BERTEMU KEMBALI...
Tok tok tok.. Daun pintu pejabat Resort Permai Indah aku ketuk kemudian aku berdiri dimuka pintu menunggu suara garau Fariz menyuruh aku masuk.
"Haish.. apasal diam je ni,takkan tak masuk kerja lagi."
Tok tok tok.. sekali lagi aku ketuk daun pintu dan ketukan aku kali ini dibalas Fariz "Masuk"
Bos besar dah suruh masuk kan,tunggu apa lagi aku masuklah mengatur langkah ke arah meja pejabat Fariz.
"Hah awak Iman,mana lukisan tu?"
Nampak je muka aku itulah soalan pertama Fariz tanya sambil dia labuhkan duduk dikerusi pejabat perhatikan aku.
Aku apa lagi mula lah nak meggelabah.Berdiri pun dah tak tentu arah cuba alihkan pandangan tak mahu bertentang mata dengan lelaki segak depan aku ni.
"NURUL IMAN! mana lukisan tu?"
Sekali lagi Fariz bertanya apabila aku tak menjawab.Raut wajahnya juga serius menanti jawapan aku.Aku pula dah mula kecut perut,mana tidaknya lukisan yang Fariz nak tu aku tak bawa pun.
"Err... Tuan Fariz,saya minta maaf.Lukisan tu saya tak sempat nak siapkan.Boleh tak Tuan bagi saya masa dalam 3 ke 4 hari lagi.Saya janji saya akan cuba siapkan lukisan tu yang macam Tuan nak."
Jujur aku menjawab.Tapi lepas je Fariz dengar jawapan aku raut muka Fariz tak berubah,tenang je.
"Okey baiklah.Saya bagi awak masa 4 hari untuk siapkan lukisan tu.Tapi hari ni terpaksalah saya denda awak,sebab awak dah mungkir janji."
"Denda? Mungkir janji?"aku dah tayang muka tak puas hati.
"Ye.Awak kena denda sebab awak dah mungkir janji.Awak lupa! awak sendiri yang berjanji dengan saya semalam.Awak cakap awak akan siapkan lukisan tu dan serahkan pada saya hari ni! Tapi hari ni awak minta masa pula.So awak dah buat salah kan,awak mestilah didenda."
Ek eleh,main denda denda pula.Macam lah besar sangat kesalahan yang aku buat tu.Hmmm.. Tapi memang salah aku pun dah berjanji tapi tak tepati."Nasib kau lah Iman,terima jelah denda ni,asalkan kau boleh keluar dari bilik ni." Detik hati aku.Tak sanggup aku nak berlama dalam bilik ni.Risau pula aku dengan pandangan galak Si Fariz ni.Entah apa yang dia tengok aku pun tak tahu.Dari aku masuk tadi dia asyik usha aku je atas bawah atas bawah.Eii seram!
"Baiklah,saya mengaku saya salah.Jadi apa dendanya?"
Soal aku dengan nada suara tenang.Fariz pula dah ukir senyum nipis sambil mengangguk beberapa kali.
"Hmm bagus! Saya suka perkerja jujur macam awak ni.Tak banyak menjawab.Baiklah,denda awak yang pertama!
"Yang pertama?" pantas aku mencelah.
"Kenapa terkejut."
Soal Fariz.
"Tak tak! bukan terkejut.Tapi hairan.Saya buat satu kesalahan je tapi kenapa denda saya ada yang pertama.Tuan nak cakap,lepas ni ada denda lagi lah? denda yang kedua? yang ketiga? keempat! Berapa banyak denda yang Tuan nak kenakan pada saya?Mana boleh macam ni.Ini tak adil! Tuan sengaja kan nak buli saya!"
Tiba tiba ja nada suara aku mencanak naik sebab tak puas hati.Entah macam mana lah aku boleh berani macam ni.Aku pun tak tahu.Arrgghh lantak lah,apa yang aku tahu aku takkan sesekali biar Fariz buli aku.Tak kan!
"Nurul Iman,awak bertenang boleh tak."
Fariz dah bangun berdiri,sepasang matanya merenung tepat muka aku.
"Saya ingat awak dah berubah,tak banyak cakap.Rupanya masih macam dulu,mulut murai.Saya belum habis cakap lagi awak dah menyampuk.Saya baru cakap denda awak yang pertama.Saya tak cakap pun saya nak denda awak macam macam.Awak tu suka sangat bersangka buruk.Suka campur aduk urusan peribadi dengan urusan kerja.Kan saya dah cakap! Kat sini saya bos awak dan awak perkerja saya.Kisah lampau kita dah terkubur! tak ada kena mengena dengan hubungan kita sekarang ni! Faham?"
Fariz pula tinggikan suaranya.Aku,aku diam je tak menjawab,tundukkan pandagan tengok meja.Ye lah salah aku juga Si Fariz tu baru cakap sikit aku dah mencelah.Wajarlah dia marah.Tapi kata kata akhir Fariz mengingatkan aku semula tentang kejadian semalam.
Semalam sebelum aku keluar dari bilik pejabat panjang lebar Fariz beri pesanan khas untuk aku.Fariz cakap,dia nak aku lupakan semuanya tentang masa lalu kami.Fariz nak aku anggap dia dan aku tak pernah ada apa apa hubungan.Kedatangannya di Resort Permai Indah ni adalah untuk mulakan hidup baru.Jadi Fariz tak nak aku campur adukan urusan kerja dengan urusan peribadi.
Hei,aku pun tak nak lah ingat semua kenangan pahit tu.Buat sakit hati je.Aku pun dah lama kuburkan kisah lalu antara aku dengan Fariz.Aku dah lama lupakan semuanya,tapi Fariz tu yang tiba tiba muncul dalam hidup aku.Ganggu emosi aku dan sekarang ni Fariz ganggu urusan kerja aku.Fariz guna kuasa vito dia.Suka hati je suruh aku buat kerja itu ini.Entah kerja apa apa dia nak aku buat.
"Arrghhh... geramnyaaaa sakit betul hati ni! benci! benci! benci!" Aku menjerit dalam dalam hati.Geram,bebal,menyampah semua rasa ada.Ada ke patut Fariz denda aku suruh kemas bilik pejabat dia.Dia nak aku kemas dan susun semua fail yang berselerak kat atas meja ni.
"Awak susun semua fail ni ikut warna.Fail biru susun di rak yang pertama,fail merah rak kedua,fail kuning rak yang ketiga dan fail hitam ni rak atas sekali."
Terlopong mulut aku tengok telunjuk Fariz halakan kearah rak yang paling atas.
"Mak ai tingginya! macam mana saya nak letak fail ni kat atas tu?"
Soal aku berkerut dahi.Kepala yang tak gatal aku garu garu.Fariz pula jeling aku dengan pandangan sinis.Berdirinya disisi aku sambil berpeluk tubuh.
"Ada otak kan,fikirlah!"
Jawapan yang menyakitkan hati dah keluar dari bibir seksi Fariz.Eeee geramnya... Dah la aku kena stay dalam bilik ni.Lepas tu kena duduk berdua pula dengan bekas suami sendiri.Aduh,tersiksanya jiwa raga ni.Aku lebih rela cuci tandas dari duduk dalam bilik ni.
Tapi itu lah,nak tak nak sebagai pekerja aku terpaksa terima arahan Bos besar resort ni.Tugas aku sebagai cleaner terpaksa lah aku abaikan.Aku dah cakap kat Fariz,kalau aku stay kat sini siapa yang nak siapkan kerja aku.Nanti bising pula abang Zul.
Tapi Fariz cakap..
"Kat sini saya bos! saya pemilik resort ni.Jadi suka hati saya lah nak arahkan pekerja saya.Tugas awak,pandai pandai lah Zul cari orang untuk ganti."
Angkuh betul si Fariz ni! Perangai dari keturunan Wan Zaitun tu dia warisi juga.Harap anak aku Farah tak warisi lah perangai sombong macam ayahnya ni.Hmmm.. Lantak korang lah,aku ni perkerja je.Hanya mengikut perintah.Maka dengan itu aku pun mulakanlah tugas menyusun semua fail fail yang berselerak diatas meja sambil diperhatikan bos besar yang duduk berlagak di sofa.
"Huh,menyampah betul lah.Dah tak ada kerja pergi lah cari kerja.Asyik tengok aku je,orang nak buat kerja pun tak senang." Detik hati aku bebelkan Fariz.Sesekali ekor mata aku menjeling kearah Fariz yang duduk silang kaki perhatikan gerak geri aku.
"Sampai bila awak nak tutup muka awak? pakai facemask pakai topi.Awak tak rimas ke?"
Tengah aku sibuk buat kerja,tiba tiba suara garau Fariz bersuara.Dia cakap dengan aku ke?
Aku toleh tengok Fariz.
"Tuan cakap dengan saya ke?" soal aku bersahaja.
"Ye lah,cakap dengan awak lah! takkan lah saya bercakap dengan kerusi meja ni kot."
Sedas Fariz sindir aku.
"Ohh.. Tuan tanya apa tadi."
Aku soal balik sambil aku sibukkan diri menyusun semua fail mengikut warna.
"Saya tanya awak,awak tak rimas ke pakai tutup litup macam ni.Lagipun rasanya awak dah boleh buka facemask tu,tak perlu lah nak sembunyikan muka comot awak tu dari saya lagi."
Sepintas lalu aku tengok Fariz.
Cis,kurang asam! depan depan dia mengata aku.Saja la tu nak cari pasal.Takpa aku relaks je.Tak nak gaduh gaduh.
"Tak,tak rimas pun.Selesa je,saya dah terbiasa."
Jawab aku dengan tenangnya.
"Ooh dah terbiasa.Tapi boleh tak awak buka facemask awak tu,rimas lah saya tengok dan lagi satu saya teringin nak tengok muka comot awak.Mana lah tahu muka awak tu dah berubah cantik sikit."
Ehh.. Fariz ni dah kenapa?Makin melampau pula.Selamba je dia cakap macam tu.Tapi takpa aku kena bertenang,kawal perasaan.Jap aku nak balas balik kata kata dia.
"Dah tahu saya ni comot,buat apa nak tengok.Dan kalau saya berubah cantik pun tak ada kena mengena lah dengan Tuan Fariz.Lagipun rasanya tak perlu kot kita campurkan urusan peribadi dengan urusan kerja.Kisah lalu kita dah lama saya kuburkan dalam dalam."
Ambil kau,paku buah keras aku bagi.Padan muka!
"Nurul Iman,buka facemask tu ini arahan!"
Arahan? Fariz mula berkeras,sekali lagi Fariz gunakan kuasa vitonya untuk buli aku.Huh jangan haraplah.
"Tak,saya tak nak buka.Rasanya saya tak perlu kot patuh pada arahan Tuan Fariz yang tak masuk akal macam ni."
Tegas aku bersuara sambil aku kesana kesini menyusun fail.
Dengar ja jawapan aku,Fariz terus berdiri melangkah kaki berdiri di depan aku.Kerut mukanya jelas tak puas hati.
"Kenapa pula tak masuk akal.Apa,salah ke saya nak kenal pasti muka pekerja resort ni!"
"Kenal pasti! Untuk apa?" Soal aku dengan tegas,bertaut kening aku menatap muka Fariz yang jaraknya sangat dekat dengan aku.Fariz terkedu, Seketika kami terdiam,bola mata aku dan Fariz betaut berpandangan antara satu sama lain.Aku merenung setiap inci raut muka Fariz manakala Fariz pula redup matanya merenung mata aku.Dan tiba tiba...
Tok tok tok,Tok tok tok...
Daun pintu pejabat diketuk bertalu talu.Pandangan kami terlerai.Bagai ada tamparan kuat yang menyedarkan kami.Serentak aku dan Fariz menoleh kearah pintu.
"Siapa ya?" Soal Fariz.
"I lah,Nia."
"Nia" jawab Fariz.
"Hurmm buah hati dah sampai tu,pergi lah buka pintu."
Kata aku pada Fariz dengan nada sindiran.Tapi Fariz tak menjawab pun dia hanya menjeling tajam tayang muka marah sambil melangkah kaki ke arah pintu.
"Hai Nia,you nak apa ni datang sini?"
Soal Fariz pada Dania lepas daun pintu dibuka.
"I lapar lah.Jom,temankan I makan."
"Makan? Hmmm boleh,boleh jom lah."
Jawab Fariz sambil mengatur langkah keluar dari bilik pejabat tinggalkan aku sorang sorang tanpa pesanan.Tapi tak apa,aku tak heran pun.
"Huh selamat! dah belah pun.Nasib baik! Kalau tak,tak tahu lah apa akan jadi tadi."
Aku menghela nafas lega selepas daun pintu tertutup rapat.
Hari ni aku terselamat dari arahan pelik si Fariz.Hari ni aku selamat dari perangkap cinta Fariz.Lepas ja Fariz keluar,aku cepat cepat kemas dan susun semua fail.Aku gunakan kerusi untuk susun fail di rak yang paling tinggi.Selesai semua kerja aku terus keluar dari bilik pejabat Fariz dan balik kebilik cleaning room.
Fariz pula aku tak tahu lah,seharian dia hilang entah kemana.Apa yang aku tahu mesti Fariz keluar berdua dengan si Dania tu.Hmm kata kawan,tapi aku tengok macam pasangan kekasih je.I,you,I you.. Eee uu geli aku yang mendengarnya.
Sory cuti lama!.. Heee
Share this novel