Bab 18

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia.... Aku mengenali Dia...

Misi balas dendam!

Selepas kejadian hari tu aku tak bercakap dengan Iman.Berpatah patah perkataan Iman tanya,tapi sepatah pun aku tak jawab.Aku saja nak buat perangai,biar Iman tahu aku marah.Biar Iman tahu hati aku ni terluka dengan kata kata sindiran dia.

Malam tu aku sengaja pulang lewat malam.Aku habiskan masa aku lepak dengan Fikri.Amir,Amir tak join sekali sebab terasa hati dengan kata kata aku.Aku dah minta maaf tapi Amir masih merajuk.Tak sangka pula aku,lelaki jiwa kental macam Amir ni sensitif juga orangnya.Tapi salah aku juga mulut ni berbisa sangat main cakap ja tak fikir dulu.Sorry Mir!

Kriukk.. "Assalammualaikum"

Daun pintu rumah aku buka sambil aku ucap salam.Aku tak nak lah main terjah.Buatnya malam ni Iman bogel lagi naya aku! Tapi sangkaan aku jauh meleset.Malam ni Iman berpakaian lengkap tanpa terdedah sikit pun kulit tubuh dia.Seluar panjang dan baju hoody lengan panjang siap tutup kepala lagi.Konon tak nak aku tengok tubuh dia.Dah terlambat Iman! kau bungkus satu badan macam pocong pun dalam otak aku kau tetap bogel.Ini lah kelebihan otak lelaki sekali ja tengok boleh ingat sampai bila bila.

Selangkah ja aku masuk rumah,Iman dah berdiri terpacak depan pintu sambil berpeluk tubuh tenung aku atas bawah.

"Waalaikumussalam.lewatnya balik.Kenapa tak pagi esok je balik.Kan kaki dah sihat,dah tak perlu pakai tongkat.Hmmm... Cik Fariz ni kan,degil! Kaki tu baru nak sembuh dah pergi berjalan sana sini.Kan Syahmi dah pesan jangan banyak berjalan! jangan banyak berjalan,ni tak dari terbit matahari sampai keluar bulan baru ingat nak balik.Makan pula diluar! entah bersih ke tidak.Cik Fariz ni memang tak nak berjalan ke,suka sangat duduk atas wheelchair tu!"

Aku buat bodoh je dengar Iman membebel siap sindir aku lagi.Tak apa aku sabar sebab aku nekad aku tak mahu bercakap dengan dia yang bernama Iman.Sepintas lalu aku tengok muka Iman lepas tu aku terus berjalan ke arah bilik.Malas aku nak berlama kat situ.Risau! iman aku tergugat dengan muka comel Iman walaupun tengah membebel.Tapi Iman terus berjalan ikut aku sambil mulutnya tak berhenti mengomel.Bingit telinga aku!

"Cik Fariz nak pergi mana! saya tak habis cakap lagi ni.Saya bukan nak berleter,saya cuma risaukan Cik Fariz.Tak lama ja lagi Cik Fariz dah nak sembuh.Tapi kalau Cik Fariz tak jaga diri betul betul kaki Cik Fariz boleh sakit balik.Ni,Tadi Syahmi call. Dia bagi tahu saya Cik Fariz tak nak buat fisio lepas tu marah marah.Kenapa?"

Kenapa?

Langkah aku terhenti didepan muka pintu bilik.Aku ketap gigi sambil tenung muka Iman.

"kau tanya aku kenapa? kau ni buta hati ke apa? Kau tak sedar ke kesalahan yang kau dah buat.Dah lah tak mahu minta maaf,lepas tu panjang lebar kau bebelkan aku.Kau sindir aku." bisik hati aku,bebal.Aku cuba tenangkan diri,Pertanyaan Iman aku tak jawab.Tapi pandangan tajam aku sudah cukup untuk Iman tutup mulut.

Seketika Iman tunduk tengok lantai,kemudian Iman angkat kepala tengok aku.Lepas tu bibir mugilnya mula bergerak lagi.

"Errr... Cik Fa.. Fariz nak minum tak,nak makan? Tadi saya masak nasi goreng ayam.Kalau nak makan saya nak panaskan,kalau tak nak saya nak simpan dalam peti sejuk."

