BERTEMU KEMBALI
"Oi Iman,apasal kau tak nak kawin lain hah?"
"Huk.. huk.. huk.."
Tersedak aku dengar pertanyaan Fatihah.Pagi pagi lagi dah tanya soalan yang pelik pelik.Semalam Farah tanya pasal ayah.Hari ni Fatihah pula.Buang karen lah,nak sarapan pun tak selera.
"Nah minum,kau ni makan tu gelojoh.Kan dah tersedak."
Kata Fatihah sambil hulurkan air.Dia yang tanya soalan pelik lepas tu salahkan aku pula makan gelojoh.
"Huh lega.. Allah hu akbar."
Satu keluhan kecil aku lepaskan selepas segelas air putih aku minum.
Aku mula menyusun nafas semula.Fatihah pula asyik perhatikan aku ja macam dah tak sabar nak buka mulut.
"Dah okey ke?"
Soal Fatihah berkerut dahi.Belakang aku Fatihah masih gosok perlahan.
"Dah.. Dah okey dah.Kau kenapa,ribut tak ada angin tak ada pagi pagi lagi dah tanya soalan macam ni.Kau tahu kan aku malas nak fikir bab bab kawin ni."
"Ye lah tu ribut tak ada,angin tak ada.Masakan pokok bergoyang kalau angin tak ada.Aku ni tanya sebab ada yang bertanya."
Berkerut muka aku tengok Fatihah.
"Kau cakap apa ni? aku tak faham lah.Straight to the point boleh tak."
"Huh."
Fatihah mengeluh.Raut muka Fatihah macam serba salah nak bagitahu aku.
"Aku sebenarnya kesian kan adik.Aku rasa dah tiba masanya adik tu rasa kasih sayang seorang ayah.Kau tahu tak pagi pagi lagi dia dah moody.Muka monyok je masa aku hantar pergi sekolah tadi."
"Adik moody? kenapa? tadi masa aku siap,dia okey je.Senyum lebar sebab tak sabar nak tunjuk lukisan dia kat cikgu."
Fatihah tenung aku sambil geleng kepala.
"Kau tahu tak Iman,anak kau tu bijak sangat.Umur baru 4 tahun tapi dah matang.Tahu nak jaga hati kau.Tak nak kau sedih.Depan kau dia senyum je,ceria.Tapi depan aku senyum pun tak nak.Adik sedih,dia cakap kat aku kawan kawan dia semua ada ayah.Hari hari ayah diaorang akan hantar dan ambil dari sekolah.Dia seronok tengok kawan kawan dia kena dukung dengan ayah diaorang Tapi dia,Hmmmh...
Fatihah mengeluh lagi sambil angkat mug air nescaffe yang masih tersisa.
Aku pula hanya duduk membatu,tak mampu nak bersuara.Sedaya upaya cuba tahan sebak di dada bila mendengar luahan hati Fatihah tentang Farah.
Kasiannya Farah.Farah betul betul dahagakan kasih sayang seorang ayah.Aku faham apa yang anak aku rasa.Aku juga kehilangan kasih sayang ayah dan ibu ketika seumur Farah.
"Maafkan mama adik.Mama bukan tak nak bagi adik ayah.Tapi hati mama tak terbuka lagi untuk menyintai orang lain." Detik hati aku.
"Apa? kau tak nak kawin sebab tak bersedia lagi?"
"Ye,aku tak bersedia.Hati aku ni masih tak boleh terima mana mana lelaki.Lagipun aku rasa aku serik nak berumah tangga lagi.Serik dengan apa yang dah jadi dulu."
Inilah jawapan aku bila Fatihah sekali lagi suarakan soalan yang sama.Kenapa aku tak nak kawin untuk kali kedua.
"Serik? dah 4 tahun Iman!"
Fatihah tayang muka tak puas hati.
"Kau serik ataupun kau masih tak boleh nak lupakan jantan sial tu.Kau masih nak harapkan dia datang sini cari kau.Kau masih nak harapkan cinta dia ke?"
"Tihah" tegas aku sebut nama Fatihah.
"Apa yang kau merepek ni.Aku tak nak kawin bukan sebab dialah."
"Habis tu sebab apa?"
