BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali dia.
Aku duduk bersandar diatas katil.Pandangan kosong aku lemparkan pada skrin tv tanpa siaran.Jauh aku termenung seorang diri didalam bilik dirumah Opah.Entah kenapa kata kata opah siang tadi masih terngiang ngiang ditelinga aku.
"Dah jadi macam ni tahu pula kau nak balik rumah.Tahu pula kau cari mak bapak kau untuk jaga kau! Masa seronok bercinta dengan perempuan tu sanggup kau buang keluarga.Cinta konon! Hei Riz! kau tahu tak semua yang terjadi kat kau ni karma atas semua dosa dosa kau,kau derhaka dengan mama,papa kau.Kau conteng arang kat muka diaorang.Kau menyusahkan abang kau.Disebabkan kau,abang kau terpaksa kawin dengan Tasya.Kau tinggalkan majlis nikah macam tu ja! Aku dah cakap kalau kau tak setuju,cakap terus terang aku tak paksa.Kau yang terima Tasya lepas tu kau tinggalkan dia.Manusia jenis apa kau ni."
Satu persatu bebelan Opah aku terpaksa dengar.Aku hanya mampu diam,aku tak berhak menjawab.Semuanya salah aku sendiri.Memang patut diaorang marah besar pada aku.
Inilah percaturan hidup aku yang Ketiga.Aku terpaksa tinggal dengan manusia manusia yang masih tak puas hati dengan aku "Eh,aku pun taknak lah tinggal kat sini.Sebab mama ja aku setuju.Mama yang berkeras nak bawa aku balik sini"Bisik hati aku geram bila Abang Faizal juga mengungkit perkara yang sama.
Aku tahu aku salah.Tapi diaorang dah melampau.Cakap ikut sedap mulut.Layan aku macam manusia tak ada perasaan.Bukannya aku lari dan abaikan keluarga aku.aku balik untuk jumpa dan minta maaf dengan diaorang tapi diaorang marah aku,hina Sofia! Itulah sebabnya aku tinggalkan terus rumah banglo tiga tingkat ni sebab dia orang semua tak sukakan isteri aku.Opah cakap Sofia tak layak tinggal dekat sini sebab dia Anak lorong! Aku tak kisah kalau opah nak marah aku.Tapi Opah jangan hina Sofia.Dia isteri aku!.
Kriukk.. Daun pintu bilik aku ada orang buka.Pantas aku toleh tengok."Dah agak dah mesti mama." Detik hati aku.
Aku ukir senyum tengok mama berjalan masuk kearah aku sambil tolak troli makanan.
"Eh mama! tak payah la susah susah bawa makanan masuk bilik.Nanti opah nampak bising pula."
"Hmmm tak apa lah,tak susah pun.Mama faham,Riz masih terasa hati dengan diaorang kan.sebab tu tak nak keluar makan."jawab mama sambil labuhkan punggung dibirai katil.
"Isshh mama ni,tak lah bukan macam tu.Riz cuma tak ada selera nak makan.Tapi kan mama,bila bau ja masakan mama ni,Tiba tiba lapar."
Mama gelak kecil tengok aku."Alasan! lapar lah tu.Siang tadi makan sikit ja kan.Cepat buka mulut,Kapal terbang nak mendarat."
Tergelak besar aku dengan gurauan mama Sambil aku buka mulut luas luas terima suapan dari mama.
"Eh! mama tak risau ka,nanti kalau opah nampak opah mesti marah.Mama kan tahu Opah tak suka bawa makanan masuk bilik."
"Hmm biarlah,tak kan nak bagi anak sendiri makan pun nak marah.Kalau Opah marah mama,mama jawab lah! suka hati Ainun lah,ini anak Ainun.Dia lapar,nak makan.Sebab Bonda lah Riz merajuk tak nak keluar makan.."jawab mama dengan riak wajah serius.
Tergelak besar lagi aku dengan perangai mama.
Berani la sangat mama aku ni.Berani belakang ja kalau berdepan dengan Opah diam seribu bahasa.Aku kena marah tadi pun mama langsung tak bela.
"Thanks Mama! Riz sayang mama."
"Welcome,Mama pun sayang Riz."balas mama sambil cuit hidung tinggi aku.
Sebak campur gembira hati aku dengan layanan baik mama pada aku.Dah la tolong seludupkan makanan masuk bilik lepas tu siap tolong suapkan lagi."Mama,You are the best mother in the word.I love you"aku ucap pada mama.
Mama pun balas"Thanks You my Hensem Boy. Love you to."
"Hensem Boy!" bisik hati aku.Teringat pula aku pada si Murai.Itulah perkataan yang aku akan dengar setiap kali dia muncul.Aku ketawa kecil dalam hati sambil aku perhatian ja mulut mama yang banyak cakap.Suara nyaring mama ni buatkan aku teringat pula satu kejadian masa aku koma kat hospital dulu.
"Hai Hensem Boy! Good Morning."
Macam biasalah Si Murai ni tegur aku.Dia akan panggil aku Hensem Boy.Walhal dia tahu ja nama aku Fariz.
"Awak! awak nak tahu tak,saya ada cerita gempak! gempak gila!"
Masa ni aku dengar suara Murai tu macam tak cukup nafas nak bercerita.Entah berita apa dia nak sampaikan pada aku kali ni.Aku ni kan koma apa yang aku mampu buat,mampu dengar ja la.
"Nih awak nak tahu,Doktor Fikri yang selalu rawat awak tu tengah hangat bercinta dengan jururawat yang baru masuk kerja bulan lepas.Apa nama nurse tu..Hah Salina.Ceritanya macam ni,kemarin waktu saya keluar dari hospital saya nampak diaorang balik sekali.Lepas tu....
Lepas tu apa lagi panjang lebar lah dia bercerita dekat aku.
"Ya Allah... Pagi pagi kau masuk bilik aku sebab nak bergosip.Kau ingat bilik aku ni port kedai kopi tempat kau nak membawang.Wei Murai! berita gempak kau tu berita fitnah.Salina tu adik Fikri lah.Suka hati diaorang lah.Yang kau sibuk apahal."
Aku memang betul betul geram dengan Murai ni.Aku rasa macam nak bangun lepas tu cabut mulut dia,baru dia tahu diam kot.Masa ni aku doa banyak banyak moga Allah sedarkan aku cepat.Aku dah tak tahan nak dengar suara Murai ni.Aku ni memang la terlantar kaku atas katil,tapi semua berita semasa aku tahu.Hujan ka,panas ka,ribut ka, semua aku tahu.Masalah negara pun aku tahu.Hal artis cerai berai,hal ustaz berbalah pun aku tahu.Semua informasi tu dari mulut Si Murai ni lah.Serabut otak aku!.
"Riz! Riz..
"Hah ya mama." Allah hu akbar aku berkhayal lagi.
"Kenapa buat muka macam tu! Riz marah mama ya sebab mama cakap macam tu.Mama terpaksa Riz,mama sibuk sikit sekarang ni.Mama harap Riz faham ya."
"Eh,tak lah.Mana ada marah.Riz okey ja.Riz faham
kerja mama."
Aku marah! tiba tiba mama tegur.Mungkin sebab tadi aku teringatkan perangai si Murai tu kot sampai terbawa bawa marahnya.Tapi apa yang mama cakap tadi ha? Aduh,apa benda ya! aku main setuju ja.Mama pula tiba tiba buat muka sedih pula.Cari idea,cover line.Hah dah ada!
Aku tenung wajah manis mama.Wajah wanita pertama yang sangat aku cinta.Tapi kerana terlalu cintakan wanita kedua aku sanggup kecewakan mama.Aku raih tangan mama dan aku cium sepasang tangan yang telah membesarkan aku.
"Maafkan Riz mama.Riz tak marah pun,Riz sayang mama.Mama,ampunkan semua dosa Riz.Mungkin betul cakap Opah.Semua yang berlaku ni adalah karma atas semua dosa Riz pada mama dan papa."
"Riz... jangan cakap macam ni.Apa yang berlaku ni bukan karma,tapi ujian untuk Riz.Riz kena kuat! mama janji,mama akan sentiasa doakan Riz cepat sembuh.Riz jangan risau semua perbelanjaan rawatan untuk kaki Riz mama akan tanggung.Riz kena kuat semangat untuk sembuh.Galery Riz dah lama tau tertutup.Lagi satu,mama pun minta maaf dengan Riz sebab selama ni mama tak pedulikan Riz dengan Sofia.Mama menyesal Riz.Mama juga nak minta maaf sebab jarang melawat Riz dekat hospital.Mama sibuk sayang!"
Lembut telapak tangan mama hinggap dipipi aku.Mama gerakkan ibu jari tangannya mengusap lembut pipi aku.Bola mata mama yang berkaca merenung setiap inici wajah aku.Jiwa aku tenang sangat masa ni.Aku cakap pada mama "Mama,tolong lah jangan minta maaf lagi.Mama syurga Riz.Riz sayang mama.Riz janji Riz akan kuat untuk sembuh.Riz janji Riz akan buka semula galery Riz."
Mama kekuatan aku! kata kata Opah yang menyakitkan hati aku siang tadi aku buang jauh jauh.Aku nak bangun semula dan mulakan hidup baru.Demi mama,Demi Sofia.
SUDAH beberapa hari aku dekat rumah opah.Aku banyak habiskan masa aku didalam bilik.Aku malas nak keluar mengadap muka manusia manusia yang tak puas hati dengan aku.
Pertama Opah la,setiap kali nampak aku menyindir ja tak habis habis.Ada ja benda yang dia nak ungkitkan.
Kedua papa,papa memang tak bercakap dengan aku.Pandang pun nak tak nak ja.Aku ni macam tak wujud ja dalam rumah tu.
Ketiga abang aku,abang Faizal.Dia cakap juga dengan aku tapi cakap tu tinggi melangit.Masuk bakul angkat sendiri.Konon dia anak dan cucu yang terpaling baik,seolah semua harta ni nanti hak milik dia.Suka hati kau lah,aku tak hadap pun harta dunia ni.
Dan orang yang keempat Natasya atau Kak Tasya yang dulunya bakal isteri aku tapi sekarang dah pun jadi kakak ipar aku.Natasya ni orangnya nampak ja lemah lembut tapi mulut macam PETIR.. Aku ni dah berapa kali kena petir dengan dia.Tapi tak apa aku sabar ja sebab Mama.
MAMA,semua keperluan aku mama yang uruskan.Mama lah yang bersusah payah bantu aku untuk aku bangun dari katil.Mama tolong mandikan aku,suapkan aku makan.Aku boleh ja buat semua tu tapi mama saja nak spendtime masa uruskan aku sebab lepas ni mama dah mula sibuk dengan kerja kerja amal dia.Dan lepas ni bakal ada dua orang MANUSIA akan uruskan aku.
Dan mansia tu....
Atas bawah atas bawah aku ushar lelaki yang tengah duduk berhadapan aku.
"Nama dan umur awak."tegas suara aku tanya dia.
"Hai... Nama saya Ahmad Shahmi,awak boleh boleh panggil saya Mimi.Umur saya 27 tahun.Hmmm saya belum kawin lagi."
Mak ai lembutnya suara.Mama ni biar betul orang macam ni dia upah untuk jaga aku.Meremang bulu roma aku.Lelaki berjiwa wanita ni ka yang akan urutkan kaki aku.
Aku toleh tengok mama dengan riak wajah yang tak puas hati.Seketika aku dan mama berpandagan.Mama angkat kening memberi isyarat mengapa.Aku jelingkan ekor mata kearah Shahmi menjawab isyarat mama.Mama terus pandang Shahmi lepas tu....
"Riz,Shahmi ni pakar urut tau.Bukan urutan biasa biasa.Dia juga pakar urut saraf.Dah berapa orang dia berjaya sembuhkan.Mama nak Riz buat psioterapi kat rumah ja.Tak payah ulang alik pergi hospital.Semua kelengkapan untuk Psioterapi mama akan sediakan.Mama percaya dan yakin dengan bantuan Shahmi ni Riz akan sembuh,Shami ni....
Depan si Sotong ni juga panjang lebar mama bebelkan aku.Yang si Shahmi tu apa lagi mendabit dada lah bangga bila mama puji kehebatan dia.Entah apa yang hebat sangat aku tak tahulah.Yang aku risau kang benda lain yang dia urut...Huh! aku cuba juga nak menjawab.
"Tapi mama...
"Dah tak payah tapi tapi.Hari tu Riz dah janji kan nak dengar cakap mama.Setuju ja lah.Mama buat semua ni untuk Riz tau.Mama nak tengok anak mama sihat macam dulu... Eh,jap ada orang call."
Selamat aku,mama stop bebel sebab ada orang call.Lepas tu mama bangun dan keluar.Tinggallah aku dengan Si Sotong Kurita ni.Aku tenung ja muka selamba dia tu.Dengan baju Pink seluar Putih.Bingkai cermin mata warna merah.Issh betul ka dia ni pakar Urut Saraf???
"Marilah masuk.Tak apa letak ja kasut dekat situ."
"Baik puan.Wahh... Cantiknya rumah puan.Ya Allah besarnya.Serius! saya tak pernah jejak kaki lagi dalam rumah yang macam ni.Perhiasan mewah! mesti mahal kan.Ni pasu ni,mesti dari luar negara.Ni frame ni mesti mahal...
"Isshh tak adalah semua ni biasa biasa ja.Pasu ni beli dekat Dubai.Frame ni saya beli di Korea masa tu saya pergi honeymoon dengan suami."
"Serius! Puan pernah pergi Dubai,Korea.Wahh mesti seronok kan."
"Boleh la... Tempat orang.Eh,Jemput masuk jom duduk kat sana."
Dari jauh aku dengar suara mama berbual dengan seseorang.Mama aku ni memang peramah tapi terlebih peramah,tetamu datang pun dia yang keluar pergi sambut.Untung la orang gaji opah tu dapat majikan macam mama.Silap hari bulan air pun mama bancuh dan hidangkan.Tapi bab tu aku tak hairan sangat,yang aku hairan siapa ya tetamu yang baru sampai tu,peramah sangat macam mama aku.Tapi kan aku rasa macam pernah dengar suara dia! tapi dimana ya.... Hmmm
Share this novel