Tersekat sekat suara Iman tanya aku sambil ukir senyum manis.

Ini yang aku lemah! "Aduhh.. kenapa lah kau comel sangat Iman.Haissh geramnya aku,aku cium juga kau ni! lebih baik kau blah Iman sebelum Baby Boy aku ni meminta minta.karang tak pasal pasal aku kena bayar kau!.. Tak tak,tak boleh! kau tak boleh lemah Fariz,kau tak boleh tunduk dengan perempuan bendul ni.Jangan pandang dia!"

Hati aku berbisik lagi cuba memujuk diri yang tengah tersiksa dik godaan senyum manis Iman.Gila! aku memang dah gila.Aku gila nak 'Bersama' Iman sampai aku lupa seketika soal Sofia Adriana.Senyuman Iman pun dah cukup untuk cairkan hati aku,Lemah!.

Lelaki! kalau bab hubungan Intim memang lemah,suami orang pun boleh curang.Inikan pula aku,Duda Muda yang dah lama tak dapat,mestilah sangap! Ikutkan nafsu jantan boleh ja aku paksa Iman dengan kuasa Vito suami.Tapi aku tak nak,aku tak suka memaksa.Aku nak Iman sendiri rela hati serahkan jiwa raganya pada aku.Sebab tu aku harus fikir beberapa cara untuk buat Iman rasa bersalah dan lemahkan iman Nurul Iman sehingga Iman sediri serah diri.Aku mesti balas dendam!

Maka bermula lah Misi balas dendam yang pertama.

Sejak malam tu dan hari hari seterusnya aku mogok tak bercakap dan tak pedulikan Iman.Setiap hari aku akan balik lambat dan setiap hari juga lah Iman akan tunggu aku lepas tu membebel,macam tak menjadi misi pertama ni!

Tapi tak apa aku terus mogok.

Setiap pagi pula aku tak izinkan Iman urut dan sapu minyak pada kaki aku.Bila Iman duduk di kaki aku aku terus bangun.Iman apa lagi membebal
lah.

"Cik Fariz jap! kenapa dengan Cik Fariz ni! saya nak urut,sapu minyak dekat kaki tu tapi Cik Fariz tak nak.Kenapa? kaki tu dah sembuh sepenuhnya ke,dah rasa kuat sangat! Cik Fariz tahu kan kalau tak urut,tak sapu ubat kaki Cik Fariz tu boleh kejang.Bila kejang sakit,nak ke?"

"Aduh kena lagi! macam tak menjadi misi ni!" keluh hati aku sambil aku sarungkan stokin dan kasut.Iman pula masih dimuka pintu perhatikan aku,tak puas hati lah tu.

Inilah gadis yang namanya Nurul Iman,membebel ja,lepas tu menyindir! Iman ni memang sejenis manusia yang tak sensitif dengan perasaan orang.Aku ingat bila aku buat perangai Iman nak pujuk aku dan minta maaf.Lepas tu aku tak nak maafkan dia.Aku fikir mungkin lah Iman akan merayu supaya aku maafkan dia dan sebagai balasan Iman sendiri akan serahkan jiwa dan raga dia pada aku.Hampeh! semua tu hanya angan angan aku.Iman tak peduli pun aku nak diam ke, nak buat muka ke,nak buat perangai ke,nak marah ke,Iman tetap Iman.Hati kering!Dia buat bodoh je,Iman tetap layan aku macam selalu.

"Cik Fariz,sarapan dah siap."

"Cik Fariz,makan cepat sikit.Amir dah tunggu."

"Cik Fariz,macam mana fisio hari ni?"

"Cik Fariz,sini saya urut kaki."

"Cik Fariz saya masuk tidur dulu ya."

Cik Fariz! Cik Fariz! Cik Fariz! Itu lah manusia yang bernama Nurul Iman.Mulut murai jiwa Merpati,hati kering,mata duitan.

Hmmm oleh kerana Iman tak peduli pun tentang perasaan marah aku jadi aku stop mogok,buang masa aku ja!.Lebih baik aku fikir cara lain untuk balas dendam! kali ini misi aku biar Iman rasa siksanya bila keimanan teruji.

"Yes! Aku dah dapat Idea.Siapkan kau Iman.Aku pasti kau mesti akan kalah dengan godaan aku." bisik hati aku sambil senyum nakal.Otak aku pula mula belayar jauh berkhayal sehinggalah kedua bola mata aku tertutup rapat sedar ja dah pagi.

Macam selalu,awal awal pagi lagi Iman akan sibukkan dirinya dengan kerja kerja rumah.Kejap pergi dapur,kejap masuk bilik,kejap mop lantai,kejap vacium lantai,kejap sidai pakaian,lepas tu masuk dapur lagi siapkan sarapan untuk aku.

Aku,aku kan Bos! relaks je lah.Rutin harian aku bangun pagi,gosok gigi,cuci muka terus mandi.Tapi untuk hari ni aku nak Iman yang buat semua tu,aku nak Iman mandikan aku dan cukur jambang aku.Aku nak tayang tubuh sasa aku pada Iman.Biar luruh jantung si Murai tu tengok diri aku tanpa seurat benang.Kalau Iman boleh buat, aku pun boleh la!.

"Iman!"

aku panggil Iman yang tengah sibuk buatkan sarapan untuk aku.

"Hmm ya."

Iman sahut tapi tak toleh belakang tengok aku.Sibuk lah sangat,buat roti bakar je pun.Takpa aku panggil sekali lagi.

"Sayang..."

Amboi dengar sayang laju pula Iman menoleh lepas tu buat muka pelik.

"Sayang! Cik Fariz panggil saya sayang! Hai Cik Fariz ni demam ke atau dah buang tabiat dah berapa hari tak bercakap dengan saya tiba tiba hari ni panggil sayang."

Jawab Iman menyindir.Aku,aku buat bodoh je.Malas nak berbalas.Tapi lepas tu Iman kerutkan dahi tenung aku atas bawah sambil cekak pinggang.

"Jap! ni kenapa Cik Fariz guna Wheelchair! Kaki kejang ke?" soal Iman,tegas suaranya.

"Ha ah,kaki aku kejang pagi tadi."

Aku pula relaks je menjawab.

Dengar ja jawapan aku Iman mula geleng kepala lepas tu apa lagi...

"Ha tu lah tak nak dengar cakap Syahmi.Syahmi dah pesan kan jangan banyak berjalan,makan ubat,buat urutan.Ni tak,berjalan ke sana ke sini tak berhenti henti.Balik lewat malam! Saya nak urut tak bagi,ubat tak nak makan.Cik Fariz ni degil! kan dah kejang kaki tu! Sekarang sapa yang susah! Cik Fariz juga.Elok elok dah boleh berjalan, sekarang dah kena guna whellchair! tu lah cakap orang tak mau dengar..

Panjang lebar Iman bebelkan aku.Kasar pula tu.Aku panggil sayang kot ini dia balas.Tak romantik!.Perempuan kalau dah jenis jiwa je perempuan tapi perangai dah macam lelaki macam ni lah,tak reti nak mesra mesra.Takpa aku sabar walaupun aku hati ni panas.Yang penting misi aku berjalan lancar.Lakonan aku menjadi!

"Kau ni Iman,aku sakit kot,bukan nak kesian membebel lagi.Ni,hari ni aku nak kau tolong mandikan aku jap.Kaki aku kan kejang tak boleh berdiri."

"Apa? Tolong mandikan Cik Fariz! Ishh tak nak lah.Mandi lah sendiri,sebelum ni boleh ja."

"Sebelum ni boleh,tapi hari ni kaki aku kejang sampai ke tangan.Tangan aku ni tak boleh nak angkat lama,nanti sakit! Dah la aku nak bercukur, karang tak pasal pasal luka muka aku."

Seketika Iman tenung ja muka aku sambil kerut dahi seolah memikirkan sesuatu.

"Alah jom lah cepat,aku dah lewat ni nak pergi fisio.Nanti lama pula Syahmi tunggu aku."

Laju aku tarik tangan Iman.

"Cepat tolong tolak aku masuk tandas."

Nak tak nak terpaksalah Iman akur tolakkan kerusi roda aku sampai masuk dalam tandas.

"Hah tunggu apa lagi,tolong lah tanggalkan baju aku."

"Saya buka baju Cik Fariz!"

"Iya lah!"

"Kenapa tak boleh buka sendiri ke"

"Tak boleh!"

"Ye lah! angkat lah tangan."

Arahan Iman aku akur.Lepas tu dengan lemah lembutnya Iman tanggalkan baju aku dan letakkan diluar muka pintu.Muka Iman masa ni dah berubah lain bila aku tak berbaju."Kenapa dah tergugat ke iman kau Iman tengok dada sasa aku." bisik hati aku bangga! lepas tu aku suruh Iman tanggalkan seluar aku pula.

"Seluar pun nak buka.Tak payah la! mandi je dengan seluar tu."jawab Iman sambil kerut dahi.

"Buka lah! aku tak selesa lah mandi pakai seluar.Kau jangan risau lah aku pakai boxer."

"Ye lah,Ye lah!"

Iman alihkan pandangannya sambil tanggalkan seluar tidur aku.Aku juga beri kerja sama angkat punggung.

Dengan tertanggalnya baju dan seluar aku maka terserlah lah tubuh aku.Mujur aku pakai Boxer.Kalau tak pasti jantung kau dah luruh Iman.

Tapi yang aku hairan riak muka Iman relaks ja tengok aku.Takkan tak bernafsu kot tengok tubuh lelaki sasa macam aku ni.Kalau Sofia dulu dah menggigil nak bersama aku,tapi Iman buat tak tahu ja.Tak apa tunggu jap! Dengan rasa tak puas hati aku perhatikan je gerak geri Iman.

Paip air Iman buka,perlahan Iman curahkan air pada tubuh aku sambil lembut telapak tangan Iman menggosok tubuh aku.

Aku gelak kecil dalam hati bila semua misi aku berjalan lancar walaupun reaksi si Murai ni mengecewakan aku.Aku tenung setiap inci raut muka Iman disaat muka Iman sangat dekat dengan muka aku.Tangan aku mula bergerak manakala jari jemari aku yang basah menyetuh dan usap pipi Iman.

"Kau cantik Iman."

Iman toleh tengok aku sambil ukir senyum manis.

"Terima kasih." ucap Iman manja suaranya,bola matanya tajam merenung aku.

Seketika aku terkesima melihat Iman.Redup mata yang menggoda,bibir merah bak delima.Ahh aku kalah! Oh my Baby Boy!!

"Iman! Iman!.. buka pintu ni!"

"Tak nak!"

"Buka lah,aku janji aku tak buat apa apa
lah.Kau tu dari pagi sampai ke malam tak makan,tak minum! kau tak lapar ke."

"Lapar lah!"

"Habis tu kenapa tak nak keluar."

"Takut!"

Takut! aku diam sekejap didepan muka pintu bilik Iman.Aku tarik nafas dalam dalam dan tenangkan diri.

"Okey,okey,aku janji aku tak buat apa apa.Aku tak marah kau,Sekarang kau buka pintu ni.Keluar lah minum,makan lepas tu mandi,solat.Dah berapa waktu kau tinggal."

Nak tak nak aku juga yang terpaksa mengalah pujuk Iman.Hati aku ni memang la sakit,geram,kecewa,marah dengan perangai si Iman ni.Sekali lagi dia tipu aku! Tapi aku ni masih ada belas ihsan bila seharian Iman kurung diri dalam bilik tidur.Tak minum,tak makan,tak mandi,tak keluar pergi tandas,tak solat pula tu sebab takut aku mengamuk.Tahu pula takut yang kau tinggalkan aku belumuran sabun dalam tandas macam tu ja dah kenapa!!. Aku bukan nak rogol kau,aku cuma nak manja manja ja.Pegang sikit pun tak boleh,kedekut!

Share this novel

ayuni
2024-02-26 17:28:32 

tq update… lucu la iman nga fariz … tak habis2 hihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience