bab 41

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...

Berdebar debar hati aku saat nak melangkah keluar dari bilik pekerja.Aku angkat kaki masuk semula,tak jadi nak keluar.Fatihah dah bebal,hentak hentak kaki kat aku.Rasanya dah 15 minit aku dengan Fatihah masih terperap dalam bilik ni.

"Aduhh.. apasal dengan kau ni Iman? Apa lagi yang tak kena? Kau dah pakai Face mask! kau dah pakai topi! Fariz takkan boleh cam lah muka kau! Dah la,jom cepat keluar."

Rungut Fatihah bebelkan aku.Aku pula masih berdiri tercegat depan cermin masih tak puas hati dengan penampilan diri.

"Eh Tihah! betul ke Cik Fariz tak boleh cam aku kalau aku pakai macam ni.Tapi mata aku ni mesti dia kenal."

Fatihah tepuk dahi mendengus geram.

"Astagfirullah hal Azimm.... Serabut lah aku dengan perangai kau ni Imannnnn.. Macam ni lah kalau kau tak nak Fariz tu kenal muka kau,kau pakai je topeng.Topeng spiderman ke,batman ke,hah kalau kau nak nampak comel sikit kau pakai topeng mickey mouse! conform Fariz tu takkan kenal kau!"

Berkerut muka aku tengok Fatihah.Entah apa apa lah yang dia merepek,suruh aku pakai topeng,gila!.Aku tengah serius fikirkan cara taknak bagi Si Fariz tu kenal aku,yang dia boleh pula buat lawak.

"Wei Tihah! kau ni main main pula.Aku serius ni!"

"Aku pun serius lah! Betul lah apa yang aku cakap tu.Dah kau tu yang beriya sangat nak tutup muka,aku bagilah cadangan.Lepas tu nak marahkan aku pula.Dah lah aku nak masuk kerja,tunggu kau entah bila nak punchcard.Nanti mengamuk pula Abang Zul tu."

Fatihah dah bebal terus keluar bilik tinggalkan aku sorang sorang.

"Alah Tihah tunggu la..Aduh,sampai hati dia blah tinggalkan aku.Baru aku nak suruh dia usha line clear ke tak."

Aku bebel sorang sorang sambil sekali lagi aku tengok muka kat cermin.

Aku toleh kiri,aku toleh kanan.

"Okey kot.Cik Fariz mesti tak kenal aku.Huh! keluar je lah.Bismillah.."

Satu keluhan aku lepaskan mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik.Sebelum tu aku jengah kepala dulu tengok sekeliling kawasan luar bilik.

"Cantik! line clear." detik hati aku.

Aku tarik nafas dalam dalam dan lepaskan,dengan hati yang sedikit tenang aku terus melangkah keluar berjalan kearah bilik stor untuk ambil cleaning trolley.

Lepas ja ambil cleaning trolley,seperti biasa tugas pertama harian aku mengemop lantai dibahagian lobby.

Maka aku pun mulakanlah tugas aku dengan lafaz 'Bismillah'.Batang mop yang dah aku basahkan aku ambil dan gosokkan pada lantai sambil bola mata aku perhatikan keliling kawasan lobby.Risau kot kot Cik Fariz tiba tiba muncul.

Setelah hampir 15 minit aku ke hulu kehilir,tengon sanas tengok sini akhirnya selesai lah tugas aku mengemop lantai bahagian lobby.Aku tengok jam,awal lagi untuk tugasan kedua.Jadi aku pergi la bertenggek dekat meja kaunter Fatihah,kebetulan minah ting tong ni pun relaks je,apa lagi borak la kejap.

"Eh Tihah,nanti rehat kita keluar ya makan kat gerai Kak Zura."

Tihah angkat kepala tengok aku.

"Lah apasal pula,makan kat cafe je lah! free jimat duit."

"Tak apa hari ni aku belanja."

"Ye la tu.Kau jangan nak mengada ngada bazirkan duit.Jimat cermat sikit.Anak kau tu dah sekolah.Kedepan kau tu banyak nak guna duit."

"Alah kau ni,setakat nak belanja kau makan dekat gerai Kak Zura tu,berapa duit lah sangat.Eh,jom lah! aku dengar Kak Siti cakap ada menu baru lah kat situ.Ikan keli masak lemak tempoyak dengan masak lemak daging salai! perrggghh! sedap baq hang..Menu tu sekarang antara yang terlaris kat gerai Kak Zura.Kau bayangkan Ikan keli masak lemak tempoyak,makan pula dengan nasi putih panas panas.Huh kecur air liur aku."

Terpejam sejenak kelopak mata aku terbayang bayang masak lemak tempoyak ikan keli makan dengan nasi putih panas panas sambil mulut aku tak berhenti mengomel becerita pada Fatihah.

"Sedap Tihah.Kuah lemak tu ada rasa manis,pedas,masam.Lepas tu isi ikan keli tu lembut je,bila masuk dalam mulut kau...