Tajam pandangan Fatihah merenung aku.
"Kan aku dah cakap,hati aku ni masih tak terbuka nak kawin lain.Aku serik!"
"Ahhh tipu! aku tak percaya! Dalam Hati kau tu masih ada nama Fariz kan? Sebab tu lah kau tak boleh terima cinta Fikri,cinta Iqbal.Hei Iman,kau buang lah jauh jauh nama jantan sial tu dari hati kau.Kau mulakan hidup baru.Kau tak payah lah nak berangan macam cerita korea tu.Lepas lama terpisah lepas tu bertemu kembali."
Ton suara Fatihah dah mula nyaring bebelkan aku.Tak lama lagi bertukar hijau lah ni.Sebab tu lah aku malas nak cakap isu kawin.Fatihah mesti tak akan puas hati dengan jawapan aku.
Senang je Fatihah nak aku buang nama Cik Fariz yang dah lama melekat kat hati aku ni.Cik Fariz tu Cinta pertama aku!
Ya,dia Wan Fariz Adlan cinta pertama aku.
Kali pertama aku bertemu Cik Fariz di hospital,pelanggaran tanpa sengaja tu telah buat aku jatuh cinta pandang pertama pada Cik Fariz.
Petang tu aku kelam kabut setelkan tugasan terakhir di hospital.Aku nak balik awal sebab dapat call dari walid ummi tak sihat.Habis mop lantai semua wad aku terus tolak troli,berjalan macam ribut keluar dari wad.Aku dah tak pandang orang,otak aku hanya terbayang wajah ummi ja.Aku terus tolak troli dan berjalan dengan kalajuan berganda bila dah keluar dari wad.Al maklum jalan dah lurus.. Tiba tiba.
Aku nampak ada susuk tubuh seorang lelaki tersungkur jatuh depan troli aku.
"Allah hu akbar! Ya Allah."
Bulat biji mata aku terkejut.Kelam kabut la aku pergi nak tolong lelaki tu.
"Cik,cik tak apa apa.. Saya minta maaf,saya tak nampak.Saya tak sengaja.Troli ni tinggi sangat,saya pula rendah tu yang perasan.Cik boleh bangun tak ni,saya nak tolong tapi tak boleh,sebab haram perempuan sentuh lelaki bukan mahram.Cik cuba bangun ya.Kalau tak boleh juga saya pergi minta pertolongan."
"Ehh.. Ehh.. kau diam boleh tak!"
Sedas lelaki tu menjawab sambil angkat kepala tengok aku.
"Masya Allah hensemnya!" detik hati aku.Kelopak mata aku ni tak berkedip menatap wajah hensem Cik Fariz.Telinga aku ni seronok pula dengar suara garau Cik Fariz membebel sambil bangun berdiri dan terus membebel.Entah apa yang dia bebelkan aku tak peduli,aku tak dengar pun.Aku terus merenung wajah segak ala ala lelaki korea yang berdiri depan aku ni sehinggalah dia pergi tinggalkan aku.
"Bye.. Semoga kita bertemu lagi." bisik aku melambai tangan pada lelaki yang dah jauh tinggalkan aku sorang sorang kat situ.
"Eh! aku buat apa lagi kat sini!"
Aku tengok kiri aku tengok kanan,baru tersedar dari lamunan.
"Ummi! ya Allah macam mana aku boleh terlupa ni..Nak cepat,nak cepat,nak cepat,nak cepat."
Dah sedar kan,apa lagi aku sambung tolak troli sambil mulut aku didalam facemask ni tak berhenti mengomel.
Sejak dari tu kerap juga lah aku ternampak kelibat Cik Fariz kat hospital.Tapi aku tak tegur,aku usha dari jauh je.Bila dirumah pula,aku selalu teringatkan Cik Fariz.Nak tidur terbayang muka Fariz,bangun tidur terbayang muka Fariz,nak makan pun masih terbayang muka Fariz.Pendek kata dimana mana saja aku terbayangkan muka Cik Fariz sehinggalah suatu hari tu aku nampak muka cik Fariz belumuran darah.Tubuhnya kaku terbaring di atas troli pesakit.
