"Subhanallah,comelnya anak Iman.Muka tu,iras betul dengan Riz.Perangai pun sama.Tengoklah cara diaorang duduk melukis tu sama je,duduk bersila sambil tongkat dagu.Hurmm.. Farah,Farah.Tengok perangai Farah ni,teringat pula mama zaman kanak kanak Fariz.Kalau Iman nak tahu macam ni lah perangai Riz masa kanak kanak dulu.Kemana saja dia pergi mesti tak tinggal beg galas.Dalam beg tu bukan ada toys tapi ada kertas,alat tulis dengan pensel warna.Samalah macam Farah."
Tersenyum ceria raut wajah Datin Faridah Ainun bercerita topik zaman kanak kanak Fariz sambil dia gengam tangan aku.Aku pun tersenyum juga layankan je keterujaan Datin Faridah Ainun.
"Aa..aa mama,betul tu! Bukan setakat perangai je sama.Selera makan pun sama macam Fariz.Apa ya Fariz suka,yang tu juga lah Farah suka.Farah jarang makan nasi ma.Spagetti itu lah makanan dia hari hari."
"Lah.. ye ke? Allah hu akbar.Betul betul anak ayah ni.Farah.. Farah."
Tergeleng geleng kepala Datin Faridah Ainun sambil tergelak besar.
Seronok betul mama Fariz hari ni apabila permintaanya aku terima.Puan Ainun aku panggil mama.Terakhir kami berborak kat cafe hari inilah permintaan Puan Ainun.Dia nak aku panggilnya mama,lebih mesra katanya.Jadi walaupun agak kekok aku akur je. "MAMA"
Oh ya,ada lagi satu permintaan Datin Faridah Ainun,dia cakap dia teringin sangat nak jumpa Farah.Aku apa lagi,tayang muka terkejut lah.Banyak betul hal aku Datin Faridah Ainun dah tahu.Termasuklah hal aku pernah selamatkan nyawa Fariz.Patutlah Puan Ainun dan Fariz dah berubah,rupanya semua rahsia aku Fikri dah ceritakan pada diaorang.Berkali juga lah Puan Ainun ucap terima kasih dan minta maaf.
Aku,aku maafkan je semua salah silap Datin Faridah Ainun.Nasihat Fatihah aku pegang.Tak ada manusia yang sempurna dimuka bumi Allah ni.Dah jadi adat manusia akan menyesal di kemudian hari.
Jadi aku sebagai manusia yang masih ada hati dan perasaan,sebagai manusia yang tak mahu menyesal di kemudian hari.Dengan rela hati hari ini aku bawa Farah berkunjung ke Resort Permai Indah sebagai tetamu.Kebetulan aku cuti,Farah pun cuti jadi kami datanglah kesini luangkan masa bersama Fariz dan Datin Faridah Ainun.
"Syukur Alhamdulillah,mama rasa seronok sangat sekarang ni Iman.Hati mama ni tenang sangat bila Iman dah maafkan mama,dah maafkan Fariz.Mama tumpang gembira tengok korang anak beranak dah bersatu semula.Alhamdulillah.Terima kasih ya Allah.Terima kasih Iman sebab sudi terima mama,terima Fariz semula.Tak sabar mama nak bawa Iman dengan Farah balik KL.Papa mesti gembira bila dapat jumpa Farah.Papa tu dah lama sangat teringin cucu perempuan.Rupanya Allah dah lama makbulkan doa kami.Cuma kami je yang tak tahu."
Lemah lembut tutur bicara Puan Ainun meluahkan isi hatinya sambil bahu aku dipeluk.
Aku,aku tenang je dengar sambil aku ukir senyum tenung raut muka Puan Ainun.Sesekali aku toleh tengok gelagat Farah dan Fariz yang masih sibuk melukis.
"Oh ya Iman,mama nak tanya ni.Iman dengan Riz plan nak nikah kat sini ke atau kat KL? Mama okey je,mana mana pun boleh.Tapi,kalau pendapat mama lah lebih baik korang nikah kat sini je.Lepas tu kita buat majlis kenduri kat resort ni.Dah balik KL nanti boleh lah Iman stay je kat rumah mama.Lepas tu kan kat KL nanti mama nak buat lagi sekali majlis kawin korang.Mama nak buat besar besaran.Mama nak jemput semua kawan kawan mama..
Hah sudah! bab ni aku tercengang.Teruja betul Puan Ainun cakap soal nikah kawin aku dengan Fariz.
Aku memang dah maafkan Fariz,aku memang dah terima Fariz.Tapi,aku tak terima pun lamaran Fariz.Fariz ni kan,cari pasal betullah.Entah apalah yang dia dah temberang Puan Ainun.Kesian orang tua ni,bersungguh betul cakap bab kenduri kendara kitaorang.
