BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
"Apahal lah dengan perempuan ni,ke hulu ke hilir.Sakit ke apa?"
Bisik hati aku sambil menikmati sarapan pagi roti bakar telur goyang,bola mata aku sesekali melirik kearah Iman.
Entah apa pula masalah yang mengganggu Iman,pagi pagi lagi dah berkawad kesana kesini.Kejap duduk,kejap berdiri lepas tu gigit jari kerut dahi.
"Eh,Iman kau ni apahal hah? jalan sana jalan sini,kejap bangun kejap berdiri.Rimaslah aku tengok. Kau duduk diam diam boleh tak."
Dengar ja suara aku langkah Iman terhenti,macam kilat Iman toleh ke arah aku.
Hah sudah! Riak muka Iman dah cukup untuk aku faham isi kotak fikiran dia.
"Cik Fariz...
Dia dah panggil.Aku diam,buat bodoh je.Makan lagi bagus.Buat suara manja macam tu ni mesti nak pinjam duit lagi,Sorry! kali ni aku takkan bagi.
"Cik Fariz!"
Sekali lagi Iman panggil nama aku,tapi jaraknya sekarang berada tepat depan mata aku.Macam toyol,entah bila lah dia berjalan.Tapi aku masih tak menyahut.Aku makan buat tak tahu je.
"Cik Fariz...
Iman panggil lagi.Kali ni sepintas lalu aku toleh tengok,tapi aku keras hati buat tak tahu juga.
"Cik Farizzz...
Panggil lagi! dan kali ni nak tak nak terpaksalah aku menyahut.Iman ni memang manusia yang tak kenal erti putus asa.
"Kau nak apa Iman? Cik Fariz,Cik Fariz.Aku nak makan pun tak senang lah."
Tegas suara aku sound Iman.Biar Iman tahu aku bebal.
Tapi tu lah jenis manusia yang tak sensitif dengan perasaan orang ni buang masa ja kau bebal.Iman tak peduli pun,buat perangai lagi ada lah.
Sambil tayang muka manja,jari jemari Iman menyentuh lengan aku.
"Cik Farizzz.... Mmmmmm....Nak pinjam duit!"
"Duit lagi!!"
Aku ketap gigi tengok Iman.Biar dia tahu aku tak termakan lah dengan godaan dia.Ada hati nak usap usap lengan aku,gatal!.
"Tak Boleh!"tegas aku menjawab sampai bulat bola mata.
"Alah Cik Fariz.Tolong lah,sekali niiiii saja saya nak pinjam.Saya betul betul terdesak nak guna duit.Hanya Cik Fariz sorang je yang boleh tolong saya.Tolong lah...
"Tak Boleh!"
"Boleh laa"
"Tak boleh!"
"Alaaaa boleh laaa..."
"Tak bo.. leh! aku cakap tak boleh,tak boleh lah! kau ni tak faham bahasa ke!"
Sedas aku tengking Iman.Geram! berkali aku cakap masih tak faham,kang aku cakap korea kau ternganga pula.Malas aku nak layan aku terus bangun pergi dapur.Tapi Iman pun bangun juga berjalan ikut punggung aku.
"Cik Farizzz... Tolong lah.Sekali ni je.Saya betul betul nak pakai duit ni.Seribu dua ratus je.Saya janji ni kali terakhir saya pinjam."
Iman terus merayu siap angkat sebelah tangan.
SERIBU DUA RATUS JE! jumlah yang sama.Haish,Pelik!.
Siap cuci tangan aku pusing badan mengadap Iman.Aku tunduk tenung muka Iman.Al maklumlah aku tinggi,budak Iman ni paras dada aku je.
"Kau ni apahal Iman.Masuk bulan ni dah tiga kali tau kau nak pinjam duit dengan jumlah yang sama! Kau buat apa sebenarnya dengan duit duit tu.Setahu aku kau anak tunggal.Mak ayah kau pun dah tak ada.Motor,kereta pun kau tak ada.Segala makan minum kau aku tanggung.Pakaian luar,dalam kau aku beli.Nafkah! setiap bulan aku bagi.Kau bagitahu aku sekarang! apa kau buat dengan semua duit tu hah."
Seketika Iman diam setelah panjang lebar aku membebel dengan nada tegas.Kali ni aku betul betul tak puas hati bila Iman sekali lagi nak pinjam duit dengan jumlah yang sama.Aku rasa ada sesuatu yang Iman buat dibelakang aku dan sebagai suami aku perlu tahu.
"Iman! jawab pertanyaan aku boleh tak.Aku ada hak untuk tahu,aku ni suami kau."
Tegas aku lagi terus mendesak Iman yang tiba tiba kaku tunduk tengok lantai.
"Sa... saya,sa... saya guna duit tu untuk.. un... tukk..
Tersekat suara Iman nak menjawab sambil tergaru garu.Aku yang tengok ni menggerutu je geram.Conform Iman ada buat benda salah,sebab tu susah sangat nak menjawab.Manusia kalau bersalah macam ni lah gayanya.
Pap! aku tepuk kabinet dapur sambil jerit pada Iman.
"Untuk apa? Jawab cepat!"
Iman terkejut sampai terjongket bahu.Riak muka Iman dah berubah takut.
"Err Cik Fariz jangan lah marah.Kalau Cik Fariz nak tahu,petang ni Cik Fariz ikut saya.Nanti Cik Fariz akan tahu semuanya."
Pulak dah! Nak tahu kena ikut dia! pergi mana? Takkan jumpa Ah long kot,tak nak lah aku.Cari pasal!
"Kenapa pula nak kena ikut kau! susah sangat ke kau nak cerita je."
Aku tanya Iman lagi.Tak puas hati.Tapi tu lah tak sempat Iman nak menjawab,tiba tiba handphone aku bergetar.
"Hallo!"
"Woi! kau kat mana? atas lagi ke atau atas katil
dengan Iman.Woi! bangunlah,matahari dah terpacak atas kepala.Dah 15 minit aku bersidai dalam kereta ni tunggu kau.Kau tak baca ke whattsap aku.Tuan Fariz,aku ni sibuk tau.Kerja aku macam macam,kena jadi Driver kau,driver mama kau lagi.Lepas tu aku lah tukang kebun rumah Wan Zaitun,nak siram pokok.Tuan Fariz boleh tak kau bagi kerjasama,turun cepat!"
Ni sorang lagi,salam tak bagi lepas tu membebel yang bukan bukan,merungut! Macam lah kerja teruk sangat.Gaji banyak nak,baru tambah kerja sikit dah merungut.Ni lah orang melayu,kerja nak senang je.
"Kau ni apahal Mir,pagi pagi dah angin semacam.Membebel,merungut! kenapa? Mariam tak layan kau semalam."
Masuk je dalam kereta sedas aku sound Amir.Geram! tadi aku tak sempat nak menjawab.Biadap punya kawan dia tamatkan panggilan masa ku tengah bercakap.
Amir menoleh tayang muka serius siap jeling lagi.
Amboi! marah betul.
"Bro! kau okey ke ni? kau ada masalah ke.Share lah dengan aku"
Aku mula rendahkan suara.Aku kenal sangat dengan air muka Amir,macam kerang busuk kalau dia betul betul sakit hati.
Sepintas lalu Amir menoleh tengok aku kemudian mengeluh.Kali ni riak wajah Amir berubah sayu.
"Aku stress lah Riz.Mama kau lah!"
"Kenapa dengan mama?"
"Aku penat! semua benda aku nak kena buat sejak opah sakit.Sekarang ni pagi pagi aku kena datang awal sebab nak kena tolong bantu Tini uruskan opah.Lepas tu aku kena siram pokok,basuh kereta,bersihkan halaman rumah.Papa kau tu pun,cari lah tukang kebun baru.Ni tak semuanya nak harap aku.Ni lepas hantar kau,aku kena balik terus sebab nak bawa Tasya pula pergi check up.Izal sibuk nak uruskan syarikat.Aduhh penat lah macam ni Riz.Ke hulu ke hilir kadang makan pun tak sempat."
Terkedu aku dengar rungutan Amir.Ya,aku tahu semua perkara yang terjadi dalam rumah opah.Tapi aku tak sangka pula keadaan makin teruk sampai kawan aku ni terpaksa pegang semua jawatan dalam rumah tu.Parah ini parah! Aku kena tolong Amir.
"Huh! apa aku nak buat ni.Nak balik rumah opah dan jaga Opah? memang tak lah! nak tolong abang Izal uruskan Syarikat? ahh aku tak minat lah hal hal pejabat ni,Serabut kepala! Tapi takkan aku nak biar diaorang hidup dalam keadaan huru hara macam tu! Fikir Riz fikir...
Seketika aku bermonolog sendirian didalam bilik pejabat galeri,memikirkan cara untuk ringankan beban Amir merangkap sahabat baik aku.
"Hah,Iman!"
Tiba tiba aku teringat perempuan mata duitan tu.
"Apa kata aku hantar Iman je balik sana.Kat rumah pun dia dah tak sibuk sangat.Goyang kaki je.Boleh lah dia tolong Tini uruskan orang tua tu dan setelkan kerja rumah.Tapi dia mahu ke? Ahh dia mahu atau tak aku tetap akan suruh juga.Iman mesti setuju lah kalau dengar pasal duit."
"Nak lah,nak sangat! saya okey je.Lagipun saya bosan lah duduk kat rumah.Otak tak berkembang asyik mengadap perabut dalam rumah ni.Nak keluar berbual dengan jiran,suami tak izin.Nak tengok TV,lagi lah bosan asyik asyik cerita sama ja.Nak ikut teman Cik Fariz pergi galeri pun tak boleh,konon nanti saya bising Cik Fariz nak melukis pun tak senang.Nak berniaga nasi lemak kat bawah tu pun tak boleh juga sebab dah ada orang lain berniaga.Tapi rezeki masing masing lah...
Nipis je aku tenung muka perempuan bendul depan aku ni.Aku tanya nak ke tak je tapi berkarang pula jawapan dia yang menyakitkan hati aku.
"Nurul Iman!"
Aku jerit panggil Iman.Sakit telinga aku dengar rungutan dan sindiran dia.
"Ya,Cik Fariz!" jawab Iman terpinga pinga.
"Apa masalah kau ni,kau merungut!"
"Tak! sekadar luahan perasaan."
Jawab Iman spontan sambil bersiap untuk keluar petang ni.Tak malu,selamba je dia sarung pakaian depan aku.
Luahan perasaan konon,malas aku nak layan.Bersyukur lah sikit,makan minum free,tempat tinggal free,pakaian orang beli,duit dapat tiap tiap bulan.Kerja rumah pun tak teruk sangat,malam malam sedap lagi dapat sampai basah katil aku,masih lagi nak merungut.
"Bosan kan duduk rumah,nak sangat kan kerja.Tak apa esok juga aku hantar kau pergi rumah Wan Zaitun.Kau tahu lah nasib kau kat sana." Bisik hati aku.
"Cik Fariz."
"Cik Fariz"
"Ooo Cik Fariz!"
Berkali Iman panggil aku,tapi aku bodoh je.Buat buat pekak tengok skrin handphone.Aku hairan lah,aku kat sebelah dia je pun.Cakap je lah!.
"Cik Fariz.. Cik Fariz..
Iman panggil lagi,macam aku dah cakap tadi,Iman ni jenis manusia tak kenal erti putus asa.Aku buat tak tahu pun,di masih panggil aku.Nak tak nak terpaksalah aku jawab.
"Apa Iman? kau ni kan aku kat sebelah je.Kau cakap je lah terus.Tak payah panggil panggil."
Jawab tapi bebal.
"Alah Cik Fariz ni,asyik nak marah marah je macam tak ihklas pula nak ikut saya hari ni.Cik Fariz ni,dari tadi sibuk tengok handphone,Cik Fariz whatssap dengan sapa? perempuan ke lelaki?"
Kau apahal tiba tiba nak tahu.Bab ni yang aku tak suka,panas je hati ni! Pantas aku toleh tenung Iman tanpa senyuman.Riak muka aku serius je.
"Perlu ke aku jawab soalan kau tu! Suka hati aku lah aku nak whatssap dengan siapa siapa pun.Kalau perempuan kenapa? kau jelous.Hei Iman,kau dengar sini ye.Aku tak suka tau kau campur urusan hidup
aku.sibuk nak tahu hal aku.Kau tak ada hak tau! dan kalau aku ada perempuan lain sekali pun,kau tak ada hak untuk ambil tahu.Lagi satu,kalau kau nak tahu aku sebenarnya tak ingin pun nak ikut kau,aku terpaksa sebab aku nak....
Seketika aku terdiam,aku hampir terlepas cakap niat sebenar aku setuju untuk ikut Iman kerumah perlindungan KASIH WALID.
Ya,aku setuju untuk ikut Iman bukan lah sebab aku nak tahu pasal duit yang Iman pinjam
tu tapi,aku teringin sangat nak jumpa Fatihah,sahabat baik Iman.
Imbas kembali.
Pagi tadi handphone Iman tak berhenti berbunyi dan bunyi bising tu buat aku terjaga dari tidur.
"Iman.. bangun Iman,handphone kau tu bisinglah."
Dengan mata yang masih tertutup aku meraba mencari tubuh Iman,tapi Iman tak ada.
"Ishh pergi mana pula Iman ni."
Nak tak nak terpaksalah aku bangun dari tidur turun dari katil.Bunyi nada dering handphone Iman betul betul buat halwa telinga aku sakit.
"Lah mandi,patut lah tak dengar bunyi fone.Baru pukul 3 pagi,awalnya dia kunci jam."
Rungut hati aku sambil melirik jam digital tepi meja sisi dan aku terus berjalan kearah almri.Bukaan mata yang nipis ja,Mulut aku yang dah berapa kali terbuka luas aku tutup.
"Lah ada orang call rupanya.Sapa pula la yang call perempuan bendul ni pagi pagi buta."
Rungut hati aku,sambil aku merenung nama dan wajah si pemanggil yang masih tertera di skrin handphone Iman.
"TIHAH?? Biar betul!."
Aku gosok mata sambil dekatkan lagi bola mata aku merenung skrin handphone Iman.
"Betul ke ni,ke aku mimpi..Tak,tak aku tak mimpi,SUBHA NALLAH!"
"Cik Fariz!"
"Cik Fariz!"
"Ha ah! ya dah sampai ke"
"Hmmm" Iman mengangguk sambil ukir senyum.
"Jom lah turun.Tapi,Cik Fariz senyum lah sikit.Jangan garang sangat,nanti takut pula budak budak.Tengok tu semua orang dah tunggu Cik Fariz.Jom lah."
Cis! sempat lagi nak menyindir.Satu keluhan aku lepaskan sambil kaki aku melangkah turun dari kereta.
Dup Dap Dup Dap...
Entah kenapalah jantung aku tiba tiba berdegup laju.
"Tenang Riz,tenang.. senyum.Tihah tak boleh tengok muka kau serius macam ni."
Bisik hati aku.Aku gagahi paksa bibir ukir senyuman ceria untuk menyenangkan hati kanak kanak yang silih berganti bersalam dengan aku.
"Iman...
"Tihaahhh...
Dengar je nama Tihah jantung aku ni tiba tiba rasa nak terkeluar.Kepala aku ni dah macam roda berpusing cari susuk tubuh dia yang bernama FATIHAH...
Terdiam,terkedu,terkesima,terperanjat,lidah kelu,tubuh kaku,bola mata aku pula tak berkedip merenung setiap inci wajah SOFIA ADRIANA yang berdiri betul betul depan aku sambil tersenyum manis.
"Hai Cik Fariz,saya Tihah."
Share this novel