"Ya Allah! lelaki tu!" detik hati ini dengan perasaan yang sangat takut sehingga tubuh aku menggigil lemah tersandar pada dinding.
"Apa dah jadi dengan dia? banyaknya darah." detik hati aku lagi.Bola mata aku tak lekang perhatikan berberapa orang jururawat tolak laju troli tu.
Aku kuatkan hati mula mengatur langkah ikut kemana arah Cik Fariz dibawa.
Setibanya di depan bilik bedah,Cik Fariz terus dibawa masuk.Aku pula nekad tunggu diluar bilik tu.Soal tugasan aku,aku dah peduli.Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku masa ni.Aku tak kenal pun Cik Fariz,bahkan nama dia pun aku tak tahu.Tapi aku rasa takut sangat,takut kehilangan dia.
"Ya Allah,tolong selamatkan dia.Tolong panjangkan umurnya.Tolong permudahkan segala urusannya.Tolong angkat sakitnya.Kerana aku sayang dia ya Allah."
Dengan linangan air mata yang membasahi pipi aku panjatkan doa pada Ilahi.
Selepas 2 jam menunggu,aku dengar daun pintu bilik bedah dibuka.
"Kita perlukan darah jenis o negatif dengan segera.Stok yang ada tak cukup.Cepat hubungi keluarga mangsa."
Suara tegas seorang doktor menarik perhatian aku.
"Saya! saya doktor! darah saya jenis o negatif."
Pantas aku berjalan kearah dua orang doktor lelaki yang berdiri perhatikan aku.
"Saya,saya boleh dermakan darah saya.Darah saya jenis o negatif! Ambillah.Saya sihat doktor!"
"Ohh.. jadi jantan sial tu hidup sebab darah kau mengalir dalam badan dialah.Dasar jantan tak guna! pentingkan diri! dulu,kau biarkan dia mampus lagi baguslah.Hidup pun menyakitkan hati orang ja."
"Ishh kau ni! Tak baiklah cakap macam tu.Aku ni asbab je.Yang panjangkan umur dia Allah.Lagipun dia tak tahu aku yang dermakan darah tu.Aku yang tak bagi pihak hospital bagi tahu sesiapun.Aku ikhlas.Buat baik kan,cukup lah Allah saja yang tahu."
"Hah betul lah tu.Buat baik ni kena diam diam,sembunyi sembunyi.Tapi kalau manusia jenis jantan sial macam si Fariz tu kena diberitahu.Biar dia buka mata kenang jasa kau.Ni tak,suka hati nak,suka hati buang.Dia buat kau macam sampah.Tapi kau masih lagi nak bela dia kan.Hei,Iman kalau kau terima cinta Fikri lepas beranakan adik dulu,dah senang lenang hidup kau sekarang ni.Adik tu dah lama dapat rasa kasih sayang seorang ayah.Tak de lah dia asyik bersedih macam sekarang ni.Tu,kau tengok lah anak kau."
Muncung bibir Fatihah halakan kearah Farah.
"Dari tadi lagi dia usha ayah dengan budak tu.Kau tak kesian ke?"
Seketika aku menoleh kearah Farah.Duduknya diatas pasir.Ditanganya ada sebuah buku dan pensel.Tapi anak matanya tertumpu pada susuk tubuh lelaki dewasa dan seorang budak perempuan.Sesekali bibirnya mengukir senyum melihat dua beranak itu leka bermain air dipersisiran pantai.
Satu keluhan kecil aku lepaskan sambil geleng kepala.Air mata yang jatuh pantas aku kesat.
"Menangis! itu ja kau mampu buat.Iman,tak salah kau korbankan perasaan kau tu untuk masa depan adik.Kesian saja tak cukup.Kau kena bertindak! Buka pintu hati kau untuk lelaki lain."
Bertindak?
Bertaut kening aku perhatikan Fatihah yang dah bangun dan berdiri menyarung selipar.
"Dah tiba masanya kau fikirkan soal adik.Bukan pentingkan diri fikir perasaan sendiri."
Ujar Fatihah dengan nada sindiran sambil mengatur langkah berjalan kearah Farah.
Share this novel
ntah gatai dok ingt jantan tu ko pun tahu jantan tu dh buang ko