BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
Kata sepakat telah aku dan Iman setuju.Aku dah agak manusia MATA DUITAN macam Iman ni pastinya mudah untuk terima apa sahaja tawaran.Asalkan dapat duit,masalah selesai.
Dah selesai bab kedua rancangan aku,kini tiba giliran mama pula.Mama orang yang wajib tahu tengtang rancangan aku untuk halalkan Nurul Iman sebagai isteri tapi bukan kerana Cinta atau pun Nafsu.Tapi perkahwinan ini untuk kepentingan aku dan juga untuk baik pulihkan hubungan mama dan papa.Aku nak mama dan papa mesra seperti dulu.
Dari jauh aku perhatikan mama kusyuk menonton tv.Ya,ini peluang aku nak berterus terang dengan mama.
Aku tarik nafas dalam dalam dan aku lepaskan,aku cuba tenangkan diri bila jantung aku mula bedegup kencang untuk berhadapan dengan mama. "Ya! I'am ready!" kata aku sambil aku gerakkan kerusi roda menghampiri mama yang berada di ruang tamu seorang diri.
Sesudah sampai disebelah mama,aku masih lagi tak memanggil mama.Mulut aku terasa berat ja nak terbuka.Aku takut nak bagitahu mama,aku takut mama mengamuk lagi seperti kali pertama aku sampaikan hajat aku nak memperisterikan Sofia."Tapi,masa tu mama marah sebab aku dah bertunang dengan Nastasha,mungkin kali mama tak marah,nak pula aku ni nak kawin dengan Iman bukan kerana cinta."bisik hati aku lantas aku terus panggil mama.
"Mama"
"Ya Riz"
Sepintas lalu mama toleh tengok aku sambil menjawab.
"Sini teman mama,kita layan drama korea ni.Seronok ceritanya,dia orang ni pasangan kekasih yang dah lama terpisah,sekarang dah berjumpa semula.Tapi tu la masing masing dah bekeluarga dan dah ada anak pun."
Kata mama penuh perasaan sambil bola mata mama merenung skrin tv,dan bibir mama pula tak lekang ukir senyum.Al maklum lah mama tengah layan adegan Romantik.Berangan lah tu! perempuan pantang tengok lelaki HENSEM, lemah!.
"Mama." aku panggil mama lagi.
"Ya Riz,kenapa sayang?"
mama sahut panggilan aku tapi tak tengok aku pun.Asyik senyum ja.Aku pula yang segan bila bola mata mama melekat di skrin tv kusyuk tengok adegan pasangan lelaki dan perempuan korea tu bercium mulut. "Mama.. mama.. dah nak jadi Opah pun masih lagi layan Drama K.POP ni." bisik hati aku sambil aku gelengkan kepala.
Oleh kerana mama kusyuk sangat layan Drama Korea.Aku pun tak nak ganggu.Aku duduk ja dekat sebelah mama,sekali sekala teman mama layan Drama Korea best juga.
Aku tenung ja hero dan heroin drama korea tu memainkan watak dan peranan masing masing.Hebat sungguh lakonan dia orang sampai berjaya mengalirkan air mata manusia macam mama ni.Syabas! syabas!.. Tapi aku lebih tertarik tengok wajah heroin drama korea tu,cara pakaian dia memakai gaun labuh,cara berjalan,cara gelak dan senyum heroin tu buatkan aku teringat pada seseorang,Seseorang yang bernama Sofia Adriana.
SOFIA ADRIANA BINTI ABDULLAH,insan pertama yang telah mencuri hati aku.Orangnya cantik bagaikan Bidadari Dunia.Tubuhnya tinggi layak menjadi seorang model,lemah lembut pertuturannya,sopan santun gerak gerinya dan juga baik budi bicaranya.Dik kerana itulah aku jatuh cinta pandang pertama pada Sofia Adriana ketika aku melihat dia melayani warga tua yang memerlukan kasih sayang.
Pertemuan pertama aku dengan insan yang bernama Sofia Adriana bermula di sebuah rumah perlindungan Orang Tua.Masa tu mama minta aku temankan mama pergi melawat dan memberi sumbangan untuk warga emas yang mejadi penghuni di rumah tersebut.Sofia pula merupakan salah seorang petugas ditempat tu.
