BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
Ting Tong.. Ting Tong.. Ting Tong..
Ting Tong.. Ting Tong.. Ting Tong..
"Jap,jap.Huh ni mesti Amir,memekak betul la dia pagi pagi ni." keluh hati aku dengan rasa bebal melangkah kaki kemuka pintu.
Geram betul aku dengan perangai Si Amir,entah apa masalahnya berkali kali dia tekan loceng rumah.Apa dia ingat aku pekak.
"Hah kau! Nak apa pagi pagi ni.Kan aku dah cakap,mulai hari ni aku drive sendiri."
Buka ja daun pintu,sedas aku sound Amir.Geram!
"Amboi.. Cantiknya bahasa kau! Macam ni ke cara kau layan kawan? Oi,jantan! aku pun tak ingin lah nak jejak kaki aku kat rumah kau ni.Aku datang ni pun sebab Iman yang suruh.Sibuk nak aku hantar bekal makanan untuk laki dia.Nah! ambil ni,kang kebulur pula."
Sedas pula Amir menjawab sambil dia hulurkan bekalan makanan pada aku.Riak wajah Amir jelas marah,ton suara Amir juga tinggi bercakap dengan aku.
Bekalan ditangan Amir aku ambil.Amir terus pusing tubuh nak beredar.
"Mir jap!"
Bahu Amir aku gengam dan Amir juga terus menghentikan langkahnya.
"Aku minta maaf Mir,aku berkasar dengan kau.Mir,masuklah dulu kita sarapan sama sama."
Lemah suara aku mengharapkan kemaafan dari seoarang sahabat yang aku sayang.
Tanpa bersuara,Amir pusingkan semula tubuhnya dan melangkah masuk ke dalam rumah.
"Eh Mir,kau nak minum apa? Milo,teh,kopi,susu."
"Apa apa je lah.Tapi jangan panas sangat sebab hati aku tengah panas ni."
Amboi,sempat lagi menyindir.Sabar je lah.
Sindiran Amir aku tak balas,aku terus masuk dapur buatkan Amir air milo panas dan untuk aku macam biasalah segelas susu suam.
Beberapa hari Iman tak ada macam ni lah rutin aku setiap hari,semuanya aku kena buat sendiri.Mengemas,membasuh,cuci pakaian semua aku buat sendiri.Bab makan pula,setiap pagi hari hari Amir akan hantar kat aku.Dari menu sarapan pagi sampai malam Iman dah sediakan.Aku cuma perlu simpan dalam peti sejuk dan panaskan bila nak makan.Iman,risau betul dia kalau aku makan makanan luar.Tak bersih katanya.
"Nah,minumlah.Kau dah makan belum."
Sebiji mug berisi air panas aku letakkan depan Amir sambil aku tarik kerusi.
"Terima kasih,aku dah sarapan tadi kat rumah."
Balas Amir sambil ukir senyum.Mug berisi milo panas Amir angkat dan hirup airnya.Tenang hati aku tengok senyuman Amir.
"Sedap"
"Boleh lah" Jawab Amir bersahaja.
"Riz,kau betul ke dah boleh drive sendiri.Dah hilang ke trauma kau tu.Kang menggigil lagi bahaya Riz."
Soal Amir.Jelas nada suaranya risau.Sayang juga Amir kat aku.
Suapan makanan aku terhenti.Raut wajah Amir aku tatap.
"Ya betul aku dah boleh drive sendiri.Aku dah tak menggigil.Lepas ni kau boleh lah tolong Iman apa yang patut kat rumah opah tu."
Seketika Amir terdiam,riak wajah Amir berubah bila aku sebut tentang Iman.
"Riz,aku bukan nak cari pasal dengan kau.Tapi sebagai kawan aku kena cakap."
"Eh kau ni,tiba je serius.Tapi Mir,kalau kau nak cakap pasal Iman.Tolong lah aku tak nak dengar."
"Tak boleh Riz,kau kena tahu,Kau kena ambil tahu.Aku bukan nak campur urusan rumah tangga korang.Aku cuma kesiankan Iman.Ye,aku tahu apa yang Iman buat semua tu kehendak dia sendiri,tapi kau sebagai suami tegur lah dia atau kau halang je.Aku tak sanggup lah tengok diaorang layan Iman macam tu..