"Ehemm.. Ehemm.!"

Alamak! tersentak bahu aku,terkejut! aku tak habis cakap lagi tiba tiba ada suara orang berdehem kat belakang.Kuat pula tu.Aku apalagi terus tutup mulut buka mata.Semua khayalan aku tadi terus terbang hilang entah kemana.Bila dah muka mata aku tengok Fatihah dah tak ada.Hilang entah kemana,aku pun tak tahu.Yang ada kat situ cuma Liana ja pura pura sibuk buat kerja.

"Cis tak guna punya kawan.Boleh kau tak bagitahu aku ada orang datang.Kurang asam betul.Jaga kau nanti!"

Aku bebel dalam hati marahkan Fatihah.

"Rasanya makanan sarapan pagi tadi pun tak hadam lagi! dah cakap bab menu tengah hari.Haissh.. macam mana lah resort ni nak maju kalau perangai staff pun asyik mengulat je,Cakap pasal makan."

Gulp! aku telan air liur.Aku dah gelabah.Bola mata aku ni dah terbuka luas rasanya.Suara tu! aku kenal sangat dengan suara garau tu! Suara yang selalu aku dengar suatu ketika dulu.Suara tu yang arahkan aku itu ini! Suara yang selalu bebelkan aku! Suara tu yang selalu mengata aku! dan Suara yang selalu menyindir aku! Tapi hari ini dia sindir aku lagi.

"Cis! dia perli aku!.. Tapi salah aku juga,awal awal pagi melepak kat sini.Aduh..apa aku nak ni? Entah berapa lama lah dia berdiri belakang aku.Malunya!"keluh hati aku.

Tubuh aku pula masih berdiri tercegat di kaunter penyambut tetamu perhatikan Liana sesekali toleh tengok aku lepas tu senyum sinis.

Tiba tiba aku rasa lelaki tu bergerak berdiri sebelah aku pula.

"Cik cleaner kita ni dah habis kerja ke,masih tercegat kat sini lagi!"

Cis! Dia sindir aku lagi.Tapi aku tak menjawab.Aku tundukkan pandangan.

"Tenang Iman,tenang.. kau jangan pusing tengok dia.Kau buat bodoh je,lepas tu kau blah terus." bisik hati aku mula mengatur langkah nak beredar dari situ.

Tapi baru beberapa langkah aku berjalan lelaki tu bersuara lagi panggil aku.

"Hallo Cik cleaner!"

Aku pun berhenti,tapi tak toleh belakang.

"Tolong bawak sekali cleaning trolley ni ya!"

Aku tepuk dahi.

"Alamak! Trolley aku! Ya Allah macam mana lah boleh lupa."

Aku merungut dalam hati sambil aku pusing badan tundukkan pandangan berjalan pergi tarik trolley yang berwarna kuning tu.

Lelaki tu? aku langsung tak pandang.Tapi aku tahu dia tengah perhatikan aku lepas tu siap berbisik mengata aku.Dia ingat aku tak dengar,dia tanya Liana"Cik cleaner kita ni bisu ke?" Arrgghh lantak dia lah nak cakap apapun yang penting dia tak boleh tahu kewujudan aku kat resort ni.

"Eh,Iman! sampai bila kau nak larikan dari pada Jantan tu hah.Baru sehari tau kau masuk kerja.Awal awal pagi lagi korang dah bertembung."

Alahai Fatihah ni,aku baru nak makan dah tanya soalan yang boleh buat otak aku serabut.Tapi kata kata Fatihah tu betul la,sampai bila aku nak lari mengelak dari bersua dengan Cik Fariz.Resort ni pun bukannya besar sangat.Pusing pusing tempat yang sama juga.

Contoh macam sekarang ni,sebab risau bertembung dengan Cik Fariz aku sanggup ajak Fatihah makan kat luar.Nasib baiklah gerai kak Zura ni bersih dan aku kenal rapat dengan kak Zura.Ada la selera nak makan.Tapi tu lah tengah kita orang rancak borak sambil menjamu selera tiba tiba...

"Alamak Tihah! dia datang sini lah,dia datang!"

Aku dah gelabah macam cacing kepanasan.

"Sapa? sapa yang datang.?"

Soal Fatihah sambil toleh belakang.

"Hmmm.. panjang umur.Baru je cakap dah muncul."

Ujar Fatihah bersahaja.Yang aku ni pula dah tak tentu arah nak sorokkan muka.Tanpa fikir panjang aku terus basuh tangan ambil face mask dan pakai.

Tihah pula relaks je terus suap nasi masuk mulut sambil dia gelakkan aku.

"Gelak lah gelak! nanti terlekat tulang tu padan muka."

"Sory beb! aku tak tahan lah tengok perangai kau ni.Apalah yang kau gelabah sangat kalau Fariz tu tahu yang kau ada kat sini.Relaks lah.. Apa kata kau biar je dia nampak kau.Mana lah tahu tiba tiba dia datang kat kau,merayu,melutut minta maaf kan bagus tu."

"Ya la tu dia nak datang merayu kat aku.Dibuatnya dia nampak aku,lepas tu naik angin! dia tengking aku,marah aku,hina aku! macam mana? Malu aku depan orang ramai pula tu."

Fatihah tayang muka tak puas hati.

"Hallo.. Kalau dia berani! dia buatlah! Ni penumbuk ni! memang dah lama teringin nak hinggap kat muka dia."

Kata Fatihah dah gengam penumbuk tayang kat aku.Aku pula hanya tahan gelak tengok gelagat Fatihah.Garang betul,patut lah tak kawin kawin sampai sekarang.

Seketika aku terdiam,Fatihah pula terus menjamah nasi dengan masak lemak daging salai.Aku,aku tak makan sebab pakai face mask,aku tengok je Fatihah.Tapi sesekali ekor mata aku jeling kearah Cik Fariz bersama seorang perempuan.

Cik Fariz,tak banyak perubahan pun padanya.Mukanya masih segak macam dulu.Bentuk badan pun maintain je,rasanya lebih tegap dari dulu.Tak hairan lah bila ada perempuan perempuan lain yang dari tadi curi curi tengok dia.Macam aku sekarang ni,bola mata ni asyik nak tengok arah muka tenang cik Fariz ja.

Tapi,aku dah tak boleh fikir yang baik baik tentang Cik Fariz.Apa yang aku nampak pada dirinya hanya sikap amarahnya.Aku tak yakin Cik Fariz tu nak berbaik dengan aku selepas tahu aku kat sini.Apa yang aku tahu Cik Fariz tu benci sangat dengan aku lepas dia tahu aku mengandung.Sanggup dia datang cari aku dirumah kasih Walid sebab tak puas hati.Dia marah aku,dia hina aku,caci maki aku.Tuduh aku mengandung anak haram.

Hancur harapan aku,penantian yang sia sia.Aku ingat dia datang nak berbaik dengan aku,Tapi lain pula jadinya.Sakit hati aku masa tu tuhan saja yang tahu,hati ni bagai disiat siat saat aku dimalukan didepan semua penghuni Rumah kasih Walid.

"Iman..Iman! Oi,Iman!"

"Hah! ya."

"Kau berangan ya! dah dah la tu tengok sana.Buat sakit hati je.Eh,tapi diaorang duduk kat mana? aku tak nampak pun."

Soal Fatihah berkerut dahi tenung muka aku.

"Belakang sana,rasanya diaorang tak perasan kot kita kat sini."

"Hah,lepas tunggu apa lagi? buka lah face mask tu sambung makan cepat.Waktu rehat kita dah nak habis ni."kata Fatihah.

"Tak nak lah! tak ada selera."

"Apa? tak ada selera? kau jangan nak melampau ya.Suka hati kau je bazirkan makanan.Kau buka face mask tu! Kau makan sekarang!"

Fatihah tiba tiba bebal marahkan aku.Paksa aku makan.Dengan perasaan yang tak keruan macam ni memang tak lah aku nak makan walaupun perut aku ni lapar sangat.

"Aku tak bazir lah,jap gi aku bungkus lah makan kat resort."

Jawab aku bersahaja,sesekali bola mata aku masih lagi curi curi pandang ke arah Cik Fariz berbual mesra bersama perempuan bertudung ungu lembut.

"Aku hairan lah! setahu aku Cik Fariz memang tak makan masakan kampung! lagi lagi menu yang ada kat kedai kak Zura ni.Masak lemak ikan keli,ikan bakar,sambal belacan,kangkung belacan,ulam
ulam.Ni semua bukan selera dia."

"Ye ke?"

"Ye betul! Cik Fariz tu tekak dia selera orang putih sama lah macam adik tu.Susah sangat nak makan nasi.Tapi kalau spagetti boleh bertambah.Entah apa yang sedap sangat aku tak tahulah."

Fatihah mengangguk."Jadi,anak kau tu semua ikut Fariz lah ya.Dah la muka sama,selera sama,perangai tu harap tak sama lah."

Kata Fatihah,sempat lagi nak menyindir.

Aku tersenyum hambar,seketika bola mata aku terus merenung tajam raut wajah Cik Fariz dari jarak jauh.

"Kalaulah Cik Fariz jumpa adik,agak agak dia percaya tak Adik tu anak dia.. Tapi,tak mungkin! aku tak kan temukan dia dengan adik! aku akan pastikan Cik Fariz takkan tahu kami kat sini.Aku tak nak dia hina anak aku.Aku tak nak adik sedih."

Detik hati aku,tiba tiba hati ni rasa sayu terfikirkan Farah.

Share this novel

Zainabzety
2024-04-02 23:23:44 

klu dia hina ko..ko hina dia balik ingt iman


NovelPlus Premium

The best ads free experience