"Mama ingat,mama nak buat majlis kawin korang kat hotel.Boleh buat pelamin besar.Hah,Iman nak tema warna apa?Kalau Riz dia suka warna biru."
Puan Ainun dah sibuk tanya aku hal pelamin.Masak aku,nak jawab apa ni.Takkan aku nak berterus terang kot.Tak sampai hati pula nak rosakkan mood ceria Puan Ainun.
"Err... Warna.. warna putih."
Terkeluar juga jawapan dari mulut aku ni walaupun terkulat kulat aku nak jawab.
"Putih? Hah,elok sangat lah tu.Fariz suka warna biru,Iman suka warna putih.Memang serasi sangatlah warna tu.Tema pula.Iman suka tema apa.Tradisional? moden? simple atau nak grand grand?"
Aduh! Puan Ainun tanya aku bab Tema pula.Aku dah mula kerut dahi.
"Err.. tak kisah.Iman ikut je."
"Lah,mana boleh macam tu.Iman kena lah ada pilihan sendiri.Hah! apa kata Iman pilih tema moden.Tema awan biru."
Tema awan biru? Tema apa tu? Hairan lah aku dengan manusia golongan kelas atasan ni.Nak buat majlis kenduri kawin pun kena ada tema ke? Aku ingat melukis je kena ada tema.Tapi yang lagi aku hairan Puan Ainun ni nak aku buat pilihan.Tapi semuanya dia yang pilih.Dia tak tahu,kalau ikut pilihan aku,aku tak nak pun kawin dengan anaknya si Fariz tu.
"Iman,Iman..apahal lah kau beriya sangat berbual hal ni dengan Puan Ainun.Apasal tak berterus terang je.Kau tengok sekarang ni Puan Ainun tu dah sibuk cari wedding planer untuk korang.Aduh,macam mana ni? kesian Puan Ainun dah seronok sangat."
Dalam hati aku ni dah mula resah gelisah bebelkan diri sendiri apabila Puan Ainun dah mula buka ipadnya.Aku tengok jari jemari dia laju je bergerak sentuh skrin ipad.
"Iman,tengok ni cantikkan pelamin ni.Inilah tema Awan Biru."
Orang dah tunjuk,aku pun tengoklah.
"Aa..aa cantiklah mama."
Jawab aku tak teragak agak.Tapi sumpah cantik!
"Haa.. cantikkan.Sesuai sangatlah dengan pilihan warna Iman dengan Fariz.Biru dan putih.Nanti baju pengantin Iman pakai gaun putih,Fariz pula pakai sut blazer hitam.Untuk Farah pula mama nak tempah gaun putih yang kembang kembang tu.Mesti comel kalau Farah pakai."
Berkerut kerut muka Puan Ainun bercerita.Siap tayang muka tak sabar lagi.Dah jauh sangat ni planning Puan Ainun.Yang aku pula masih tak mampu nak berkata benar.Yang aku mampu angguk,tersengeh sengeh,lepas tu setuju je dengan semua cadangan Puan Ainun.
"Masak lah kau Iman." kata hati aku.Gulp! aku telan air liur.Otak aku dah blurr memikir.Yang Puan Ainun pula bola matanya masih lagi melekat di skrin Ipad.
"Opah,opah! Cantik tak lukisan Farah?"
Tiba tiba Farah muncul.
Huh,selamat aku.Tengah Puan Ainun rancak berbual sambil tunjukkan aku gambar gambar pelamin tiba tiba Farah datang mencelah.Puan Ainun pun apalagi,terus berhenti berbual dan letakkan Ipadnya ditepi atas tikar.Tangan Farah Puan Ainun raih,laju ja Puan Ainun tarik Farah duduk diribanya.
"Wahh..Cantiknya.Farah lukis gambar keluarga ya."
Datin Faridah Ainun pun layankan je pertanyaan cucunya dan soal Farah semula.
Farah ukir senyum dan mengangguk.
"Hurmm cuba Farah bagitahu kat opah,ramai ramai ni semua gambar siapa."
Farah mula merenung lukisan yang berada ditangan Puan Ainun lalu jari telunjuk dia halakan pada lukisan tu.
"Ini mama,ini Farah,Ini ayah,ini opah,ini atuk,ini pak long,ini mak long,ini Amirul,ini Adam,ini mummy Tihah."
Satu persatu gambar orang dalam lukisan tu Farah sebut.Ramainya,ini mesti Fariz suruh Farah lukis.Tak kisahlah.Tapi ini lah perangai anak aku.Fatihah tak pernah dia lupa.Setiap kali melukis foto keluarga,susuk tubuh Fatihah mesti wujud.
"Hurmm.. Pandainya cucu opah ni lukis.Tapi kan semua dalam gambar ni opah kenal.Cuma sorang je opah tak kenal.Yang ni.Siapa tadi?"
"Mummy Tihah."
Jawab Farah sambil gigit jari telelunjuknya.
"Mummy Tihah?Siapa tu sayang?"
Puan Ainun dah berkerut dahi hairan.
"Fatihah mama,kawan baik Iman.Farah panggil dia mummy Tihah.Diaorang tinggal serumah dari Farah kecil lagi."
Fariz tiba tiba muncul mencelah.Tak sempat aku nak jawab.Lepas tu dia terus labuhkan duduknya disebelah aku.Duduk sebelah boleh,tapi jauh jauh sikit lah.
"Ohh.. Fatihah.Eh,bukan ke Fatihah tu..
"Eh mama,dari tadi mama tak pergi mana mana.Apa kata mama pergi lah bawa Farah jalan jalan tepi pantai main air.Hah tu kat situ ada orang jual aiskrim,mama bawa lah Farah pergi beli aiskrim.Farah suka aiskrim kan."
Tak sempat Puan Ainun habis cakap sekali lagi Fariz mencelah.Pelik,cara Fariz bercakap tu macam ada sesuatu je Fariz tak nak aku tahu.Arrgghh lantaklah malas nak fikir.
Farah pula dengar ja aiskrim beriya lah dia mengangguk.Senyum sampai ketelinga.Bingkas Puan Ainun bangun.
"Farah nak aiskrim? Jom ikut opah kita pergi beli.Iman dengan Fariz berbuallah dulu.Mama tolong tengokkan Farah."
Ujar Puan Ainun bagi lampu hijau kat kitaorang,lalu dia mula mengatur langkah sambil pegang tangan Farah.
Jauh je Puan Ainun dan Farah dari pandangan kita orang Fariz terus tenung aku.
"Berbual apa tadi dengan mama,rancak je saya tengok."
Aku balas renungan Fariz.Oh,tanya aku berbual apa ya.Jap aku nak bagitahu.Peluang dah depan mata kan,ini lah masanya aku nak soal siasat Fariz.Maka aku pun mula la ceritakan semua perkara yang aku bualkan dengan Puan Ainun kepada Fariz.
Fariz pula dengar tanpa menjawab.Tapi raut mukanya mula berubah resah.
"Apa yang Cik Fariz dah bagitahu Puan Ainun,beriya betul Puan Ainun tu rancang semuanya."
Aku tanya Fariz dengan nada yang tegas.
"Huh" Fariz mengeluh.Bola matanya masih merenung aku.
"Saya minta maaf Iman.Mama happy macam tu sebab saya bagitahu mama yang awak dah maafkan saya.Dan awak setuju nak jadi isteri saya."
"Apa? Cik Fariz ni dah kenapa.Sampai hati Cik Fariz tipu Puan Ainun.Cik Fariz tak kesian ke kat Puan Ainun."
"Saya terpaksa Iman.Saya terpaksa! Saya dah tak larat lah nak dengar mama membebel.Hari hari mama call tanya pasal awak.Tanya saya awak dah setuju ke belum.Mama ugut saya.Mama cakap kalau saya tak berjaya pujuk awak untuk jadi isteri saya.Mama tak izinkan saya balik KL.Mama tak nak cakap dengan saya.Sebab tu lah saya terpaksa tipu mama."
Seketika aku terkedu dengar jawapan Fariz.Entah betul ke tidak aku tak mampu nak percaya.
"Cik Fariz ni betul ke.Atau Cik Fariz nak reka cerita supaya saya terima Cik Fariz."
"Sumpah Iman! Saya tak tipu.Bukan saya sorang je nak awak,tapi mama pun nak awak jadi menantu dia semula.Mama dah menyesal Iman.Mama juga nak tebus semua kesilapan dia dulu.Ada banyak perkara yang kami tahu lepas awak takda Iman."
Aku terkedu lagi lepas dengar semua kata kata Fariz.
"Iman.. Tolong lah terima saya semula.Saya sayang awak Iman.Saya ikhlas nak kawin dengan awak kerana cinta.Bukan kerana siapa siapa.Saya janji,saya akan jaga awak dan Farah selama lamanya.InsyaAllah saya tak akan ulangi lagi kesilapan yang sama.Saya janji,saya akan setia hanya pada satu cinta.Awak cinta yang saya ada.Iman,sudi ye awak terima lamaran saya."
Sekali lagi Fariz melamar aku.Sebentuk cincin Fariz keluarkan dari poket seluarnya dan dia hulurkan kepada aku.
Dah baca please komen ya sebagai tanda bab ni keluar kat NOTI.
Share this novel
Tambah la lagi..plot cerita dah best dah
muka surat akhir ada ulangannya 2 kali..