"Jap,jap.. Kau ni kan,bercakap tu macam ahli keluarga aku tu kejam sangat layan Iman.Kenapa diaorang pukul Iman,dera Iman sampai luka parah.Ke diaorang tak bagi Iman makan.Apa yang teruk sangat diaorang buat kat Iman sampai kau gelabah macam ni."
Aku terus mencelah,sakit pula hati aku ni dengar Amir cakap pasal ahli keluarga aku.Aku tahulah Iman tu kawan Mariam tapi jangan lah suka hati tuduh ahli keluarga aku buat jahat pada Iman.Aku mungkin tak sehaluan dengan diaorang tapi aku kenal perangai mama,papa,abang dan Natasya.Diaorang tu tak sekejam Wan Zaitun.
Lepas aku cakap macam tu Amir diam jap dan cuba bernafas dengan tenang.Aku tahu Amir tengah kumpul kesabaran nak berperang lidah dengan aku.
"Bukan itu maksud aku Riz.Ya,aku akui bab tempat tinggal,makan minum Iman semuanya sempurna.Tapi bab masa dan tenaga Iman diaorang langsung tak peduli.Tugas Iman dalam rumah tu banyak.Iman jaga opah,uruskan makan pakai Opah,mandikan opah,sampai berak kencing opah pun Iman kena buat.Diaorang semua tak tolong.Itu satu hal.Lepas tu urusan rumah pun Iman kena tolong si Tini tu,lagi teruk urusan luar rumah Iman juga kena urus,siram pokok,bersihkan halaman rumah.Hah sekarang ni,Tasya pula dah bersalin semua urusan anak dia Iman lah yang kena setelkan."
Aduh serabut otak aku.Apa bendalah Amir ni.Apa yang teruk sangat aku pun tak tahu.Biasalah kalau dah tugas sebagai pembantu rumah memang itulah kerjanya.
"Habis tu kau nak aku buat apa.Panggil Iman balik sini,duduk rumah goyang kaki.Jadi MEM besar dalam rumah ni,banyak cantik! Hei Mir Rm30 ribu aku setelkan hutang dia,tiap tiap bulan nafkah makan,pakai,duit aku bagi.Takkan lah aku nak biar dia bersenang lenang dalam rumah ni macam tu je.Aku rasa tak salah kut Iman tu kerja kat rumah opah.Ringankan beban mama.Lagipun okey apa,tempat tinggal selesa,makan minum free,duit dapat.Aku rasa Iman tu okey je.Kau tu yang lebih lebih."
Amir diam lagi,kulit mukanya dah berubah merah menahan marah.
"Dah lah,buang masa aku je bercakap dengan kau.Aku tak faham lah dengan perangai kau ni.Dah dapat bini baik tak tahu nak hargai.Sibuk kejar perempuan lain."
"Hah elok sangat lah.Aku pun dah menyampah dengan perangai kau,Iman,Iman,Iman.Kalau dah kesian sangat kat Iman,pergi la balik,pergi rumah opah tolong Iman apa yang patut."
Hah puas hati aku!
Lepas sedas aku sound Amir.Amir terus belah dari rumah aku.Kuat juga lah dia hempas pintu rumah,bebal lah tu.Nasib tak pecah.Berubah betul
Amir sekarang ni,tak habis habis nak bela perempuan bendul tu.Lantak dia lah nak jadi apa kat rumah tu.Kena buat kerja lebih sikit je pun,bukan kena dera.Bukan kena maki hamun.Baru semalam mama call aku,mama cakap mama puas hati dengan cara Iman jaga Opah.Opah pun dah mula selesa dengan Iman.Al maklumlah Iman ni memang pandai tawan hati orang tua.Tapi,aku pelik juga tiba tiba je orang tua tu berubah,dah buang tabiat ke??
"Bissmillah..."
Hari ni adalah hari pertama aku cuba lagi menyentuh staring kereta.Setelah sekian lama aku dihantui perasaan trauma setiap kali aku duduk dibahagian pemandu.Aku cuba untuk memandu semula,Alhamdulillah dan akhirnya aku berjaya mengatasi perasaan trauma tu.
"Alhamdulillah." Aku happy sangat,kini semangat aku juga dah kental.Aku dah tak takut memandu.
