BERTEMU KEMBALI
Sudah tiga minggu aku buang masa duduk bersahaja dirumah.Urusan syarikat,aku langsung tak peduli,semua apoiment dengan client aku batalkan.Papa apa lagi naik angin lah.
"Riz,kenapa dengan kamu ni? angin tak ada ribut tak ada tiba tiba buat perangai.Tiga minggu kamu tak masuk ofis! Bertimbun timbun kerja kat Ofis tu.Lepas tu suka hati kamu ja batalkan semua apoiment,kalau ye pun kamu tak boleh pergi jumpa client kita bagitahu papa.Papa ada,abang Izal ada.Kami boleh gantikan kamu jumpa diaorang."
Bingit telinga aku dari tadi terpaksa dengar bebelan papa.Sibuk nak aku uruskan syarikat,papa tak nampak ke diri aku sendiri pun dah tak terurus,dah macam tarzan.Inikan pula nak urus hal syarikat.Boleh bankrup syarikat papa nanti dibuat aku.
"Riz! kamu nak pergi mana."
Tegas suara papa bila aku dah mula angkat punggung dan berdiri.
"Nak naik atas,rehat dalam bilik pa."
"Nak naik atas? Rehat?"
Papa geleng kepala.
"Tengok lah perangai anak you Ainun.Kita baru nak bercakap sikit,dia dah lari nak naik atas masuk bilik.
Ujar papa sambil menjeling kearah mama.
Bercakap sikit? Ya la tu! Rasanya dah 15 minit aku tahan telinga duduk kat ruang tamu ni dengar bebelan papa.
"Alah you ni,biar lah Riz tu nak naik atas masuk bilik berehat,Riz baru lepas uruskan bonda tadi.Penat lah tu."
Mujur mama bela aku.Aku pula ukir senyum kelat dan mengangguk.
"Ye pa.Riz penat uruskan opah tadi.Papa tahu kan Opah tu makin hari makin menjadi jadi perangainya.Macam ni lah papa.Mulai esok Riz masuk ofis semula.Tiga minggu ni Riz tak masuk ofis sebab kepala Riz kerap sakit,pening kadang tekak ni rasa nak muntah je."
Jawab aku cuba memberi alasan.Tapi aku tak tipu lately ni aku kerap sakit kepala,pening dan rasa nak loya je.Mungkin sebab stres kot.
"Kalau dah kerap sakit kepala tak sihat,kenapa tak pergi klinik." balas papa dengan nada bersahaja.
"Dah pergi dah,tapi tu lah doktor pun tak tahu punca kepala Riz ni sakit.Macam macam ubat dah makan pa.Kadang okey,kadang pening,kadang sakit sangat sampai tak ada selera nak makan."
"Lah macam tu pula.Biar betul kamu ni Riz."
"Betul pa."
"Lepas tu esok kamu nak masuk ofis boleh ke."
"Boleh rasanya..Riz setelkan kerja setakat yang mampu lah lepas tu Riz akan buat apoiment baru dengan semua client.Apa apa nanti Riz bagitahu lain ya."
Aku cuba tenangkan papa.Papa apa lagi lega lah walaupun riak mukanya jelas rasa bersalah risaukan aku.
Papa mengangguk perlahan."Hmm baik lah.Dah pergi lah naik atas rehat."
Hati papa dah sejuk,aku pun apa lagi terus lah atur langkah beredar dari ruang tamu menuju ke anak tangga.Tapi baru selangkah kaki aku menapak,sayup sayup aku dengar suara opah panggil nama aku.
"Wan Ariz oo Wan Ariz.."
"Aduh,nak apa pula orang tua ni." keluh hati aku.
Nak tak nak terpaksalah aku berjalan pergi kat opah.
"Ye Opah."
Lembut suara aku menyapa opah sambil aku duduk melutut dikaki opah.Opah pula asyik perhatikan aku ja seolah tak sabar nak bertanyakan sesuatu.
"Wan Ariz,aku lamaaaaa tak nampak Iman.Iman pergi mana hah.Aku rindu lah.Iman janji nak datang balik jaga aku,dia cakap dekat aku nak pergi kedai sekejap je.Nak belikan aku aiskrim.Ni dah berbulan bulan aku tunggu Iman tak balik balik lagi.Aku rasa Iman sesat lah.Wan Ariz.. jom lah kita cari Iman.Aku nak Iman."
Aku terdiam,terkedu tengok opah.Mata ni macam masuk habuk pula tiba tiba berair.Aku tarik nafas dalam dalam dan lepaskan,cuba sedaya upaya menahan sebak didada.Aku ingat aku sorang je rindukan Iman.Rupanya Wan Zaitun pun rindukan Iman.
"Opah,opah nak makan aiskrim ye.Jom lah Riz tolong ambilkan lepas tu Riz suap opah ya."
Pertanyaan opah aku tak jawab,aku cuba buat helah nak pujuk opah supaya opah tak bebal.Al maklum lah perangai opah sekarang ni dah macam budak budak.Kalau opah cakap nak A,A lah,kalau B,B lah.So aku risau opah buat perangai sebab nak kan Iman.
"Tak nak,aku tak nak aiskrim.Aku nak Iman.Jom lah cari Iman.Aku nak main dengan Iman.Iman tu suka tipu aku.Hari tu cakap nak bawa aku pergi pantai,nak main pasir dengan aku.Tapi....
Hah sudah! opah dah mula nak menangis tu.Mampus aku! Yang Iman ni pun satu,entah apa lagi lah dia janji dengan opah.
"Eh,opah jangan lah nangis.Opah kan baik.Opah nak pergi pantai ye."
"Nak nak! aku nak pergi sekarang."
Alhamdulillah opah berhenti nangis.Ceria terus raut muka opah dengar aku cakap macam tu.Tapi masalahnya opah nak pergi sekarang.Aduhhh...
Jadi sebagai cucu yang baik terpaksalah aku turutkan kemahuan opah kesayangan aku nak pergi pantai main pasir.Dah alang alang tu aku ajak lah sekali mama,papa,abang Izal,Tasha dan anak diaorang Amirul Anuar ikut aku pergi pantai.Ye lah aku sorang sorang kat pantai tu mana seronok.
SERONOK???
Diaorang semua seronoklah.Tapi aku tak,aku hanya duduk bersahaja di kerusi rehat sambil perhatikan keseronokan diaorang.Papa,mama sibuk layan Amirul Anuar mandi pantai.Abang Izal dan Tasya pula sibuk layan opah main pasir bina istana.Aku ukir senyum,tumpang gembira tengok kebahagian keluarga aku yang kini sudah bersatu kembali.Alhamdulillah aku besyukur.Tapi jauh di sudut hati aku ni tuhan saja yang tahu betapa pilunya hati ni.
Aku rindu Iman!.Terlalu rindu walaupun aku masih marah dan dendam dengan Iman.
Iman memang pantang nampak pantai.Dia akan berlari anak bermain dengan ombak.Gelaknya mengekek setiap kali hempasan ombak tak mengena kaki dia.Seolah dia menang ombak kalah sebab tak dapat kejar dia."Iman.. Iman,dah macam budak budak" detik hati aku sambil tersenyum.Tapi,senyuman aku berubah hambar bila aku teringat layanan buruk aku pada Iman suatu ketika dulu.Disaat hati aku masih belum mencintai Iman.
"Cik Fariz... jom lah kita jalan jalan tepi pantai."
"Tak nak lah."
"Alah jom lah.Tengok tu romantik je couple tu berjalan sambil pegang tangan"
Berkerut dahi aku tengok Iman. "Kau dengan aku nak berjalan pegang tangan macam tu!"
Aku gelak sinis "Memang tak lah.Ee buat malu je lah."
"Lah kenapa nak malu."
"Kau tengok lah diri kau tu dulu,selekeh! Baju besar,seluar buruk.Tudung sarung dah macam orang tua,ada hati nak jalan pegang tangan dengan aku.Eee tak nak lah aku.Dah,dah pergi sana,pergi lah jalan sorang sorang.Aku nak relaks jap.Gila ke apa dia ni.Tak sedar diri nak ajak aku jalan pegang tangan..Eee.."
Air muka Iman terus berubah sayu lepas aku cakap macam tu.Langkahnya perlahan berjalan kearah pantai.Sejak dari hari tu Iman tak pernah berkelakuan manja macam tu lagi.
Begitulah cara layanan aku dulu pada Iman,Biadap!
"Entah apa lah yang Iman tengah buat sekarang ni.Hmm.. Waktu macam ni kalau kat rumah Iman mesti sibuk berzumba depan TV tak pun sibuk mengemas rumah.Tak pun sibuk layan cerita Hantu.Eh! tapi dah kenapa dengan aku ni,asyik fikir Iman je." detik hati aku.
"Tak boleh Riz,tak boleh.Kau kena lupakan Iman.Kau kena buang Iman jauh dari hidup kau! Kau dah lupa apa yang dia dah buat! mana boleh senang senang je kau nak maafkan dia.Iman izinkan lelaki lain masuk rumah kau.Dia biar Fikri sentuh dia.Dia buat maksiat dalam rumah kau sampai...
"Riz... Riz...
Sayup sayup aku dengar suara mama panggil aku.Tapi entah kenapa berat mulut aku nak menyahut.Fikiran aku masih diawangan berteka teki dengan bisikan hati.Perbualan lepas antara aku dan Amir juga mula terngiang ngiang dihalwa telinga aku.
"Hei Riz,kau tak kesian ke buat Iman macam tu.Kau halau dia dalam keadaan dia tak sihat."
"Tak sihat? Arrgghh aku tak percaya lah.Elok je Iman malam semalam.Tak ada lah selemah macam Fik bagitahu tu.Alasan diaorang je nak lepaskan diri."
"Alasan kepala otak kau! Oi jantan! kau tahu tak Iman tu tak sihat sebab mengandung."
"Mengandung?"
Bertaut kening aku tengok Amir sebab terkejut!
"Ye Iman mengandung! Yang Iman ni pun satu entah kenapa la tak nak bagitahu kau.Nak rahsia konon!"
Seketika aku terkedu.Menatap tajam lantai kosong sambil geleng kepala.
"Tak mungkin! tak mungkin! kurang ajar punya perempuan! Arrggghh."
Aku terus menjerit marah pantas genggaman penumbuk aku melekat dilantai.Amir apa lagi terkejut besar lah tengok aku tiba tiba mengamuk macam orang gila.
"Oi Riz! kau ni apahal? tiba tiba naik angin."
Amir dah mula gelabah.Bahu aku Amir cengkam kuat.
"Dasar perempuan murahan! perempuan sundal! Aku benci dia! aku bencii...
"Astagfirullah hal Azimmm.. Kau ni apahal Riz.Patutnya kau happy sebab Iman tu mengandung.Bukan mengamuk macam ni."
"Happy kepala otak kau! Entah anak siapa dalam perut dia,lepas tu kau nak aku happy.Kau gila ke apa."
Amir dah tayang muka terkejut.
"Kau biar betul Riz.Takkan lah Iman buat perangai macam tu.Setahu aku dia dengan kau je.Kau jangan nak tuduh tuduh tanpa bukti.Itu dah jatuh fitnah."
"Aku tak tuduh! aku mungkin tak ada bukti.Tapi selama aku bersama dengan Iman aku tak pernah letak benih aku kat dalam perut dia.Sekali pun tak pernah la."
"Kau pasti ke? mana lah tahu tercicir ke apa.Benda kita tak nampaklah.Cuba kau ingat balik."
"Aku pasti lah!"
Tegas suara aku mempertahankan diri.Aku yakin itu bukan anak aku! Dasar perempuan sundal! Hati aku ni bukan setakat luka tapi dah remuk bila tahu Iman mengandung.Baru aku faham kenapa Iman susah sangat nak terima cinta aku,susah sangat nak rujuk semula.Rupanya dia dah buat kesalahan besar dengan aku.
"Tak guna punya perempuan! Nasib kau baik Iman,aku tahu hal ni lepas kau dah berambus dari hidup aku.Kalau lah malam tu aku tahu.Mati kau dan Amir aku kerjakan! Arrgghh."
Hati aku menjerit sakit pantas aku hayunkan bertalu talu penumbuk ke pasir.
Buk! Buk! Buk! Buk!
"Riz! Riz..Allah hu akbar Kenapa ni?"
Tumbukan aku pada pasir terhenti dik kerana panggilan mama dan cengkaman tangan mama dibahu aku.
"Eh,Mama! mama buat apa kat sini."
Soal aku dengan nafas yang tidak teratur menahan amarah.
"Tanya mama pula.Riz tu buat apa sorang sorang kat sini.Berkali mama panggil Riz tadi,Riz buat tahu je berjalan.Tiba tiba hilang.Mama cari lah Riz.Riz ni kenapa? menangis lagi?"
Soal mama lembut suaranya sambil labuhkan duduk diatas pasir sebelah aku.Belakang aku mama peluk.
Aku pula hanya diam cuba menyusun nafas.
"Hmmmmh."
Satu keluhan kecil mama lepaskan sambil gosok belakang aku.
"Dah dah la tu fikir pasal Iman.Kalau Iman perempuan yang baik dia tak akan buat perangai macam tu.Kalau Iman sayang Riz dia takkan curang dengan Riz.Mama ni,dah bersedia tau nak terima Iman demi kebahagiaan Riz.Mama dah tak kisah soal keturunan Iman.Yang penting anak mama bahagia.Tapi tu lah tuhan lebih awal tunjukkan kebenaran siapa Iman..
Kata kata mama terhenti redup matanya merenung keindahan pantai terbentang luas.
Aku pula hanya menatap sisi muka mama.Timbul rasa bersalah pada mama.Tangan mama aku raih dan genggam erat.Pantas mama menoleh dan ukir senyum.
"Mama,maafkan Riz.Selama ni Riz ingkar cakap mama.Riz tipu mama.Riz..
"Shuttss.." telunjuk mama hinggap dibibir aku.
"Dah dah dah! Mama dah lama maafkan Riz.Sekarang ni kita lupakan semuanya.Kita buang yang keruh ambil yang jernih.Kita mulakan hidup baru.Mama,papa,abang Izal sayang Riz.Riz dengar cakap mama ni,mulai hari ni Riz kena berubah.Bangkit semula jadi Wan Fariz Adlan yang dulu.Anak mama yang hensem dan bergaya! Tak macam sekarang ni.Dah macam rupa tarzan mama tengok."
Mama tergelak kecil sambil usap muka aku yang dah mula berjambang.
Aku juga tersenyum memeluk erat tubuh mama.Tenang dan bahagia,itulah perasaan yang aku rasakan sekarang.Bersama mama menikmati keindahan pantai sesuatu kenangan indah.
Selama ini aku salah menilai mama,aku selalu bersangka buruk pada mama.Aku sibuk kejar cinta perempuan murahan tu sampai sanggup tipu mama.Hakikat sebenar mama sayang aku dan sanggup buang ego demi kebahagiaan aku.
"Riz janji mama,Riz akan berubah demi mama dan keluarga kita.Riz akan jaga keluarga kita dengan baik.Tiada harta yang lebih berharga selain mama dan papa.Riz sayang mama,Riz sayang papa."
Detik hati aku sambil aku perhatikan susuk tubuh mama dan papa berjalan berpegangan tangan di persisiran pantai.
Melupakan Nurul Iman bukan sesuatu yang mudah.BENCI tapi sayang,BENCI tapi cinta,BENCI tapi rindu.Tapi demi mama demi keluarga aku akan padamkan sedikit demi sedikit semua kenangan bersama Iman.Aku harus lenyapkan semua rasa cinta,kasih dan sayang pada Iman,kerana Kesalahan Iman terlalu besar sehingga aku tak mampu nak maafkan dia.
Aku akan cipta kenangan baru bersama keluarga aku di percaturan hidup aku yang ke tujuh.Soal CINTA dan kawin aku malas nak fikir.Buat masa sekarang aku nak fokus pada syarikat papa dan Galeri aku.
Share this novel
wah tambah menarik lah cerita ni. betul ke iman buat begitu atau riz yg tak sedar dia dah leoas benih dia tanpa sedar. menarik2 . tak sabar dah ni update seterusnya. ishhh
ciss tak guna punya jantan bolih tuduh iman mengandung ank org lain