"Assalammualaikum Datin Ainun dan Cik Fariz.Terima kasih banyak banyak kerana sudi datang ziarah teratak kami yang tak seberapa ni.Saya Sofia Adriana petugas Teratak Nur Kasih,Silakan masuk Datin,Cik Fariz." Ucap Sofia menyambut mesra kedatangan kami.
"Waalaikummussalam"
Serentak aku dan mama menjawab salam sambil aku ukir senyum manis merenung wajah Sofia dan mama pula manyambut tangan Sofia yang menghulur salam.
"Silakan Datin,Cik Fariz.." ujar Sofia lagi,bibirnya tak lekang ukir senyum pada aku dan mama.
"Datin,Cik Fariz.. Di sini kami menempatkan lebih kurang 30 orang warga emas lekaki dan perempuan yang usianya antara 50an ke 70an.Mereka semua ni kebanyakkannya ditinggalkan anak anak.Tapi kalau Datin dan cik Fariz nak tahu paling menyedihkan ada juga antara mereka kami ambil dari tepi jalan dan bawa mereka kesini dalam keadaan mereka yang sangat naif.Ada antara warga emas disini hidup mereka sebatang kara,tak ada anak tak ada saudara.Ada sesetengah pak cik dan mak cik ni dah tak ingat langsung tentang diri mereka...
Terpegun aku mendengar kepetahan gadis muda seperti Sofia Adriana menceritakan pengalaman dia menguruskan Rumah Perlindungan Nur Kasih.Aku kagum dengan Sofia,walaupun usianya masih muda dia aktif dalam kegiatan kerja kerja amal membantu warga emas.
Bermula dari situ aku mula berkawan baik dengan Sofia Adriana.Awal perkenalan,kami hanya berhubung melalui whatssap dan panggilan telefon.Kami mula mengenali antara satu sama lain,Dan tanpa disangka aku dan Sofia mempunyai minat yang sama iaitu Melukis.
Semenjak itulah aku kerap berjumpa Sofia,kami akan meluangkan masa dengan aktiviti melukis pemandangan indah dimuka bumi Allah dan hasil lukisan kami,aku akan pemerkan di Galeri aku sendiri.
Setelah lama aku dan Sofia bersabat baik,aku mula menaruh hati pada Sofia dan aku terus luahkan perasaan aku.
"Sofia,saya sayangkan awak.Saya cintakan awak.Sudi tak awak terima saya sebagai pasangan hidup awak."
Dengan penuh yakin aku meluahkan isi hati aku kepada Sofia bersaksikan tumbuhan hijau ditepi tasik.
Redup mata Sofia merenung aku,bibir mugilnya mula bergerak.
"Riz... saya.. saya juga sayang awak,saya juga cintakan awak sepenuh hati saya.Tapi saya risau...
"Risau..apa yang awak risau?" aku terus mencelah sambil merenung wajah Sofia dengan jarak yang lebih dekat.
Sofia juga membalas renungan mata aku.Riak wajahnya sayu.
"Saya risau kalau awak dah tahu siapa diri saya,awak mungkin tak boleh terima saya lagi."
"Kenapa awak cakap macam ni..Macam serius ja.Awak buat saya takutlah." jawab aku sambil tertawa kecil.
Sofia hanya diam tanpa senyum.Riak wajahnya bertukar sedih.
"Sayang" lembut aku memanggil Sofia,telapak tangan Sofia aku gengam. "jangan lah sedih macam ni.Okey sekarang ni awak berterus terang dengan saya.Saya janji! saya akan terima awak seadanya,sama seperti awak terima diri saya."
Kata aku memujuk Sofia.
Dengan air mata mula jatuh kepipi,Sofia ceritakan kepada aku kisah kehidupannya dan siapakah dirinya?.
Sofia Adriana seorang manusia yang lahir kedunia atas dosa besar sepasang kekasih yang hidup mereka berlandaskan nafsu.Dirinya dibuang ditepi jalan seperti sampah.Dipungut pula oleh pasangan suami isteri yang tak berhati perut.Zaman kanak kanaknya kelam dihabiskan di lorong lorong bersama manusia manusia kotor.Sofia juga sering dipukul,disiksa,dipaksa untuk mencari nafkah sehinggalah umurnya meningkat dewasa dia nekad melarikan diri.Bermula dari hari itulah Sofia menumpang hidup di rumah perlindungan Nur Kasih.Hidupnya bahagia dikelilingi warga emas yang mendambakan kasih seorang anak.
Selepas Sofia meluahkan semua kisah masa lalunya perasaan cinta dan sayang aku sedikit pun tak berubah,tapi aku semakin sayang pada Sofia dan aku nekad mahu mengahwini Sofia Adriana.
"Fariz.. Hei,Fariz"
Seketika aku rasa tubuh aku digoncang.
"Hah! ya mama."
"Kenapa ni? Sedih sangat ke drama korea tu sampai menangis macam ni."
Soal mama.Berkerut dahi mama merenung wajah aku.
Tersentak aku apabila mama cakap aku menangis.
Pantas jari jemari aku menyentuh pipi.Ya,aku menangis,ada air dipipi aku.
"Betul la tu Riz menangis.Kenapa sedih sangat ni.Tak kan lah sebab layan drama tadi tu." soal mama lagi sambil merenung wajah aku.
"Eh,Tak lah mama.Riz okey.Mama,Riz masuk bilik dulu ya.Mengantuk."
Dengan pantas aku gerakkan kerusi roda meninggalkan mama yang terkedu dengan tindakkan aku.
Aku terpaksa memberi alasan,hati aku terlalu sedih.Aku rindukan Sofia.Aku tak mampu lagi nak usulkan rancangan aku pada mama.Seketika hati aku dalam dilema memikirkan antara Sofia dan Iman.
"Ya Allah.. perlu ke aku kawin dengan Iman? aku tak setia pada Sofi.Tapi aku tak cintakan Iman,aku cuma perlukan Iman untuk bantu aku.Aku dah tak sanggup tinggal dalam rumah ni.Aku dah penat nak hadap perangai opah,perangai papa! Sofi,abang sayang Sofi.Abang tak pernah lupakan Sofi.Abang terpaksa sayang.. Abang terpaksa.."
Aku tenung wajah manis Sofia Adriana di skrin handphone sambil aku bercakap sendirian.Aku belai raut wajah Sofia yang tak bernyawa.Aku tenung setiap inci raut wajah insan yang sangat aku rindui sehinggalah kelopak mata aku tertutup dengan sendiri.
Tok,Tok,tok,tok, "Cik Fariz... Cik Fariz..."
Macam biasalah awal awal lagi Iman dah ketuk pintu bilik aku.Tapi hari ni lagi awal dari biasa Iman ketuk bilik aku.Kebetulan aku juga bangun awal dan masih duduk termenung didalam bilik.
Tok,tok,tok,tok.. "Cik Fariz! Cik Fariz! Bangun lah."
Kenapa la dengan si Iman ni.Ketuk pintu bilik aku macam nak roboh,dia jerit panggil aku macam rumah ni terbakar.
"Ya,ya.. aku dah bangun lah."
Nak tak nak terpaksalah aku sahut panggilan Iman.Selagi aku tak jawab lagi kuat diketuknya pintu bilik aku.
"Cik Fariz dah bangun! buka lah pintu ni.Saya ada hal nak cakap sikit." Kata Iman yang masih berada di luar pintu bilik aku.
Sepintas lalu aku tengok daun pintu,dan aku masih kaku duduk dikerusi roda sambil merenung skrin handphone.Malas aku nak layan mulut Murai ni pagi pagi.Entah hal apa lah yang penting sangat tu.
Tok,tok,tok,tok... " Cik Farizzzzzz.. Buka lah pintu ni.Saya ada hal penting ni."
Sekali lagi Si Murai ni ketuk pintu bilik aku.Semakin kuat pula suara Iman panggil aku.
"Haishh.. Dia ni lah.Mengacau ja pagi pagi.Aku nak relasks sekejap pun tak boleh."keluh hati aku geram
sambil aku gerakkan kerusi roda kearah pintu bilik.
