BERTEMU KEMBALI.
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
"Allah hu akbar,huh! penatnya"
Satu keluhan kecil aku lepaskan sambil aku rebahkan tubuh diatas sofa ruang tamu.
Penatnya aku rasa setelah selesai uruskan opah.Suapkan opah makan,mandikan opah,pakaikan baju,bagi opah makan ubat,urutkan kaki opah,bacakan buku dan akhir sekali tidurkan opah.Ini lah rutin aku sejak Iman tak ada.Kena bergilir gilir dengan mama,papa,abang Izal uruskan opah.
"Macam mana lah Iman mampu uruskan opah,pagi sampai ke malam,hari hari pula tu.Dah la mulut opah tu banyak bunyi.Nak makan,tapi nak bersuap,dah suap makan komplain pula tak sedap lah,pedas lah,masin lah.Mandi pula,nak mandi air panas,tapi tak nak guna water heater,nak guna cara lama.Penat kot! nak masak air lagi lepas tu letak dalam baldi bawak masuk tandas.Belum lagi bab nak pilih pakaian.Warna itu taknak,warna ini taknak.Aduh pening lah.Sekali sekala tak apa lah juga.Ni hari hari buat perangai yang sama."
Kuat suara aku luahkan rasa penat pada abang Izal yang sedang asyik menonton drama TV dan mama pula kusyuk mentelaah sebuah novel.Nama Iman aku sebut dengan harapan mama dengar dan tahu ketabahan Iman jaga Opah.Tapi tu lah aku tengok mama buat tak tahu je.Macam tak berminat nak ambil tahu.Abang Izal pula tiba tiba tergelak kecil.
"Hai baru beberapa minggu jaga opah dah merungut! takkan dah mengalah kot.Malu la kat Iman.Iman jaga Opah tak pernah mengeluh pun.Tak pernah bebal.Opah marah ke,opah tengking ke,opah mengamuk ke dia relaks je,dia layankan apa saja yang opah nak.Pernah sekali tu opah tumpahkan nasi,lauk,air,habis satu meja sampai ke lantai kotor.Tapi Iman relaks je mengemas."
"Alah depan kita dia relaks lah.Belakang kita siapa tahu.Takkan nak tunjuk perangai sebenar kan.Lagipun itu kan tugas dia,nak tak nak kena lah buat.Kalau tak buat,itu makan gaji buta namanya."
Tiba tiba ja bini abang Izal menyampuk.Mulut petir! Nada suara tu macam tak puas hati je.Sakit pula hati ni,sedap mulut dia je mengata Iman aku.
"Ya betul,itu tugas dia.Tapi cara Iman layan opah tu ikhlas.Iman layan orang tua tu macam opah dia sendiri.Tak macam awak,minta tolong sapukan minyak kat kaki opah pun dah membebel panjang sedepa.Busuk lah,kotor lah,geli lah.Macam macam alasan awak bagi."
Hah padan muka sibuk nak mengata Iman aku,kan dah kena sound dengan abang Izal.Aku gelak besar dalam hati sambil aku jeling tengok Tasha.Muka tu dah macam kerang busuk.Bebal la tu.
"Ye la,saya ni semuanya teruk.Tak boleh harap.Iman tu semuanya elok,baik,rajin,sabar,pandai jaga opah.Hah kalau suka sangat dengan dia,kenapa awak tak kawin je dengan dia.Senang,lepas ni tak serabut kita nak cari orang gaji baru.Lagipun opah kan suka sangat dengan Iman tu.Sejak dia tak ada Opah asyik tanya je."
Tasha dah bebal.Sakit hati la tu."Suka hati kau ja nak kawinkan Iman aku dengan laki kau.Lepas tu nak jadikan orang gaji,banyak cantik! Kau ingat aku tak tahu,kau pun serabut bila Iman tak ada.Ye lah selama ni kau harapkan Iman jaga anak kau kan.Dasar pemalas! makan tidur je kerja kau.Ni lah keturunan yang mama nak sangat tu.Hampeh!" Aku membebel dalam hati sambil aku jeling Tasha.Ewah! Selamba pula dia labuhkan duduk tepi aku lepas selak baju nak susukan anaknya.
