BERTEMU KEMBALI...
Kecil besar kecil besar je aku tenung muka Fatihah.Geram! Rasa macam nak picit picit je.Sakit betul hati ni bila kawan baik sendiri tikam belakang.Dalam diam diam Fatihah berani bawa Farah jumpa Fariz.Itu satu hal yang mengejutkan aku,satu hal lagi Fatihah ajak pula bapaknya si Farah tu singgah kat teratak naif kami ni.Allahhu akbar.. Macam nak luruh jantung aku siang tadi bila tengok Fariz dah berdiri terpacak depan rumah.Mujur lah kedatangan Fariz hanya nak hantar Fatihah dan Farah balik.Tak perlu lah aku berlakon lama lama depan Farah.
Fatihah,Fatihah.. Aku tak tahulah entah sejak bila kawan baik aku jadi tali barut Fariz.Berani betul dia buat semua tu tanpa pengetahuan aku.Melampau!
Aku tarik nafas panjang panjang.Tahan dan lepaskan sambil aku terus perhatikan Fatihah.Farah dah tidur,jadi ini lah masanya aku nak buat perhitungan dengan Fatihah.Aku nak soal siasat dia tentang kejadian siang tadi.
"Eh,Tihah! Sampai hati kau buat aku macam ni! Kau dah melampau tau.Suka hati kau je kan bawa adik jumpa Cik Fariz tanpa pengetahuan aku.Kau tahu kan aku tak suka.Kau saja nak cari pasal."
Sedas aku sound Fatihah yang dari tadi kehulu kehilir sibuk bancur air.Fatihah pula dia buat bodoh je siap jeling muka aku lepas tu berjalan pergi ke ruang tamu sambil bawa mug air.
Membuak buak pula rasa geram aku ni tengok muka selamba Fatihah.Tapi aku kena sabar kawal amarah.Aku tak nak lah disebabkan Fariz aku dan Fatihah bergaduh besar.Aku tenang dan berjalan ikut belakang Fatihah.Fatihah duduk di kusyen ruang tamu.Aku juga duduk berhadapan Fatihah dan terus menanti jawapannya.
"Kau apahal usha aku macam tu,nak marah.Marah lah! Eh,aku tak heranlah."
Ek,eh Fatihah ni.Lain aku tanya lain yang dijawab.Dah buat salah mengaku dan minta maaf je lah,ni tak! dicabarnya aku.
Aku mengeluh sabar sambil geleng kepala.
"Tihah,aku bukan nak marah kau.Aku cuma nak berbincang.Aku nak tahu kenapa kau sanggup buat semua ni kat aku."
"Buat apa? Eh,Iman salah ke apa yang aku buat tu.Salah ke aku cuba satukan hubungan ayah dengan anak.Salah ke?"
Seketika aku bingung dengan perangai Fatihah.Aku cakap baik baik,tapi dia pula naik angin.Sekali lagi aku mengeluh sabar.
"Ye betul,apa yang kau buat tu tak salah.Yang salahnya cara kau tu.Adik tu anak aku.Sepatutnya kau bagitahulah aku dulu.Ni tak kau terus je bawa adik jumpa Fariz.Mestilah aku marah."
"Oohh kau marah sebab aku tak bagitahu kau.Tapi kan,kau rasa kalau aku bagitahu kau lah,kau akan izinkan ke?"
Berkerut dahi Fatihah soal aku.Aku pula dah tayang muka gelabah.
"Me..me..memanglah aku tak kan izinkan.Tapi aku ada sebab...
"Sebab apa?Sebab kau takut Fariz tu hina adik? Herdik adik? Marah adik?"
Fatihah terus mencelah.Tinggi pula ton suarannya.
Aku terdiam.Fatihah pula merenung tajam muka aku.Riak mukanya jelas tak puas hati.
"Eh Iman! kalau kau nak tahu apa yang kau fikir pasal Fariz,satu pun tak betul tau.Fariz tu elok je jumpa adik.Hah,siap teruja lagi! punya lah gembira sampai jatuh air mata jantan dia."
Aku mencebik.
"Iye ke? Aku tak percayalah lelaki keras hati macam
Cik Fariz tu menangis."
"Ye betulah.Buat apa aku nak reka cerita.Fariz tu layan adik baik je.Dia peluk dan kiss adik tak berhenti.Nampak sangat Fariz tu betul betul menyesal atas semua perbuatan dia pada adik.Kalau kau tak percaya jap gi aku tunjuk video.Sekarang handphone aku tengah charge."
Aku mencebik lagi,menyampah dengan perangai Fatihah berlebihan sangat bela si Fariz tu.Entah apalah yang dihasutnya Fariz sampai lembut hati Fatihah.
"Ahh..aku tetap tak percayalah.Fariz tu tak ikhlas.Dia mesti ada rancang sesuatu."
"Rancang apa?" Soal Fatihah tegas.
"Eh Iman.Fariz tu dah berubah lah.Aku yakin dia ikhlas nak berbaik dengan kau dan adik.Dia cakap dengan aku dia nak tebus semua salah silap dia pada korang.Hidup dia dah cukup menderita lepas Fikri sahkan adik tu anak dia.Bertahun hidup dalam keadaan tak tenteram.Merata tempat dia cari kau,tapi gagal.Fikri,walid,ummi pula langsung tak nak beri kerjasama."
Aku tercengang menatap tajam gerak bibir Fatihah ceritakan tentang apa yang dah terjadi pada Fariz setelah tahu semua kebenaran.
Ya,Fariz menderita dihantui rasa bersalah.
Ya,Fariz menderita,menderita rindukan aku,rindukan adik.
Ya,Fariz menyesal akan semua perbuatannya pada aku.
Tapi aku...
"Aku juga menderita Tihah.Bertahun hidup
aku dibayangi caci maki dia.Kau pun tahu kan trauma yang aku hadap.Tapi kenapa kau senang senang je nak aku maafkan dia.Dulu kau yang beriya bencikan Cik Fariz.Kau maki dia,kau panggil dia jantan tak guna! Jantan sial! Hah,sekarang apa dah jadi.Dah cair dengan pujuk rayu dia.Sampai kau sanggup belakangkan aku dan penuhi keinginan dia.Mana hilangnya janji kau dengan aku.Janji yang kau akan bawa aku jauh sejauhnya dari Cik Fariz."
Hah,puas hati aku bebelkan Fatihah.Riak wajah aku masa ni memang marah lah.
Tapi.. Lepas aku cakap macam tu air muka Fatihah terus berubah sayu tatap muka aku.
"Iman..
Sayu nada suara Fatihah panggil aku sambil
telapak tangan aku digenggam.
"Aku minta maaf,aku minta maaf banyak banyak sebab aku dah sakitkan hati kau.Aku minta maaf sebab aku dah mungkir janji.Tapi percayalah Iman.Demi Allah aku sayang kau,aku sayang adik.Aku buat semua ni untuk adik,aku cuma nak penuhi impian dia.Aku nak penuhi impian anak aku.Aku nak sangat tengok adik bahagia,gembira macam kanak kanak lain.Ada ibu ada ayah.Aku sanggup terima kalau kau nak marah aku,sebab aku yakin kalau aku tunggu kau bersedia.Tak tahu lah sampai bila adik tu dapat rasa kasih sayang seorang ayah.Fariz dah berubah,sebab tu lah aku maafkan dia.Dan kau janganlah berubah seperti Fariz yang dulu.Pentingkan diri,keras hati.Tak salah kau simpan rasa sakit tu,dah korbankan perasaan untuk anak kau.Jangan biarkan hidup adik macam kau dulu."
Seketika aku terkedu dengar kata kata Fatihah.
Ya,aku tahu Fatihah sangat sayangkan Farah.Fatihah dah anggap Farah macam anaknya sendiri.Ada betulnya juga nasihat Fatihah.Fatihah sanggup
korbankan segalanya untuk Farah.Kenapa tidak aku.
Aku ibu yang mengandungkan Farah.Tapi Fatihah ibu yang sentiasa bercakap dengan Farah ketika Farah masih menghuni rahim aku.
Aku ibu yang melahirkan Farah.Tapi Fatihah ibu yang selalu menguruskan Farah tanpa rasa jemu.
Aku ibu yang meyusukan Farah.Tapi Fatihah ibu yang sentiasa ada disisi Farah.
Aku ibu yang menjadi sahabat Farah.Tapi Fatihah ibu yang sentiasa mendengar luahan hati Farah.
Itu lah Fatihah sahabat baik aku di dunia sampailah ke Syurga nanti.Sanggup tak kawin lagi sebab nak jaga aku dan Farah.
"Aku sayang kau Tihah.Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau tadi.Terima kasih kerana dah sedarkan aku.Terima kasih kerana buat semua tu untuk adik.Aku janji lepas ni aku takkan halang kalau kau nak bawa adik jumpa Fariz.Aku okey ja.Yang penting adik bahagia." Ujar aku pada Fatihah dengan nada yang bergetar.
Fatihah ukir senyum manis,redup matanya merenung aku dan jari jemari aku digengam erat.
"Aku pun sayang kau Iman.Kau lah satu satunya sahabat yang aku ada.Err..Tapi betul ke kau tak kisah kalau Fariz nak jumpa adik lagi? Kau tak marah macam tadi."
Soal Fatihah dengan nada gurauan.Aku pula hanya mengagguk berkali tanda setuju. "Tak,aku tak marah.Kalau aku marah juga,kau ketuk je kepala aku."
Fatihah tergelak kecil.
"Betul ni?" soal Fatihah dengan gelak yang berbaki.
"Betul lah,kau ketuk je kepala aku.Bagi aku sedar dan ingat janji aku.Tapi kau janganlah ketuk kuat sangat.Nanti aku hilang ingatan aku kau yang susah."
Seketika aku dan Fatihah tergelak besar.
"Kau ni,merepek! Imann...
"Ya."
Panggilan Fatihah aku sahut.
"Kau serius ke izinkan Fariz jumpa Farah?"
Soal Fatihah lagi masih meragui jawapan aku tadi.
"Ye.. aku serius lah.Bila bila masa kau nak bawa adik jumpa Fariz aku izinkan.Pergi lah mana mana korang nak pergi.Yang penting kau jaga adik baik baik."
Jujur aku luahkan rasa hati ni.Aku ihklas.Tapi Fatihah tiba tiba tayang muka seposen.
"Err Iman..Pada pedapat aku lah.Aku rasa lepas ni lebih baik kau je yang bawa adik atau temankan adik luangkan masa dengan Fariz.Kan lebih sempurna.Kau mama,Fariz ayah.Adik pun happy! Sambil sambil tu kau boleh la cuba masuk jarum.Mana lah tahu Fariz tu nanti terjatuh cinta dengan kau sekali lagi."
Fatihah tersengeh sengeh gatal.Sempat lagi nak mengusik aku.Dah la aku bagi betis nak paha.Lepas tu nak aku masuk jarum goda si Fariz tu! Ee..uu memang tak lah.Mati hidup balik pun aku takkan buat macam tu.
"Kau ni kan Tihah,aku baru je nak maafkan kau.Kau dah cari pasal.Aku nak merajuklah macam ni."
"Eh,eh janganlah merajuk! Nanti aku takut tengok muka kau.Sebab bila kau merajuk,muka kau tu dah macam sotong kurita! Seramlah!"
Fatihah gelak terbahak bahak.Suka lah tu dah kenakan aku.Aku pula dah tak jadi merajuk terus gelak besar dengan Fatihah sambil aku geletek perut dia.
Begitulah akrabnya hubungan aku dan Fatihah.Bergaduh,bertengkar,berbalah,sindir menyindir sudah menjadi perkara biasa pada kami.Aku sayang Fatihah,terlalu sayang buktinya...
Pukul 10 pagi lagi aku dah tercegat dekat depan pintu taman tema air Langkawi menunggu masa untuk masuk.Nak tak nak dah berjanji dengan Fatihah kan kena lah tepati.Maka hari ini terpaksalah aku ikut Fariz bawa Farah pergi mandi manda kat Taman Tema Air.
"Cik Fariz lambat lagi ke nak masuk ni.Alah penatlah berdiri lama kat sini." soal aku pada Fariz sambil tayang muka masam.
Sepintas lalu Fariz tengok jam.
"Hurmm.. dalam 30 minit lagi."
"Apa? 30 minit lagi? lambatnya.Letih lah macam
ni...
"Adik tak letih pun.Mama sabar lah sikit.Kejap je lagi kita dah boleh masuk.Mama pergilah duduk dulu kat kerusi sana tu..Hah situ pun ada kerusi."
Farah sibuk mencelah sambil jilat aiskrim.Duduknya pula mesti lah di pangkuan Fariz.Anak ayah! Fariz apa lagi tergelak kecil lah dengar coleteh anaknya tu.
"Adik memang lah tak letih,tak kena berdiri! Cuba adik turun berdiri dengan mama.Baru adik tahu!"
Balas aku sambil lap mulut Farah yang comot.
"Alah mama tu yang lemah.Ayah pun berdiri.Tapi tak merungut pun.Itu lah tadi mama tak nak makan.Kan dah letih."
Sedas Farah bebelkan aku.Geram pula aku tengok muka comot anak aku ni.Mentang mentanglah ada ayah suka hati je mengata aku.Fariz pula apa lagi.Gelak besar lah dia.
"Ayah tutup mulut! Cikgu cakap tak baik gelak kuat kuat nanti syaitan masuk."
Fariz terdiam.
Hah,padan muka Fariz dah kena tegur dengan Farah.Sekarang giliran aku pula gelak.
"Hurmm.. sebiji perangai awak kan.Banyak cakap."
Sindir Fariz.
"Ok lah tu banyak cakap.Tak lah sunyi hidup saya."
Balas aku dengan nada sindiran.
"Betul,betul! lepas ni hidup saya dah takkan sunyi macam dulu.Sebab saya dah ada dua murai yang bakal menceriakan hidup saya.Dah jom masuk!"
Kata Fariz selamba sambil berjalan kearah pintu masuk taman tema air.
Aku pula berkerut dahi tak puas hati perhatikan Fariz.
"Kurang asam betul! dia panggil aku dengan Farah Murai.Haish.. baru hari pertama keluar dah cari pasal.Ini dah melampau!.Kau tunggu,kau tunggu Cik Fariz.Ada ubi ada batas ada hari conform aku balas."
Detik hati aku bebelkan Fariz sambil aku tenung je langkah Fariz bersama Farah berjalan berpimpin tangan menuju ke arah kolam mandi.
Soryyy.. lama menyepi! heee..
Share this novel
boleh ke Iman terima Fariz semula..mcm mana mak si Fariz ni, takut cerita lama berulang kembali..merana lagi Iman.
senang2 kau maaf kan jantan tu