Daun pintu bilik aku buka dan tiba tiba...
Laju ja Si Iman tolak kerusi roda aku mengundur kebalakang dan dia juga menyelinap masuk kedalam bilik aku siap tutup pintu dan kunci.
"Woi! apa kau buat dalam bilik aku ni.Kau keluar sekarang."
Aku jegilkan mata aku tenung Iman.
"Shuttss.. Cik Fariz jangan lah cakap kuat kuat! nanti ada orang dengar"
Jawab Iman yang dah berdiri tegak depan aku.
"Berani kau masuk bilik aku kan,kau nak apa ni.Kau jangan nak buat hal Iman.Kita ni belum kawin lagi.Kalau dah kawin pun aku takkan biar kau sentuh aku."
"Ishh cik Fariz ni.Otak Kotor! Takkan lah saya nak rogol cik Fariz,tak pernah dibuat orang,perempuan rogol lelaki."
"Aku tak cakap pun kau nak rogol aku,kau tu jangan nak goda aku!"
"Saya nak goda Cik Fariz!" jawab Iman sambil jari telunjuk dia halakan pada dirinya.
"Ya lah! kau tu bukan boleh harap."
"Cik Fariz ni agak agaklah saya nak goda cik Fariz.Saya tahu lah saya ni tak bertudung,tapi iman saya kuat! Saya tahu mana halal haram.Kalau saya nak goda cik Fariz pun tunggulah la lepas kita dah kawin! tapi tu lah,Kalau saya goda pun buat penat ja.Cik Fariz boleh tengok,lepas tu telan air liur ja lah.Nak buat apa apa dah tak mampu.Tapi tak apa, cik Fariz jangan risau sebab saya takkan buat macam tu,saya takkan sesekali siksa hidup cik Fariz...
Geramnyaaa aku tengok Si Murai ni mengomel.Hati aku dah panas ni.Mengata aku depan depan.
"Woi Iman! kau jangan nak merepek lah! Dah la kau masuk bilik aku,boleh pula selamba ja kau cakap bab tu dalam keadaan kita berdua duaan dalam bilik aku.Kau tak malu ke.Lebih baik kau keluar sekarang!"
Tegas suara aku marahkan Iman sambil aku halakan jari telunjuk aku kearah muka pintu bilik.
"Astagfirullah hal Azim.. Ya Allah! apa saya dah cakap ni.Malunyaa saya!.Eee malunyaa."
Jawab Iman sambil tunduk tengok lantai.Telapak tangan dia pula menutup muka.
"Tahu pula malu,masa kau nak cakap tu,tak pula fikir dulu.Eh Iman,Kau nak apa hah? Apa perkara yang penting sangat yang kau nak cakap tu sampai kau sanggup menyelinap masuk bilik aku."
Aku tanya Iman.Tak tergamak la pula aku nak marah lebih lebih dekat perempuan lurus bendul ni.
Dengar ja pertanyaan aku,Si Murai ni apa lagi,laju la angkat kepala tengok aku.Dah hilang dah rasa malu tadi.Dasar manusia otak seminit!.
"Cik Fariz saya minta maaf sangat sangat ya pasal tadi! Bukan niat saya nak cakap semua tu.Tujuan saya masuk bilik cik Fariz ni sebab saya nak conformkan tentang rancangan kita nak kawin tu,jadi kan! agak agak Cik Fariz bila ya tarikh nikah kita? Sebab saya dah janji dengan Ah Chai nak setelkan hutang dia minggu depan.Lepas tu saya bagitahu Puan Zaitun yang saya nak berhenti kerja,saya dah ada duit nak ganti pasu Antik dia yang kononnya mahal sangat tu!"
Seketika aku diam,aku tenung ja bibir kecil Iman ni berceloteh.Bukan main lagi dia buat janji,belagak pula tu! Kau jangan main main dengan Wan Zaitun tu.Orang tua tu hati kering.
Iman.. Iman.. Beriya pula kau nak kawin.Kau tak tahu aku ni masih dalam dilema nak kawin ke tak!.
Share this novel