Astagfirullah hal Azim...
Gila betul perempuan ni! Nak tayang susu badan kat aku ke? dah la aku pun lama tak dapat menyusu.Tiba tiba pula tu kena berhenti menyusu,ketagih kot! Tapi aku baik,aku hormat Tasha merangkap kakak ipar,aku tak tengok pun,jeling pun tak.Aku terus bangun duduk ditepi mama yang dari tadi kusyuk baca novel cinta.
Lepas aku bangun laju je abang Izal angkat punggung duduk sebelah Tasha.Baju Tasha yang dah separuh terselak Abang Izal tarik.
"Oi,Tasya! tutup! awak ni kalau ye pun nak susukan anak masuklah bilik ataupun tutup lah guna kain.Awak ingat awak sorang sorang kat sini."
Hah padan muka kau,sekali lagi kena sound dengan abang Izal.
Tasha bebal "Ishhh.. pergi la tolong ambil kain dalam bilik jap.Malas lah nak bangun."
"Lah abang pula yang kena.Tini.....
"Tini dah tidur lah.Cepatlah pergi ambil,anak awak ni dah lapar lah."
"Huh! ye lah ye lah."
Nak tak nak abang Izal terpaksalah akur,bangun dari sofa.Suami misali kena lah tolong isteri yang dah bersusah payah mengandung dan beranakkan anak kau.
Aku yang duduk menempel kat tepi mama ni perhatikan je perangai suami isteri yang baru melalui fasa mak bapak.Macam macam perangai diaorang ni.Kejap baik,kejap bergaduh,kejap baik balik,kejap bertekak pula,kadang kadang tu romantik sangat sampai tak kira tempat nak bercium mulut.Aku pula yang naik malu bila terserempak dengan abang Izal dan Tasya,suka hati je diaorang bercium kat dapur,ruang tamu,balkoni.. Diaorang tak tahu perbuatan diaorang tu buat aku rindukan Iman aku."Entah apa lah yang Iman buat agaknya sekarang ni." Detik hati aku.Hati seorang suami yang rindukan belaian seorang isteri.
"Mama."
"Hmmm"
Mama sahut panggilan aku tanpa suara.Muka aku pun tak pandang.Kusyuk betul Datin Ainun ni baca Novel Cinta.Anak menantu bertekak pun dia buat tak tahu,cucu menangis pun dia buat bodoh je.Aku panggil pun sahut macam tu je.Ayoo.. parah betul otak mama ni! dah tua tua pun masih layan novel cinta,Rampas Cintaku!
"Mama,Fariz nak keluar jap!"
"Nak pergi mana?"
Soal mama sambil toleh tengok aku.
"Jumpa Amir dengan Fikri jap."
"Betul ke ni?" soal mama lagi seakan menyindir.
"Ya,nak ajak diaorang layan bola kedai mamak."
"Okey,Tapi jangan balik lewat sangat.Esok kerja kan."
"Baik madam.Don't worry!"
Dah dapat green lihgt,laju la aku angkat punggung angkat kaki.Sambil berjalan sempat lagi aku ushar tengok abang Izal dan Tasha.Aku ukir senyum,aku tumpang seronok tengok diaorang bahagia dapat luangkan masa dengan anak diaorang.Anak diaorang lelaki,Wan Amirul Anuar namanya.Nama kampung,sebab Wan Zaitun yang pilih.
Seketika aku termenung didalam kereta,perhatikan apartmen aku dari bawah,ruang balkoni masih cerah.Rasanya Iman tak tidur lagi.Ikutkan hati aku,nak ja aku buka pintu kereta ni,turun,naik lift tingkat 22,pergi rumah nombor 2202,buka pintu dan jumpa Iman aku.Aku nak peluk Iman erat erat,nak cium bibir mugil Iman lama lama.Dan aku nak cakap kat Iman...
"Aku nak rujuk".
Tapi aku tahu Iman pasti takkan setuju sebab Iman tak suka aku,dia tak cintakan aku.Dia tak ada perasaan sikit pun pada aku.Aku ni! hanya bertepuk sebelah tangan.
Imbas kembali.
Selepas perbicaraan mama dan aku malam tu.Malam mama minta aku lepaskan Iman.Dan pada malam tu juga aku terpaksa batalkan hajat aku nak bergurau senda dengan Iman.Dah kena warning kan! Lagipun malam tu aku tak ada mood lepas tahu semuanya pasal Iman dari mulut mama.
Awal awal pagi lagi aku dah bersiap nak balik.Malas aku nak berlama kat rumah agam tu.
"Cik Fariz dah nak balik,tak nak sarapan dulu ke."
Soal Iman berdiri tercegat tengok aku sarung stokin.Tapi aku tak jawab.Aku buat pekak je,geram dengan perempuan mata duitan ni.
Dasar perempuan mata duitan,kaki mengadu! sakit hati aku bila mama bebelkan aku pasal Fatihah.Macam macam soalan mama tanya.Berpeluh aku nak menjawab,yang paling aku geram Iman siap tunjuk gambar Fatihah kat mama.Mana tak melatah orang tua tu,terkejut la tengok pelanduk dua serupa.Tak pasal pasal aku kena marah lagi.Panjang lebar jugalah aku kena terangkan pada mama tentang hubungan aku dengan Fatihah.Alhamdulillah setel! mama boleh terima jawapan aku.Tapi masalah aku dengan perempuan ni tak setel lagi.
"Cik Fariz,jom lah sarapan dulu.Saya ada buat roti bakar telur goyang fivorate Cik Fariz kan.Jom lah makan."
Iman masih lagi tercegat depan aku.Roti bakar telur goyang! memang lah makanan sarapan pagi kesukaan aku,tapi dengan hati yang tengah terbakar ni tak ada selera aku nak makan.Kecil besar,kecil besar ja aku perhatikan perempuan depan aku ni.Tenang ja muka dia,langsung tak ada rasa bersalah dengan kesalahan yang dia dah buat.
"Iman! ikut aku."
Aku cekak lengan Iman sambil aku perhatikan sekeliling.
"Nak pergi mana.Tak boleh saya tengah kerja ni."
"Sekejap je,diaorang semua dah keluar pergi ofis kan."
Iman mengangguk."Ya.Eh,Cik Fariz lepas lah tangan saya ni.Nanti Tini nampak lah."
"Biar lah,aku tak kan lepaskan tangan kau! kau kena ikut aku.Cepat pakai kasut tu."
"Tak boleh! saya kena jaga opah."
"Opah tidur kan!"
"Ye,tapi nanti kalau opah dah bangun macam mana."
"Tak apa Tini ada.Cepat pakai kasut tu."
Nak tak nak Iman terpaksa akur cakap aku.Tergopoh gopoh Iman sarung selipar.
"Dah Jom! Sekarang kau ikut aku.Aku ada perhitungan dengan kau."
Aku tarik tangan Iman dan mula mengatur langkah laju ke arah kereta.Daun pintu kereta aku buka.
"Masuk cepat!" tegas suara aku arahkan Iman.
"Tapi,kita nak pergi mana ni!"
Iman dah gelabah.Berdiri kaku depan pintu kereta,berkeras taknak masuk dalam kereta.Nak tak nak terpaksalah aku tolak tubuh Iman.
"Masuk je lah."
Daun pintu kereta aku hayun kuat bila Iman dah terduduk.
"Cik Fariz,kita nak pergi mana ni.Saya tengah kerja.Mesti puan Ainun mengamuk kalau tahu saya keluar rumah tinggalkan Puan Zaitun.Cik Fariz! berhentilah.Jangan buat perangai macam ni.Cik Fariz tolong lah."
Bergoyang goyang tangan aku Iman runtun.Suara Iman semakin cemas bila aku mula tekan pedal
minyak menyusur laju keluar dari perkarangan rumah opah.
"Iman! Kau lepas tangan aku.Kau tutup mulut,duduk elok elok! pakai seatbelt tu."
Muka Iman berkerut takut bila dengar suara garang aku.Lambat lambat tangan aku Iman lepas dan
semua arahan aku Iman turut.
Kecil ja aku perhatikan perempuan sebelah aku ni,geram!.
"Hei Iman,apa yang dah kau cerita pasal aku dengan Tihah kat mama.Kau tahu tak macam macam mama tanya aku semalam.Siapa Tihah,apa hubungan aku dengan Tihah.Kau ni saja nak cari pasal dengan aku kan.Kau dengki,kau cemburu,lepas tu kau buat cerita kat mama yang aku ni tengah hangat bercinta dengan Tihah."
Tinggi ton suara aku marahkan Iman sambil
aku tekan pedal minyak teruskan perjalanan tanpa arah.Sesekali sempat aku jeling tengok Iman yang dah terkulat kulat nak menjawab.
"Err... Ma.. mana ada saya buat cerita.Dah Puan Ainun tanya saya bagitahulah.Puan Ainun tu asyik tanya saya hal hubungan kita ja,jadi saya terus terang je lah Cik Fariz dah ada buah hati,antara kita tak ada apa apa hubungan serius.Cik Fariz bos saya pekerja.Lagipun memang betul kan Cik Fariz bercinta dengan Tihah,tak salah la kalau Puan Ainun tahu."
Tak salah dia cakap.Dasar perempuan bendul! Boleh pula dia bagitahu mama yang aku dengan dia tak ada apa apa hubungan.Patutlah mama pelik bila tahu aku dengan Iman masih berhubung.
"Kau ni kan Iman.Kau memang tak ada perasaan ke kat aku.Kau langsung tak kisah pasal hubungan aku dengan Tihah.Kau memang tak ada hati kat aku ke?"
Aku dah tak boleh sabar lagi.Aku terus tanya Iman soal hati dia pada aku.
"Tak"
Ringkas dan pantas Iman jawab.
"Tak? kenapa kau tak suka aku,aku ni cukup hensem ke?"
Iman toleh tengok aku.
"Hensem tapi....
"Tapi apa?"
"Tapi Cik Fariz bukan citarasa saya."
Bukan citarasa! Allahhu akbar.Sakit betul hati ni dengar pengakuan jujur Iman.Aku ni lelaki idaman kaum hawa kot! Muka ala ala hero korea,kulit cerah,hidung tinggi,badan sado.Macam tu je Iman reject aku.
Tak apa kalau kau tak suka aku.Tapi hari ni aku akan jujur dengan Iman luahkan isi hati aku.Kalau Iman balas cinta aku,aku akan pilih dia.Tapi kalau Iman reject aku,terpaksalah aku fikir dulu sama ada nak lepaskan ataupun tak bantal peluk aku ni.
Aku tarik nafas dalam dalam dan lepaskan.
"Tenang Riz.. Tenang... kau kena cakap." detik hati aku,sambil aku perlahankan kereta dan berhenti dibahu jalan.
Iman dah mula terpinga pinga tengok sana sini."Eh Cik Fariz,kenapa berhenti kat sini pula.Aduhh Cik Fariz ni takkan nak biarkan saya balik jalan kaki kot.Panas ni,jauh pula tu.Saya tahu saya salah,ye saya minta maaf.Tapi janganlah tinggalkan saya kat sini.Penatlah saya nak berjalan balik."
Aku diam ja dengar perempuan bendul ni membebel.Aku cuba tenangkan hati ni.Kawal degup jantung yang dah semakin laju degupnya.Aku tarik nafas lagi dan lepaskan,aku pusingkan tubuh mengadap Iman.
"Iman!"tegas suara panggil Iman.
"Errr..Cik Fariz panggil saya ke?"
Tu lah membebel lagi sampai aku panggil pun tak perasan.
"Ye,ada orang lain ke dalam kereta ni.
Iman tersengeh sengeh sambil garu kepala.
"Iman,aku ada benda nak bagitau kau."
"Ada benda nak bagitau saya?Errr.. macam serius je."
Soal Iman dengan riak muka hairan.
"Iman..
Ton suara aku rendahkan sambil aku raih tangan Iman.
Iman sedikit terkedu melihat kelakuan aku.
"Iman... aku sebenarnya sayang kau.Aku dah jatuh cinta dengan kau.Aku nak teruskan perkahwinan ni.Aku tak nak ceraikan kau."
"Apa?"
Terjegil bola mata Iman,terkejut! Pantas Iman tarik tangannya dari genggaman tangan aku.
"Cik Fariz sayang saya! Jatuh cinta? Biar betul Cik Fariz ni.Cik Fariz sihat ke tak ni.Ke demam.Atau saya ni tengah bermimpi."
"Tak Iman,aku sihat! kau tak mimpi pun.Aku serius ni! Kau jangan nak main main boleh tak.Iman,kita teruskan perkahwinan ni,kita mulakan hidup baru."
"Teruskan perkahwinan ni? mulakan hidup baru! Tak,tak,tak.. Saya tak nak! saya tak nak!"
"Tak nak! tapi kenapa?mesti sebab mama kan.Tak apa,soal mama kau jangan risau.Nanti pelan pelan aku pujuk mama,aku yakin mama mesti restui kita."
"Tak tak! bukan sebab tu."
"Habis tu sebab apa Iman." bekerut dahi aku tengok Iman yang dah mula meggelabah.
"Sebab,sa.. saya tak suka Cik Fariz.Saya tak ada perasaan kat Cik Fariz.Saya tak boleh terima cinta Cik Fariz! Cik Fariz ceraikan lah saya.Cik Fariz kan dah sembuh.Dah tiba masanya Cik Fariz kembali pada keluarga Cik Fariz,mulakan hidup baru.Jaga opah,tolong Tuan Mansor,berbaik dengan Tuan Faizal.Balas jasa Puan Ainun.Saya tak apa,saya ada kehidupan saya sendiri.Jangan disebabkan saya Cik Fariz hilang keluarga.Isteri boleh cari,tapi keluarga tak ada ganti.Hargai mereka Cik Fariz sementara mereka ada dengan Cik Fariz."
Suara Iman mula bergetar diakhir kata katanya.Air mata Iman mula jatuh kepipi.Aku terkedu,ini lah kali kedua aku tengok Iman menitiskan air mata.Aku tahu Iman tipu aku,Iman pun sayang aku,cintakan aku tapi tak nak mengaku.
"Iman.. Betul ke kau tak ada perasaan pada aku.Sikit pun tak."
Sekali lagi aku tanya Iman,aku nak kan kepastian.
Iman diam dan alihkan pandangan luar tingkap.Iman gelengkan kepala sebagai jawapan.Jawapan yang buatkan hati aku ni pedih bagai disiat siat.Saat ni aku tak tahu sama ada aku nak lepaskan Iman atau aku perlu berusaha untuk tawan hati Iman.
Aku mulakan perjalanan semula,bersama Iman menuju balik ke aparment aku.
Sampai je tempat parking sekali lagi Iman menggelabah.Duduknya dah tak tentu arah.
"Cik Fariz,kenapa bawa saya balik sini.Jom lah hantar saya balik.Risau lah saya Puan Zaitun sorang sorang kat rumah.Puan Zaitun kalau dah bangun kena ada orang yang jaga.Kalau tak Puan Zaitun akan keluar rumah merayau.Kalau Puan Zaitun hilang macam mana.Mesti diaorang semua susah hati.Cik Fariz tolonglah,jom lah hantar saya balik."
Aku hanya diam perhatikan Iman gelisah.Risau betul Iman,otak dia asyik fikirkan Opah,fikirkan keluarga aku.Sementara aku pula,sakit hati fikirkan cinta aku Iman tolak dengan alasan yang tak masuk akal.
"Aku takkan ceraikan kau Iman.Aku akan cuba tawan hati kau.Dan aku akan cuba lembutkan hati mama untuk terima kau" Bisik hati aku sambil aku terus perhatikan Iman.
Share this novel
elok la iman becerai dr di hina olih kluarga ko cari kebahagian kau iman biar meroyan si fariz tu