bab 61 Kebahagiaan Fariz

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI... Kerana dia aku mengenali dia.DIA kini sudah menjadi hak kekal milik aku.Aku sayangkan dia,terlalu sayang.Aku cintakan dia,terlalu cinta.Aku berjanji,aku akan jaga dia dan anak aku seperti nyawa aku sendiri.

Alhamdulillah,ini lah percaturan hidup aku sekarang.Setelah Allah uji aku dengan seribu sesalan,akhirnya Allah hadirkan aku sebuah kebahagiaan."Terima kasih Iman kerana sudi maafkan abang dan terima abang semula.Terima kasih atas segala perngorbanan sayang dah melahir dan membesarkan anak kita tanpa abang disisi sayang."

Tak jemu aku perhatikan setiap inci raut muka Iman sampai tersenyum sorang sorang.Cantiknya isteri aku MasyaAllah rasa macam tak nak keluar bilik ja.Tapi hati aku rasa sebak bila aku kenang kembali semua perbuatan kejam aku dulu pada Iman.Sumpah! aku menyesal.Aku menyesal.

Aku masih terbaring dibawah selimut bersama Iman.Mengiring dan menongkat dahi.Perlahan aku usap pipi gebu Iman lalu ibu jari aku pula menyentuh bibir mugilnya.Iman,masih tak sedarkan diri,nyenyaknya tidur.Entah apa lah yang tengah dia mimpikan.Mimpi aku kot.

"Sayang.." aku berbisik ditelinganya.Tapi Iman masih tak bertindak balas.

"Sayang.. Sayang..." Aku berbisik lagi dengan ton suara yang agak tinggi.

Aku tengok raut muka Iman dah mula bergerak gerak.Dahinya berkerut,kelopak matanya juga terbuka nipis.

"Abang,dah pukul berapa ni." Soal Iman sambil meregang tubuh.

"8.45 sayang." jawab aku bersahaja.

"Apa? 8.45 Ya Allah.."

Iman dah gelabah.

"Ya Allah.. abang ni kenapa tak kejutkan saya.Astagfirrullah hal azim..Dah lewat ni.Ya Allah,sempat ke tak nak masak ni."

Iman,kelam kabut bangun dan turun katil sambil membebel.Selamba je dia tayang badan dia yang putih gebu tu kat aku,haish.. ni yang buat aku geram ni.Laju je aku pun turun dari katil pergi ke bilik air.

"Sayang!"

"Ye abang."

"Sayang buka lah pintu ni."

"Buka pintu?Abang nak apa?"

"Alah.. Buka lah pintu ni sayang.Abang pun nak mandi juga."

"Kejap lagi lah abang mandi.Bagi lah saya mandi dulu.Saya dah lambat lah nak masak."

"Alah sayang ni.Abang nak mandi sama sama dengan sayang lah.Buka lah pintu ni sayang."

"Tak nak lah saya,abang jangan nak mengada ngada ya.Saya tak percaya abang.Saya bangun lewat ni pun semuanya salah abang tau.Gatal,suka kacau saya.Tak pasal pasal kena mandi sekali lagi.Sepatutnya waktu macam ni saya dah kat dapur,siapkan sarapan pagi.Ni dah dekat pukul 9 masih dalam bilik.Ee.. malunya kat mama...

Pot..pet.. pot.. pet.. Tergelak mengekek ngekek aku diluar pintu bilik air dengar omelan Iman.Perangai murai tu masih tak buang.Sepatah aku cakap,berpatah patah dia balas.Aku pula yang salah,dia yang goda aku dulu.Sebelum solat subuh pandai sangat janji itu ini,bila dah habis solat nak lari pula.Memang tak lah aku nak lepaskan.

Usai Iman mandi dan bersiap dia terus turun bawah.Aku pula masih terbaring diatas katil.Badan ni baru terasa letih.Al maklumlah banyak tenaga dah habis aku gunakan semalam dan tadi.Rasa macam nak tidur je.Tapi tak boleh,kalau aku tidur nanti Iman naik atas dia membebel lagi.Dia dah pesan tadi "Abang jangan nak tidur pula,cepat mandi.Lepas tu turun bawah,kita sarapan sama sama."

