bab 10

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI.
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

Sampai hati dia orang buat aku macam ni,aku! macam tak wujud ja dalam rumah ni.Makan tak diajak,berbual tak dilayan.Aku dah tak kuat nak duduk berlama semeja dengan diaorang.Perlahan aku undurkan kerusi roda.

"Riz.. Riz nak pergi mana?" soal mama,bahu aku mama genggam.

"Riz nak duduk luar jap.Ambil angin." jawab aku bersahaja tanpa memandang muka mama.

"Tapi Riz tak makan pun..Makan lah dulu sayang,lepas tu keluar ya."ujar mama,lembut suaranya memujuk aku yang belum menjamah walau sesuap nasi.

"Tak apa lah mama,Riz tak ada selera."

"Riz..." sekali lagi mama panggil aku.

"Hah Ainun! tak payah dipujuknya dia.Elok sangat lah buat perangai macam tu.Sekali sekala kita ni berkumpul ramai ramai,tapi dia sibuk nak pergi bawa diri.Sakit hati lah tu,dengki!. Dengki dengan abang sendiri."

"Ehhhh,kenapa nak dengki dengan Izal pula.Izal tak ada buat salah apa apa pun dengan dia.Sepatutnya dia ucap terima kasih pada Izal,bersusah payah tolong dia."

"Bonda,Izal dah la! makan makan.Pedulikan dia,Riz tu dah terbiasa hidup tanpa keluarga,sebab tu dia tak selesa kita berkumpul ramai ramai macam ni.Dah makan makan,nanti lepas makan malam kita layan Movie.Papa ada cerita baru,Best!"

Sakitnya hati aku tatkala mendengar sindiran Opah,Abang Faizal dan papa.Hati aku bagai disiat siat.Aku tak nak menjawab,aku lebih memilih untuk diam.Mama pula hanya mampu berdiri ditepi aku dan memandang sisi raut wajah aku menahan marah.

Aku toleh tengok mama "Mama,Riz okey.Mama pergi la makan dengan dia orang.Riz nak duduk luar kejap.Nanti Riz masuk ya."

Mama kesat air mata dipipinya.Bahu aku mama cengkam kuat.Mama dah tak mampu bersuara,mama hanya mengangguk tanda setuju.

Aku perhatikan sekeliling kawasan rumah agam Opah.Pemandangan malam yang indah dihiasi lampu berwarna yang muncul dari celahan pokok pokok hijau.Seketika jiwa aku tenang menikmati kesunyian malam.

"Hai Riz."

Tiba tiba ada suara wanita menerjah lembut di gegendang telinga aku.Pantas aku menoleh tepi apabila aku terasa bahu aku disentuh seseorang.

"Kau!" kata aku kepada Natasya.

"Yes,Its me!.Tenang kan duduk kat luar ni.Sejuk,sunyi,tak macam kat dalam tu bising! entah movie apa apa lah yang dia orang layan! tak kena dengan jiwa I, I suka romantic movie.Kalau you?"

Sepintas lalu aku pandang muka Natasya.

"Perlu ke aku jawab soalan kau tu! Kau masuk la Tasya.Nanti apa pula kata dia orang tengok kau dengan aku kat sini.Lagipun Aku nak bersendiri."tegas suara aku menjawab.

"I tahu you sunyi Riz.You rindukan wife you kan.Riz,orang dah tak ada buat apa nak ingat lagi.I kan ada.I sudi temankan you.I sudi buat apa saja untuk you.I sayang you."

Lemah lembut suara Natasya berbisik di cuping telinga aku.Sikap Natasya buat aku tak selesa apabila jari jemarinya mula bermain main di bahu aku.Aku terus gerakkan kerusi roda jauh dari Natasya.

"Apa ni Tasya! jaga sikit perangai kau tu.Kau,kakak ipar aku.Jaga maruah suami kau."

"Suami! You yang sepatutnya jadi suami I,bukan Faizal.I sayang you Riz,I cintakan you.I tersiksa Riz,jiwa I menderita kena kawin dengan lelaki yang I tak suka.Kenapa you buat I macam ni Riz.Kalau you tak nak I kenapa setuju kita ditunangkan.You yang bagi I harapan,tapi you hancurkan! you tak datang majlis nikah kita.You pergi kawin dengan perempuan tu.Sekarang baru you tahu kan sakitnya kehilangan seseorang yang kita sayang."

"Tasya,cukup Tasya!.Ya,aku salah.Aku minta maaf."

"Maaf?"

tajam bola Natasya merenung aku.Kakinya mula melangkah mendekati aku.

"Senang je awak minta maaf.Dengan maaf awak tu semua keadaan akan pulih ke.Anak dalam perut ni boleh hilang.Riz,anak ni! I tak nak pun.Abang you paksa I! you tahu tak sakitnya dipaksa,you tahu tak!.. I tak bahagia Riz,senyum tawa I depan mama,opah,papa hanyalah lakonan.Lakonan yang abang you nak I buat."

Keras suara Natasya meluahkan rasa tidak puas hati yang dipendamnya selama ini.Ton suaranya mula bergetar diakhir luahan perasaannya.

Aku buntu,aku buntu tengok Natasya mula menangis.Apa yang perlu aku buat.

Aku gerakkan kerusi roda menghampiri Natasya yang sedang duduk menangis dipondok gazebo.

"Tasya,aku minta sangat sangat.Ya aku tahu,dengan maaf aku ni tak mampu nak ubah apa apa pun.Tapi ini semua percaturan hidup kita.Tak salah kau bagi peluang pada abang untuk dia jadi suami dan ayah yang baik untuk anak kau."

Aku rendahkan suara memujuk Tasya.Luahan hati Natasya buatkan aku rasa bersalah,bersalah kerana telah mempermainkan cinta Natasya.Aku terpaksa terima pertunangan tu kerana desakkan papa.Papa ugut aku,papa akan lenyapkan Rumah Perlindungan Nur Kasih kalau aku tak setuju kawin dengan Natasya.Tapi saat akhir hari pernihkahan kami aku tinggalkan rumah,aku tinggalkan Natasya kerana aku tak sanggup khianati cinta aku pada Sofia.

"Wah,wah,wah..Hebatnya korang buat drama kat sini."

Terkejut aku dan Natasya mendengar suara lantang Faizal tiba tiba muncul disaat aku cuba meredakan tangisan Natasya.Serentak aku dan Natasya memandang Faizal dan mama berjalan menuju kearah aku dan Natasya.

"Tengok lah mama,anak kesayangan mama ni.Wife sendiri dah tak ada,wife abang sendiri pula dia nak kacau! Kau ni kan Riz,cacat macam ni pun ada hati lagi nak bermesra kan! bermesra dengan kakak ipar sendiri pula tu! Hoi! kau tak malu ke?"

"Abang! apa ni? Riz tak buat apa apa pun" Natasya cuba mencelah.

"Kau diam! kau jangan nak bela bekas tunang kau ni.Kau masuk sekarang!"

Tegas suara abang Faizal mengarahkan Natasya.Lengan Natasya kuat ditarik Faizal.Riak wajah Faizal juga dah berubah berang.

"Apa ni abang! sakitlah."rungut Natasya apabila kuat Faizal mencengkam lengannya.

"Masuk!" sekali lagi Faizal meniggikan suara.

"Izal,sabar! tak baik berkasar macam ni.Tasya ni kan mengandung."

Mama pula mula mencelah sambil memeluk bahu Natasya.

Tapi kata kata Mama Faizal tak pedulikan,Faizal terus datang dekat aku,bola matanya tajam merenung aku.

"Kau dah kemaruk sangat ke sampai wife aku kau nak! Ooh,lupa pula aku,siapa la yang nak kan lelaki cacat macam kau ni.Tasya tu ja yang bodoh! masih gilakan kan kau.Hei Riz! apa yang kau dah buat dengan bini aku tadi!" Tegas suara Faizal berbisik dekat dengan telinga aku.

"Eh abang,kau jangan nak tuduh tuduh! Aku tak buat apa apa lah!"

"Tak buat apa apa! habis tu yang kau pegang dia tadi,itu tak buat apa apa.Duduk pula tempat gelap macam ni.Konon nak duduk luar,ambil angin.Rupanya kau dah ada rancangan dengan Tasya nak berdating kat sini."

"Abang! kita tak buat apa apalah.Sampai hati abang tuduh Tasya." jerit Natasya,langkahnya laju menghampiri Faizal.

"Hei perempuan! kau diam! kau ingat aku tak tahu kau masih ada hati lagi pada dia kan.Patutlah beriya sangat nak balik sini,cakap rindu mama,rindu opah.Rupanya rindu si cacat ni!"

"Izal! dah la tu,jaga bahasa tu! jangan suka hati nak menghina orang.Yang Izal hina ni anak mama tau.Dah sekarang Izal bawa Tasya masuk dalam sebelum opah tahu."

Tegas suara mama marahkan Faizal.Aku hanya memilih untuk diam.Wajah Faizal aku tak pandang.Aku tak nak bertikam lidah dengan Faizal walaupun kata kata Faizal begitu kesat.Tapi kesabaran aku terus diuji,Faizal masih lagi tidak berpuas hati dan terus melontarkan kata kata kesat kepada aku.

Maka terjadilah pergaduhan besar antara aku dan Faizal.Dengan kekuatan yang aku ada aku cuba bangun untuk pukul Faizal.Aku marah,Faizal dah melampau dia hina Sofia.

Tapi dalam keadaan aku yang lemah apa yang aku buat.Aku tak berjaya lepaskan kemarahan aku pada Faizal,sebaliknya aku yang teruk dibelasah Faizal.Sudahlah dibelasah abang sendiri,kena marah lagi dengan Opah dan papa.

"Aduh!.. Ssstt.Sakitlah mama,perlahan lah sikit."

"Tahan lah sikit,mama nak cuci darah tu.Janganlah manja sangat!Riz,Riz.. dah tahu kaki tu sakit,Kenapa Riz tak diam ja.Kenapa nak melawan.Riz bukan tak kenal abang Faizal tu.Panas baran tak tentu pasal."

"Biarlah mama,dia ingat dia sorang ja tahu marah.Habis tu Riz ni tak ada perasaan.Riz tak kisah lah mama dia nak hina Riz,tapi tolonglah jangan hina Sofia! itu yang Riz pantang."kata aku kepada mama.

"Entah lah Riz,mama pun dah tak tahu nak buat apa lagi untuk pulihkan hunbungan keluarga kita ni.Masing masing keras kepala."

Satu keluhan kecil mama lepaskan,sambil mama perahkan tuala kecil untuk cuci luka dimuka aku.

Aku juga kesiankan mama,mama mangsa keadaan.Tak tahu harus dipihak mana.Kejadian malam ni buatkan aku tekad untuk halalkan Nurul Iman sebagai isteri sementara aku.Peluang yang ada aku ambil untuk berterus terang dengan mama.

"Mama" lembut suara aku memanggil mama sambil aku merenung bola mata mama bergerak gerak mernung luka ditepi bibir aku.

"hmm" sahut mama tanpa suara.

"Riz nak pindah,Riz nak balik rumah Riz."

"Apa?" jawab mama tercengang.Gerak tangannya mencuci luka aku terhenti.Bola matanya bulat merenung aku.

"Riz nak balik rumah Riz! Riz dah tak tahan lah mama nak hadap perangai opah,perangai papa.Lepas ni,abang pula nak balik tinggal dekat sini.Mama dah tengok sendiri kan baru berjumpa ja dah bergaduh sampai bertumbuk macam ni.Riz dah tahan lah mama.."

"Riz... mama raih telapak tangan aku dan mama gengam "Janganlah macam ni sayang.Sabar ya!.Mama faham Riz tertekan tapi ini bukan alasan mama perlu lepaskan Riz.Mama tak haraplah Riz tinggal sorang sorang.Dalam keadaan Riz macam ni,Riz perlu dijaga,kejang kaki Riz tu bila bila masa ja boleh menyerang."

Jawab mama,riak wajah mama jelas risaukan aku.

"Mama,masalah tu mama jangan risau sebab dah ada orang yang akan jaga Riz dan tinggal dengan Riz."

berkerut dahi mama tenung aku."Dah ada orang nak jaga Riz! siapa? lelaki ke perempuan?" soal mama lagi.

"Iman!"

"Iman?" terjegil bola mata mama tenung aku."tak boleh tak boleh! Riz,Iman tu perempuan tahu.Haram kamu berdua tinggal sebumbung."

"Mama.. Itu Riz tahu lah.Sebab tu lah Riz nak kawin dengan Iman."

"Apa?"

Sekali lagi bola mata mama terjegil tengok aku.Jelas riak wajah mama terkejut,lepas tu apa lagi membebel lah mama.

"Biar betul Riz nak kawin dengan Iman.Sejak bila Riz suka Iman ni.Sejak bila korang bercinta.Allah hu akbar! Rizzzz... mama boleh kena sakit jantung lah kalau macam ni.Mama tak faham,apa yang Riz suka sangat dengan Iman tu!..

Mama terus bangun dari birai katil sambil mulutnya aktif bergerak bebelkan aku,dari masuk tandas sampai lah keluar tandas,dah macam Si Murai pula mama ni.

"Mama,diam jap! mama duduk dulu.Riz akan terangkan semuanya pada mama.Sini,duduklah."

Aku cuba hentikan bebelan mama sambil aku raih tangan mama.

Arahan aku mama akur,mama labuhkan punggungnya duduk dibirai katil.Riak wajah mama masih tak berpuas hati merenung aku.Risau betul mama bila tahu aku nak kawin dengan Iman.

"Mama,Riz dengan Iman tak bercinta pun.Riz nak kawin dengan Iman sebab Riz nak dia jaga Riz sampai lah Riz sembuh.Riz dah tak ada pilihan ma.Iman pun dah setuju."

"Maksud Riz,lepas Riz sembuh korang bercerai lah."

"Ya!" jawab aku ringkas.

"Habis tu kalau Riz tak sembuh macam mana.Mama bukanlah minta Riz tak sembuh tapi Mama cakap kalau lah! kalau."

"Kalau ditakdirkan Riz tak boleh berjalan juga,Dalam
masa setahun,Riz akan lepaskan Iman.Maybe masa tu Riz dah kuat untuk berdikari." jawab aku bersahaja.

Seketika mama diam.Mama tenung ja wajah aku sambil mama usap pipi aku.

"Tapi Riz,tak baik tau mainkan perasaan orang,perasaan sendiri.Kenapa perlu buat semua ni."

Soal mama,ton suara mama dah berubah rendah.

"Mama,Riz tak mainkan perasaan Iman.Iman setuju pun bukan sebab dia sukakan Riz,tapi sebab duit.Soal perasaan Riz,mama jangan risau.Riz okey la mama nak hadap Iman tu hari hari.Dan lagi satu,Riz buat semua ni sebab Riz sayang mama.Riz nak mama dengan papa berbaik macam dulu.Riz tahu hubungan mama dengan papa renggang sebab Riz kan...

"Rizz...

Mama terus mencelah.

"Tolong jangan salahkan diri sendiri.Antara mama dengan papa tak ada kena mengena dengan Riz.Baiklah mama setuju dengan rancangan Riz ni.Tapi janji dengan mama,Riz kena kuat untuk sembuh.Kena berusaha!.Soal Iman pula,Sebolehnya mama tak nak Iman mengandung anak Riz.Riz faham kan maksud mama.Kita tak kenal siapa Iman tu.Mama tak nak pisang berbuah dua kali." kata mama memberi amaran keras.

Inilah DATIN FARIDAH AINUN... aku akui mama memang baik! tapi soal keturunan jangan dibuat main.Kata kata akhir mama buat aku terfikir sejenak.Kalaulah Sofia masih ada,adakah mama akan layan aku macam sekarang? dan satu lagi,mampukah aku kawal Nafsu? Iman ni nampak ja comot tapi dia comel.Aku tahu disebalik baju besar yang Iman pakai tu ada susuk tubuh yang menarik!.Susuk tubuh yang mampu menggegarkan rusuk kaum Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience