Aku duduk termenung sorang sorang didepan almari solek.Merenung setiap inci raut muka sendiri yang sangat berbeza dari biasa.
Berbeza? muka aku berbeza dari biasa disebabkan solekan nipis Fatihah.
Aku toleh kanan,aku toleh kiri.Teruja sekejap tengok betapa cantiknya aku hari ni.Aku bukan nak angkat bakul masuk sendiri,tapi sumpah aku memang cantik.Tapi muka aku je cantik,mood aku kelaut.
"Huh" satu keluhan kecil aku lepaskan lalu aku bangun dan labuhkan duduk dibirai katil pula.Kini aku merenung diri aku dari jarak jauh didalam cermin.
Aku terpana,seakan bermimpi tengok susuk tubuh aku dibaluti dengan sepasang busana kebaya moden berwarna putih.Dihujung lengan dan dibahagian bawah kebaya tu,ada manik manik yang bertaburan sebagai perhiasan.Aku tahu kebaya ni mesti mahal harganya.Tak pernah terfikir pun aku nak pakai pakaian mahal macam ni.
"Huh" aku mengeluh lagi,dahi aku mula berkerut memikirkan sesuatu.
"Ya Allah,betul ke keputusan yang aku buat ni.Kalau betul kenapa hati aku tak tenang." Detik hati aku, entah kenapa aku masih meragui keputasan yang dah buat.
Keriuk.. Tiba tiba daun pintu bilik aku ditolak.Fatihah menjengah.
"Assalammualaikum.Dah siap ke bakal pengantin kita ni?"
"Waalaikumussalam.Dah."
Malas malas aku sahut pertanyaan Fatihah.
"Aik,monyok je ni kenapa?Bakal pengantin mana boleh monyok macam ni,nanti hilang seri."
Kata Fatihah dengan nada gurauan duduknya sudah pun disebelah aku.
Sekali pintas aku tengok muka Fatihah dan aku mengeluh lagi."Huh."
"Tihah,betul ke keputusan yang aku buat ni."
"Lah,apasal pula?"
"Entah lah Tihah.Aku rasa tak sedap hati.Bila aku fikir balik,aku macam dah salah buat keputusan."
"Salah buat keputusan?" Terbuntang bola mata Fatihah ternung muka aku "Mana boleh salah! Hari tu kau cakap dekat aku.Kau dah buat solat istiqarah kan.Kau dah dapat jawapan.Hari ni tiba tiba kau berubah hati pula."
"Ye betul,tapi..
"Tapi apa lagi Iman?"
"Entah lah Tihah! Aku... aku rasa macam nak batalkan je pernikahan ni."
"Hah! apa? kau nak batalkan? eh kau Iman,kau jangan buat gila boleh tak.Pihak lelaki dah ontheway nak ambil kita.Semua urusan dah siap pun.Tu majlis petang ni kat resort dah siap set up pun.Mana boleh batalkan macam tu je."
Seketika aku terdiam dengar bebelan Fatihah.Aku tahu Fatihah terkejut.Aku pun tak tahu,hati aku ni tiba tiba rasa ragu ragu nak teruskan perkahwinan ni.
"Iman."
Lembut suara Fatihah panggil aku dan tangannya meraih tangan aku,bola matanya sayu tenung aku.
"Aku faham keadaan kau sekarang ni.Aku faham kau masih ragu ragu dengan keputusan ni.Aku tahu kau buat semua ni untuk kebaikan adik.Aku tahu kau masih tak mampu nak terima Fariz sepenuhnya,tapi dalam hati kau,aku yakin kau masih sayangkan Fariz kan.Kau masih cintakan dia kan.Betul tak? Kau ragu ragu sebab kau masih tak boleh lupakan apa yang Fariz dah buat kat kau dulu.Iman,cuba kau buka pintu hati kau luas luas dan terima cinta Fariz semula.Kau pandang Fariz yang sekarang.Fariz yang sangat sayangkan kau.Sayangkan anak korang.Ikhlaskan hati kau maafkan Fariz.Aku yakin korang akan bahagia.Bahagia selamanya."
Baik betul Fatihah,satu satunya sahabat yang sentiasa ada disisi aku.Nasihat ikhlas yang dia berikan buatkan jiwa aku tenang.Tenang untuk meneruskan perkahwinan ni.
Ya,hari ni aku akan berkahwin.Berkahwin dengan lelaki yang bernama Wan Fariz Adlan.Lamarannya aku terima setelah berkali kali lelaki itu merayu dan pujuk aku tanpa jemu.
Ya,aku kalah.
Tapi,aku bukan kalah dengan ayat ayat cinta lelaki tu.
Aku bukan kalah dengan harta benda yang lelaki itu tawarkan pada aku.
Tetapi! Aku kalah kerana aku sayang anak aku.
Aku kalah kerana ugutan Puan Ainun pada lelaki itu.Ya,lah aku ni kan sejenis manusia yang tak boleh tengok keluarga berpecah belah.Jadi atas alasan itu aku terima lamaran lelaki itu.
Rasa cinta dan sayang pada Fariz?
Hurmm.. Betul lah apa yang Fatihah cakap tu.Jujur aku katakan,jauh disudut hati aku ni,aku masih sayangkan Fariz,aku masih cintakan Fariz.Betul dia pernah bersikap kejam dengan aku,tapi Fariz juga pernah berbuat baik pada aku.
Semenjak kami berpisah Fariz tak pernah abaikan rumah kasih walid.Setiap bulan Fariz bayarkan sewa rumah,bil air,bil elektrik dan juga beli barang barang dapur rumah kasih Walid.Bukan itu sahaja.Fariz juga kerap berkunjung ke rumah kasih Walid melayan karenah kanak kanak disitu.Aku tahu semua ni pun dari walid dan ummi setelah aku hubungi diaorang minta pendapat.Kata walid..
"Iman dah buat solat istiqarah?"
"Dah walid."
"Apa petunjuk yang Iman dapat."
"Dalam mimpi.Iman nampak Fariz dengan Farah jalan jalan tepi pantai."
"Hurmm Alhamdulillah.Itu pentunjuk yang baik.Iman pula,masih ada rasa sayang kat Fariz."
"Errr..Entah lah walid.Mungkin ada lah sikit sikit."
Jawab aku terkulat kulat di talian telefon.Aku dengar Walid ketawa kecil.
"Alhamdulillah.Sikit sikit lama lama jadi bukit.Kalau macam tu terima lah Fariz.Maafkan dia,beri peluang kedua.Buang semua rasa sakit dulu.Mulakan hidup baru.Ini pendapat walid.Tapi kalau Iman masih meragui keputusan Iman.Ambilah masa dan fikir lagi."
Walid,ringkas cara dia tuturkan nasihat tapi menusuk jiwa.
Walid dah setuju.Ummi pula tak habis habis puji kebaikan Fariz.
Aku,aku masih nak fikir lagi.Fikir dan fikir.Kahwin kan,bukan boleh dibuat main main.Nak pula ini adalah perkahwinan kedua.Aku tak nak lah 'Pisang berbuah dua kali'.
"Mama,mama.Bila ayah boleh tinggal dengan kita? Adik nak ayah ajar adik buat homework.Adik nak ayah teman adik tidur.Mama...
Inilah soalan dan permintaan yang kerap keluar dari mulut Farah.
"Iman,cuba lah lupakan semuanya dan mulakan hidup baru.Terima je lamaran Fariz tu.Fikirkan Farah.Farah tu perlukan kasih sayang ayahnya.Keluarga Fariz pun dah berubah,dah boleh terima kau.Apa lagi yang kau nak.Lagipun aku tahu kau masih sayang Fariz.Sebab tu kau tak pernah terima mana mana lelaki dalam hidup kau kan?"
Ini pula nasihat dan serkap jarang Fatihah soal hati aku.Tak habis habis fikir Farah.
"Walid setuju kalau Iman nak terima Fariz semula.Fariz dah berubah.Walid yakin,Fariz akan jadi suami yang baik untuk Iman dan ayah yang penyayang untuk Farah."
"Aa..aa betul cakap walid tu Iman.Terima lah Fariz,mulakan hidup baru.Walid dengan Ummi ni teringin sangat nak tengok Iman hidup bahagia.Terima ya."
Dan ini pula nasihat ikhlas dari walid dan ummi.Beriya betul dia orang nak aku terima Fariz.
Jadi setelah aku fikir,fikir dan fikir selama beberapa hari.Akhirnya aku setuju terima lamaran Fariz.Terima lelaki itu sebagai suami buat kali kedua.
"Alhamdulillah sayang,semua urusan dah selesai.Ya Allah abang rasa macam mimpi pula kita dah kawin pun.Sayang tahu,tadi abang berdebar sangat.Tok kadi tu tanya macam macam soalan kat abang.Rukun iman lah,rukun islam,rukun solat.Huh,berpeluh juga abang nak jawab."
Bersungguh betul Fariz bercerita pada aku hal akad nikah tadi.
Ya,kita orang dah selamat pun bernikah walaupun tadi aku masih ragu ragu.
Nasihat Fatihah kekuatan aku untuk aku teruskan perkahwinan ni.Hanya sekali Wan Fariz Adlan lafaz nikah,bersaksikan Walid dan Amir kini aku sah bergelar isteri lelaki itu.Dan sekarang ni kami berdua dalam kereta menuju ke resort untuk raikan majlis kahwin.Hanya kami berdua,sebab Fariz berkeras nak memandu sendiri.Jadi aku kenalah temankan suami aku.
Anak aku dan Fatihah? awal awal lagi Puan Ainun ajak diaorang naik kereta sekali dengannya.
"Lepas tu Cik Fariz boleh jawab tak."
Perbualan Fariz aku sahut baik.Walaupun aku rasa macam mimpi,yang aku dah kahwin!Tapi inilah aku,Cik Fariz aku panggil suami aku.Fariz apa lagi pantas dia menoleh tayang muka tak puas hati.
"Sayang.. panggil abang boleh tak.Kita kan dah kawin."
Sedas Fariz tegur aku.
"Err.. maaf.Saya tak biasalah."
"Tak biasa?kena lah biasa kan sekarang ni.Nanti depan orang ramai takkan lah Iman nak panggil abang Cik Fariz pula kan.Apa pula diaorang fikir nanti."
"Hurmm okey... maaf ya."
"Tak apa." jawab Fariz sambil ukir senyum.Lantas tangan aku Fariz pegang.
"Sayang..Terima kasih sangat sangat sebab sudi terima abang.Sudi jadi isteri abang.Abang janji sayang.Abang akan jaga sayang baik baik.Abang janji abang takkan persiakan sayang lagi.Abang janji,abang akan jadi suami dan ayah yang baik untuk sayang,untuk Farah dan anak anak kita yang akan datang.Sayang...
"Cik Fariz eh abang.Bawa kereta tu elok elok.Tengok depan.Bahaya!"
Tegas aku tegur Fariz.Risau pula aku tengok cara dia memandu.Mata tu lebih kerap tengok aku dari tengok jalan raya.Tangan tu pula,sebelah je pegang staring sebelah lagi dah melekat dengan tangan aku.Sesekali diciumnya belakang tangan aku.Aku okey,aku biarkan ja.Halal kan.Tapi mata tu tengok lah jalan.Nanti tak pasal pasal malam ni kita orang tidur kat hospital!
Tu gaun pengantin yang kembang kembang tu sapa nak pakai?
Pelamin yang grand sangat tu,siapa yang nak duduk bersanding?
Puan Ainun,Puan Ainun.. Sayang betul dia kat aku,sanggup habiskan duit set up semua tu.Pelamin tema Awan Biru.Gaun pengantin aku dah macam Princes.Gaun untuk Farah lagi.Aku tak tahu lah berapa belas atau puluh ribu Puan Ainun belanjakan duit untuk majlis ni.Ikutkan hati aku,aku tak nak pun majlis besar besaran.Cukup lah majlis kesyukuran kat rumah aku je.Tapi tu lah orang dah berhajat aku akur je lah.
"Sayang..
"Hurmm." panggilan Fariz aku sahut tanpa suara.Sambil aku ukir senyum pada tetamu yang datang.Duduknya kami dimeja beradap menikmati makanan.
"Sayang cantik sangat.Tapi kan,geram pula abang tengok Iqbal tu,dari tadi dia usha sayang."
"Alah,biar lah dia.Tak kan abang cemburu kot."
"Ehh.. mestilah.Abang tak kisah kalau dia nak tengok sayang.Tapi cara dia tengok sayang tu lain macam lah."
Lain macam? Pantas aku alihkan pandangan tengok Iqbal yang tengah makan sorang sorang.Iqbal balas pandangan aku dan ukir senyum.Orang dah senyum aku pun balas lah.
"Eh sayang ni.Kenapa senyum kat dia."
Dah tercemburu pula Fariz ni.Aku toleh tengok Fariz sambil kerut dahi.
"Dah la abang.. Tak payah lah cemburu sangat.Kita dah kawin kan.Saya hak abang sekarang ni."
"Hurmm betul tu sayang.Maaf ya.Sayang..
Panggil lagi!
"Ye abang."
"Tadi sayang cakap Sayang hak abang kan."
Aku mengangguk."Ye abang.Kenapa?"
"Hurmm..Kalau macam tu malam ni sayang tidur kat bilik abang boleh tak.Abang rindu lah batal peluk abang ni."
Dah buat dah perangai gatal dia.Tak cukup dalam kereta,kat meja beradap ni pun nak cakap lagi.Tak segan ke kalau ada orang dengar.
Nak juga aku tidur bilik dia.Tahulah malam pertama.Tadi tadi dalam kereta aku dah bagitahu,aku dah minta izin.Malam ni aku nak tidur dengan Farah.Aku kena temankan Farah.Farah tak biasa aku tak ada.
Dengar je permintaan Fariz,pantas aku toleh Fariz yang sedang menyuap nasi.
"Lah abang nih.Kan tadi abang dah janji! malam ni abang izinkan saya tidur dengan Farah kan."
"Ye tadi abang izinkan,tapi bila tengok sayang cantik macam ni terus tak jadi.Abang rasa nak sayang temankan abang tidur lah malam ni.Alah boleh ya sayang.Farah tu mesti okey,kan Tihah ada."
Kata Fariz berbisik di telinga aku.
Aduh.. masak aku.Berubah fikiran pula Fariz ni.Dasar lelaki,nafsu tu tak menyabar.Aku dah risau ni.Helah pertama tak menjadi.Aku mesti cari helah lain.
Aku memang dah terima Fariz,sumpah! aku ikhlas.Tapi bab nak melayan nafsunya aku rasa tak mampu lagi.Ada sesuatu perkara yang masih terbuku dihati aku,kata kata Fariz yang belum mampu aku lupakan.
Share this novel