"Hallo Iman,kau buat apa" Dan berita gembira ni mestilah aku nak kongsikan dengan Iman,sebabnya... Iman lah yang selalu bagi aku semangat untuk kembali memandu dan Iman jugalah manusia yang berani duduk disebelah aku sewaktu aku memandu dalam keadaan trauma,melelong tanpa arah.
"Aa aa.. Betul ke? Alhamdulillah.Akhirnya berjaya juga Cik Fariz atasi rasa takut tu.Tapi Cik Fariz jangan lah drive jauh jauh sangat,bahaya."
"Tak lah,aku drive nak pergi galeri je.Lepas tu aku ingat petang nak ajak Tihah keluar.Tapi tak tahu nak pergi mana."
"Ohhh.. Cik Fariz nak ajak Tihah keluar.Tapi saya tak yakin lah Tihah akan setuju.Tihah tak pernah keluar berdua dengan lelaki."
"Betul ke! kalau macam tu apa kata petang ni aku ambil kau,lepas tu kita pergi ambil Tihah.Okey tak macam tu."
"Errr.. Petang ni? Err.. saya tak tahu lah boleh keluar ke tak.Tak apalah nanti saya tanya Puan Ainun dulu ya,boleh atau tak nanti saya bagitahu lain ya.Okey lah Cik Fariz,saya ada kerja ni..bye Assalammualaikum"
"Waalaikummussalam."
Iman dah tamatkan panggilan.
"Tapi kenapa suara dia macam sedih je.Tadi happy.Entahlah!.. Yang penting sekarang aku dah boleh drive.Aku dah bebas nak pergi mana mana..Ya hooo"
Riang ria nya hati aku dapat memandu semula.Perangai macam budak sekolah baru dapat lesen.Gila tak happy,dihantui perasaan trauma bukan satu perkara biasa.
Berdebar,menggigil,menangis,takut,berpeluh itu lah perasaan yang akan aku harus lalui setiap kali aku cuba memandu.Raut wajah Sofia Adriana yang dipenuhi dengan darah akan menerjah kotak fikiran aku.Itu yang paling aku takut.
Tapi sekarang semua perasaan tu dah hilang dengan adanya Fatihah duduk dibelakang aku.Iman pula duduk didepan,hampeh! kacau daun.Tapi tu lah kalau aku tak bawa orang gaji Wan Zaitun ni conform Fatihah tak akan sudi nak keluar berdua dengan aku.Anak uztaz macam ni lah perangainya.Apa saja yang nak dibuat semuanya patuh syariat.
Alhamdulillah selesai semua urusan kerja aku digaleri tadi,aku terus gerak pergi rumah opah sebab nak ambil Iman untuk teman aku berdating dengan Fatihah.
"Eh,Cik Fariz.Tak nak turun dulu ke melawat opah."
Soal Iman masih berdiri diluar pintu kereta.Soalan ni yang aku tak suka..Tapi tak apa mood aku tengah baik.
"Nanti nanti je lah.Eh,cepatlah masuk kang lewat pula.Time time ni jalan dah start jem."
Tegas suara aku arahkan Iman.Iman dah tak menjawab,daun pintu kereta Iman buka lepas tu selamba ja dia duduk belakang.
"Oi Nurul Iman,duduk depan! kau ingat aku ni driver kau.Sedap punggung kau je nak duduk belakang."
Sedas aku sindir Iman sambil aku perhatikan Iman keluar berpindah tempat duduk.
Iman tersengeh." Heee.. Sory.Dah terbiasa jadi bos kat belakang.Dah jom!"
Aku geleng kepala tengok Iman,sempat lagi nak bergurau.Hairan aku,aku tengok riak wajah Iman ceria je,senyum lebar sampai telinga.Berbeza dengan apa yang Amir ceritakan.
"Iman,kau okey kerja kat rumah opah."
"Okey! Diaorang semua layan saya dengan baik.Opah pun dah banyak berubah,dah tak marah marah.Tapi tu lah ,perangai opah sekarang ni dah macam budak budak.Nak main,nak baca buku cerita.Kadang kadang opah tak kenal semua orang dalam rumah tu.Opahhh.. selalu sebut nama Cik Fariz.Cik Fariz tak nak jumpa opah ke?"
Sepintas lalu aku toleh kearah Iman.Rasa simpati pula dengan nasib Opah.
"Aku bukan tak nak jumpa opah.Tapi hati aku ni sakit bila aku teringat caci maki opah pada aku pada arwah Sofi.Aku tak mampu nak tengok muka dia."
"Tapi Cik Fariz,Opah dah berubah.Opah dah terima semua balasan atas dosa dosa dia.Allah ambil ingatan masa lalu Opah,dan Allah letakkan rasa bersalah,rasa rindu pada Cik Fariz di hati opah.Sebab tu lah opah selalu sebut nama Cik Fariz.Cik Fariz balik lah jumpa opah.Mesti opah gembira."
Opah gembira! Huh
Satu keluhan kecil aku lepaskan.Kata kata Iman buatkan hati aku tersentuh.Perasaan rindu pada Opah perlahan hadir dalam diri aku.Ya,aku memang rindu sangat dengan pelukan hangat Wan Zaitun,ciuman dan kasih sayang Opah dulu tak pernah aku lupa.
"Baiklah,nanti balik aku singgah jumpa opah.Tapi sekarang ni aku nak kau ikut aku pergi kedai bunga.Aku nak belikan Tihah bunga."
Iman ukir senyum memandang sisi wajah aku.Gembira la tu aku dah setuju nak jumpa opah.Memang itu lah yang dia nak sangat.Iman,Iman... berjaya juga kau lembutkan hati aku.
"Iman,cepatlah pilih.Bunga apa yang Tihah suka."
"Mmmm jap."
Bergerak gerak bola mata Iman perhatikan berbagai jenis bunga segar yang tersusun rapi di sebuah kedai bunga.
"Ros merah! Ya,Tihah suka ros merah."
"Ros merah.Betul ni? kalau betul aku nak bungkus."
"Ya,betul!"
"Okey..Adik,saya nak gubahan buket ros merah ni ya."
"Okey boleh.Tapi berapa batang Cik nak."
"Hmm 30 batang okey tak?"
"Boleh."
Balas penjual bunga tu sambil bunga ros merah dia ambil.
Sementara menungggu,aku dan Iman berjalan jalan sambil melihat berbagai jenis bunga bunga segar dan juga gubahan buket dikedai My Heart Flower's.
"Cantik kan semua gubahan bunga bunga dikedai ni.Segar je bau."
Aku mengangguk berdiri berpeluk tubuh.Bola mata aku tak lekang perhatikan langkah Iman berjalan.Sesekali Iman tundukan kepala menikmati wangian bunga ros.
"Tenang je air muka kau Iman,kau memang betul betul tak ada perasaan kat aku kan.Takkan tak ada sikit pun rasa cemburu kan aku? Aku kecewa Iman,kau langsung tak marah,tak halang pun aku nak jalinkan hubungan dengan Tihah.Kau sokong aku.Kau suruh aku buat itu ini untuk tawan hati Tihah.Hati aku sakit Iman.Kau buat semuanya sebab duit kan! Aku sayang kau Iman."
Detik hati aku yang sakit dengan kelakuan Iman,bola mata aku masih perhatikan gerak geri isteri yang aku rindui.
Ya,aku sayang Iman! aku cintakan Iman.Tapi perangai Iman buat aku rasa tercabar.Aku tak tahu sama ada Iman cuba sembunyikan perasaan dia atau Iman memang tak ada perasaan pada aku??
Disebabkan sikap Imanlah,aku biarkan apa sahaja yang Iman mahukan dan aku akan terus berbuat baik dengan Fatihah sebab aku juga suka Fatihah.Aku nak tengok sampai bila Iman mampu bertahan dan sembunyikan persaannya.sama ada Iman juga cintakan aku atau Iman memang tak ada perasaan pada aku.
Tapi sekali lagi hati aku sakit melihat riak wajah Iman tenang berbual mesra dengan Fatihah.
Niat hati nak berdating dengan Fatihah,konon nak sakitkan hati perempuan bendul ni.Tapi bila dua ekor Murai bertemu,sepatah perkataan pun aku tak dapat mencelah,Hampeh! Lagi aku geram,bunga ros merah yang aku nak bagi pada Fatihah awal awal lagi dah kena reject.Sebabnya Fatihah alah dengan bunga ros.Asyik Hak...Cum Hak...Cum
"Imaaannnnnnnn... kau saja kan nak kenakan aku!"
Share this novel