"Ye sayang.. Abang nak mandi lah ni.Sayang tu turun cepat.Nanti tak sempat nak masak."

Bila teringat janji dengan Iman,malas malas aku terus bangun dari katil pergi mandi dan bersiap turun bawah.

Dari anak tangga atas lagi aku dah boleh dengar suara bising di ruang makan.Suara siapa lagi,kalau bukan suara murai murai yang ada dalam rumah ni.Mama,Tasya dan isteri aku Iman.Diaorang ni kalau dah berjumpa riuh sekampung.Entah apa lah yang diaorang bualkan,suara tu dah macam tertelan microfon,nyaring.

"Iman,Fariz mana takkan tak bangun lagi.Matahari dah terpacak ni.Tak kan tidur lagi kot."

Ehh,jap.Tu macam suara Faizal.Ada murai jantan rupanya.Detik hati aku lalu aku sengaja berhenti melangkah dan berdiri di anak tangga terakhir.Aku nak dengar perbualan diaorang.

"Eh Fariz dah bangun dah.Tengah mandi rasanya.Jap gi turunlah tu."

"Ohh.. Tengah mandi.Tapi pelik kan,Fariz jarang jarang bangun lewat.Selalunya pukul 8 dia dah terpacak kat bawah ni.Tapi hari ni pukul 9 tak turun lagi.Agaknya penat sangat kot semalam."

Cis,kurang asam kau Faizal.Menyindir ya.. Geram pula aku dengar si Faizal ni mengata aku,depan isteri aku pula tu.

"Abang! apa ni cakap macam tu kat Iman.Tengok muka dia dah merah dah.Malu lah tu.Biasalah diaorangkan pengantin baru,biar je lah Fariz tu nak bangun pagi ke,tengah hari ke.Abang tu tak payah nak menyibuk."

"Alah awak ni,saya bergurau je pun.Sory ye Iman."

"Tak apa abang Faizal saya faham."

Cool je isteri aku ni jawab ya.

"Iman,apa pun abang nak ucap terima kasih banyak banyak ya kerana sudi terima Fariz semula.Fariz dah banyak berubah sekarang ni.Ceria je abang tengok dia.Kalau tak muka tu nak senyum pun susah."

"Aa a Iman betul tu,mama pun sama.Terima kasih banyak banyak ya.Mama rasa bahagia sangat sekarang ni tengok Fariz happy sangat dan keluarga kita kembali bersatu."

"Ye lah Iman..Iman,you tahu tak kehadiran you dulu dalam keluarga ni dah banyak sedarkan kami erti kasih sayang.I tak pernah lupa nasihat you,I amalkan sampai sekarang.And know Alhamdulillah hubungan I dengan Faizal sweet je.Betul tak sayang."

"Hurm betul betul.Err.. Abang pun tak tahu apa nasihat Iman kat Tasya ni.Tapi banyak jugalah perubahan Tasya lepas rapat dengan Iman dulu.Dulu Tasya ni garang tau macam singa.Takut abang,tapi sekarang ni.. Err sayang.Adoi,sakitlah sayang."

"Hah padan muka.Mengata orang lagi."

Ketam batu dah gigit Faizal lah tu.Tu lah merepek lagi yang bukan bukan.

Seketika aku bangga mendengar pujian diaorang pada Iman.Riuh rendah ruang makan dengan gelak tawa diaorang.Betul lah tu,kehadiran Iman dalam keluarga aku dulu telah mengubah sikap Tasya.Dari tak ada rasa cinta dan sayang pada Faizal,kini diaorang dah macam belangkas walaupun dah beranak dua dan tak lama lagi bakal timang anak ketiga.

