BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...
Tak ada mood aku pagi ni.Geram! Nak sarapan pun tak ada selera.Panas je hati aku ni tengok Iman kehulu kehilir kemas rumah.Tak rasa bersalah langsung dengan kesalahan yang dia buat semalam.
Jiwa raga aku ni sakit dipermainkan oleh Iman! Lagi sakit bila aku sendiri terpaksa muntahkan 'Baby Boy' dengan tangan sendiri.Penat! Aku ingat Iman ni kalau aku nak senang je dia bagi.Rupanya tak! Jinak jinak Merpati.Baru aku nak pegang dah lari.Mulut Murai jiwa Merpati.
Iman... Iman.... Iman aku kuat ja selama ni,tapi kejadian semalam betul betul melemahkan iman aku.
Malam semalam,selangkah ja kaki aku masuk rumah mata aku tertumpu pada sekujur tubuh terbaring atas sofa."Gulp" aku telan air liur,macam nak luruh jantung aku.Mata aku ni bukan setakat terjegil rasa macam nak terkeluar pun ada.Lutut aku pula dah menggeletar lain macam ja!
"Allah hu akbar! Imannn..."
Aku jerit panggil Iman.
Iman apa lagi kelam kabut bangun dari sofa berdiri tegak sambil gosok mata dia tengok aku.
"Hah,Cik Fariz! Terkejut saya.kenapa jerit,Lain kali bagi la salam dulu.Kita ni orang islam tau! masuk rumah kena bagi salam bukan main terjah macam tu ja."
Sedas Iman bebelkan aku,lepas tu dia toleh tengok jam dinding.
"Pukul 1 dah,Cik Fariz baru balik.Cik Fariz pergi mana? kan Syahmi dah pesan jangan banyak bergerak."
Iman sambung bebelkan aku lagi sambil dia regangkan urat badan.Sakit pinggang lah tu tidur lagi atas sofa.Tapi bukan hal itu yang buat aku terkejut sampai nak terkeluar anak mata.Tapi sebab...
"Iman! kau ni dah kenapa tidur bogel dekat ruang tamu.Lampu tak padam,tv terbuka! Kau tak malu ke,berdiri depan aku macam ni.Dah,ambil tuala tu cepat pakai."
Aku terus sound Iman sambil aku perhatikan ja setiap inci bentuk tubuh Iman.Gila! dah macam baby aku tengok Iman telanjang bulat macam tu.
Iman terkejut lah bila aku cakap macam tu,laju ja dia tunduk tengok tubuh sendiri.
"Astagfirullah hal azim! Ya Allah!..Cik Fariz jangan tengok,pejam mata."
Dia suruh aku pejam mata.Memang tak lah.Benda halal kot.Nak tengok lagi ada lah.
"Cik Fariz! pejam mata."
Sekali lagi Iman arah aku sambil kelam kabut ambil
tuala atas lantai lepas tu balut tubuh montoknya.Dah siap balut tubuh.Iman tenung aku buat muka tak puas hati.
"Cik Fariz ni gatal kan.. Saya suruh tutup mata,bukan buka mata.Dah la balik tak bagi salam,lepas tu jerit!."
Lah,marah pula.Suka hati ja cakap aku gatal.Dia yang bogel depan aku.
"Amboi sedap mulut kau mengata aku.Kau yang tunjuk! aku tengok lah.Tak,yang kau ni apahal tidur kat ruang tamu,bogel pula tu.Kenapa kat dalam bilik kau tu panas ke? ke kipas rosak."
Aku cuba tenangkan diri tanya Iman sambil aku jatuhkan punggung duduk disofa.Kaki aku dah mula sakit sebab lutut aku menggeletar,ya la tengok perempuan bogel mestilah lemah.
"Tak panas pun,kipas okey ja.Saya tertidur lepas mandi tadi,ingat nak lepak kejap ja kat depan tengok drama Korea.Tertidur pula.Ni Cik Fariz nak minum tak.Kalau nak makan saya tak masak ya."
Jawab Iman masih berdiri tegak tayang badan depan aku sambil angkat tangan ikat rambut.Iman,Iman kau kan buat aku macam lelaki mati pucuk ja.Tak bernafsu tengok kau macam ni.Aku ni lelaki normal tau,POWER pula tu.Kau jangan sampai Baby Boy aku ni meminta minta,dia dah lama bangun.
Tapi tak apa aku sabar,aku tenang.Aku tak nak lah tunjuk yang aku ni sangap sangat.Control Macho! Pertanyaan Iman aku jawab.
"Aku tak nak minum,tapi aku nak makan."
"Nak makan! boleh.Tapi kena tunggulah saya nak masak.Cik Fariz nak makan apa."
Iman tanya aku lagi.
Aku diam jap sambil aku angkat kepala tengok Iman dari atas sampai bawah.
Iman pun sama dia tengok muka aku sambil kerutkan kening."Kenapa Cik Fariz tengok saya macam ni.Saya tanya Cik Fariz nak makan apa."
Iman tanya aku lagi.Jap aku nak jawab.
"Aku nak makan kau!"
Bila nafsu dah paras kritikal! selamba lah aku jawab dengan jujurnya,masa ni aku sendiri dah tak dapat kawal nafsu jantan aku.Laju ja tangan aku tarik pinggang Iman duduk diriba aku.Lepas tu...
"Cik Fariz.. Cik Fariz..."
"Hah! Ya." Terkejut! aku berkhayal lagi la hal semalam.Bukan mimpi tapi kenyataan.Kenyataan aku kena reject dengan Nurul Iman.How dare you Iman!
Nipis bukaan mata aku tenung muka Iman yang duduk berhadapan aku.Aku masih tak puas hati lagi dengan Iman.Tapi Iman layan aku macam tak ada apa apa yang berlaku.
"Cik Fariz makan la cepat.Nanti lewat pergi Fisio.Kesian Syahmi tunggu Cik Fariz."
"Tak nak,aku tak ada selera lah!"
"Cik Fariz kena makan juga sikit.Penat tau saya masak.Kalau Cik Fariz tak makan nanti tengah buat Fisio pengsang pula sebab perut kosong."
Redup mata Iman tenung aku.Tahu pula memujuk.
Aku,aku buat bodoh ja.Tak nak lah aku tengok muka manja Iman.Boleh terangsang kot.Kalau dah terangsang,aku minta pun bukan dia nak bagi.Alasan TAKUT!
Macam semalam,lepas aku tarik Iman atas riba,aku terus rebahkan tubuh Iman atas Sofa.Mulut aku ni laju ja nak cium bibir Iman.Tapi Iman lagi laju pusingkan muka.Aku tak mengalah.Aku tarik muka Iman bertentang muka aku.Aku cuba cium bibir Iman lagi,tapi Iman tetap mengelak sambil dua belah tangan Iman tolak dada aku.
"Iman,tengok aku"
Tegas aku arah Iman.Tapi Iman tak tengok pun dia gelengkan kepala ja.Cis! jual mahal.Aku nak cium je pun.
"Iman,tengok sini.Malam ni aku nak kau!"
Aku terus terang ja.Aku memang dah tak boleh tahan.Tapi Iman...
"Sa... saya,saya tak nak! lain kali lah."
Terkulat kulat Iman menjawab.Dia tak nak! habis tu hari tu kau beriya pakai pakaian seksi apahal!.Bukan kau nak goda aku.Ahh aku tak kira malam ni aku nak juga.Baby Boy aku dah tak tahan ni.
"Aku nak malam ni juga."
Tegas aku tuntut hak aku sebagai suami pada Iman.
Seketika Iman tenung wajah aku.
"Bo..bo... boleh! tapi apa kata Cik Fariz mandi dulu.Pakai wangi wangi lepas tu datang bilik saya.Saya tunggu."
Sambil tayang senyum manis,manja suara Iman redakan rontaan nafsu aku.
Aku angguk tanda setuju." Okey,aku mandi jap.Kau pun pergi lah siap.Kau pakai macam ni ja.Aku suka."
Iman mengangguk."ya ya.. Cik Fariz lepas lah,saya nak bangun."
Nak tak nak ja aku lepaskan tubuh Iman.Geram betul betul geram! Tak sabar aku nak nikmati setiap inci tubuh montok tu.Lepas ja aku lepaskan tubuh Iman,laju ja Iman bangun sambil senyum senyum berjalan masuk bilik.Sesekali Iman toleh belakang tengok aku.
"Kenapa kau tipu aku semalam!"
"Bukan tipu! tapi...
"Tapi apa? Hei Iman kau tahu tak berdosa tau seorang isteri tolak kemahuan suami.Ustaz kata Jika seorang isteri tu tak layan kehendak batin suami dia,sepanjang malam tu dia dilaknat tahu tak!"
Sedas aku tarbiahkan Iman,baru dia tahu aku pun dengar ceramah juga.
Iman angkat kepala tengok aku."Tahu,tapi Cik Fariz redha je lah.Saya bukan tak nak layan Cik Fariz,tapi saya takut.Kawan saya cakap sakit! keluar darah.Eeee tak nak lah saya.Seram!"
Perempuan bendul ni memang pandai menjawab kan.Dulu dengar cakap ustaz,sekarang dengar cakap kawan.Yang cakap suami kau tak mahu pula dengar.
Serabut otak aku macam ni.Suka hati kau lah Iman,kau nak bagi ke tak nak.Aku dah malas nak cakap lebih lebih.Aku tak ada mood!. Penat penat aku mandi semalam,bersiap hensem hensem dah macam hero Korea,sembur satu badan minyak wangi.Iman tipu aku! Dia kunci pintu bilik,berkali aku ketuk ni jawapan dia..
"Cik Fariz,saya minta maaf.Saya tak nak,saya tak bersedia lagi.Saya takut."
Aku sabar,aku istigfar panjang.Geramnya aku masa tu,tuhan saja yang tahu.Nasib baik aku tak ada kunci pintu bilik Iman.Kalau tak,conform Iman pecah dara aku kerjakan.Iman,Iman kau memang menguji keimanan aku!.
Jadi seharian hari tu mood aku memang tak elok.Asyik nak marah ja.Orang lelaki kalau tak dapat macam ni lah,bebal ja.
"Syahmi,kau boleh tak jangan paksa aku.Aku penatlah!"
Tak pasal pasal Syahmi kena tengking dengan aku.Hairan Syahmi tenung aku.
"Penat,tapi Cik Fariz baru 10 minit kita mulakan fisio.Tak boleh la macam ni.Saya ni kerja,kena lah habiskan rawatan.Apa kata Cik Fariz rehat jap.Lepas tu kita sambung ya."
Lembut suara Syahmi tenangkan aku.Tapi aku...
"Dah,dah... Aku tak nak,aku nak balik.Esok je lah sambung."
Tegas suara aku balas pujukan Syahmi.Syahmi tenung aku lagi tayang muka masam.
"Ye lah.Esok lah kita sambung."
Terpaksa lah Syahmi akur bila tengok aku dah bebal semacam.Lepas Syahmi belah dari taman tu aku terus call Amir.
"Hello Amir! Aku dah setel Fisio.Ambil aku sekarang"
"Dah setel! sekejapnya."
"Aa aa.Hari ni aku penatlah.Kaki aku sakit.Kau datang ambil aku sekarang.Aku nak pergi galeri."
"Boleh boleh! tapi kau tunggu sekejap ya.Aku dengan Mariam ni,beli barang kat pasar."
"Pergi pasar! Kau ni makan gaji buta ke apa.Suka hati bawa bini pergi pasar.Oi Amir kau tu driver aku,bukan driver Mariam kehulu kehilir bawa dia.Aku tak kira,sekarang juga kau datang ambil aku."
Kasar betul kata kata aku lontarkan pada Amir sahabat baik aku sendiri.Lepas tu aku terus tamatkan panggilan.Biadap! buat kawan sendiri macam tu.Entah lah kenapa hati aku ni geram sangat.Geram dengan Nurul Iman.Kata kata dia pada aku sebelum aku keluar dari rumah tadi buat aku rasa sakit hati.Dah la dia tolak kemahuan batin aku mentah mentah,lepas tu dia sindir aku.Dia ingat aku hadap sangat nakkan tubuh dia.
"Tak kan Cik Fariz marah kot.Cik Fariz lupa perjanjian kita.Saya ni kan isteri sementara ja.Isteri atas kertas,bukan atas katil.Lagipun Cik Fariz yang cakap kan,saya ni selekeh,buta fashion,nak sentuh pun geli kot kot nanti terkena penyakit berjangkit.Rasanya tak salah kot kalau saya menolak.Tapi kalau Cik Fariz nak juga,boleh... tapi kena bayar lah."
"Sial punya perempuan! dasar mata duitan.Kau ni nampak ja bendul! Tapi bahasa boleh tahan.Aku tak hadap lah tubuh kau Iman.Tapi kau cabar aku,kau tunggu suatu hari kau sendiri akan serahkan diri kau pada aku tanpa satu sen pun aku bagi. Kau tunggu Iman!."
Bisik hati aku geram,marah,bebal.. Aku tak sangka Iman sanggup letakkan diri dia serendah tu untuk duit.Berpuluh ribu aku dah bayar dia,tapi bila aku minta hak aku sebagai suami,ini kau balas.Alasan takut! kau takut pecah dara atau kau takut aku tahu yang kau dah tak ada dara."
Iman,Iman.. Selama ni aku berusaha kawal diri aku tak sentuh kau sebab aku kesiankan kau.Tapi kau main main dengan aku... Nampaknya aku takkan lepaskan kau walaupun aku dah sembuh.Aku akan gunakan kau setimpal aku bayar kau!.
Takpa lah hari ni belanja satu bab! biar hati tenang..hahaha Lepas tu minggu depan ya.
Share this novel
tq… semangat tiba2 bila tengok ada bab baru…. jgn tungguh satu minggu baru nak update… hilang terus semangat…