayang.Abang tak marah pun.Abang faham perasaan sayang.Sayang tak salah.Abang yang salah.Abang yang harus minta maaf dengan sayang.Abang bodoh sayang.Abang bodoh! Abang tak patut cakap macam tu kat sayang.Sumpah sayang! Abang menyesal,menyesal sangat.Abang..

"Shutt..dah dah."

Kata kata Fariz aku diamkan dengan letakkan jari telunjuk dibibirnya.Sayu bola mata aku merenung sepasang bola mata Fariz yang berkaca.

"Abang,kita tak payah dah cakap hal ni.Kalau boleh saya nak lupakan semuanya.Saya percaya abang dah berubah.Saya tahu abang dah menyesal.Saya nampak abang ikhlas sayangkan saya,sayangkan Farah.Kita mulakan hidup baru disini.Kita kuburkan sejarah rumah tangga kita yang dulu.Kita bina rumah tangga baru disini.Di Resort Permai Indah.Boleh kan abang."

"Ye sayang,boleh.Untuk sayang semua boleh.Abang tak kisah kat mana pun kita tinggal.Yang penting abang sentiasa dengan sayang.Abang sayang sangat Iman,abang sayang Farah.Syukur Alhamdulillah,terima kasih sayang sudi maafkan abang.Abang janji abang..

"Abang.. Dah la tu.Dah banyak kali abang janji tau."

Aku merungut dengan nada gurauan.Fariz pula tergelak kecil.Hurrmm comel lah,geram pula aku tengok.

"Sayang terima kasih tau." ujar Fariz lagi.

"sama sama kasih."balas aku sambil ukir senyum.

Ya Allah,Alhamdulillah.. Seketika aku rasa tenangnya jiwa ni berada didalam pelukan sang Suami.Aku sayang Fariz dan aku cinta Fariz sepenuh hati ni.

"Sayang..

"Hurrmm" panggilan Fariz aku sahut tanpa suara.

"Abang sayang sayang tau,sayang sangat."

"Hurmm tahu lah.Saya pun sayang abang..Sayang sangat."

Balas aku,sambil aku peluk erat tubuh sasa Fariz.

"Sayang.."

"Ye abang..

"Jom..

"Jom.Pergi mana?"soal aku tanpa memandang Fariz.Suka betul aku berada dalam pelukan Fariz.

"Tak pergi mana mana lah.Lepak dalam bilik je.Jom kita buat adik untuk Farah."

Hah! buat adik untuk Farah? Siang siang hari ni? Haishh.. Ni lah lelaki pantang dapat lampu hijau,pantang bersentuh kerja nak mematuk ja.Hurmm... nak setuju ke tak ya??

Sungguh nyaman suasana petang ni.Cuacanya tak terlalu panas.Anginnya pula sepoi sepoi bahasa je.Jadi boleh lah aku bersama keluarga Fariz berkelah di pantai.Menikmati masa yang tersisa sebelum kami semua bertolak ke Kuala Lumpur malam ni.

Dari jauh aku dan Natasya perhatikan Fariz,Faizal,Puan Ainun,Dato Mansur melayan karenah Amirul,Adam dan Farah.Duduknya kami berdua bersantai diatas tikar.Sambil sambil tu potongan buah epal jadi kudapan kami.

"Happy betul papa dengan mama.Seronok I tengok.Dah lama tau diaorang teringin sangat nakkan cucu perempuan.Akhirnya dapat juga."

"Ye ke.Tapi saya rasa papa dengan mama tu happy sebab diaorang ada ramai cucu.Tak kira lah lelaki perempuan,kalau dah cucu diaorang mesti sayang.Kadang tu sayang diaorang lebih dari anak anak sendiri."

"Aa.. aa betul! I setuju.You tau tak Iman.I ni namanya je mummy diaorang.Tapi I langsung tak boleh marah anak anak I.Kalau I marah je,mesti kena tegur dengan mama,papa.Sebab tu lah Amirul dengan Adam ni kadang kadang tu melampau.I kalau nak marah diaorang,I marah dalam bilik.Tapi tu lah,budak budak ni mesti mengadu kat atuk dengan opah diaorang.Alih alih I juga kena tegur."

Tergelak kecil aku dengar rungutan Natasya.Betul la tu apa yang Natasya cakap.Puan Ainun dan Dato Mansor ni sayang betul kat cucu diaorang.Sebab aku pun dah pernah kena tegur dengan Puan Ainun sebab bertegas dengan Farah.

"Iman,I nak tanya sikit boleh."

"Boleh,tanya lah.Banyak pun tak apa."

Jawab aku bersahaja.

"Err.. macam mana you dengan Fariz boleh kawin hah.Setahu I,Fariz ni susah tau nak suka perempuan,nak lagi perempuan macam you.Bukan citarasa dialah.Err.. sorry,maksud I,you yang dulu.You yang sekarang ni cantik.Tak hairan lah kalau Riz sayang gila kat you.Eh,You tahu tak bila I tahu Fariz kawin dengan you,I terkejut gila.Ye lah,I tak sangka cepat betul Riz cari pengganti Sofi.I pelik,Riz tu sayang gila kat Sofi.Tak kan lah semudah tu kan dia lupakan Sofi."

Aku tersenyum nipis dengar ayat ayat jujur yang keluar dari mulut Natasya.Tapi aku tak ambil hati pun.Aku tahu Natasya tak berniat apapun.Kakak ipar Fariz ni baik je orangnya,cantik,sopan santun,lemah lembut,cuma belagak sikit je lah.Rumah aku dia tak nak masuk,panas katanya.Al maklumlah anak datuk.Mana tahu hidup susah.

Soalan Natasya aku jawab satu persatu.Aku tak jujur pun.Ada lah aku reka cerita sikit sikit.Bohong sunnat.Aku kenalah jaga maruah Fariz kan.

Aku cakap dekat Natasya,kita orang berpisah disebabkan perkahwinan kami tak direstui.

"Hurrmm kesian korang kan.Tapi orang kata kalau dah jodoh tu tak kemana.Walaupun dah 4 tahun korang bertemu kembali akhirnya.Dan sekarang dah jadi pasangan suami isteri pun.I happy for you Iman."

Tersenyum lebar pula aku kali ni.Kata kata ikhlas Natasya buat jiwa aku tenang dan bahagia.

Aku bahagia tengok Fariz tanpa jemu melayan kerenah Farah yang suka main pasir.

Aku bahagia tengok Puan Ainun kerap merenung dan cium pipi dan dahi Farah.

Aku bahagia tengok anak anak Natasya menerima baik kehadiran Farah.

Dan aku sangat bahagia tengok Dato Mansor melayan Farah dengan penuh kasih sayang.Apa yang Farah nak semuanya Atuk Mansor akan beri.Farah apa lagi,senyum sampai telinga lah.

Tapi dalam kebahagian ini,aku rindukan opah.Aku rasa terkilan kerana tak dapat tunaikan janji aku pada Opah.Aku janji nak bawa opah pergi pantai main pasir.Tapi... "Maafkan Iman opah,Iman dah mungkir janji."Detik hati aku sebak.

"Eh Iman,you kenapa? you menangis ke?"

Muka sedih aku Natasya dah perasan.Cepat cepat aku kesat air mata.

"Err.. Tak ada apa apalah.Saya tak nangis.Pasir masuk mata."

"Ohh..Eh nah air cuci mata you tu."

Seketika aku dan Natasya diam,aku pura pura cuci mata dan Natasya pula tak lekang bola matanya perhatikan aku.

"Sayang kenapa ni?"

Tengah aku cuci mata tiba tiba Fariz pula datang.Risau betul dia tengok aku.Siap peluk bahu aku.

"Mata Iman masuk pasir tadi." Kata Natasya.

"Lah,ye ke.Sayang okey tak ni.Sini abang tengok."

"Eh,tak pa lah.Sikit je dah okey lah."

"Sayang.. duduk diam diam biar abang tengok."

Aduh Fariz ni,risau lah sangat.Segan pula aku tengok Natasya dan ahli keluarga lain perhatikan Fariz hembus bola mata aku.

"Okey okey bang.Dah,dah.Saya rasa dah tak pedih."

"Betul ke ni.Kalau rasa sakit lagi kita pergi klinik."

"Eehhh tak payah tak payah.Dah okey dah.Abang pergilah sambung main dengan Farah."

"Hurmm okey,Tapi kalau sayang rasa sakit panggil abang ye."

"Ye abang"

Jawab aku sambil ukir senyum.

Lepas aku cakap macam tu Fariz pun bangun,tapi sempat lagi dia hadiahkan ciuman dipipi aku.Aduh.. malunyaa.

"Amboi.. romantiknya pengantin baru ni.Jelous I."

Ha tu kan,gatal Fariz ni nak cium bagai.Kan aku dah kena sindir dengan Natasya.

Aku ukir senyum malu malu kucing.Segan pula nak tengok muka Natasya.

"Bertuah you Iman dapat husband romantik macam Riz tu.Sayang betul dia kat you.I kan Iman,sebenarnya happy sangat tengok keluarga ni dah berubah bahagia macam ni.Lagi lagi Fariz.Dah lama I tak tengok dia ceria macam ni.Lepas you tak ada dalam hidup dia,Riz banyak termenung je.Kurang bercakap.Kurang bergaul.Masanya banyak dia habiskan dengan opah.Tapi lepas opah meninggal lagi lah Riz berubah.Dia kerap keluar.Dia pergi mana I tak tahulah.Maybe dia cari you."

"I faham hidup Riz tertekan.Mama pula sibuk nak suruh Riz kawin lain.Tapi semua anak anak kawan mama Riz reject macam tu je.And las sekali mama putus asa.Barulah mama sedar yang Riz sayang you sorang je."

Mama berubah selepas tahu semuanya tentang aku kata Natasya.

Tentang aku si penderma darah kepada anaknya.

Tentang aku si wanita yang menjaga anaknya seikhlas hati.

Tentang aku si wanita yang mengandungkan cucunya.

Aku dengar semua cerita Natasya dengan perasaan yang bercampur baur.Perasaan gembira dan bahagia.Aku tak bangga,aku tak riak sebab semua yang aku buat tu ikhlas dari hati.Aku ikhlas sebab aku teringin sangat nak menumpang kasih sayang dari keluarga Fariz.Tapi sebaliknya yang berlaku.

Tapi setelah Allah berikan aku berbagai dugaan,hujan,ribut,petir,banjir dan kini Allah hadiahkan pula pelangi yang indah untuk aku dan Farah.

"Iman,Iman..

"Hah,ya Tasya."

"You ni berangan ya."

"Eh tak lah."

"Eleh,I nampak lah you senyum sorang sorang.Fariz tu pula dari tadi asyik curi curi pandang you je.Tahu lah pengantin baru.Tak sabar eh!"

"Ishh awak ni,mana ada.Saya tengok Farah lah."

"Okey.. okey.. what ever lah.Eh,jom mandi.Dari tadi asyik tengok diaorang main air je mana tahan.I pun nak berendam dalam air laut juga."

Natasya dah bersemangat tu,dah siap sapu losyen anti panas kat muka dan lengan.Natasya ajak aku,aku pun nak berendam juga tapi..

"Err awak pergi lah.Saya tak boleh saya cuti."

Ajakan Natasya aku tolak baik.Ya aku cuti,datang bulan.Baru nak seronok seronok dengan cik suami pagi tadi tiba tiba datang bulan.Aku ingat air yang keluar tu sebab ransangan,tapi bila seluar kecil aku Fariz lucutkan ada kesan warna merah la pula..Aduhh Hampeh.Kecewa betul kami berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience