bab 47

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...

"Tihah,jom! cepat ikut aku."

"Ikut kau? pergi mana?"

Soal Fatihah tercengang.

"Ehh,kau dah lupa? Semalam kau janji kau nak ikut aku kan.Kau nak mengaku kesalahan kau depan Cik Fariz.Hah,apa lagi jom lah"

Lengan Fatihah aku tarik.

"Ehh.. jap jap.Kejap lagi boleh tak."

"Lah kenapa pula.Sekarang lah.Kau tak sibuk kan."

"Aku sibuk la sekarang ni.Aku ada banyak kerja nak buat.Jap gi lah."

Pulak! Fatihah ni mesti nak buat helah.Takut la tu nak jumpa Fariz.Aku tak kira,hari ni Fatihah mesti bersihkan nama aku.

"Tak boleh,tak boleh.Kau kena ikut aku sekarang pergi bilik Cik Fariz.Kau kena mengaku semua salah kau.Kau kena bersihkan nama aku."

"Alahh Iman.."

Fatihah dah tayang muka sedih.

"Iman,kau tak kesian ke kat aku.Kau cuba fikir,kalau lah tiba tiba Fariz pecat aku macam mana.Aku nak kerja apa lepas ni.Hah! satu lagi.Kau mungkin akan dipersalahkan lagi sebab kau yang ajak aku teman kau.Lepas tu kau bagi aku masuk bilik Fariz.Hmmm.. Tak pasal pasal kes kau ni tak setel.Aku rasa lah,lebih baik kau lukis je muka ex suami kau tu.Bagi je apa yang dia nak,Setel masalah."

Seketika aku terdiam.Memikirkan ada betulnya juga kata Fatihah tu.Otak tak betul Fariz tu macam macam hal dia boleh buat.Jadi,aku rasa biar je lah Fariz fikir aku yang buat kesalahan tu.Lagipun Fariz cakap dia tak nak tahu pun siapa pesalah.Yang dia nak hanya lukisan tu je.

"Iman,Iman"

Pantas aku menoleh bila nama aku dipanggil.Hmm.. janda muda ni lagi.

"Hah Lia,apahal ni.Tuan Fariz cari aku ke?"

Liana mengangguk. "Betui,betui! tepat sekali.Tuan Fariz nak jumpa hang la ni jugak kat cafe"

"Kat cafe? Apahal pula nak jumpa kat cafe"

"Haa.. Yang tu aku tak tau.Aku qasa Tuan Fariz nak belanja hang makan la kot."

"Belanja aku makan?"

"Hmmm.. tunggu apa lagi Puan Nurul Iman,pergi lah cepat.Bos besar dah tunggu kau tu.Bukan senang tau dapat makan semeja dengan bos besar."

Kecil ja aku tenung muka Fatihah,rasa macam nak picit picit je,geram! suka sangat menyakat aku.

"Ha ah,betui tu! Untung hang Iman boleh berdamping dengan mambang segak macam Tuan Fariz tu.Jeles aku!"

Ha,ni sorang lagi.Tak habis habis nak mengusik aku.Diaorang tak tahu betapa menyampahnya aku bila berdepan dengan mambang Poyo tu.Harap muka ja hensem tapi mulut macam puaka.Asyik nak menyakitkan hati aku je.

"Hah Iman,dah sampai pun.Duduk lah"

Aku tarik kerusi dan duduk berhadapan Fariz.

"Awak pergi mana tadi.Kenapa tak masuk ofis saya."

Soal Fariz,lemah lembut tutur bahasanya.

"Ada hal sikit tadi.Ada apa ya Tuan Fariz nak jumpa saya kat cafe ni."

"Hmm jap.Iqbal mari sini."

Fariz panggil Iqbal? Apahal pula ni?

"Hah,Iqbal duduklah."

Aku toleh tengok Iqbal,Iqbal pula ukir senyum tengok aku sambil tarik kerusi dan duduk.

"Iqbal,Iman.Saya ada perkara nak bincang dengan awak berdua."

Serentak aku dan Iqbal mengangguk.

"Perkara apa ya Tuan?" soal Iqbal.

"Macam ni.Iman,Iqbal mulai hari ini saya nak tukar tugas kamu berdua."

"Tukar tugas?" aku terus mencelah.

"Ya tukar tugas.Dengar sini Iman.Mulai hari ni awak akan bertugas dibahagian dapur dan awak akan dinaikkan pangkat sebagai ketua chef resort ni.Awak pula Iqbal,awak akan jadi penolong Iman.Saya nak awak tolong Iman apa yang patut."

Gulp! aku telan air liur.Kelopak mata aku terkedip kedip terkejut dengar butir butir kata yang keluar dari mulut Fariz.

"Apa? saya jadi ketua chef?Errr...Tapi Tuan Fariz..

"Tak ada tapi tapi.Ini keputusan saya." pantas suara tegas Fariz mencelah.

Aku toleh tengok Iqbal.Riak mukanya juga dah berubah terkejut tapi Iqbal langsung tak bersuara mempertahankan jawatannya.Dia hanya diam seoalah akur dengan arahan Fariz.

Ya Allah,apahal dengan Fariz ni.Angin tak ada ribut tak ada tiba tiba je dia suruh aku bertugas dibahagian dapur.Lagi teruk dia lantik aku sebagai ketua chef.

"Apa ni Tuan Fariz,Tuan tak boleh buat keputusan macam ni.Abang Iqbal tu dah lama tau bertugas sebagai ketua chef kat sini.Saya ni tak tahu apa pun,sijil pun tak ada,tiba tiba dilantik sebagai ketua chef.Mana adil macam ni.Kesian abang Iqbal."

Fariz tenung aku dengan renungan yang sangat tajam.

"Apa masalah awak ni nak kesiankan sangat Abang Iqbal awak tu.Saya tengok dia okey je.Senyum je bila saya tukar tugas dia.Saya cuma tukar tugas,gaji dia saya tak tolak pun.Masih sama.So ada masalah ke?"

"Ye,memang ada masalah.Masalahnya Tuan Fariz buat keputusan ikut suka hati je.Kenapa tak tanya saya dulu."

"Perlu ke saya tanya awak? Ingat sikit,saya ni bos! saya tahu apa yang saya buat.Saya tahu awak layak pegang jawatan ni.Saya tahu awak boleh.Saya yakin awak boleh naikkan nama resort ni dengan kepakaran awak dalam bidang masakkan.Dah,sekarang ni awak tak payah fikir sangat tentang abang Iqbal awak tu.Jom ikut saya."

Fariz dan angkat punggung dan berdiri.Aku pula masih duduk termenung memikirkan kata kata Fariz tadi.

"Nurul Iman,bangun cepat! jom ikut saya."

Aku dongak tengok Fariz.

"Nak pergi mana?"

"Ikut je."

"Tak nak,Tuan bagitahu dulu mana kita nak pergi."

Selamba aku jawab.Aku tak nak bangun.

"Iman,patuh arahan boleh tak.Saya kira sampai tiga.Kalau awak tak bangun saya tak akan teragak agak tau nak dukung awak."

Bertaut kening aku tengok Fariz.Dah buang tabiat ke ugut nak dukung pula.Eee seram.

"Iman,bangun cepat..Satu.. Dua..

"Ye lah,ye lah.. saya ikut."

Eee.. menyampahnya! aku ni asyik kena paksa je.Kena paksa melukis,kena paksa mengemas,kena paksa terima tugas baru,kena paksa naik pangkat,kena paksa ikut bos dan sekarang ni aku kena paksa masuk dalam kereta pula.Boleh gila aku kalau hari hari macam ni.

"Iman,masuklah cepat.Apa yang awak tercegat lagi tu."

Aduh.. ke mana pula Fariz nak bawa aku ni.Kalau dah ajak aku keluar naik kereta,ni bukan lagi urusan kerja.

"Tuan Fariz,kita nak pergi mana ni.Saya tak nak lah ikut."

Satu keluhan Fariz lepaskan.

"Ikut je lah.Jangan degil boleh tak."

Aku pula yang degil.Ingat aku ni isteri dia lagi suka hati nak bawa kesana kesini.

"Tak nak,Tuan bagitahu dulu mana kita nak pergi."

Sekali lagi Fariz mengeluh.

"Ye lah saya bagitahu.Saya nak bawa awak pergi pasar raya beli barang barang untuk masak menu baru resort kita.Saya nak awak masak masakkan western.Jadi awak kena lah ikut saya sebab awak je tahu barang barang apa yang nak dibeli.Okey,puas hati."

Lembut suara Fariz tenangkan aku.Aku pula mengeluh lega.

"Hmm.. kenapa tak cakap awal awal.Saja nak cari pasal.Dah jom lah."

Jelingan tajam aku lemparkan pada Fariz sambil aku buka pintu kereta dan melangkah kaki masuk duduk dikerusi sebelah Fariz.

Didalam kereta aku dan Fariz diam je.Tak tahu nak borak apa.Aku tengok luar tingkap,Fariz pula tengok depan.Memandu kan,kalau tak tengok depan asyik tengok aku je jawabnya ke lubang kubur la kami berdua.

Tapi lama lama bosan pula.Sunyi sangat dalam kereta ni,bernafas pun boleh dengar.Ada radio tak dibuka.Apakata aku cuba bersuara.

"Tuan Fariz."

"Ye"

Huh lega,Fariz sahut panggilan aku.Jadi boleh la aku bertanya pekara yang dah lama aku nak tahu.

"Opah apa khabar?" soal aku dengan tenang.

"Opah!" Sepintas lalu Fariz menoleh tengok aku.

"Opah dah tak ada Iman.Dah 2 tahun pun.Opah meninggal masa bulan ramadhan lepas balik umrah.Masa tu Opah sihat je,tiba tiba je opah rebah lepas waktu berbuka.Doktor cakap opah kena serangan jantung.Apapun Alhamdulillah,opah pergi dalam keadaan tenang.Dibulan baik,dihari yang baik,hari Jumaat.Awak nak tahu,lepas awak pergi opah selalu cari awak.Hari hari opah bebelkan awak,sebab awak tak balik jumpa dia.Hari hari dia ajak saya cari awak.Hari hari ajak saya pergi pantai.Opah tu rindu sangat kat awak sampaikan dia jumpa mana mana perempuan dia panggil Iman.Kadang kadang saya rasa bersalah sangat sebab saya,opah terpisah dengan awak."

Luluh hati aku dengar khabar opah.Ya Allah,kesiannya opah.Aku pun rindu opah,aku tak ada niat nak tinggalkan opah.Aku nak sangat jaga opah masa tu.Aku tak kisah walaupun diaorang tak suka aku.Yang penting aku boleh jaga opah.Wan Zaitun aku dah anggap macam opah aku sendiri.Aku sayang dia.

"Iman..Eh,awak menangis ke?"

Hah! Ada ke patut Fariz tanya aku soalan macam tu.Bukannya nak hulurkan tisu.Dah dengar berita sedih mestilah menangis.

"Tak,tak nangis.Saya tengah gelak ni."

Padan muka,sedas aku jawab sambil aku kesat air mata.

"Pandai loyar buruk kan awak sekarang ni."

Balas Fariz tergelak kecil.Aku pula diam ja.Sesekali aku curi curi tengok muka Fariz.Bertambah hensem pula bila dia gelak.

"Iman,sekarang ni saya nak tanya awak pula,boleh?"

Aku tayang muka tenang.

"Hmm.. tanya lah.Asalkan jangan soalan yang menyakitkan hati sudah."

"Ehh.. tak tak." Fariz tergelak kecil lagi.

"Tapi awak kena jawab dengan jujur ya."

Aku jeling tengok Fariz.

"Jujur! apa yang Tuan nak tahu ni."

Fariz ukir senyum tanpa menoleh kearah aku.Entah apa lah soalan yang sedang bermain difikirannya.

"Saya nak tahu apa hubungan awak dengan Iqbal.Pelik,kenapa awak panggil dia abang."

Aku geleng kepala.Geli hati pula dengar soalan Fariz.

"Soalan apa ni? Perlu ke saya jawab."

"Ya perlu.Saya nak tahu."

Bersungguh betul Fariz nak tahu.Jap,ni lah masanya aku nak kenakan dia.

"Betul ke Tuan Fariz nak tahu."

"Ya." Fariz mengangguk.

"Iqbal tu kekasih saya,sebab tu lah saya panggil dia abang.Dan sebab tu lah saya kesian sangat bila Tuan Fariz tukar tugas saya dengan dia.Tapi takpa,sekarang saya happy sangat sebab lepas ni boleh la saya dengan Iqbal berkerjasama.Lagi seronok bila kami boleh masak sama sama.Makan sama sama.Sekurangnya kami dapat megeratkan lagi hubungan kami.Ya lah sebelum sorang kat sana,sorang kat sini.Nak berbual pun tak sempat.Terima kasihlah Tuan Fariz sebab beri tugasan ni pada saya.Saya janji,saya dengan Iqbal akan berusaha hasilkan menu baru untuk naikkan nama resort Tuan.Saya janji."

Puas hati aku dapat kenakan Fariz.Padan muka! Dengar ja jawapan dari aku.Riak muka Fariz terus berubah tegang.Hidung tu kembang kempis,apasal? Tak kan cemburu kot..

Share this novel

rinaiium
2024-06-08 15:35:06 

tq author, kawin jugak finally..harap bahagia selamanya


NovelPlus Premium

The best ads free experience