bab 12

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

Malam ini adalah malam pertama aku dan Iman,malam yang sangat dinantikan kaum Adam dan malam yang mendebarkan jiwa raga kaum Hawa.

Tapi pada aku malam pertama ni tak bermakna apa apapun.Aku dengan Iman tak tidur sebilik.Aku tidur dibilik utama manakala Iman tidur dibilik tamu,bilik tu aku dah alaskan toto dan bantal rasanya selesa la untuk Iman.

Apartment aku tak lah besar sangat,ada 3 bilik tidur,2 tandas dan 1 dapur.Aku tidur dibilik utama siap ada tandas manakala Iman tidur di bilik kedua berhadapan dengan tandas dan bersebelahan dapur.Bilik yang ketiga tu aku jadikan bilik peribadi aku.

Pukul 12 malam,aku masih tak boleh nak lelapkan mata.Bola mata aku masih aktif bergerak melihat sekeliling bilik,kotak fikiran aku dah lama melayang menggamit kenangan kenangan indah aku dan Sofia.

Terbaring diatas tilam empuk bersaiz king buat aku teringat malam pertama aku dan Sofia Adriana setelah kami sah bergelar suami isteri.

Bila dah teringat kan,otak apa lagi mula la buat kerja.Satu persatu memori hubungan intim aku dan Sofia mula bermain main diminda,sampai tersenyum aku sorang sorang.

Aku toleh tengok ruang kosong disebelah katil sambil aku usap bantal yang dulunya milik Sofia Adriana.

"Sayang.. abang rindu sayang.Abang rindu semua kenangan kita.Abang rindu nak bersama sayang abang rindu belaian sayang.Abang rindu semuanya sayang,rindu sangat.Maafkan abang sayang sebab abang dah bawa perempuan lain masuk rumah kita.Tapi percayalah sayang,abang tak ada niat nak cari pengganti sayang.Abang takkan sesekali bagi ruang hati abang untuk dia.Sebab dihati abang hanya ada Sofia.Abang takkan biarkan dia tidur ditempat sayang.Tak akan sayang."

Seketika aku bercakap sendiri seolah Sofia Adriana mendengar semua yang aku luahkan.Bantal panjang aku ambil dan aku peluk erat,aku cuba bayangkan tubuh Sofia Adriana berada dalam pelukkan aku sambil aku pejamkan mata aku yang dah mula rasa mengantuk.Tapi baru ja mata aku mula nak belayar tiba tiba ada orang ketuk pintu bilik aku.

Tok,tok,tok,.. "Cik Fariz,Cik Fariz"

Siapa lagi,Iman lah.Macam selalu,dekat rumah opah awal awal pagi lagi Iman akan ketuk dan kejutkan aku.Tapi dekat rumah aku lagi awal Iman kejutkan aku.

Tok,tok,tok, "Cik Fariz,Cik Fariz.. bangun lah solat subuh."

"Hah,dah subuh! biar betul.Aku baru nak terlelap." aku merungut sambil aku tengok jam di skrin handphone. "Aa aa lah.Dah pukul 6.30!"

"Cik Fariz,Cik Fariz.. Bangun lah.Kang terlepas subuh!"

"Ye,ye,aku dah bangun."

Panggilan Iman aku sahut.Tapi Iman...

"Cik Fariz,Cik Fariz.."

"Ye! Saya dah bangun lah!" aku tinggikan suara sekali lagi sahut panggilan Iman.Tapi entah kenapa lah Iman masih lagi panggil aku.

"Cik Fariz.. Cik Fariz."

"Aduhh..Pekak ke dia ni,aku dah jawab tak dengar ke." Bisik hati aku bebal sambil aku garu kepala yang tak gatal ni.

Nak tak nak terpaksalah aku bangunkan tubuh aku duduk diatas kerusi roda bila Iman tak berhenti henti panggil aku.Dengan rasa bengangnya laju aku tolak kerusi roda kearah pintu bilik dan daun pintu pintu aku buka.Tapi tiba tiba..

"Allah hu akbar! Ya Allah Iman! terkejut aku! boleh kena sakit jantung aku macam ni."

Macam nak luruh jantung aku bila Iman berdiri terpacak depan pintu bilik aku bertelekung putih.

Iman tersengeh.

"Err.. Sory Cik Fariz! jom solat subuh sama sama.Ustaz kata solat jemaah ni lagi banyak pahala dari solat sorang sorang.Sebab tu lah saya nak ajak Cik Fariz solat sekali.Kita solat dekat ruang tamu.Saya dah ada sejadah sendiri...

"Eh,tak payah tak payah.Kau solat la sendiri.Aku nak solat dalam bilik ja.Lagipun kalau nak tunggu aku,lambat.Aku belum mandi lagi.Kau pergi lah solat dulu! Ni,lepas solat aku nak tidur jap.Aku nak rehat!.Kau jangan nak ketuk ketuk bilik aku ya."Kata aku sambil angkat kepala tengok muka Iman.

"Oh.. tak apa lah kalau macam tu.Tapi sarapan pagi ni Cik Fariz nak makan apa? saya nak masak."

"Sarapan? aku tak nak makan aku nak minum susu ja."

"Okey,baiklah.Eh,tapi betul ke ni cik Fariz tak nak solat sekali.Rugi tau! besar pahala kalau kita solat jemaah."

Ishh dia ni sempat lagi nak tarbiahkan aku.

"Tak nak!"

Jawab aku ringkas sambil aku tolak daun pintu bilik sebelum Iman beredar tinggalkan bilik aku.

Usai mandi dan Solat subuh aku nak tidur sekejap.Mata aku mengantuk sangat sampai terangguk angguk waktu tengah solat tadi.Hari ni aku nak rehat ja kat rumah.Aku dah bagitau Syahmi tunggu panggilan aku,baru lah dia datang sini mulakan Fisioterapi step 3.Fisioterapi Step 3 ni,aku akan mula belajar berjalan sebab sekarang aku dah mampu bangun dan berdiri dengan sendiri.

"Huargghh.. Alhmdulillah,puasnya tidur."

Aku dah bangun dan aku regangkan urat tubuh aku.Perlahan aku bangun duduk bersandar di kepala katil.Handphone aku disisi meja aku capai.

"Morning sayang! abang dah bangun.Rindunya sayang.Rindu nak peluk sayang."

Aku bermonolog sekejap sambil ukir senyum
menatap wajah Sofia Adriana di skrin handphone.Entah lah,aku rasa jiwa aku tenang ja bila dirumah sendiri.Aku rasa Sofia Adriana seakan dekat dengan aku bila Sofia hadir dalam mimpi aku tadi.Mimpi indah bersama Sofia Adriana buatkan aku tersenyum lebar sorang sorang.Tapi tiba tiba senyuman aku berubah tawar apabila aku teringatkan 'Temporary Wife'aku Nurul Iman.

"Iman? dia buat apa hah? dah pukul 10 pagi,dia dah sarapan ke?"

Seketika hati aku terdetik teringatkan Iman,lalu aku bangun dan alihkan tubuh aku duduk diatas kerusi roda.Arah tandas aku tuju untuk segarkan tubuh.

Selesai mandi dan bersiap aku terus keluar dari bilik cari susuk tubuh Nurul Iman.

Keluar ja dari bilik halwa telinga aku diganggu dengan bunyi bising dari arah tandas depan bilik Iman.

"Apalah yang perempuan ni buat! pagi pagi lagi dah bising."

Bisik hati aku sambil aku gerakkan kerusi roda menuju kearah bunyi bising tu.

Setibanya aku depan tandas...

Terkedu aku sekejap,mata aku tiba tiba terbuka luas melihat susuk tubuh seorang gadis yang hanya memakai T.Shirt,dan seluar pendek paras paha berdiri membelakangi aku sambil badannya begerak gerak menggosok lantai tandas.

"Gebunya kulit kau Iman." Spontan ayat tu keluar dari mulut aku seakan berbisik.Tak berkedip mata aku merenung betis dan paha Iman."Iman Iman.Kenapa la awal awal lagi kau dah uji keimanan aku."Bisik hati aku.

Lelaki! mulut ja cakap tak nak,tapi bila dah diuji macam ni conform lah cair.Yang si Iman ni pun satu,apahal la kau pakai macam ni.Kau saja kan!.Aku cuba bertenang,bersabar,beristigfar.

"Ingat Sofia Riz,ingat Sofia! Ni semua cobaan! kau kena kuat lawan Nafsu jantan kau.Baik kau blah sebelum Iman perasan kau tengah usha dia."

Aku bisik dalam hati nasihatkan diri sendiri.Perlahan aku gerakkan kerusi roda untuk beredar dari situ.Tapi tiba tiba....

"Cik Fariz.. Cik Fariz nak pergi mana tu.."

Lemah lembut suara Iman menyapa aku.Aku tarik nafas dalam dalam dan aku pusingkan kerusi roda mengadap Iman.Muka tenang aku tayangkan.Tapi....

"Allah hu akbar,ujian apa pula ni!"bisik hati aku.

Sekali lagi aku terkedu tengok Iman.Aku cuba kawal bola mata aku supaya tak terbuka luas tengok bahagian dada Iman yang terdedah dik kerana kolar bajunya yang agak besar.

"Cik Fariz.. Cik Fariz nak sarapan.Kalau nak saya boleh buatkan,Cik Fariz nak makan apa."

Manja suara Iman tanya aku.Sambil Iman bongkokkan tubuhnya,bibirnya pula sangat dekat dengan telinga aku.Kedua belah tangan Iman melekat di paha aku.

Aku,aku cuba tenangkan diri.Tapi sekali lagi iman aku digoncang apabila bola mata aku memandang tepat tengok sepasang aset dada Iman yang terdedah didalam celahan kolar bajunya.

Sungguh aku lemah,aku tahu aku sedang digoda oleh Nurul Iman.Aku cuba tenang lagi,tapi nafsu Jantan aku dah mula tidak terkawal.Jiwa lelaki aku mula meronta.Aku kebamkan bibir,sedaya upaya aku berusaha kawal nafsu aku yang dah mula menguasai diri.Tapi Iman...

Terus galak menggoda aku.Tangannya yang melekat di paha mula berpindah kedada aku.Bibirnya pula semakin dekat dengan bibir aku.

"Iman,apa yang kau buat ni.Aku tak suka lah."

Tegas suara aku tegur Iman sambil jarakkan muka aku dari bibir Iman.

Tapi Iman langsung tak bergerak redup matanya tenung muka aku.

"Saya cuma nak jalankan tangungjawab saya sebagai isteri.Kenapa? Cik Fariz tak suka?."

"Tak,aku tak suka."

"Tapi Cik Fariz,saya nakkan hak saya,hak sebagai seorang isteri."

"Apa? hak kau! kau dah gila ke Iman.Tak mungkin!"

"Kenapa tak mungkin! Saya ni isteri Cik Fariz yang sah! Saya tahu Cik Fariz pun nakkan."

"Aku tak nak lah! Hei Iman,aku kawin dengan kau bukan untuk semua ni tau.Aku cuma nak kau jaga aku."

Tegas suara aku marahkan Iman.Aku gerakkan kerusi roda ke ruang tamu.Tapi Iman masih mengekori aku,dengan beraninya Iman peluk belakang aku dan terus merayu.

"Saya ikhlas Cik Fariz,saya ikhlas tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri.Tolong lah cik Fariz,izinkan saya.Saya isteri cik Fariz,halal untuk Cik Fariz sentuh."

Aku ni lelaki dan aku juga pernah bergelar suami,fizikal aku mungkin tak normal tapi mental aku sihat.Mana mungkin aku mampu menolak kemahuan gadis bertubuh seksi macam Iman.

"Baiklah! kalau itu yang kau nak! aku akan tunaikan."

Pantas aku tarik tubuh Iman keriba aku.Pinggang kecil Iman aku rangkul.Sebelah tangan aku lagi mencengkam belakang leher Iman,tanpa ragu ragu bibir Iman terus aku gumam.Seketika aku menikmati bibir manis itu sambil tangan aku mula menyelinap masuk kedalam baju Iman menggenggam dada montok Nurul Iman.

Iman juga tidak menolak,aku tahu Iman juga menikmati ciuman dan sentuhan hangat dari aku apabila nafasnya mula resah.

"Cik Fariz"

Tiba tiba aku dengar suara Iman."Iman! aku dengan Iman kan tengah... macam mana dia boleh bercakap"

bisik hati aku hairan.Mestilah aku hairan,bibir aku dengan bibir Iman tengah bertaut kot.Macammana la Si Iman ni boleh bercakap pula.

"Cik Fariz." Sekali lagi nama aku Iman panggil.

Tapi aku masih tak menyahut,bola mata aku tak mampu nak terbuka menikmati hangatnya bibir Iman.

"Cik Fariz!" Iman panggil aku lagi,nada suaranya semakin tinggi.

"Tak mungkin Iman panggil aku,tak mungkin.Tapi kalau bukan Iman siapa??" bisik hati aku lagi masih berteka teki.

"Cik Fariz!"

Makin kuat pula suara tu panggil aku sampai bergoyang tubuh aku.Pantas aku buka mata.

"Iman! kau buat apa kat sini! bukan ke tadi kau dengan aku...

Aku terdiam sekejap merenung Iman duduk melutut didepan aku."Bukankah tadi Iman ada diriba aku? bisik hati aku.

"Cik Fariz okey tak ni! kenapa tidur kat sini.Nanti sakit pula kepala tu." kata Iman.

Aku tertidur.Berkerut dahi aku blurr sekejap."Maknanya semua yang berlaku tadi aku hanya mimpi! Ya lah,aku tertidur,tadi lepas aku terkejut tengok Iman cuci tandas aku terus datang duduk dekat ruang tamu.Masa tu lah aku terlelap." bisik hati aku lagi.

"Cik Fariz okey tak ni!"

"Hah,aku okey! ya,aku tertidur tadi! tunggu kau lah buat susu."

"Maaflah Cik Fariz,lepas cuci tandas tadi saya mandi,tak tahu pula cik Fariz dah bangun."

"Yang kau ni pula dah kenapa,rajin sangat pergi cuci tandas tu lagi,tak cukup bersih ke.Eh,hari tu aku dah upah orang tau cuci satu rumah ni!"

Tegas suara aku tanya Iman yang masih duduk dilantai hujung kaki aku.

"Tandas tu bersih je.Saja saya cuci sekali lagi.Tu susu kat atas meja tepi cik Fariz minum lah,sambil sambil tu saya nak sapu minyak dan urut kaki cik Fariz ni."

"Kau nak urut kaki aku,tahu ke? kang tak pasal
pasal aku tak boleh jalan terus."

"Issh Cik Fariz ni.Cakap lah macam tu,tu semua doa tau.Cik Fariz jangan risau,saya tahu lah nak urut kaki cik Fariz ni,saya dah belajar dengan Mimi dari a' sampai z'.Sekarang Cik Fariz duduk diam diam minum ja susu tu,biar saya urut kaki Cik Fariz ni."

Jawab Iman bersahaja sambil tangannya angkat sebelah kaki aku dan letakkan diribanya.Hujung seluar kaki aku Iman sinting separas lutut lalu Iman menitiskan beberapa titik minyak herba atas telapak tangannya.Aku pula biarkan saja apa yang Iman buat sambil aku hirup susu panas.

Sambil sambil aku menikmati susu panas aku curi curi merenung setiap inci raut wajah Iman,dari sepasang mata yang bulat turun ke hidung yang tinggi dan kecil,beralih pula kepada pipi Iman yang putih gebu sampai lah ke bibir mugil Iman aku usha.

"Iman ni bila direnung dari dekat cantik juga ya.Tapi kenapa la dia tak guna kecantikkan dia pikat ja mana mana lelaki kaya lepas tu kawin.Minta ja duit dengan suami setelkan semua hutang.Kan aman damai hidup kau."Aku bercakap dalam hati ja,malas lah aku nak tanya Iman nanti panjang berjela pula jawapan dia.

Aku tenung Iman lagi.Suka pula aku tengok muka comel dia,berkerut kerut muka dia urut kaki aku.Pandai juga dia mengurut,entah bila la dia belajar dari Syahmi.

"Hmmm tapi mimpi aku tadi memang pelik.Lemah betul aku.Huh,nasib lah mimpi je.Kalau betul lah malu aku.Lemah!"

Bisik hati aku lagi bebelkan diri sendiri.Teringat pula mimpi tadi.Aku mimpi basah! mimpi basah disiang hari dengan Si Murai ni pula tu.
Mujur lah sekadar mimpi,lemah betul iman aku dengan godaan si Iman.

"Cik Fariz"

"Hmmm" aku sahut panggilan Iman tanpa suara.

"Lepas urut kaki Cik Fariz ni boleh tak saya nak keluar sekejap,saya nak pergi beli barang rumah.Almari dapur cik Fariz tu harap ja besar tapi satu habuk pun tak ada. Saya ingat saya nak beli beras,gula,susu,biskut,milo,teh,kopi,macam macam lagi lah.Lepas tu saya nak beli barang barang basah macam ayam,ikan,daging,sayur,buah.Senang lah lepas ni,kalau Cik Fariz nak makan apa ja saya masak.Cik Fariz cakap ja nak makan apa.Nasi goreng,Mee goreng,ayam bakar,ikan bakar,cakap ja,siap saya masak untuk cik Fariz."

Cis! sempat lagi dia menyindir aku,belagak pula tu konon pandai sangat masak.

"Iya la tu! beriya semua boleh.Lepas tu bila aku nak makan kau cakap tak reti sebab tak pernah masak."

"Eh,tak lah.Betul saya boleh la masak."

Kata Iman terhangguk angguk.

"Okey! kalau macam tu malam nanti aku nak kau masak,aku nak makan Spaggetti Bolognese dengan chiken grill."

Iman berhenti mengurut dan angkat kepala tengok aku.

"Spaggetti Bolognese dengan Chiken Grill! Hmmm...Senang je tu! Pejam mata pun saya boleh masak lah.Kalau cik Fariz nak tahu,saya pernah masak masakan Indonesia,India,Jepun,Korea...

Jawab Iman dengan bangganya.Menyampah pula aku tengok perempuan ni.Belagak tak habis habis.Kalau cakap tu tinggi melangit.Tapi semuanya hampeh.Suruh makan grill beef steaks pun dah muntah.

Inilah Percaturan hidup aku yang ke Lima.Sebuah perkahwinan yang aku bina bukan atas dasar cinta dan bukan juga untuk cipta bahagia.Berkahwin pula dengan seorang gadis lurus,mulut murai!

Tapi kehadiran Nurul Iman sangat bermakna untuk aku.Aku yakin Iman adalah jambatan untuk aku mulakan hidup baru.Jambatan yang akan aku tunggalkan bila segala yang aku impikan tercapai.Cuma sekarang ni apa yang aku risaukan diri aku ni lah.Aku risau,jika aku kalah untuk melawan nafsu diri aku.Aku tak nak kecewakan mama lagi.Sebolehnya aku nak lepaskan Iman tanpa aku sentuh kesucian dirinya.

Share this novel

Mawar_Merah
2024-02-18 15:14:43 

Tq☺️

ayuni
2024-02-17 15:20:24 

best terus ya update..


NovelPlus Premium

The best ads free experience