Kehadiran Iman juga dulu telah mengubah sikap papa.Papa dulu sibuk dengan urusan kerja,tapi entah apa lah nasihat Iman.Papa berubah,banyak masa papa luangkan dengan arwah opah dan juga mama.Papa juga dah jarang mengamuk marahkan mama.

Papa juga lah orang yang dorong aku untuk pujuk Iman semula.Aku tak sangka bila aku bagitahu papa perkara sebenar,papa marah besar sebab aku ceraikan Iman.Bahkan papa suruh aku cari Iman dan minta maaf dengannya.Papa cakap Iman gadis baik.Andai kata Iman masih belum bersuami papa nak aku kahwin dengan Iman semula.Papa juga bagi aku duit untuk aku beli dan usahakan Resort Permai Indah tu.Papa cakap kat aku itulah impian Iman.Punya resort sendiri ditepi pantai.

Aku kesal,aku menyesal.Dulu aku tak pernah ambil tahu semua tu.Impian,cita cita dan keinginan isteri aku sendiri.Aku pentingkan diri,malah aku herdik dia bila dia nyatakan keinginan dia nak bersama sama dengan aku berjalan berdua di persisiran pantai di Sabah.Mungkin masa tu rasa cinta dan sayang tak wujud dalam hati ini.Cakap pun ikut sedap mulut lah."Tapi sekarang aku sayang Iman,aku cintakan Iman.Aku janji aku akan tunaikan semua impian dan keinginan Iman. "Abang janji sayang."

"Ehh dah dah.Jom makan.Asyik berbual ja,perut pun dah lapar ni.Hah Iman,papa rasa lebih baik kamu pergi naik atas panggil suami kamu tu.Entah entah tidur lagi.Dah lama ni tak turun turun lagi."

Lamunan aku terhenti bila aku dengar suara papa arahkan Iman.Aku masih berdiri disitu menanti sang isteri.Muncul je susuk tubuh Iman,aku terus tarik dan peluk Iman erat erat.Dahi Iman aku kucup lama.Tenangnya jiwa aku rasakan sekarang ni.Iman pula tersentak terkejut.

"Eh abang."

"Sayang.. Abang rindu sayang." Aku terus memeluk Iman.Iman juga membalas pelukan aku.

"Abang.. lepaslah.Dah dah la tu.Malu lah nanti kalau diaorang tengok."

"Biarlah,sayang kan isteri abang.Abang nak peluk sayang puas puas."

"Hurmm.. kenapa ni.Suara tu macam sedih je."

"Tak sayang,abang tak sedih.Abang rasa bahagia sangat.Terima kasih ye sayang.Abang sayang Iman.Iman tolong jangan tinggalkan abang lagi ya.Andai kata lepas ni abang ada kecilkan hati sayang lagi sayang tegurlah abang ya.Kita selesaikan masalah kita cara baik.Abang tak nak kehilangan sayang lagi."

Sambil memeluk tubuh Iman,aku berbisik ditelinganya meluahkan isi hati yang terpendam.Sungguh aku takut untuk kehilangan Iman buat kali kedua.

"Abang.. Dah lah tu.Tak nak lah cakap macam ni lagi.Saya pun sayang abang.Sayang sangat sangat.Saya janji saya takkan pergi mana mana lagi.Saya akan sentiasa ada disisi abang.Abang pun tegurlah saya andai kata saya ada buat silap."

"Ye sayang.Abang janji.Tapi sayang tak ada apa apa salah pun dengan abang.Abang ni yang banyak dosa dengan sayang..

"Abang.. dah la tu." Pelukan aku Iman leraikan,dia dongakkan kepala menatap muka aku. "Abang jangan lah cakap hal ni lagi.Semua tu dah lepaskan.Saya dah maafkan semuanya.Sekarang ni kita tutup buku lama dan kita mulakan hidup baru.Saya tak nak dengar dah abang cakap hal
lepas lagi.Okey."

"Okey sayang,abang takkan cakap lagi.Apapun thank you so much.Abang sayang Iman.Sayang sangat."

"Sama sama.Saya pun sayang abang juga" Iman balas sambil ukir senyum manis.

"Ehem..

Tersentak bahu aku dan Iman dengar suara Faizal berdehem.

"Ya Allah korang berdua ni.Ingatkan sangkut kat atas tadi rupanya tengah berdrama korea kat tangga.Mama,papa tengoklah anak menantu mama dengan papa ni.Dah macam belangkas nak berkepit je 24 jam.Tahu lah pengantin baru,malam malam nanti lah ya nak berdrama pun.Dah sekarang ni jom sarapan aku dah kebulur ni tunggu korang."

Sedas kitaorang kena bebel dengan Faizal.Nasib lah aku tak sempat cium bibir Iman.Kalau tak.. hurmm aku tak malu pun,sebab aku kerap je tengok si Faizal tu bercium mulut dengan Tasya tu.So aku tak kisahlah kalau Faizal tu tengok.

Selepas sarapan pagi,seharian aku dan Iman tak keluar mana mana.Kami habiskan masa kat rumah je.Kat rumah tau,bukan dalam bilik!.Masa yang ada kami luangkan berbual dengan mama,papa,Faizal dan Tasya.Farah seronoklah ada kawan.Tak pasal pasal Amirul dan Adam kena mengadap pensel warna dan lukisan Farah.Aku tengok gigih juga lah diaorang tu belajar melukis dari Farah sehinggalah waktu berlalu tanpa kami sedari.Pejam celik,makan minum,gelak ketawa dah malam dah.Yee.. dah malam.Malam adalah waktu yang aku nantikan.

Sekilas pandang aku tengok jam meja hello kitty di meja sisi bilik Farah.Dah pukul 11 malam,agak lewat lah Farah tidur malam ni.

Biasalah budak budak bila dah bermain dengan kawan kawan rasa mengantuknya pun hilang.Jenuh aku pujuk baru lah Farah nak naik atas masuk bilik.Bila dah masuk bilik,nak aku pula tidurkan dia.Aku pun layankan je perangai anak kesayangan aku ni.Aku baring disebelah Farah sambil menepuk lembut paha Farah.Iman juga baring disebelah Farah sambil dia usap rambut aku.Usap usap manja,sesekali tu dia main cuping telinga aku,saja lah tu nak panaskan suasana keheningan malam.

Tapi tu lah,baru beberapa minit Iman nak bergurau senda dengan aku,tiba tiba handphone aku berdering.Aku pun terus bingkas bangun dan menjawabnya sambil berjalan keluar bilik.Tinggallah Iman sorang sorang tidurkan Farah.

Panggilan dari Iqbal aku jawab diruang balkoni.Lama jugalah aku berbual dengannya tentang hal kerja.Tak lama lepas tu aku dengar suara manja isteri aku.

"Lah.. kat sini rupanya cik suami saya.Ingatkan dalam bilik tadi tunggu kita.Hurmm."

Iman berjalan menghampiri aku yang sedang berdiri bersahaja diruang balkoni.

"Kenapa ni muram je muka,ada masalah ke?" Soal Iman.

"Hurmm.. Tak de apa apalah.Nih,Farah dah tidur ke."

"Dah.."

"Cepatnya."

"Penat main.Lagipun dah lewat sangat.Senang lah dia tidur."

"Farah,Farah.. Seronok sangat dapat jumpa Amirul dengan Adam sampai ajak tidur pun taknak."

"Biasalah budak budak.Farah tu kalau dah pegang kertas dan warna memang macam tu lah perangainya.Oh ya bang.Tadi sapa yang call abang tadi.Sampai kat sini abang keluar bercakap.Kenapa? Takut saya dengar ke?"

Soalan berbaur cemburu dah keluar dari mulut Iman.Muka tanpa senyum dia tayangkan pada aku.

"Aik! Cemburu ke Cik Puan Nurul
Iman."

"Mestilah cemburu.Awak tu suami kita kot."

Jawab Iman dengan jujurnya.

Aku pula ukir senyum nakal.Melangkah kaki berdiri dibelakang Iman.Lalu pinggang Iman aku rangkul sambil menongkat dagu aku dibahunya.

"Sayang... Abang suka lah kalau isteri abang cemburukan abang macam ni.Suka sangat.Rasa bangga.Inilah buktinya sayang betul betul sayang dan cintakan abang.Sebab orang kata cemburu tu tandanya sayang.Terima kasih sayang...Muaahh."

Satu ciuman melekat dipipi Iman.Pelukan aku juga semakin erat.Terasa bahagia sangat.

Seketika Iman menoleh tepi menjeling muka aku yang sangat dekat dengan pipinya.Raut mukanya nampak hairan.

"Hurmm... Habis tu kalau saya tak cemburukan abang,maknanya saya tak sayang abang lah.Macam tu."

Soalnya dengan dahi yang berkerut.

"Tak lah sayang.Bukan itu maksud abang.Perasaan cemburu ni adakalanya penting dalam kehidupan berumah tangga.Cemburu sikit sikit okey lah.Tapi kalau terlebih cemburu itu salah la."

"Hurmm betul betul.Saya setuju.Eh,tapi tadi siapa yang call abang.Abang tak jawab lagi.Asyik mengelat je.Perempuan ke.."

Alahai dah serkap jarang pula isteri aku ni.

"Iqbal."Jawab aku ringkas.

"Abang Iqbal? Abang Iqbal call abang tengah tengah malam ni?Ada hal apa yang penting sangat tu.Kenapa tak call esok je?"

Aku dah agak dah,Iman mesti gelabah.Pantas dia pusingkan tubuh mengadap aku.

"Iqbal nak berhenti kerja." persoalan Iman aku jawab.

"Apa? Abang Iqbal nak berhenti kerja? Tiba tiba je..

"Ye sayang."

Jawab aku mengangguk.

Iman mendongak menatap muka aku dengan riak wajah penuh persoalan.

"Apa alasan abang Iqbal nak berhenti kerja."

"Dia nak pindah.Nak berhijrah ke tempat lain katanya."

"Nak pindah? Ishh.. apa masalah abang Iqbal
ni hah.Bila dia las kerja."

Iman tanya lagi.Raut muka tu nampak macam tak puas hati ja.

"Esok." aku jawab je.

"Hah,Esok?" Terlopong mulut Iman. "Ya Allah abang Iqbal ni.Kalau ye pun,tak boleh ke tunggu kita balik sana."

"Entah lah sayang.Abang dah cakap kat dia tadi.Boleh tak tunggu kita balik sana.Dia tak nak.Keputusannya muktamad."

"Habis tu kerja macam mana.Siapa yang nak urus? Abang,kita balik Langkawi je lah esok."

Iman dah mula resah.Bila resah mula lah gigit jari.Ni yang aku geram ni.Comel ja aku tengok muka dia masa ni.

"Sayang.. tenang lah.Tak yah risau sangat.Cik Zul kan ada.Dia orang lama kat situ,abang yakin Cik Zul boleh urus semua kerja kat sana.Sekarang ni abang nak sayang lupakan sekejap semua urusan kerja ya.Kita fokus dulu pada plan honeymoon kita.So sayang nak pergi mana?"

"Honeymoon?" Kata Iman tercengang.Aku tahu Iman terkejut.Otak dia tengah serabut fikir pasal Resort.Aku pula tanya dia nak pergi honeymoon mana.

"Abang ni biar betul abang nak pergi honeymoon.Resort tengah ada masalah tu."

"Masalah apa pula sayang.Setakat Iqbal berhenti kerja tak bankrup lah resort tu."

"Ye betul.Tapi urusan dapur tu tugas saya bang.Saya risau lah."

"Sayang.. Dah la,tak payah risau.Tak payah stress.Lupakan sekejap hal kerja.Sekarang ni jom kita masuk bilik.Kita bincang hal kita pula."

"Ehh.. abang!"

Ni lah perangai aku.Mulut dengan tangan sama laju.Sebut je masuk bilik aku terus angkat tubuh Iman.Iman pula masih mengomel hal resort.Lantak dia lah dalam bilik nanti kalau dia cakap lagi tahulah aku nak diamkan mulut dia tu.

"Allah hu akbar! Aduh sakit pula pinggang abang ni sayang.Boleh tahan berat juga sayang ni.Nampak je kecil tapi tulang besi urat dawai.Berat!"

"Apa? saya berat? Betul ke..

"Betul lah.Hah,pinggang abang dah sakit ni.Sayang tolong urutkan jap."

"Abang ni,saja kan buat alasan cakap saya berat.Terus terang je lah kalau nak saya urut.Sini pusing belakang."

"Terima kasih sayang.. Ya Allah sedapnya sayang.Pandainya sayang mengurut."

"Mestilah saya pandai mengurut.Abang lupa dulu kan saya berkawan dengan Syahmi.Syahmi lah yang ajar saya.Bukan setakat pinggang je,saya boleh urut kaki,kepala,tangan.Abang lupa kan saya yang urut kaki abang dulu."

"Ye sayang abang ingat." jawab aku mengangguk.

"Itu dulu abang.Kalau abang nak tahu sekarang ni kalau ada sapa sapa setakat kaki ke tangan ke terseliuh,sikit sikit tu saya boleh tolong urutkan.No hal lah.Hari tu masa kat resort ada sorang budak ni belari,umur dia rasanya 6 atau 7 tahun macam tu lah.Budak tu main lari lari tiba tiba terjatuh.Abang tahu kaki dia terseliuh,menangis lah budak tu sakit tak boleh berjalan.Lepas tu..

"Hah lepas tu abang tahu.Sayang lah yang urut kaki budak tu kan.Lepas tu budak tu boleh jalan semula.Betul tak."

"Hurmm tak betul tu."

"Hah,tak betul." jawab aku hairan.Jarang jawapan aku tak mengena.

"Itu lah abang lain kali kalau orang tengah bercerita jangan menyampuk.Memang lah saya yang urutkan kaki budak tu.Tapi saya tersilap urut,lagi teruklah kaki budak tu sakit.Terus diaorang bawa dia pergi klinik.Doktor cakap tulang ibu jari budak tu retak.Dan sejak hari tu lah saya mula pergi belajar kelas mengurut.Saya bercita cita nak jadi tukang urut profisional."

"Ohh.. macam tu ceritanya.So sayang berjaya tak capai cita cita sayang tu?"

"Ehh.. mestilah berjaya.Eh abang,ni ada satu lagi cerita pengalaman saya mengurut orang terseliuh.Masa ni saya dah pandai mengurut,dah ada sijil pun.Ada lah sorang mak cik ni..

Hah sudah,dia ada cerita lagi.Mak cik pula.Nak tak nak aku layan kan je lah cerita Iman ni.Nak ambil hati,lagi pun suka pula aku dengar celoteh si Murai ni,rindu.Tapi tu lah aku rasa macam lama pula,dah sejam lebih Iman bercerita dari urut kaki makcik,tangan budak,pinggang kakak,dan lepas tu kaki mak cik lagi.Cerita tak habis habis.

Aku pula dari terbaring,lepas tu duduk,kemudian baring lagi.Sabar je...

Ini lah Nurul Iman yang aku kenal dulu,kalau dah buka mulut bukan senang dia nak tutup.Alahai kalau macam ni lah bila nak habis sayang oi! Pukul berapa kita nak mulakan game kita ni.Aku dah tak tahan ni,rasa macam nak terkam je si Iman ni,gumam bibir dia.Biar dia berhenti bercakap.

Soryyyy.. lambat sangat update bab baru.Bab kali ini giliran Fariz bawa cerita.Kebahagiaan Fariz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience